Ada waktunya ketika hendak cepat, telur yang mudah dikupas pun boleh jadi lambat. Nak tahu macam kupas telur dengan pantas?
Perkongsian pengguna Tik Tok oleh @senz.malaysia ini anda boleh cuba.
Macam mana senang asingkan atau kupaskan telur? Dua pilihan cara asingkan telur kuning dan kupas telur rebus ini anda kena cuba. Memang senang dan pantas!
Tip 1
Ambil satu cawan dan tutup menutupi telur.
Ads
Goncangkan beberapa saat.
Hasilnya, kulit sudah pun terkeluar dan senang hendak di kupas. Senang!
Asingkan telur kuning dan putih
Ads
Tip 2 Susah nak asingkan telur kuning dan putih? Tak perlu risau, tip paling mudah ini dapat membantu anda.
Bila anak sudah masuk usia dua tahun, satu hal yang menjadi masalah adalah untuk melatih anak bebas diaper. Sebenarnya ia bukanlah satu tugas mudah. Mama papa kena sabar sepanjang minggu untuk melatih anak.
Tapi bukan soal sabar je, mama papa juga kena lebih bersedia untuk mengajar anak bebas diaper. Paling penting kena bersedia dan rajin dengan kerja-kerja ‘mencuci’. Maryam Jamadi, Occupational Therapist ini berkongsi tip buat mama papa sebagai persediaan untuk mengajar anak. Ada perkara dan ilmu yang anda kena tahu.
MELATIH ANAK BEBAS DIAPER
Umur 3 tahun.
Antara pandai urus diri dan pandai membaca mana lebih penting?
Kalau jawapannya bebas diaper, lega hati saya. ❤
Kadang-kadang, saya risau dengan ada segelintir mak ayah yang lebih pentingkan anak 2-3 tahun pandai membaca tapi tidak kisah anak tidak reti makan dan minum sendiri, tidak reti buka baju seluar dan belum bebas diaper. Ada yang sampai umur 6 tahun, pandai membaca dan mengira tapi masih lagi pakai diaper ke tadika melainkan memang ada masalah kesihatan lain.
Bebas diaper ini bukan sahaja dapat menjimatkan poket mak ayah, malah banyak kepentingannya dalam perkembangan emosi dan sosial anak juga. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini di artikel “Cara Memanipulasi Anak”, umur setahun hingga 3 tahun adalah fasa anak untuk dapatkan “Autonomy” ke atas dirinya sendiri.
Sebab itulah, masa ini anak akan mula merampas baju yang hendak dipakaikan, merampas sudu atau mengamuk ingin makan sendiri, mahu pakai kasut sendiri, marah apabila barang yang dipegang dirampas dan sebagainya.
Semua ini sebab anak sudah ada ada kesedaran dan keinginan untuk belajar urus diri sendiri. Mereka lihat apa yang mak ayah buat dan mereka ikut walaupun belum cekap. Sokong anak untuk belajar berdikari, bukannya perlekehkan mereka apatah lagi menghalang. Sebab secara tak langsung mak ayah akan menyebabkan perkembangan emosi dan anak terganggu.
Malah kajian tentang ini juga telah dilakukan pada tahun 2002 dan hasilnya kebanyakan anak yang lewat bebas diaper akan meningkatkan risiko mendapat masalah mengawal pundi kencing dan masalah usus di masa akan datang (diterbitkan di Journal of Pediatric Urology). ?
TANDA-TANDA ANAK SUDAH BERSEDIA
Selalunya mak ayah sudah boleh mula mengajar anak bebas diaper pada umur 2-4 tahun, ada juga anak yang sudah menunjukkan kebolehan bebas diaper seawal 18 bulan. Untuk mengelakkan kejadian lantai basah, tilam basah atau bau “hancing” seluruh rumah. Lebih baik mak ayah tahu dahulu tanda-tanda anak sudah bersedia untuk bebas diaper:
