Bila tengah memasak, tiba-tiba api pada tungku dapur jadi besar dan bertukar warna oren sehingga menyebabkan periuk dan kuali hitam memang rasa sakit hati.
Kadang bila dah hitam berjelaga tu, nak menyentalnya bukan main susah. Hinggakan sampai satu tahap rasa nak tukar je dapur gas baru sebab sakit mata tengok bahagian bawah hitam.
Namun sebelum nak beli dapur baru, sebenarnya anda boleh cuba dulu tip yang dikongsikan oleh Sharina binti Othman. Sebab sayanglah juga kan nak beli dapur gas baru jika masih boleh diperbaiki.
Hanya dua step untuk perbetulkan api oren tersebut supaya dapat bertukar ke biru semula. Berikut antara perkongsiannya.
Siapa pernah mengalami situasi api dapur gas tiba-tiba oren. Habis hitam periuk kuali anda kan.
Cara- caranya:
Ads
1. Pusingkan dapur korang ya & pusingkan benda yang ada anak panah ya.
2. Pusingkan sampai menutup lubang (anak panah).
Ads
3. Nah hasilnya di gambar ke 3. Dah tak payah nak pening-pening nak beli baru..Jimat!!
Semoga bermanfaat dan boleh membantu ibu-ibu yang ada masalah api dapur berwarna oren.
Ads
Sumber: Sharina Binti Othman
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Blogger dan instafamous Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli adalah bekas
isteri kepada pengacara TV terkenal Ally Iskandar yang sering berkongsi mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak.
Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak, Maream Esabel, 3 tahun 10 bulan.
Bagaimanapun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada Ogos 2016 dan Farah mendapat hak penjagaan anaknya Maream.
Namun hubungan antara ayah dan anak ini tetap terjalin baik dan Farah sendiri sering berkongsi mengenai hubungan rapat Maream dan daddy nya Ally Iskandar.
Siapa yang mengikut Instagram Farah tentu biasa melihat perkongsiannya mengenai
hal tersebut.
Sempena hari bapa baru-baru ini, Farah memuat naik satu video voice call antara Maream dengan daddy nya.
Happy Father’s Day to all daddies ?? . Alhamdulillah Maream is blessed with a very responsible daddy. Namun, as a mother I know she’s struggling to live in her broken family too. . Regardless, masing2 ada struggle mereka tersendiri. Ada daddy ke takde daddy ke tak pernah jumpa daddy ke, berkat usaha ibu untuk bagi yang terbaik untuk anak, untuk tidak menyekat peluang anak mengenali daddy mereka, berkat anak untuk redha dengan keunikan keluarganya, inshaAllah kasih sayang mereka Allah akan sempurnakan walau pada mata manusia, sentiasa akan ada kurang. . So I rephrase — Happy Father’s Day to all daddies and supermommies
Walaupun bersyukur kerana Maream dikurniakan ayah yang bertanggungjawab, namun sebagai ibu dia faham perasaan anak kecilnya yang berjuang untuk hidup dalam keluarga yang berpecah-belah.
Bagaimanapun wanita ini tidak pernah patah semangat serta sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya.
Bagus cara dilakukan oleh Farah yang tak pernah menyekat hubungan antara ayah dan anak biarpun hubungan perkahwinan mereka sudah terputus.
Baginya penting untuk Maream tahu yang omma dan daddy tetap menyayangi dirinya dan faham tentang keunikan hubungan keluarga mereka.
Selebihnya Farah berserah kepada Allah supaya mengurniakan kebahagiaan dan kasih sayang pada anaknya walaupun di mata manusia mereka nampak tidak sempurna.
Melihat pada perkembangan Maream yang sama seperti kanak-kanak normal lain, ternyata si comel ini membesar sebagai anak yang sihat, ceria dan bijak.
Apa pun tahniah untuk omma dan daddy Maream yang sentiasa positif dan bersikap profesional demi anak.
