Pernah tak mama alami masalah bila bagi bayi makanan dengan tekstur kasar sikit anak tolak mentah-mentah, langsung tak boleh terima. Begitu juga bila disuruh gosok gigi, anak muntahnya balik dan takut nak cuba lagi. Inilah sebahagian masalah oral over sensitive yang dimiliki anak kita. Bukan salah dia pun.
Mama kena cepat kesan keadaan ni. Sampai bila nak bagi anak makan puri kan? Dr Ain Zul kongsikan tipnya buat mama.
Masalah anak oral over sensitive?
Mummy nak sharing sikit jawapan kepada problem kawan lama mummy ni. Mummy rasa perlu kongsi dengan ibu-ibu lain jugak sebab maybe ada yang anak problem macam ni kan.
Ada dua isu saja yang nak sentuh dalam kes ni:
1) Anak 1yr 9m tolak makanan tekstur kasar, sepatutnya dah boleh makan macam-macam.
2) Frekuensi susu untuk anak umur 1 tahun ke atas (next post insyaAllah akan sharing part ni).
Ok, so anak yang tolak makanan bertekstur macam nasik bijik-bijik, ayam ketul-ketul atau apa yang kasar mungkin ada masalah oral yang over sensitive. Kenapa kita panggil over sensitive, sebab dia tak boleh nak deal dengan makanan yang bertekstur kasar sikit, sampai boleh muntah atau gagging reflex.
Macam anak kawan saya ni, even berus gigi pun tersangat lah susah rupanya bila ditanya. Actually bukan salah anak tu tau, tapi otak dia dah terima signal kata makanan kasar ni macam bahaya untuk ditelan so dia kena muntahkan balik.
Ads
Sama macam berus gigi, dia tak boleh nak tolerate berus bersentuh dengan bahagian dalam mulut. Sebab tu kebanyakkan anak yang ada masalah oral yang over sensitive prefers benda lembut je, macam bubur nasi atau benda yang dia tak perlu kunyah pun. Kira macam boleh telan terus la camtu.
Apa yang parents boleh buat untuk anak yang ada masalah macam ni:
1- Jangan marah kalau anak muntah, buang balik makanan. Jangan bagi anak rasa waktu makan tu waktu yang stressful untuk dia.
Ads
2- Encourage untuk makan satu benda setiap masa, jangan paksa. Contoh introduce balik sayur tapi satu persatu.
3- Try finger foods. Kalau sekarang makan bersuap lagi cuba buat makanan dalam bentuk yang boleh anak pegang. Kita tak boleh suap anak sampai dia besar. Ibu kena belajar tengok meja makan bersepah hikhik.
4- Anak yang over sensitive tend to be picky eater dan kadang-kadang dia lapar tak ikut timing. Ibu kena sediakan snack on the go yang berkhasiat.
5- Boleh sediakan makanan anak dalam bentuk yang menarik e.g. bento for kids.
Ads
6- Cuba kenalkan makanan yang bertekstur seawal mungkin bila anak dah nampak bersedia. Contohnya, jangan asyik bagi makan puree walaupun anak dah 10 bulan.
7- Gum massage / Oral massage – boleh tengok youtube
8- Ajar anak aktiviti yang banyak guna oral muscles, macam tiup bubbles, tiup cotton balls, hisap air dengan straw.
Ni antara yang boleh ibu ayah buat di rumah. Tapi nasihat mummy, boleh bawak anak jumpa occupational therapist jugak tau untuk dapatkan nasihat. Biasa OT akan assess anak dan offer cara untuk bantu parents yang ada anak bermasalah oral over sensitive. Sebenarnya OT lagi terer nak handle bab ni.
Tapi jangan biarkan lelama anak yang ada problem macam ni. Jangan tunggu anak dah besar baru nak intervene ye parents.
Kredit: Ain Zul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wahai ibu ayah, jangan kalut hendak hantar ke tadika kerana perkongsian ibu ini mengejutkan apabila beliau tidak hantar anak ke tadika pada usia lima tahun.
Setiap ibu bapa ada caranya untuk mendidik anak, tahu kebolehan dan kemampuan anak-anaknya. Untuk memastikan anak mendapat kejayaan, ada yang sanggup menghantar anak ke tadika swasta dengan yuran mahal agar anak cemerlang akademik. Yang pasti tujuannya sama iaitu mahu anak boleh membaca dengan cepat!
Berbeza pula dengan Puan Nurzarini Ismail yang mempunyai pendirian sendiri mengenai pendidikan prasekolah anak.
