Seorang lelaki mengalami kecederaan parah apabila digigit oleh seekor jerung ketika melakukan aktiviti ‘snorkeling’ di Florida bersama keluarganya. Namun dia sempat diselamatkan apabila isterinya yang sedang hamil melompat ke dalam air dan menariknya naik ke atas.
Andrew Eddy, 30, sedang melakukan aktiviti ‘snorkeling’ dengan kapal persendirian di Sombrero Key Light pada hari Ahad ketika dia digigit di bahagian bahu oleh seekor jerung sejurus selepas dia memasuki permukaan air, kata Pejabat Sheriff Monroe County dalam satu kenyataan.
Wakil Christopher Aguanno menulis dalam laporan kejadian yang diterima oleh PEOPLE.COM bahawa isteri Eddy, Margot Dukes Eddy, melihat sirip belakang jerung, dan kemudian melihat airnya dipenuhi dengan darah.
“Dukes, tanpa ragu-ragu, terjun ke dalam air dan menarik Eddy ke bahagian keselamatan kapal,” tulis Aguanno.
Ads
Pasangan itu menaiki kapal bersama ibu bapa Dukes Eddy, kakaknya dan teman lelaki kakaknya, yang kebanyakannya sudah berada di dalam air ketika serangan itu berlaku, kata laporan tersebut.
Eddy, yang tinggal di Atlanta, dibawa dari perairan ke Pantai Sombrero sekitar jam 10:30 pagi, dan diterbangkan ke Ryder Trauma Center di Miami. Tambah pihak polis
Ads
Kecederaannya digambarkan sebagai “parah”.
Ads
Sombrero Key, Florida
Pejabat sheriff mengatakan bahawa saksi melaporkan melihat seekor jerung di kawasan itu, dan yang menyerang Eddy adalah sepanjang 8 hingga 10 kaki. Tidak ada orang lain yang cedera dalam serangan itu.
Sumber: PEOPLE.COM
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asid folik sering dianggap remeh tapi sebenarnya ‘penyelamat’ utama bagi wanita yang sedang merancang kehamilan atau sudah berbadan dua. Ramai tidak tahu, apabila tubuh kekurangan asid folik, risiko bayi mengalami kecacatan pada saraf tunjang (neural tube defect) boleh meningkat dengan ketara. Jangan pandang ringan pil kecil ini, kerana kesannya sangat besar terhadap perkembangan bayi dalam kandungan.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, keadaan anencephaly iaitu kecacatan serius apabila bayi tidak membentuk tengkorak dan sebahagian otak dengan sempurna sering dikaitkan dengan kekurangan pengambilan asid folik oleh ibu ketika hamil.
Kebiasaannya, anencephaly dapat dikesan melalui imbasan ultrasound apabila doktor melihat bentuk kepala janin yang tidak normal. Dalam sesetengah kes, ukuran lilit kepala juga tidak dapat diambil kerana struktur kepala bayi tidak terbentuk seperti sepatutnya.
Struktur sistem saraf bayi berasal daripada satu struktur bernama neural plate. Pada hari ke-28 selepas persenyawaan, neural plate ini akan terlipat dan menutup membentuk struktur berbentuk silinder yang dinamakan neural tube. Masalah berlaku apabila struktur ini gagal menutup dengan sempurna, menyebabkan terjadinya kecacatan neural tube.
Terdapat beberapa jenis kecacatan neural tube yang utama iaitu anencephaly, spina bifida dan encephalocele. Ketiga-tiga keadaan ini boleh dicegah melalui pengambilan asid folik mencukupi sebelum dan semasa awal kehamilan.
Dalam kes anencephaly, bayi kehilangan tulang tengkorak sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya. Apabila tulang tengkorak tidak terbentuk, sebahagian otak turut hilang atau menjadi sangat kecil. Bayi juga mungkin menunjukkan ketidaknormalan pada muka dan leher.
Keadaan ini dipercayai berpunca daripada gabungan faktor genetik dan persekitaran. Doktor sendiri mengakui masih banyak aspek yang belum difahami sepenuhnya. Statistik menunjukkan anencephaly berlaku dalam 6 kes bagi setiap 10,000 kelahiran di seluruh dunia.
Anencephaly boleh dikesan ketika pemeriksaan ultrasound seawal 11–14 minggu kehamilan. Jika dilakukan lebih awal daripada 11 minggu, tulang tengkorak mungkin belum terbentuk sepenuhnya dan sukar untuk mengenal pasti kecacatan. Ketika pemeriksaan terperinci antara 18–21 minggu, doktor biasanya dapat mengesahkan keadaan ini dengan jelas.
Dalam sesetengah kes, pemeriksaan perlu diulang beberapa kali bagi memastikan diagnosis yang tepat.