Pada musim cuti sekolah, pasti ramai ibu bapa yang menggunakan peluang ini dengan membawa anak-anak mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Mungkin ada yang datang menziarahi ibu bapa mereka di kampung selama beberapa hari dan mungkin juga ada yang meninggalkan anak-anak mereka di kampung sepanjang cuti sekolah bagi menemani datuk dan nenek mereka yang kesunyian. Apatah lagi jika datuk dan nenek di kampung itu tinggal bersendirian dan hanya mengharapkan kepulangan anak dan cucu mereka bagi mengembirakan hati mereka.
Adakah anda tahu, hubungan yang wujud antara datuk atau nenek bersama-sama cucu mereka ini sebenarnya memberikan kesan yang amat positif bagi golongan datuk dan nenek ini. Anda ingin tahu apakah rangsangan positif tersebut? Teruskan pembacaan anda ke bahagian yang selanjutnya.
Kembangkan lingkungan sosial datuk dan nenek
Berdasarkan kajian terbaharu yang dijalankan oleh para saintis, datuk dan nenek yang turut terlibat dalam penjagaan cucu mereka adalah kurang mengalami kesepian kerana ia memperluaskan lingkungan sosial mereka. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap seramai lebih kurang 4,000 orang datuk dan nenek dengan bertanyakan kepada mereka beberapa soalan termasuklah soalan ‘berapa ramaikah jumlah individu yang rapat dengan anda?’.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, kajian mendapati bahawa datuk dan nenek yang mengambil berat atau menjaga cucu mereka adalah lebih cenderung untuk kurang merasa kesepian selain mempunyai lebih ramai rakan. Para penyelidik juga mendapati, dengan menjaga cucu akan membantu meningkatkan keyakinan dan harga diri seseorang individu tersebut selain membantu mereka agar berasa muda kembali.
Kaedah kajian yang dijalankan
Kajian ini telah dijalankan oleh penyelidik di Universitatsklinikum Hamburg-Eppendorf, Hamburg, Jerman dengan menggunakan data daripada tinjauan terhadap 3,849 orang datuk dan nenek. Kesemua responden kajian ini telah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut pada tahun 2014 yang lalu dan mereka mempunyai purata umur 66 tahun. Dalam kalangan datuk dan nenek ini, kurang daripada ⅓ daripada mereka, iaitu hanya seramai 1,125 individu menjaga cucu mereka secara aktif. Daripada jumlah 1,125 individu tersebut, lebih separuh daripadanya adalah wanita dan 80% daripada mereka adalah pasangan yang telah berkahwin dan tinggal bersama dengan pasangan mereka.
Kaedah tinjauan yang terlibat
Responden atau peserta kajian yang terdiri daripada datuk dan nenek ini telah diminta untuk memberikan rate atau penarafan berkenaan seberapa banyak mereka bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang diberikan kepada mereka. Mereka diberikan dengan empat skala, dengan skala keempat adalah skala dengan nilai sangat tidak bersetuju.
Antara pernyataan yang diberikan termasuklah, ‘Saya rindu untuk orang-orang berada di sekitar saya yang membuatkan saya berasa selesa’, ‘Saya sering berasa ditolak’, dan ‘Saya berasa seperti saya disisihkan’.
Skor keseluruhan yang semakin tinggi menunjukkan tahap kesepian dan pengasingan sosial yang lebih tinggi. Bagi datuk dan nenek yang menjaga cucu mereka, purata bagi skor kesepian adalah sebanyak 1.7, dan purata skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai peranan dalam menjaga cucu mereka secara aktif, mereka mempunyai purata skor kesepian yang lebih tinggi iaitu 1.8, manakala skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6. Datuk dan nenek yang mempunyai peranan penjagaan cucu juga mempunyai hubungan dengan lebih seorang individu berbanding daripada mereka yang tidak menjaga cucu mereka. Margin antara kedua-dua hasil kajian ini adalah tipis. Walau bagaimanapun, pakar menyatakan terdapat petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka yang menjaga cucu mempunyai kesan positif terhadap diri mereka.