1. Boleh duduk, berdiri dan melangkah anak tangga di tandas dengan sendiri.
2. Mempunyai skil motor dan koordinasi yang baik untuk membuka pintu sendiri.
3. Berminat untuk ke tandas dan proses di dalam tandas (Duduk, ambil paip air atau tisu, flush)
4. Mahu mengikut sesiapa sahaja ke tandas untuk melihat proses di tandas.
5. Sudah mempunyai keupayaan untuk menahan kencing atau berak selama lebih kurang 2 jam.
6. Sudah pandai maklumkan mak ayah dengan bahasa tubuh atau beritahu nak “iyak”/ ‘pupu” atau ‘kencing/cing”.
7. Tidak minat lagi memakai diaper dan mahu membuka sendiri diaper lepas “membuang”.
8. Pandai mengikut arahan.
9. Mempunyai masa yang sama untuk “membuang” seperti lepas bangun tidur atau lepas makan.
* Tanda-tanda diatas juga boleh diguna pakai untuk anak bekeperluan khas, cuma umur sahaja berbeza.
Jika anak mempunyai tanda diatas, maka ayuhlah kita mengajar anak bebas diaper ya mak ayah jangan tangguh-tangguh lagi.
PERSEDIAAN MAK AYAH
Ada banyak sangat cara untuk mengajar anak bebas diaper. Kalau ikut cara orang dulu-dulu ada yang bogelkan sahaja diluar, kalau nak “membuang” WAJIB bagitahu kalau tidak tunggulah “hadiah”nya. Hasilnya, sehari dua dah pandai. ?
Dibawah ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh Terapis Carakerja untuk anak bekeperluan khas, tetapi diolah sedikit untuk anak yang tipikal. Sebelum melatih anak bebas diaper, mak ayah perlulah:
1. Pilih samada nak latih anak menggunakan tandas terus ataupun guna “potty”.
Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan, kalau mak ayah rajin gunalah potty kerana ia agak kurang menyeramkan untuk anak, mudah dibawa dan selamat. Kalau malas nak membasuh, gunalah tandas terus. Kalau ada duit lebih, belilah tempat duduk tandas kecil yang siap ada tangga. ?
2. Latih anak menggunakan bahasa tubuh seperti pegang perut sambil cakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”. Pilihlah satu paling sesuai dan kata setiap kali tukar diaper. Tunjukkan “kuih” pada anak setiap kali anak membuang dalam diaper.
3. Cerita sosial (Social Story)
Ceritakan kenapa kita ke tandas, apa yang dilakukan, proses di tandas dan sebagainya. Mak ayah boleh juga cerita dengan memggunakan patung kesukaan. Contohnya,
“Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Abang nak jadi macam Didi tak?”. Mak ayah bolehlah buat cerita ikut kretiviti masing-masing sambil buat ekspresi muka “over” lagi anak suka.
4. Perhatikan tingkahlaku anak sebelum “membuang” contohnya resah gelisah, kehulu kehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik. ?
5. Catat masa setiap kali anak “membuang” selama seminggu sebelum latih anak. Selalunya anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.
6. Pastikan anak makan makanan berserat seperti buah dan sayur dengan mencukupi.
Proses melatih jadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.
7. Pakaikan diaper jenis seluar (diaper pant) dan seluar bergetah yang longgar supaya mudah untuk dibuka bila dah tak tahan dihujung-hujung. ?
Semua diatas ini boleh mula dilakukan untuk anak berumur setahun keatas untuk persediaan bebas diaper.
AYUH, MULAKAN SEKARANG
Jika mak ayah dah ada “bahan-bahan” untuk melatih anak seperti jadual masa, potty dan seluar dalam anak maka boleh mulakan dengan ikut 3 tahap yang saya rumuskan ini:
Tahap pertama (Masih memakai diaper)
1. Bawa anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus lepas bangun tidur, lepas makan dan sebelum tidur. Nak lagi bagus, bawa setiap 2 jam. Sebab lebih kerap lagi bagus.
2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran.
3. Puji anak setiap kali anak berjaya “membuang” di dalam tandas.
4. Jika anak terlepas “membuang” di dalam diaper, tunjuk diaper basah pada dia dan kata “abang tak boleh buang dalam ini”.
5. Disarankan mak ayah fokus latih berterusan selama lebih kurang seminggu.
Tahap Dua (Pakai waktu tidur sahaja)
1. Mak ayah boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan diaper.
2. Pakaikan diaper waktu tidur siang dan tidur malam sahaja.
3. Tunjuk anak diaper basah sekiranya dia terlepas.
4. Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur sampai jadi rutin harian.