Ibu kepada dua orang anak ini punya motivasi dan percaya diri yang tinggi bahawa didikan dirumah juga mampu membentuk anaknya menjadi anak cemerlang. Ini kerana itu, beliau memilih tidak menghantar anaknya yang baru berusia lima tahun ke tadika.
Wajib ke anak 5 tahun dihantar ke tadika? Saya selalu ditanya ‘mengapa tak hantar kakak ke tadika?’. Memandangkan kakak telah mencapai usia 5 tahun dan berkelakuan agak matang, ramai yang kehairanan bila kakak masih belum bersekolah.
Ada beberapa alasan mengapa saya belum bersedia nak hantar kakak ke tadika.
1. Belum sampai masanya ke tadika
Yang ni point utama. Dulu saya start belajar di tadika pada usia 6 tahun. Saya masih ingat hari pertama saya masuk ke sekolah, kawan-kawan sedang bermain plastisin. Saya excited tapi takut. Sehingga sesi persekolahan tamat pada akhir tahun, saya cuma dapat 3 bintang dari keseluruhan buku teks. Ramai rakan yang dapat lebih dari 10 bintang. Saya pada masa tu gembira dengan 3 bintang sampai menjerit-jerit. Sebaik sahaja masuk darjah 1, hari pertama saya masuk ke kelas saya dapat membaca tulisan yang digantung di dinding kelas. Yang peliknya secara automatik sedangkan saya tidak pandai membaca semasa di tadika dan sesi tahun 1 belum bermula. Saya dapat membaca sendiri tanpa bantuan guru atau kawan-kawan pada masa itu.
Saya tak nak paksa kakak belajar pada usia sepatutnya hanya bermain. Saya mengajar kakak dirumah tapi dalam suasana santai dan bersahaja. Saya suruh kakak hafal ABC tapi tiada deadline.Kakak sepatutnya habiskan masa kanak-kanaknya dengan bermain, macam apa yang saya buat dulu.
Saya mula ke sekolah pada usia 6 tahun dan mula lancar membaca pada usia 7 tahun. Kakak baru 5 tahun. Sudahlah sekarang pun kakak tak dapat bermain di luar macam zaman saya dulu. Saya tak mampu nak benarkan kakak bermain di luar kerana bimbang keselamatannya, takkanlah pula saya nak suruh kakak ke sekolah. Mana zaman kanak-kanak kakak yang sepatutnya bermain itu?
2. Nak habiskan masa bersama
Ini pun point yang kuat juga. Saya cuma ada masa dengan kakak pada usianya masih kecil ni. Apabila kakak dah start bersekolah, perlahan-lahan dia akan sibuk dengan pelajarannya dan saya pada masa tu akan hilang seorang kawan baik yang selalu bermain dengan saya. Masa yang ada untuk saya bersama kakak cuma 5 tahun sahaja. Bermula 6 tahun hingga ke universiti seterusnya berkahwin, dia tak akan jadi lagi seperti kanak-kanak sekarang yang selalu mengendeng tepi kaki saya. Jadi biarlah kakak habiskan masa dengan saya untuk satu tahun ini sahaja lagi.
3. Saya tidak bekerja
Saya seorang surirumah dan saya ada banyak masa di rumah. Meskipun kerja rumah takkan pernah habis tapi kerja menjaga anak adalah kemahiran saya. Saya suka bermain dengan mereka, menjaga dan memasak untuk mereka. Jadi tiada isu untuk saya jaga kakak sekarang. Lagipun kakak adalah salah seorang kawan baik saya selain suami yang selalu tiada di rumah. Saya enjoy habiskan masa dengan kawan baik walaupun kadang-kadang iman saya menipis jugak melayan kerenahnya yang mengada-ngada tu.
4. Saya suka mengajar Saya pernah menjadi guru bagi kanak-kanak seawal usia 7 tahun sehinggalah dewasa yang berumur 20 tahun. Jadi saya ada sedikit ilmu yang boleh digunakan untuk mengajar kakak. Kanak-kanak seusia kakak perlu diajar dalam suasana menyeronokkan. Cipta suasana gembira, banyakkan aktiviti dan permainan. Saya percaya saya boleh lakukannya. Jika tiada idea, cari bahan di internet atau youtube. Jika tidak tahu teknik mengajar, boleh hadiri kelas. Yang penting di sini saya kena ada kesabaran yang tinggi. Kalau saya asyik rasa nak marah, saya takkan mengajar pada hari tersebut. Itu maknanya kakak kena cuti, kalau tak dia akan banyak kena marah dengan saya nanti. Haha.. Nanti saya kongsikan cara kami buat aktiviti di rumah tanpa kos yang tinggi, dengan hanya gunakan bahan terpakai.
Progress Alhamdulillah kakak sudah hafal dan tulis A hingga Z tanpa merujuk buku. Kakak juga boleh tulis namanya dan nama panggilan kami di rumah. Dia sudah hafal doa makan, surah Al-Fatihah dan An-Nas. Kakak sangat suka mewarna dan melukis. Walaupun tidak ke sekolah, kakak masih boleh belajar di rumah. Jadi saya tiada masalah jika tidak menghantar kakak ke tadika. Semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat.
Pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida menggunakan pendekatan memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk kepada anaknya, Aisya Humaira.
Umie, 46, atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, berkata, method yang digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak itu turut dipraktikkan untuk Aisya.
“Alhamdulillah, sekarang Aisya sudah berusia lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua.
“Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak. Caranya, perdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk. Begitulah seterusnya.
“Macam untuk diri sendiri, saya buat dengan surah Yassin. Bangun pagi buka dan sebelum tidur pun sama. Alhamdulillah, lama-lama kelamaan sudah boleh hafal.
“Jadi, method sama saya buat kepada Aisya yang otaknya masih segar. Dia serap apa dia dengar. Tinggal nanti, apabila dia boleh baca dan akan terus ingat. Insya-Allah, itu yang saya buat sekarang,” katanya kepada Harian Metro.
Umie yang juga pelakon filem Dukun berkata, pendekatan dibuat itu dapat mendidik dirinya menjadi manusia lebih baik.
“Allah bagi anak ini untuk mendidik kita yang kadang kala alpa dan leka.
“Anak ini mendidik saya menjadi manusia yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah. Kita mohon sesuatu yang terbaik untuk anak kita.
“Apa yang kita buat terbaik untuk anak kita, dalam masa sama untuk diri kita juga,” katanya.
Sebelum ini, Umie berkata, kehadiran anak syurga itu dalam hidupnya bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah rezeki yang tidak ternilai.
Anak angkatnya yang diambil pada Julai lalu ketika usianya 12 hari adalah hadiah paling berharga dan sangat besar maknanya buat seluruh keluarga Umie Aida.
Umie yang berkahwin dengan Khairuddin Mac 2010 tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25.
Aktiviti mewarna sering dipandang enteng, mungkin aktiviti yang dirasakan saja-saja tanpa tujuan. Hakikatnya aktiviti remeh ini antara aktiviti terawal paling menyeronokkan buat kanak-kanak.
Malah aktiviti sebegitu mampu membuatkan anak-anak belajar mengenai pelbagai perkara juga berkreatif dengannya.
Perkongsian oleh Pn Mahfuzah Zainol, Ahli Terapi Cara Kerja ini membuktikan bahawa aktiviti mewarna dapat membuatkan anak-anak kecil kita berfikir lebih kreatif.
“Hari-hari cikgu suruh kaler saja..tak ada kerja lain ke?”
Saya pantang kalau ada orang komen pasal aktiviti mewarna ni.
1. Aktiviti mewarna bukan setakat kaler-kaler suka hati.
2. It is all about visual and motor coordination skills.
3. Bukan mudah untuk mengawal pergerakan tangan jika seeorang murid tiada kemahiran tersebut.
4. Cuma aktiviti kemahiran mewarna perlu sesuai dengan tahap murid tersebut.
5. Tak perlu bagi gambar pemandangan yang indah di tepi pantai jika murid masih pada tahap menconteng. Boleh guna bentuk geometri mudah sahaja dulu.
6. Gunakan gambar kecil untuk lebih fokus.
7. Daripada hasil mewarna juga cikgu boleh mentafsir kaedah pengajaran yang sesuai dengan murid ini.
8. Cuma kena faham tahap mewarna seseorang murid, barulah kita boleh target apa capaian dia seterusnya. Bukan bagi gambar mewarna daripada awal sampai hujung tahun tapi tak ada apa-apa evaluation.
9. Perkara-perkara begini amat penting walaupun ia nampak sangat remeh.
10. Tak perlu merendah-rendahkan aktiviti mewarna. Mari kita empower cikgu buat aktiviti mewarna yang bermakna untuk murid berkeperluan pendidikan khas.
Sekian, sedikit perkongsian tentang kemahiran mewarna. Bukan salah pada aktiviti mewarna itu. Cuma kita tak mahir mengendalikan aktiviti itu dan menampakkan ia kemahiran yang sangat remeh.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.