Malangnya, tiada rawatan bagi bayi yang mengalami anencephaly. Bayi dengan kecacatan ini biasanya tidak dapat hidup selepas dilahirkan, dan kebanyakan meninggal dunia dalam kandungan atau beberapa jam selepas kelahiran. Hanya sebilangan kecil yang mampu bertahan selama beberapa hari sahaja.
Oleh itu, semua wanita disarankan mengambil asid folik 400mcg sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil sehingga minggu ke-12 kehamilan. Langkah ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan neural tube pada bayi.
Bagi wanita yang mempunyai diabetes sebelum hamil atau pernah melahirkan bayi dengan anencephaly, dos asid folik yang lebih tinggi (5mg sehari) disarankan. Dos ini perlu diambil tiga bulan sebelum merancang kehamilan seterusnya bagi mengurangkan risiko berulangnya kecacatan neural tube.
Pasangan yang pernah mempunyai anak dengan anencephaly juga digalakkan berjumpa dengan genetic counsellor untuk berbincang tentang risiko dan langkah pencegahan pada masa depan.
Menurut Dr. Muhammad Izzat, usaha pencegahan ini adalah bentuk ikhtiar yang dianjurkan. Walaupun segala ketentuan adalah di tangan Allah, mengambil asid folik sebelum hamil merupakan langkah bijak untuk memastikan kehamilan yang sihat dan bayi dilahirkan sempurna.
“Betul, kalau dah makan sebaldi asid folik sekalipun kalau Allah dah takdirkan baby anencephaly, memang akan dapat juga. Tapi kita perlu ikhtiar sebelum berserah dan tawakkal,” katanya.
Wanita hamil memang akan ada perangai pelik yang mesti difahami oleh para suami untuk mengelakkan berlaku salah faham dan melabel isterinya mengada-ngada. Sebenarnya ia terjadi sendiri dan di luar kawalan wanita mengandung. Bayangkan, makanan yang disukai ketika mengandung jadi tak suka. Bau suami pun mula buat jadi loya.
Suami mana yang tak gembira dan bersyukur bila isteri tersayang disahkan sudah mengandung. Namun para suami terutama yang pertama kali bakal bergelar ayah perlu bersedia mental dan emosi untuk berhadapan dengan bermacam perangai ‘pelik’ si isteri.
Suami jangan cepat marah isteri kalau perangainya agak pelik dan ‘mengada-ngada’ daripada biasa. Itu lumrah isteri yang hamil. Pa&Ma senaraikan beberapa perkara pelik yang berlaku bila seseorang wanita itu mengandung:
1. Tak boleh masuk dapur
Entah kenapa bila sahaja ‘mabuk’ mengandung menyerang, dapur seperti menjadi kawasan larangan. Bukan semua masalah ini melanda ibu hamil tapi bagi yang mengalaminya, dapur seolah-olah kawasan yang sangat busuk dan memualkan.
Jadi, diharap suami dapat memahami dan tidak mendesak isteri atau menuduh orang rumah mengada-ngada. Biasanya perangai pelik ini akan berakhir dengan sendirinya apabila ‘mabuk’ mengandung hilang selepas tiga bulan kehamilan.
2. Malas mandi
Ini bukan main-main dan saja-saja tapi rasa malas itu datang tidak semena-mena. Entah kenapa badan terasa sakit bila terkena air paip. Bau bilik mandi juga menambahkan lagi rasa malas hendak mandi. Tapi suami jangan risau, biasanya selepas berakhir alahan, isteri akan kembali normal.
3. Benci dengar bunyi telefon
Di awal kehamilan, ada ibu hamil yang benci mendengar bunyi telefon. Rasa seperti mengganggu ketenteraman dan makin membuatkan rasa pening kepala.
4. Tak suka bau wangi
Kalau dulu pantang bau busuk, pewangi memang satu kewajipan. Tetapi bila awal mengandung, bau wangi seperti musuh ketat. Memang ibu akan tutup hidup ketat-ketat!
5. Bawa tisu ke mana-mana
Mungkin tak ramai yang mengalaminya tetapi bagi yang melaluinya ia adalah pengalaman perit sepanjang hamil. Bayangkan sepanjang sembilan bulan mengandung, tisu adalah peneman setia mesti ada dalam beg tangan. Kegunaan tisu adalah untuk membuang air liur/ludah yang sentiasa bertakung di mulut.
Perubahan hormon dalam badan membuatkan ada ibu hamil yang mengalami pengeluaran air ludah terlalu banyak dan perlu dibuang setiap masa.
6. Pantang bau masakan
Bau jiran sebelah rumah menumis bawang dan cili sudah cukup membuatkan ibu hamil termuntah-muntah. Ia bukan mengada-ngada tetapi tindakan tersebut berlaku secara spontan.
7. Tak suka makanan kegemaran
Entah kenapa sebaik sahaja disahkan hamil, tekak rasa loya dan tak lalu hendak menjamah makanan kegemaran. Jika dulu, pantang sebut, mesti tak sabar hendak makan. Tetapi bila awal hamil, makanan kegemaran menjadi makanan tidak digemari.
8. Tak boleh bau suami
Ini paling sukar difahami. Tetapi ia berlaku kepada sesetengah orang. Tiba-tiba bau badan suami menjadi bau yang kurang enak dan boleh membuatkan mual dan hendak muntah. Jika isteri anda berperangai sebegini, banyakkan bersabar!
9. Tak boleh minum air masak
Di awal kehamilan, ramai bakal ibu yang tidak boleh minum air masak. Tekak yang payau semakin menjadi-jadi apabila terpaksa minum air masak. Lebih teruk, ada yang sampai muntah-muntah jika dipaksa minum juga.
10.Tak suka masuk rumah/bilik sendiri
Pelik tapi benar. Perasan tidak suka itu bukan dibuat-buat tetapi secara tiba-tiba rumah atau bilik tidur sendiri seperti menjadi kawasan paling tidak digemari.
Mujurlah perangai pelik isteri hamil ini biasanya berakhir sebaik usia kandungan masuk empat bulan. Kalau tidak jenuh juga suami hendak berhadapan dengan perangai pelik isteri sepanjang sembilan bulan. Suami kenalah banyak bersabar, kadang-kadang perangai pelik ni isteri pun tak minta. Tahu-tahu jadi pelik, hormon ketika hamil ni mengubah macam-macam pada isteri. Ia tak lama, maka bertabahlah!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa panas yang lazim dialami oleh mana-mana ibu hamil ini biasanya bermula dari enam minggu pertama kehamilan. Ia berkemungkinan menjadi semakin serius apabila usia kandungan menjangkau 32 minggu.
Kepanasan serius yang dialami boleh menyebabkan anda mengalami rasa dahaga yang luar biasa, pitam mahupun pengsan. Keadaan sebegini berpunca daripada peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan saluran kecil darah yang berhampiran dengan permukaan kulit terbuka lalu menyebabkan anda mudah berasa panas dan berpeluh. Ia juga mungkin disebabkan oleh peningkatan metabolisma tubuh dan pertambahan peredaran darah.
Walau bagaimanapun, anda perlu peka dengan perubahan yang berlaku kepada diri terutamanya apabila suhu badan meningkat lebih daripada biasa secara tiba-tiba. Hal itu betrlaku berkemungkinan bukan disebabkan oleh punca-punca yang dinyatakan tetapi disebabkan oleh jangkitan kuman.
Dalam usaha anda membantu diri untuk kekal selesa, terdapat beberapa cara yang boleh digunapakai untuk mengawal rasa panas dan masalah kerap berpeluh yang dialami
Cara paling mudah yang boleh anda lakukan ialah dengan berada di tempat berhawa dingin atau berkipas. Langkah mandi dengan kerap juga dapat membantu anda mengurangkan rasa panas badan.
Anda digalakkan untuk memakai pakaian yang menyerap peluh, menggunakan fabrik yang lebih ringan, longgar dan tidak terlalu tebal seperti cotton. Kebanyakan jenis fabrik yang lain boleh menyebabkan anda berasa panas dan kurang selesa.
Hindari aktiviti berpanas
Sekiranya anda seorang yang aktif, dalam tempoh kehamilan ini, elakkan diri daripada melakukan aktiviti luar bangunan. Sebaik-baiknya terhadkan kepada aktiviti di tempat yang teduh atau di dalam bangunan. Dalam pada itu, berenang adalah salah satu aktiviti yang sangat sesuai untuk anda mengawal suhu badan.
Tempat yang panas yang dimaksudkan ini tidak hanya terhad kepada kawasan yang berada di bawah sinaran matahari. Antara tempat lain yang anda perlu elakkan ialah kawasan yang sempit dan memerlukan anda berasak-asak. Tempat seperti ini sudah pasti kurang kawalan pengudaraan yang baik dan berupaya membuatkan anda mudah berasa pitam apabila terperangkap di kawasan sebegini.
Apabila badan kekurangan air, ia mudah menyebabkan anda menjadi lemah, lesu dan letih. Selain daripada mengelakkan masalah dehidrasi, amalan minum air kosong dalam amaun yang mencukupi dapat membantu diri anda mengekalkan kelembapan kulit. Minumlah sekurang-kurangnya dua liter air kosong ataupun lebih jika anda banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!