Tahap Tiga (100% bebas diaper)
1. Boleh mula kurangkan memakai diaper di waktu malam.
2. Letak alas katil kalis air supaya katil tidak tercemar dengan bau “hancing”. ?
Kunci utama untuk berjaya adalah kerapkan memuji anak. Pokok pun boleh mati kalau setiap hari kita datang marah-marah. ?
Sabar, jangan terlalu memarahi anak sekiranya lambat kerana nak berjaya perlukan masa, bukannya sekali ajar dah pandai, ada yang seminggu dah berjaya, ada yang sebulan malah ada yang setahun baru berjaya. Sebab ia perlu berterusan baru cepat nampak kesan. Kalau skip sehari buat, esok malas, mula balik tahun depan maka bertahunlah jawabnya. ?
Dalam melatih anak bebas diaper, jangan lupa untuk melatih skil urus diri seperti pakai baju dan seluar ya. Tak adalah sampai umur 6 tahun masih lagi mak ayah kena bukakan seluar dan jirus setiap kali anak nak “membuang”.?
*Jika anak dah masuk umur 4 tahun, tetapi masih belum berjaya bebas diaper walaupun usaha telah dilakukan. Mungkin ada isu yang mak ayah tidak sedar, boleh dapatkan rujuk occupational therapist untuk penilaian.
Kredit: Maryam Jamadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda perlu tahu bagaimana untuk menguruskan botol susu bayi anda. Ambil langkah awal dengan menukarkan botol susu polikarbonat anda kepada botol susu bayi bebas Bisphenol A (BPA).
Sekiranya masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA, ikuti langkah-langkah dibawah;
Ikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia
Botol susu yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan “BPA free” atau “Bebas BPA”
Ramai mengenali Nabil Ahmad sebagai pelawak dan penghibur. Lasak bersahaja dan orangnya ceria. Tak pernahlah lihat Nabil bermasam muka di mana-mana. Mendekati personaliti ini, Pa&Ma sempat bertanyakan tentang perwatakannya dengan anak-anak. Isterinya, Zira Ayub memberitahu yang artis ini sangat tegas dalam mendidik anak-anak tetapi dia juga akan memanjakan mereka.
Bercerita soal perwatakan Nabil di rumah, Zira memberitahu dia seorang suami dan ayah yang tegas. Dia akan memberitahu apa yang boleh dan tidak kepada anak-anak. Dalam ketegasannya itu, dia sangat memanjakan kesemua anak mereka. “Dia tegas, tetapi manja sangat dengan anak-anak. Budak berdua ni pun (merujuk kepada Mikayla dan Medyna), kalau ada ayahnya bukan main behave,” terang Zira.
Tambah Zira, Mika dan Babyna sangat rapat dengan ayah mereka. “Macam yang kita tahu, anak perempuan rapat dengan ayah. Mereka pun macam tu, rapat dengan Nabil,” tambah Zira. Nabil pula memberitahu, anak-anak mungkin rapat dengannya kerana jarang dapat berjumpa. “Mereka selalu dengan Zira, sebab tu bila saya ada mereka jadi rapat dengan saya. Saya rasa, masih ada perangai-perangai mereka yang saya tak tahu,” beritahu selebriti pelawak terkenal ini lagi.
Soal menguruskan anak-anak pula, Nabil serahkan kepada Zira. “Saya percayakan dia untuk menguruskan anak-anak. Memang dia yang selalu dengan mereka. Tapi saya akan beritahu cara bagaimana yang saya mahukan. Dia akan gabungkan kedua-dua cara kami, mengikut kesesuaian ketika dia uruskan tiga orang anak kami ni,” kata Nabil.
Nabil Masih Sama
Bertanyakan tentang perangai Nabil sebelum dan selepas bergelar ayah, Zira memberitahu yang dia masih sama. Tiada yang berubah. Masih lelaki penyayang dan mengambil berat seperti dahulu. “Cuma kalau ada beza tu, dulu dia sayangkan saya. Sekarang ni lebihkan pada anak-anak. Kasih sayang dia dah terbahagi antara saya dan anak-anak. Dia ayah yang bertanggung jawab, itu dah cukup untuk buat saya bersyukur,” kata Zira.
