Air yang terdapat di dalam baldi di bilik air yang kita rasakan selamat itu sebenarnya cukup berbahaya buat anak-anak kita, apa lagi bagi seorang bayi yang baru pandai merangkak atau berjalan.

Ketika di rumah, bukan hanya di dapur, bahkan seluruh kawasan rumah merupakan ruang yang tidak selamat untuk semua anak-anak kita. Disebabkan itulah perhatian perlu diberikan pada mereka. 24 jam pemantauan, bukan sekadar tengok-tengok sahaja.

“Tolong Doktor, Anak Saya Lemas”, Air Sedalam 2 Inci Mampu Buatkan Bayi Lemas, Hati-Hati!

Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Redza Zainol menerusi facebooknya. Berkongsi kisah ibu bapa yang membawa anaknya yang lemas kerana bermain air di dalam bilik mandi ketika berada di rumah pengasuh, amat menyentuh hati kita. Namun inilah yang benar-benar berlaku jika kita terleka.


Ketika anak kecil tu sampai di Jabatan Kecemasan, seluruh badannya sudah biru dan sejuk.

Tak bernafas dan tak bergerak. Tiada degupan jantung kedengaran bila bayi diperiksa. Matanya tertutup, mulutnya sedikit terbuka.

“Tolong saya doktor. Anak saya lemas. Tolong dia, tolong dia.”

Si kecil ni ialah anak tunggal dan dia dijaga oleh pengasuh pada siang hari. Pintu tandas di rumah pengasuh walaupun ditutup tapi tak dikunci. Dia masuk ke tandas bersendirian dan nampak baldi yang penuh dengan air.

Pada masa dia dijumpai pengasuh, kepalanya ada di dalam baldi dan kakinya ke atas. Pengasuh terus menarik anak ini keluar, namun kaki, tangan dan mulutnya sudah membiru.

IKLAN

“Tolong Doktor, Anak Saya Lemas”, Air Sedalam 2 Inci Mampu Buatkan Bayi Lemas, Hati-Hati!

Berapa lama dia dah terjatuh ke dalam baldi, tak ada siapa yang tahu. 1 minit atau 10 minit, entahlah. Mana tahu pagi itu adalah hari terakhir ibunya lihat dia tersenyum.

“Maafkan saya puan. Anak puan dah tak ada lagi.”

Menyesal pun tak berguna. Masa yang dah berlalu tak boleh diputar semula. Hanya kenangan yang ditinggalkan. Dan dia, dah pergi meninggalkan semua.

Kepala bayi atau anak kecil yang tenggelam dalam air sedalam 2 inci dah mampu buatkan dia lemas. Ia berlaku secara senyap dan pantas.
Anak yang lemas tak mampu menjerit meminta tolong. Air yang masuk ke dalam paru-paru akan buatkan paru-paru jadi basah dan tak berfungsi lagi.

IKLAN

4 minit tanpa oksigen sampai ke otak, dah cukup untuk buatkan kerosakan kekal pada otak anak.

“Tolong Doktor, Anak Saya Lemas”, Air Sedalam 2 Inci Mampu Buatkan Bayi Lemas, Hati-Hati!

Nak mandikan anak perlu hati-hati

Kawan-kawan, perhatikan 4 perkara ni ketika mandikan bayi dan anak kecil:

✅ Pastikan kita memerhati anak secara SENTUHAN. Maksudnya sebelah tangan kita sentiasa memegang anak.
Sebelah lagi tangan untuk kita ambil alatan mandian dan tuala bayi. Dan semua alatan ni mestilah dalam jangkauan tangan kita.
Susun dulu semua alatan ni sebelum letakkan bayi di dalam tub/tempat mandian bayi.

IKLAN

✅ Peraturan mudah ketika bayi berada DI DALAM air:
Jangan tinggalkan anak sendirian atau tinggalkan anak untuk dijaga oleh anak kecil lain walaupun sekejap.

“Tolong Doktor, Anak Saya Lemas”, Air Sedalam 2 Inci Mampu Buatkan Bayi Lemas, Hati-Hati!

✅ Penutup tempat duduk tandas ditutup sepanjang masa.
Kepala anak kecil yang dah pandai berjalan boleh termasuk ke dalam lubang tempat duduk tandas dan lemas secara senyap.
Sebaiknya, selak terus pintu tandas supaya tak dimasuki oleh anak kecil.

✅ Kosongkan baldi, tong sampah atau apa-apa bekas yang boleh menakung air.
Bantu saya sebarkan info ni. Masih ada mak ayah yang belum tahu tentang ilmu keselamatan anak di rumah.

Artikel berkaitan: Elak Pasang Pemanas Air Jenis Elektrik Dalam Bilik Air Kalau Ada Anak Kecil Bahaya!

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI