Tempe goreng yang sedap selalunya lembut di dalam dan ada rasa manis. Tempe goreng memang sedap dimakan panas-panas. Boleh ajar anak-anak makan tempe sejak dari kecil lagi. Nak goreng tempe ada caranya, kena tahu tip yang betul. Kalau tak nanti hasilnya keras bila sudah digoreng dan jadi tidak sedap.
INFO TENTANG TEMPE:
*Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
*Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan.
*Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya.
Ads
KHASIAT TEMPE:
Tip Masak Tempe Goreng Sedap, Lembut Di Dalam
Untuk dapatkan tempe goreng yang dalamnya lembut dan sedap macam makan kacang rebus boleh guna tip yang dikongsi oleh Norizam Salina. Selain itu tip ini juga akan membuatkan tempe jadi garing di luar. Barulah ‘syok’ makan.
Ads
Jika mahu buat tempe goreng yang sedap, lembut dan tak keras dalamnya guna cara ini;
Rasa Manis, Anak-anak Mesti Suka
1. Potong tempe dan rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit sudah cukup untuk naikkan rasa lemak.
2. Rendam selama 30 minit atau satu jam kemudian boleh goreng seperti biasa.
Ads
3. Hasilnya tempe goreng akan jadi lembut di dalam, sedap dan manis rasanya macam makan kacang rebus. Cara ini juga buat tempe garing di luar, memang ralit makan.
Tip tempe goreng lagi sedap:
Boleh juga tumbuk sedikit ketumbar dan bawang putih kemudian gaul dengan tempe sebelum digoreng.
Selalu sangat dah makan kek chip chocolate moist beli dekat kedai kan? Apa kata cuba buat di rumah je. Tapi buat dalam saiz mini je, senang nak bungkus dan comel je. Kalau jual mesti laris, sebab lain daripada yang lain saiznya.
Zaman sekarangkan ramai orang yang suka akan kelainan. Mesti cepat habis kalau jual dekat mana- mana je. Saiznya yang menarik mesti akan buat ramai tergoda dengan hasilnya. Nak hidangkan untuk minum petang dengan air teh pada waktu petang pun boleh. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Puan Nurul Hairi di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI KEK CHIP CHOCOLATE MOIST MINI
Bahan- bahan: – 1 cawan minyak masak* – 3 biji telur* – 1 cawan susu cair* – 1 cawan susu pekat manis* – 1 cawan serbuk koko – 3 cawan tepung gandum (kalau adunan agak pekat, tambahkan sedikit air) – 1 sudu makan baking powder – 1 sudu kecil soda berkarbonat – 1 cawan gula (kemanisan ikut selera anda ya. rasa tawar tambah gula, rasa manis kurangkan gula)* – 1 sudu teh chocolate Emulco (optional) – Chip chocolate secukupnya – Sedikit esen vanilla*
Cara- cara: 1. Kisarkan semua bahan bertanda (*). 2. Kemudian ayak tepung gandum Bersama baking powder dan baking soda di dalam besen. 3. Setelah itu, masukkan bahan yang kita dah kisar tadi ke dalam besen tepung gandum. Kacau mesra. 4. Masukkan serbuk koko dan chocolate Emulco. 5. Untuk dapatkan warna yang gelap, boleh masukkan sedikit pewarna hitam. 6. Sapukan minyak masak pada acuan. 7. Masukkan adunan ke dalam acuan. Letakkan chip chocolate atas permukaan kek. Nak letak sedikit dalam adunan pun boleh. 8. Pasang api dan panaskan kukusan. Tunggu sampai air mendidih. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak. 9. Nurul kukus selama 13 minit dengan api yang sederhana.
Senang sahaja resipi kek chip chocolate yang dikongsikan. Boleh buat manisan untuk tetamu, boleh jadikan sebagai jualan juga. Dengan saiz yang comel dan rasa yang sedap mesti laris lah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Anak kadang-kadang bosan juga makan nasi, bila dah bosan mula lah anak tak nak makan. Ada je macam-macam menu yang boleh di buat selain nasi iaitu antaranya kway teow sup.
Cara nak buat sangat mudah seperti perkongsian daripada bapa kepada 3 cahaya mata ini. Jom cuba!
Depa nak sup. Aku kalau sebut sup jer memang pantas buat kueteow sup lah, mudah dan sedap yakmat.
Bahan-bahan nak kena ada:
1 bungkus kueteow, kau celur dan toskan
1 ketul dada ayam dan segala tulang yang ada
1 peket fishball
1 peket fishcake
1 ketul kiub pati ayam
½ batang lobak putih atau sengkuang potong kecil.
1 ikat sayur pokchoy atau sawi kalau nak.
1 ikat daun sup dan daun bawang
1 labu bawang putih
1 ikat daun bawang
Yang lain barang tu dah ada kat rumah
Cara nak masak dia senang ya ampun.
1. Rebus ayam sampai mendidih dan masukkan chicken stock atau kiub pati ayam dan potongan lobak putih atau sengkuang jika ada. Tunggu 5 minit pastu masukkan potongan daun bawang dan juga fishball dan fishcake, kacau sekejap dan tutup api. Siap dah supnya.
2. Hiris 1 labu bawang putih. Pastu goreng dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan sampai kekuningan, masukkan 2 sudu kecil garam dan kacau sekejap lalu terus tutup api dan tuang dalam bekas. Minyak itu yang kita nak. Simpan tau minyak ni. Masuk dalam botol/jar.
3. Bakar seulas bawang putih, lenyekkan dalam mangkuk. Masukkan potongan cili padi ikut banyak mana korang suka, masukkan kicap dan perah limau nipis. Siap
4. Isi ayam bahagian dada kau keluarkan dan carik-carikkan seperti kau carik hatiku dulu. Pedih.
5. Sayur sawi atau pokchoy kau celur sekejap. Jangan lama, nanti layu sangat macam cinta kau padaku. Lemahh.
Kita jarang mempelbagaikan resipi daging goreng. Pun begitu resipi daging goreng rangup perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mama kena cuba.
Resipi ringkas menggunakan karemel dari bawang Holand yang dikemudiannya di masukkan ke dalam tumisan daging dan juga nasi buat rasa daging jadi lebih sedap. Memang sedap dan lain daripada yang lain.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju (kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri.
Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
400g daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup.
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kentang (potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua (double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!