Berkongsi momen Zira disahkan hamil anak pertama mereka, Nabil memberitahu yang dia menangis ketika mengetahuinya. Tidak mahu jatuh ego, dia menangis ketika mandi di bawah shower. “Kami menunggu enam bulan juga sebelum Zira hamil. Waktu tu pula, kawan-kawan ramai yang bertanya. Saya dan Zira cuba pelbagai cara untuk hamil. Akhirnya yang berkesan bila saya amalkan susu kambing dan kurma. Sebulan selepas itu, terus ‘sangkut’,” cerita Nabil.
Hari Minggu Baru Boleh Makan Manis
Ketika ditanyakan tentang soal pemakanan anak-anaknya, Zira memberitahu dia memasak untuk mereka. Mereka jarang makan di luar kerana Nabil suka masakan rumah. Oleh itu, Zira akan sediakan makanan untuk suami dan anak-anaknya. “Kalau masak sendiri, lebih sihat dan jimat. Kita boleh kawal gula dan garam dalam masakan. Selain tu, kita yakin apa yang kita masukkan ke dalam masakan,” cerita Zira.
Katanya lagi, sebelum ini mereka benarkan anak-anak untuk makan apa saja. Tetapi selepas Mika didapati mempunyai ekzema yang agak teruk, dia dan Nabil mula mengawal pemakanan anak-anak. Nabil pula memberitahu, biasanya dia dan isteri akan membenarkan anak-anak untuk makan gula-gula, coklat dan aiskrim pada hari minggu sahaja.
Memandangkan Nabil dibesarkan dengan makanan yang mudah seperti nasi, telur dan kicap, jadi anak-anak mereka juga dididik makan begitu. Tidak mahu anak terlalu dimewahkan supaya mereka tidak terlalu memilih untuk makan. Ditanyakan apa makanan yang paling anak-anak mereka suka, Zira memberitahu kedua-duanya suka makan spageti carbonara.
Perwatakan Anak-Anak
Mika seorang yang sangat berdikari dan dalam masa yang sama cukup manja dan peramah. Tambah Zira pula, Mika sangat suka menari dan menyanyi. Mungkin mewarisi darah seni yang mengalir dalam tubuhnya. Biarpun Mika anak yang sangat manja dan masih kecil namun dia menunjukkan sikap penyayang pada adik-adiknya.
Ketika ditanyakan tentang siapa yang mengikut perwatakan Nabil, pasangan ini hanya ketawa. “Dah nampak sangat dah, memang Mika yang mengikut ayahnya. Dia banyak bercakap dan buat lawak seperti ayahnya. “Dia pun selalu cakap, I want to be like daddy,” kata Zira. “Dahlah muka dia pun macam saya, kalau saya rambut panjang, macam tulah rupa saya,” tambah Nabil pula.
Babyna pula pemalu bila berhadapan dengan orang tak dikenali tetapi bila di rumah, dialah anak paling manja. “Babyna banyak bermain dan suka berinteraksi dengan kita. Paling kuat bergaya dan manja. Dah ada adik pun kita masih panggil Babyna. Dia tak banyak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, tapi kalau dengan keluarga dia sebenarnya ceria. Walaupun ada masanya dia bergaduh dengan kakaknya, tapi dia sayang Mika. Biasalah adik-beradik,” cerita Zira lagi.
Biarpun masih kecil, Mishall boleh dilihat sebagai seorang bayi yang ceria dan tidak banyak ragam. Sepanjang sesi fotografi dibuat, dia mudah tersenyum dan akan ketawa jika diagah. “Kalau dengan Zira dan Mika, lagi kuat dia ketawa. Anak kami yang ketiga ni mudah terhibur dan dia juga mudah dijaga. Jarang meragam kecuali kalau lapar atau mengantuk saja,” kata Nabil.
Jangan lupa saksikan rancangan terbaharu yang dibawakan oleh Pa&Ma – Kecoh Kecah Nabil & Clan bermula pada 9 Oktober 2019 untuk episod 1 dengan tajuk Reaksi Alahan Anak. Rancangan ini akan ditayangkan setiap Rabu pada jam 9.00 malam di Astro Prima dan Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!