Tip supaya anak membesar dengan emosi sihat dan seimbang, mak ayah kena tahu pantang larang ini. Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Mereka bukan sahaja amanah yang perlu dijaga, malah asas pembentukan masa depan mereka bergantung pada cara kita sebagai ibu bapa membimbing dan mendidik mereka.
Tip Supaya Anak Membesar Dengan Emosi Sihat & Seimbang, Mak Ayah Kena Tahu Pantang Larang Ini
Namun, tanpa kita sedari, ada beberapa perkara yang mungkin kelihatan remeh tetapi sebenarnya memberikan kesan besar terhadap perkembangan emosi anak.
10 pantang larang yang harus dielakkan demi memastikan anak-anak membesar dengan emosi yang sihat dan seimbang:
1. Jangan Libatkan Anak Dalam Konflik Rumah Tangga
Anak-anak tidak sepatutnya menjadi saksi kepada pertengkaran atau konflik antara ibu bapa. Situasi ini boleh menyebabkan mereka berasa tidak selamat, takut, dan keliru. Sebaiknya, selesaikan masalah rumahtangga secara matang tanpa melibatkan anak-anak.
2. Jangan Jadikan Kemiskinan Atau Kekurangan Sebagai Beban Kepada Anak
Walaupun kehidupan tidak selalu mewah, jangan jadikan kekurangan sebagai alasan untuk memarahi atau membebankan anak-anak. Mereka tidak bertanggungjawab atas keadaan kewangan keluarga. Berikan mereka kasih sayang dan sokongan emosi, walau dalam serba kekurangan.
3. Jangan Melepaskan Tekanan Kepada Anak Tanpa Hikmah
Setiap manusia pasti akan melalui tekanan, tetapi itu bukan alasan untuk kita melampiaskannya kepada anak-anak. Jika anda dalam keadaan tertekan, ambil masa untuk bertenang sebelum berinteraksi dengan anak. Hindari memarahi mereka atas perkara kecil atau tanpa sebab yang munasabah.
4. Jangan Bangga Dengan Sikap Kasar Terhadap Anak
Ugutan, tengkingan, atau layanan kasar bukanlah cara mendidik yang berkesan. Malah, ia hanya akan membuatkan anak takut, bukannya menghormati. Gunakan pendekatan yang lebih berhemah untuk mendidik mereka.
Ads
5. Jangan Mengabaikan Sokongan Emosi Yang Anak Perlukan
Kadang-kala, anak hanya memerlukan pelukan dan perhatian untuk berasa dihargai. Luangkan masa untuk mendengar cerita mereka, walaupun nampak remeh. Sokongan emosi ini amat penting dalam membentuk keyakinan diri mereka.
6. Jangan Terlalu Mengawal Atau Menakut-nakutkan Anak
Memberikan panduan kepada anak adalah penting, tetapi jangan sampai terlalu mengongkong atau menakut-nakutkan mereka. Berikan mereka ruang untuk belajar membuat keputusan sendiri dan belajar daripada kesilapan.
7. Jangan Mendidik Dengan Kuasa Dan Arahan Semata-mata
Mendidik anak hanya dengan menggunakan kuasa dan arahan menjadikan anda seorang ibu bapa yang diktator. Ia juga akan menyebabkan anak berasa tertekan dan tidak dihargai. Amalkan pendekatan yang lebih mesra dan libatkan anak dalam perbincangan.
8. Jangan Menghukum Secara Berlebihan
Ads
Menggunakan hukuman fizikal seperti rotan, tali pinggang, atau batang paip secara berlebihan adalah tidak wajar. Hukuman yang keterlaluan hanya akan menimbulkan trauma kepada anak. Sebaliknya, ajar mereka dengan tegas tetapi penuh kasih sayang.
9. Jangan Layan Anak Seperti Objek Tidak Bernyawa
Anak-anak adalah manusia yang mempunyai emosi dan perasaan. Berempati dengan mereka sebelum memberikan simpati. Fahami keperluan emosi mereka, dan pupuk kasih sayang dengan cara yang positif.
10. Jangan Melarang Anak Mengekspresikan Emosi
Menangis, merajuk, marah, atau melawan adalah reaksi emosi yang normal. Jangan melarang mereka mengekspresikan perasaan ini kerana ia membantu mereka mengenali dan memahami emosi mereka sendiri. Sebaliknya, bimbing mereka untuk mengawal emosi dengan cara yang betul.
Kesimpulan
Sebagai ibu bapa, peranan kita bukan hanya memberi makan dan pakaian, tetapi juga membentuk emosi dan akhlak anak. Berikan mereka peluang untuk meneroka emosi mereka dalam suasana yang positif dan menyokong. Dengan cara ini, mereka akan membesar menjadi individu yang matang, berkeyakinan, dan stabil dari segi emosi.
Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini akan mencorak masa depan anak-anak kita.
Sepasang suami isteri di Singapura mendera anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016 sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Ibu bapa mangsa, Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya berusia 27 tahun, tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, mangsa meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan.
Hospital memberitahu mangsa mengalami lecuran tahap tiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Lebih memilukan, kanak-kanak itu turut dilapor tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat sering didera.
Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015 dan mula didera kira-kira setahun selepas itu.
**Bayangkan bukan main lama ditahan untuk siasatan dari tahun 2016 (ketika itu suspek berusia 24 tahun) tetapi tahun ini (13 November 2019) baru dibicarakan di mahkamah.
Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya bijak dalam serba serbi. Malah untuk pastinya anak bijak dan cemerlang, awal-awal lagi kita sudah mencari tadika yang dirasakan cukup baik untuk anak kita menimba ilmu.
Hakikatnya ilmu asas bermula dari rumah, semakin bijak kita merangsang anak sejak kecil, maka bijaklah anak itu. Apa yang berlaku pada kita hari ini adalah kita mahu anak bijak, tetapi kita sendiri yang tersalah langkah.
Perkongsian Hazhari Ismail, Pensyarah di Jabatan Awal Kanak-Kanak ini banyak benarnya. Kita biarkan anak kita dengan dunia dia sendiri malah kita sendiri tidak memperlihatkan
Cuba tengok gambar. Ini yang sedang berlaku. Ibu bapa berpusu-pusu mahu menghantar anak kesayangan di mana-mana tadika/taska yang berkonsepkan bermain. Cuma ada 2 persoalan yang mewujudkan masalah lanjut.
(1) Lambakan tadika/taska yang self-claimed menggunakan pendekatan bermain dalam ‘manifesto’, tetapi jauh panggang dari api tentang konsep play yang sebenar. (2) Pendidikan yang tidak berterusan. Di rumah didik lain, di sekolah ajar lain. Contohnya penggunaan gajet yang melampau.
Saya nak fokuskan masalah yang kedua. Namakan apa sahaja jenis gajet yang memenuhi kehidupan. Ipad, mobile phone, tablet, laptop etc. Kebergantungan kita terhadap gajet semakin menjadi-jadi.
Sampaikan nak diamkan anak yang menangis sekali pun, ibu bapa terus menghulur gajet supaya mereka diam. Bahkan, ada ibu bapa yang memberikan seoarang satu anak masing-masing yang masih kecil sebuah gajet, dan digunakan tanpa kawalan.
**** Perkembangan awal kanak-kanak adalah melalui deria atau sensory mereka. Mereka bercakap dengan orang dan membuat bunyi, menyentuh dan melihat alam sekeliling, merasa dan menghidu. Mereka perlu bergerak.
Experts dah bagi warning jika ibu bapa memberikan gajet kepada anak-anak tanpa kawalan, maka ia memberi kesan jangka masa panjang yang negatif. Akan wujud masalah tingkah laku.
Fokus mereka hanya untuk gajet menyebabkan tiada interaksi luar yang berlaku. Kurang vocabs. Malu nak bercakap. Tiada keyakinan diri. Tak kenal sesama saudara.
Belum lagi merencatkan perkembangan motor halus. Perkembangan fizikal kanak-kanak tidak berlaku dengan normal. Pada waktu terbaik mereka untuk menguatkan otot, bermain di luar, tetapi kita ubah dengan berikan gajet yang hanya menggerakkan jari jemari.
Emosi mereka tidak terkawal. Cuba ambil gajet dari tangan mereka. Atau tidak benarkan mereka menggunakan gajet untuk sementara waktu. Apa yang akan mereka buat? Boleh jadi, kanak-kanak akan memukul ibu bapa untuk melepaskan geram. Worst case, ia membawa kepada masalah mental. Sebab itu, no gajet umur 2 tahun ke bawah. Langsung jangan bagi.
Sebab itu, untuk 6 tahun ke bawah, maksimum hanya 2 jam sahaja penggunaan. Janganlah degil.
*** Benar, kita tidak mahu anak kita ketinggalan. Sentiasa update dengan perkembangan teknologi terkini. Tapi biar berpada. Berpada bagaimana? Berikan ikut umur dan kesesuaian masa dan tempoh penggunaan.
Bukan semua umur kanak-kanak menerima perkembangan dengan kadar yang sama. Adakalanya, mereka belum bersedia. Kalau kita langgar juga, kita melangkaui perkembangan yang sepatutnya berkembang terlebih dahulu.