Penjagaan cucu banyak manfaat
Ketua penyelidik, Profesor Eleanor Quirke menyatakan bahawa, membantu keluarga mereka untuk menyeimbangkan pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan cucu tambahan boleh meningkatkan harga diri datuk dan nenek. Selain itu, ia juga dapat memudahkan hubungan positif yang berterusan dengan anak-anak dan cucu mereka. Profesor Eleanor turut menambah, menjaga cucu juga dapat mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek selain membolehkan peluang yang lebih lanjut untuk menjalin hubungan dengan ibu bapa atau datuk dan nenek yang lain.
Mengapa penjagaan cucu ini benar-benar bermanfaat untuk datuk dan nenek?
Sememangnya, kajian di atas telah membuktikan bahawa penjagaan cucu oleh datuk dan nenek boleh mengurangkan risiko untuk mengalami kesepian. Selain itu, terdapat juga kajian-kajian lain sebelum ini yang menyokong hasil kajian tersebut dengan menyatakan bahawa ia juga boleh melindungi datuk dan nenek daripada risiko untuk mengalami kemurungan.
Teori ‘role enhancement’ atau peningkatan peranan telah digunakan untuk menerangkan kesan atau implikasi kesihatan dan juga psikologi penjagaan oleh datuk dan nenek ini. Teori ‘role enhancement’ ini mencadangkan bahawa mempunyai pelbagai tugas atau peranan adalah bermanfaat dan menyumbang kepada harga diri seseorang individu yang positif.
Membantu keluarga untuk menyeimbangkan antara pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan kepada cucu, boleh membantu datuk dan nenek untuk berasa yakin dengan peranan mereka dalam keluarga serta menggalakkan hubungan yang lebih positif. Ia juga boleh mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek kerana mereka bergaul dengan orang lain yang turut memiliki situasi atau keadaan yang sama dengan mereka.
Walau bagaimanapun, jika datuk dan nenek diwajibkan untuk menyediakan penjagaan cucu yang lebih intensif, mereka mungkin merasa terlalu terbeban dengan tanggungjawab tersebut dan kurang berkemampuan untuk terlibat sama dalam aspek lain dalam kehidupan mereka. Cara ini hanya akan menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai satu perkara atau rangsangan yang negatif.
Bagi ibu dan bapa yang mempunyai anak, gunakanlah waktu lapang seperti cuti sekolah atau cuti umum untuk membawa pulang anak-anak anda ke kampung bagi bertemu dengan datuk dan nenek mereka. Ia bukan sahaja memberikan kebaikan secara fizikal dan mental kepada datuk dan nenek di kampung, malah ia turut memberikan rangsangan positif kepada anak-anak anda.
Tetapi, perlu diingatkan juga bahawa penjagaan cucu oleh datuk dan nenek di kampung bukanlah kaedah untuk anda melepaskan tangan daripada menjaga anak-anak anda sendiri. Jangan sesekali menjadikan ibu bapa anda di kampung sebagai hamba atau bibik bagi menjaga anak-anak anda. Berbincang terlebih dahulu bersama mereka, adakah mereka akan berasa seronok jika anak-anak anda tumpang di rumah mereka selama beberapa hari untuk menemani mereka agar ia tidak menjadi beban kepada mereka yang sudah tua.
Di ketika kita dilanda dengan bekalan makanan yang agak terhad, belajarlah untuk berjimat cermat. Salah satunya adalah menggunakan semula minyak masak selepas digunakan.
Pun begitu elakkan menggunakan minyak yang sama berkali-kali. Tidak disarankan untuk kesihatan sekeluarga.
Macam mana nak bersihkan minyak? Tip ringkas yang dikongsikan oleh @senz.malaysia ini cukup mudah. Jom ikuti langkahnya.
Selepas masak, jangan terus dibuang minyak masak. Boleh sahaja digunakan asalkan tidak berkali-kali digunakan.
Ini caranya untuk membersihkan minyak yang kotor dan boleh digunakan semula.
Bahan:
1 sudu makan tepung jagung
Air
Campurkan sekali dan kacau sampai sebati.
Panaskan minyak yang digunakan tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
Kemudian angkat dan keluarkan kepingan tepung tadi.