Biskut chocolate chip memang menjadi kegemaran anak-anak dan orang dewasa juga turut menyukainya kerana rasanya yang sedap, ranggup dan cair di dalam mulut sesuai dibuat kudap-kudapan.
Jika dipasaran, harganya yang mahal dan kuantitinya yang sedikit membuatkan ibu bapa dan anak-anak tidak puas menikmati biskut ini. Danish Harraz telah berkongsi resipi di instagramnya yang mudah dan senang disediakan.
Apam nasi sememangnya sering menjadi pilihan untuk sajian keluarga. Mana tidaknya, bukan sahaja kita dewasa dapat menikmatinya, anak-anak pun cukup sukakan apam dek kerana strukturnya lembut dan gebu. Buat anak senang nak makan.
Nak tarik perhatian anak, jom cuba resipi apam nasi mudah ni. Cukup senang!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau ada lebihan nasi, boleh simpan dan jadikan apam nasi. Resipinya pun sangat mudah malah mama yang ada anak kecil pun boleh jadikan kudapan untuk mereka.
Resipi yang dikongsi ini ada dua versi iaitu untuk bayi dan juga dewasa. Selamat mencuba!
💓 APAM NASI 💓
Bahan Bahan :
Versi Dewasa :
Bahan A :
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
3/4 – 1 cawan gula
Bahan B :
1 sk yis segera
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung beras ( diayak )
Bahan Lain :
pewarna pilihan
kelapa parut
Versi Baby :
Bahan A :
1 cawan nasi organik groomy discoverer Groomy Malaysia ( Dila My )
1 1/2 cawan air
1/2 cawan madu
Bahan B :
1 sk yis segera
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung beras ( diayak )
Cara Cara :
Satukan ke semua Bahan A ke dalam pengisar dan kisar sebati . tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan Bahan B dan kacau sebati .
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan, perapkan adunan selama 1 jam .
Sementara itu panaskan kukusan. Setelah diperap , kacau seketika dan tuangkan adunan ke dalam acuan / loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak .
Kukus selama 10 – 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan apam daripada acuan dan letakkan di dalam pinggan .
Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Kelapa parut boleh juga dikukus agar tahan lebih lama. siap, sedia dihidang !
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah ikan bakar. Banyak versi resipi ikan bakar. Ada yang sukakan ikan bakar kosong dan dimakan bersama air asam.
Tidak kurang juga peminat ikan bakar yang dimasak dengan pes. Hidangan ini tak perlukan air asam kerana pes yang ada sudah cukup untuk memberi rasa kepada isi ikan.
Suzana Othman ada berkongsi resipi pes ikan bakar yang sedap, bolehlah dicuba nanti;
Resepi Pes Ikan Bakar
Assalamualaikum. Ramai yg tanya resepi pes ikan bakar sebelum ni tp kita kebizian xsempat nk menaip. Pes ni sebenarnya kita buat sekadar cuba2 je, mana yg kurang bolehlah tambah ya.
Bahan-bahan: 1biji bawang besar 4ulas bawang putih 1genggam cili kering 2batang serai 1inci halia Lengkuas Sedikit udang kering Sedikit belacan Kisar semua bahan di atas 1biji bawang besar-potong dadu Garam Gula Air asam jawa
Cara-cara: 1. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Bila pes dah bertukar warna gelap, tambahkan air asam jawa dan masukkan bawang yg dipotong dadu. Tutup api. 2. Untuk buat ikan bakar boleh guna ikan yang disukai. Cuci bersih-bersih kemudian rendam ikan dgn perahan limau dan garam sebentar. 3. Toskan air, alas ikan atas daun pisang kemudian lumur ikan dengan sedikit garam. 4. Sapu pes atas ikan dan bakar hingga masak. Tabur petai jika suka selepas ikan masak. Perahkan dgn sedikit asam limau. Dah siap.
Sedikit perkongsian tip, untuk memastikan isi ikan tidak tertanggal, alaskan dengan daun pisang. Letakkan di atas pemanggang, tidak perlu ditutup. Apabila ikan hampir masak, barulah ditutup supaya isi ikan masak sekata.
Sekiranya menggunakan pemanggan tanpa tutup, jangan dibalikkan ikan terlalu kerap supaya isi ikan tidak tertanggal. Bolehlah cuba resipi ini, mudah dan sedap!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.