Sup ikan memang baik untuk bayi. Sarat dengan DHA. Anda boleh mengikuti resepi daripada ibu ini untuk menyediakan sup ikan yang mesra bayi.
Ibu-ibu amat teliti dalam pemilihan sajian untuk bayi. Oleh itu, sediakan sajian daripada bahan yang kaya DHA (asid dokosaheksaenoik). Ia adalah nutrien penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik.
DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.
Puan Siti Nur Ezzah Zaini telah berkongsi resepi Sup Ikan Merah untuk bayinya, Muhammad Aidil Zhafran Mohd Nazri. Jom kita ikuti apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.
BUBUR SUP IKAN MERAH
Ads
Bubur nasi-masak secara berasingan
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP IKAN MERAH
Ads
Isi ikan merah
Bawang holland
Lobak merah
Sawi
Daun sup
Kentang
Sawi
Chicken bone broth (dalam bentuk kiub)
Mix herbs
Minyak zaitun (extra virgin)
CARA PENYEDIAANNYA
Tumis bawang holland dengan minyak zaitun smpai kekuningan.
Kemudian masuk kentang, lobak merah dan mix herbs untuk naikkan bau wangi sup.
Tambah air sedikit dan masukkan kiub chicken bone broth.
Bila sup mendidih, baru masuk isi ikan merah, sayur sawi dan daun sup. Siap sup ikan merah.
Kemudian ambil isi dalam sup dan kisar.
Campurkan ia dengan dengan bubur yang sudah siap kisar. Gaul rata dan tambahkan sup ikan merah sebagai kuahnya. Siap untuk diberikan kepada bayi!
SUKA BERIKAN IKAN KEPADA ANAK
Ads
“Kita sebagai orang dewasa pun perlu lebihkan makan ikan berbanding ayam. Contoh ikan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber protein semula jadi yang elok diambil.
“Saya akan selang selikan penggunaan antara ayam dengan ikan untuk penyediaan sajian anak. Isi ikan lebih lembut berbanding ayam menyingkat masa penyediaan dan memudahkan bayi menghadamnya,” kata Siti Nur Ezzah.
6 INFO IKAN KEPADA BAYI
Ikan berminyak seperti tuna , sardin, halibut dan salmon adalah sumber terbaik untuk omega-3 yang sihat.
Tetapi sardin tidak praktikal untuk memberi makan kepada bayi, dan halibut dan tuna lebih tinggi dalam merkuri.
Salmon adalah sumber terbaik DHA (asid lemak omega-3) dan ikan paling sihat untuk si manja.
Berikan bayi anda ikan yang mengandungi merkuri rendah.
Ikan merah ialah ikan yang berkalori rendah dan sumber protein yang baik. Sarat dengan selenium, vitamin A, potassium dan omega-3.
Selain itu, ikan mackerel (ikan kembung) ialah antara ikan yang kaya dengan omega-3. Ikan kembung juga kaya protein, vitamin B terutamanya vitamin B12.
Walau apa pun, untuk memastikan bayi mendapat nutrien penting untuk tumbesarannya, pastikan anda memberikan ikan secara sederhana. Jangan lupa pastikan si kecil mendapat makanan yang seimbang dari semua kategori makanan dalam piramid makanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menginjak usia bayi 6 bulan dan mula belajar makan pasti mama teruja untuk sediakan makanan yang sedap. Ada anak yang jenis tak memilih dan suap apa saja pun ok. Namun ada juga anak agak susah untuk makan sehingga mama pula terpaksa lebih kreatif.
Memandangkan makanan bayi tak boleh dicampurkan garam dan gula lagi seawal 2 tahun pertama, mama digalakkan untuk membuat sendiri serbuk perasa berasaskan ayam, ikan bilis atau menggunakan beberapa jenis sayuran untuk menambahkan rasa pada makanan anak.
Kali ini dikongsikan cara untuk buat serbuk ayam homemade. Perkongsian Nazz Spectra boleh mama cuba. Mudah sangat!
Hommemade serbuk ayam
1. Ambil isi ayam bahagian dada
2. Rebus sampai air kering
3. Blender kering ayam sampai halus..
4. Masuk balik dalam kuali dan start sangai sampai perang, guna api sederhana
5. Dah siap, bubuh dalam bekas
6. Sesuai untuk penambah perisa bubur baby, nak bubuh banyak pun tak ada masalah sebab kita buat sendiri, memang kita tahu tiada garam dan MSG, hanya ayam semata. Kalau rasa nak tambah halia atau bawang pun boleh tapi saya buat ayam sahaja.
Anak mana yang tidak gemarkan aiskrim. Rasa manis dan warnanya yang cantik dan pelbagai rupa buat anak rasa tertarik. Sesekali mama boleh sediakan aiskrim sendiri untuk mencipta bonding dengan anak. Resipi aiskrim dua bahan ini memang mudah. Malah bahannya pun teramatlah ringkas.
Resipi Aiskrim Yogurt daripada Umairah Jamaah ini memang unik dan kreatif. Paling menarik hanya gunakan dua bahan sahaja iaitu yogurt dan epal. Mudah!
Musim panas ni best kan kalau dapat makan benda sejuk-sejuk. Lagi best kalau anak-anak dapat buat sendiri makanan tu.
Dapat la sekali-sekala belajar guna bahan kat dapur. Belajar bab sukatan. Ingat steps nak buat makanan tu. Latih kemahiran berfikir. Latih kemahiran motor halus. Yang paling penting ibu dan anak dapat ber’bonding time’ sesama 💗
Ni Kak Mai share resepi ice-cream termudah diabad ini. Guna dua bahan aje. Tak payah nak prepare sangat. Simple.
Bahan-bahan:-
• 1 cawan yogurt (nak letak extra pun boleh)
• Sebiji Epal
Nak buat ice cream macam ni?
Nah dua bahan ni aje. Guna plain yogurt sebab tiada gula tambahan, perasa dan pewarna tiruan. Pastu yogurt ni agent probiotic yang sangat baik untuk usus kita. Sebiji epal nak guna hijau atau merah terpulang.
Epal tu dadukan. Pastu masukkan ke dalam blendar. Masukkan jugak secawan yogurt tadi.
Ni watak tambahan. Kalau ada serbuk kayu Manis, boleh aje letak sikit. Kalau ada la. Kalau takde tak apa. Kan epal match dengan serbuk kayu manis kan.
Ok dah siap blend. Tuang kat dalam tray macam ni. Eh kalau nak guna bekas lain boleh saja wak. Pastu sejukkan kat dalam peti ais. Kena telan pil saboriah sikit. Sebab anak akan kerap bertanya dan tanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak cepat berasa jemu dengan menu yang disediakan lebih-lebih lagi jika menu tersebut berulang-ulang. Mama boleh cuba menu baru iaitu Nugget nasi yang boleh dijadikan kudapan si manja. Ikuti resipi dibawah.