Solusi? – Ibu bapa tolong bercakap dengan anak-anak. Tidak bergerak depan skrin akan menjadikan mereka tidak tahu bersosial. – Letak peraturan waktu penggunaan supaya kanak-kanak tidak sampai tahap ketagih, atau menjadi hamba gajet. – Role model. Kita tak bagi anak-anak guna gajet ketika makan. Sebagai ibu bapa, kita pun jangan guna juga. Kalau tak jadi sia-sia. Seperti nak suruh anak ketam jalan lurus, tapi mak dia pun jalan senget dan tak betul. Walk the talk. – Bermain dengan anak tanpa menggunakan gajet. Banyak lagi bahan konkrit dan real yang lain berbanding gajet. – Games yang berasaskan pendidikan di dalam gajet tu boleh main, tetapi bersama-sama ibu bapa, dan ada limit masa yang dibenarkan. Bukan main bagi je.
*** Berbalik kepada gambar, sebab tu saya rasa kelakar. Ibu bapa yang kononnya tahu tentang anak-anak, tetapi sebenarnya salah faham. Kita fikir kita dah jadi ibu bapa yang terbaik bila hantar anak-anak ke tadika/taska yang biarkan anak bermain. Tetapi di rumah, kita yang abaikan tanggungjawab dengan merosakkan perkembangan kanak-kanak.
Kita dah buat salah dengan anak pertama dulu. Tapi buat lagi salah dengan anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Yoo Jae Suk cukup sinonim dengan rancangan Running Man. Mempunyai kerjaya yang stabil dalam industri hiburan Korea Selatan, selain Running Man, Yoo Jae Suk turut mengendalikan rancangan You Quiz on the Block dan Happy Together.
Seperti yang kita ketahui, pengacara dan pelawak terkenal ini mempunyai peribadi yang kelakar. Namun ceritanya berbeza bila menyentuh tentang kehidupan sebagai suami dan bapa.
Yoo Jae Suk Kalau Dalam Running Man Memang Kelakar Habis
Bercerita tentang sisinya sebagai seorang suami dan bapa, Yoo Jae Suk pernah dijemput sebagai tetamu untuk rancangan radio yang dihoskan oleh rakannya, Ji Suk Jin. Walaupun mempunyai jadual yang agak padat ketika itu, Yoo Jae Suk cuba menghadiri program itu demi rakannya.
Ramai pendengar bertanya bagaimana Yoo Jae Suk sebagai suami dan bapa
Lelaki berusia 51 tahun ini berkahwin dengan seorang juruhebah bernama Na Kyung Eun pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, pada tahun 2010, pasangan itu dikurniakan anak pertama mereka, seorang lelaki dan diberi nama Yoo Ji Ho.
Yoo Jae Suk dan Na Kyung Eun mempunyai anak kedua, seorang perempuan, pada tahun 2018 dengan nama Yoo Na Eun. Uniknya nama Na Eun berasal dari nama ibunya, Na Kyung Eun.
Lain Betul Sisi Sebagai Suami & Bapa
Bercerita tentang kehidupannya sebagai suami dan bapa berasa pelik bagi Yoo Jae Suk. Rakan baiknya, Ji Suk Jin berkata, “Saya tahu Yoo Jae Suk jenis ayah yang bagaimana ketika berada di rumah.”
Suka habiskan masa di rumah bila cuti
“Pada hari cuti, dia menghabiskan masa tinggal di rumah,” tambahnya.
Yoo Jae Suk fikir ia mungkin berasa normal apabila anak perempuan keduanya dilahirkan.
Namun, tanpa disedari, Yoo Jae Suk berasa sangat terharu dan dia menangis ketika anak perempuannya dilahirkan.
“Ada sesuatu mengenainya yang saya tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata,” jelas Yoo Jae Suk.
Yoo Jae Suk turut berasa emosi apabila anak perempuannya dapat mengangkat kepalanya dan menoleh dan ini disaksikan oleh seluruh keluarganya.
“Saya berlari ketika bayi saya menangis pada waktu malam, walaupun saya letih,” kata Yoo Jae Suk.
“Ada satu ketika saya berpura-pura tidak mendengarnya dan berlalu pergi,” sambungnya.
“Saya melakukan itu kerana saya berasa sangat letih,”
“Tetapi kemudian hati nurani saya diseksa oleh rasa bersalah,” tambahnya.
Yoo Jae Suk juga seorang lelaki yang romantik. Dia cuba mengingati semua ulang tahun termasuk hari jadi dan ulang tahun perkahwinan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.