Para bakal ayah mesti tahu cara uruskan uri isteri lepas bersalin. Jangan nanti bila isteri dah selamat bersalin, dan pihak hospital serahkan uri untuk diuruskan anda jadi ‘blur’ tak tahu apa nak buat.
Jadi, bagi yang menanti kelahiran anak terutama bayi pertama, jomlah semak apa langkah-langkah yang mesti dibuat untuk menguruskan uri isteri anda yang dah bersalin nanti.
Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Barang penting untuk uruskan uri bayi
1. Cara-basuh-tanam-uri
Ada 3 perkara utama di sini:
Uri
Garam
Asam Jawa
Kain putih
2. Keadaan bungkusan uri dari hospital
Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.
3. Kita mulakan cara basuh uri
Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.
4. Apa nak baca masa basuh uri?
Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.
5. Lebih mudah basuh dalam besen
Untuk lebih mudah masukkan uri di dalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.
Ads
6. Langkah seterusnya, campuran bahan lain
Ambil sedikit garam dan asam jawa.
7. Bagaimana nak buat?
Letakkan garam dan asam jawa pada uri.
8. Kemudian…
Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.
9. Dah selesai, kena bilas
Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.
10. Masa untuk bungkus uri
Ads
Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.
11. Hampatkan kertas hijau kalis air dan kain putih
Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.
12. Masa untuk balut uri
Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.
13. Langkah seterusnya
Letakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri.
14. Balut uri dengan kain putih
Ads
Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas.
15. Kemudian balut pula dengan kertas hijau kalis air
Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.
16. Langkah seterusnya, gali lubang
Gali lubang ditempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.
17. Berapa dalam lubang kena gali
Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.
18. Dan akhirnya
Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.
19. Selesai
Timbus tanah dan pijak sehingga rata.
20. Jangan lupa letak tanda
Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang buas seperti anjing, serigala, singa dan sebagainya.
Air putih merupakan suatu yang sangat penting untuk survival setiap individu. Namun begitu, bayi yang berumur 6 bulan ke bawah masih belum boleh minum air putih kerana boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap kesihatan mereka.
Pada masa yang sama, anda juga tidak boleh hanya bergantung kepada susu atau minuman bernutrisi yang lain apabila mereka sudah mula membesar. Ikuti artikel ini untuk mengetahui bila waktu yang paling sesuai untuk bayi anda boleh mula minum air putih.
Keracunan air putih
Air putih sebenarnya tidak akan mendatangkan apa-apa kemudaratan. Namun begitu, air putih belum boleh diberi kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah kerana ketika ini bayi perlu mendapatkan nutrien yang secukupnya daripada susu ibu atau susu formula terlebih dahulu tanpa ada gangguan daripada air minuman yang lain. Selain itu, memberi air putih kepada bayi juga akan menyebabkan bayi kekenyangan lantas tidak mahu untuk menyusu.
Dalam beberapa kes, minum terlalu banyak air putih akan menyebabkan bayi anda menghidapi kondisi keracunan air putih. Kondisi ini disebabkan oleh air putih yang telah dicemari yang akan menyebabkan kesesakan sodium di dalam badan bayi dan melemahkan keseimbangan elektrolit dalam tisu badan bayi. Keracunan air putih ini juga mampu mengakibatkan pembengkakan pada tisu yang boleh menyebabkan sawan dan paling membimbangkan, bayi anda juga berisiko untuk koma.
Air putih dan sistem pencernaan
Selain keracunan air putih, pemberian air putih kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah juga mampu menyebabkan mereka mengalami malnutrisi dan cirit-birit. Ini kerana sistem pencernaan bayi adalah sangat lemah dan sensitif. Air putih yang tercemar akan menyebabkan ketidakselesaan kepada perut bayi. Tambahan itu, air putih mampu mengurangkan keinginan mereka untuk menyusu. Sekiranya bayi mula menolak untuk menyusu, ini akan menyebabkan malnutrisi kepada bayi dan ibu pula akan menghasilkan susu yang kurang banyak pada masa hadapan.
Sebaiknya, berikan mereka air putih seiring dengan susu dan minuman berkhasiat yang lain sehingga mereka sudah boleh makan makanan pejal. Jika cuaca terlalu panas, anak anda mungkin memerlukan lebih banyak air. Pastikan anda memberikan mereka air putih yang bersih dan bersuhu sederhana.
Air putih dan susu ibu
Ibu dan bakal ibu tidak perlu risau sekiranya anak anda belum mahu untuk minum air putih. Ini kerana susu ibu mengandungi 80% cecair dan nutrisi yang mencukupi buat bayi. Oleh itu, setiap kali bayi anda berasa haus, berikan mereka susu ibu kerana susu ibu bukan sahaja akan mengenyangkan malahan meningkatkan sistem imun bayi. Susu ibu juga akan membantu bayi anda melawan infeksi sekaligus membesar dengan lebih baik. Paling penting, susu ibu sebenarnya sudah mampu menampung keperluan air yang diperlukan oleh bayi.
Secara amnya, ibu bapa perlu menunggu sehingga bayi mereka mencecah umur 6 bulan untuk mula beri air putih. Dalam perjalanan meniti usia itu, manfaatkan susu ibu dan susu formula. Apabila bayi anda sudah mencecah 6 bulan, mula beri air putih kepada bayi anda setiap kali mereka berasa haus.
Hari ni memang banyak kita lihat kanak-kanak yang mengalami pelbagai penyakit kronik. Kalau dahulu hanya orang dewasa yang sering dikaitkan dengan penyakit seperti buah pinggang, tapi kini kanak-kanak juga menghadapi risiko yang sama seperti orang dewasa.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr. Siti Sarah Aishah Suhaidi menerusi Twitternya, beliau memperjelaskan tentang sindrom nefrotik yang mana ia adalah satu keadaan buah pinggang di mana pesakit mengalami kehilangan protein dalam air kencing dan menyebabkan aras protein dalam darah menjadi rendah. Aras protein dalam darah yang rendah akan menyebabkan pembengkakan (oedema) di sekitar mata, perut dan kaki.
Penyakit ini berlaku kira-kira 2-15 kes bagi setiap 100,000 orang kanak-kanak setiap tahun.
Ibu:Doktor, anak saya ni dah seminggu muka bengkak.Kaki dia pun bengkak.Kenape ye doktor?
Dr:kencing ada berbuih x?
ibu:ada berbuih juga
Dr: tanda2 seperti kena penyakit buah pinggang sindrom nefrotik. pic.twitter.com/buQ67WpdXR
Menurut doktor punca sindrom ini berlaku kepada kanak-kanak masih belum diketahui. Namun kemungkinan besar ia berkait rapat dengan sistem imun badan mereka.
Penggunaan Steroid Prednisolone untuk rawat sindrom nefrotik
menurut doktor ini juga untuk merawat sidrom nefrotik di kalangan kanak-kanak, ubat yang disarankan adalah sejenis steroid yang dikenali dengan nama prednisolone.
Tidak akibatkan kegagalan buah pinggang
Tambahnya juga untuk jangka masa panjang, ia baik untuk kanak-kanak yang memberi respon positif terhadap rawatan steroid. bagi yang sensitif kepada rawatan pula tidak perlu khuatir kerana ia tidak akibatkan kegagalan buah pinggang.
Jika ada antara anak-anak anda yang mempunyai symptom-simptom seperti ini, segeralah bawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Benar, proses mendapatkan kembali berat asal, sama seperti ketika sebelum mengandung memang tidak mudah bagi seorang wanita bergelar ibu. Lebih-lebih lagi yang sudah berusia. Proses menurunkan berat badan umpama perjuangan maha hebat.
Penyanyi Ernie Zakri tidak terkecuali berdepan hal sama bila mana usahanya untuk menurunkan berat badan menemui jalan buntu selepas melahirkan anaknya, Nur Khawla Soleha yang kini berusia 10 bulan.
Ernie yang kini sedang bercuti bersama suaminya mengakui pernah menangis di hadapan suaminya disebabkan gagal mencapai berat badan yang diinginkan.
Malah akui Ernie lagi, bukan mudah untuk menurunkan berat badan selepas bergelar seorang ibu.
“Saya pernah mengadu pada Syamel sehingga menitiskan air mata kerana kesukaran untuk mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan.
“Jadi saya faham perasaan berhadapan ‘body shaming’ yang dilemparkan oleh segelintir pihak. Proses setiap individu tidak sama,” kata Ernie berkongsi.
Menginjak usia 30-an kini, ujar Ernie dia kini menerima perubahan diri dan lebih mementingkan kesihatan dalaman tubuhnya.
Malah kata Ernie lagi, fokus dan visi utamanya ketika ini adalah kesihatan dalaman berbanding bentuk tubuh idea semata-mata.
“Saya lebih mengutamakan kesihatan dalaman yang perlu pulih sepenuhnya selepas melahirkan. Itu yang menjadi fokus utama berbanding bentuk tubuh.
“Biarlah proses itu ambil sedikit masa asalkan dalaman sihat.
“Memang tidak dinafikan penampilan penting bagi selebriti, tetapi tidak perlu tergesa-gesa,” katanya.
Terdahulu, Ernie mendirikan rumah tangga bersama Syamel pada 22 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia sepuluh bulan.
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi...