Masih ada kes menyentuh jiwa di taska, bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemui tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
Kejadian tragis ini berlaku di taska di Taman Danau Kota kelmarin. Dalam pada taska itu disahkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ketua Pengarah JKM, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, taska berkenaan sudah memperbaharui pendaftaran dengan JKM Kuala Lumpur pada 24 Januari lalu hingga 23 Januari 2030.
Ads
Menurutnya, kapasiti kanak-kanak di taska itu adalah seramai 51 orang dan ketika siasatan untuk pendaftaran, jumlah kanak-kanak di premis berkenaan adalah 36 orang.
“Berhubung kejadian berkenaan, JKM sudah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan kes itu.
“Setakat ini taska berkenaan masih beroperasi dan JKM akan menjalankan siasatan secara telus membabitkan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.
Ads
Terdahulu media melaporkan, Muammar Adli ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Danau Kota, di sini, kelmarin sebelum disahkan meninggal dunia pada 11.08 pagi.
Media hari ini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 9 pagi hingga 11 pagi.
Ads
“Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa di Balai Polis Setapak pada 1.26 tengah hari, hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Video seorang ibu yang menunggang motorsikal bersama dua anak kecilnya yang tular di platform TikTok ternyata amat menyentuh hati ramai.
Ketika minyak diisikan ke dalam motorsikal, bayi kecil pula terpaksa dikendong kemas dalam pelukan.
Menerusi perkongsian video yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Faizal Danial, dia telah memuat naik video yang dirakam sewaktu berhenti di sebuah pam minyak apabila melihat seorang wanita menunggang motosikal bersama dua orang anak yang masih kecil.
Malah anak muda ini turut menawarkan bantuan untuk membawa dua anaknya pulang ke rumah namun permintaan itu ditolak dengan cara yang baik ibu ini.
“Lepas habis solat, aku berjalan pergi ke kereta, tiba-tiba nampak seorang ibu ini baru sampai nak isi minyak bersama dua anaknya. Seorang bayi dan seorang lagi budak kecil.
“Perkara paling menarik perhatian aku apabila wanita tu menunggu motorsikal sambal mengendong bayi yang umurnya seperti tak sampai setahun lagi, manakala abangnya pula aku anggarkan antara dua hingga tiga tahun.
“Apabila aku masuk dalam kereta, aku perhatikan dari jauh gelagat keluarga itu. Aku rasa kesian, tak bahaya ke tunggang motorsikal ambol bawa bayi macam tu? Aku pun turun dari kereta dan cuba tawarkan bantuan.
“Aku tanya dulu nak ke mana, kemudian aku cakap aku boleh tolong bawakan bayi dan budak tu guna kereta, lebih selamat. Si ibu pula boleh ikut dari belakang dengan menaiki motosikal,” kata.
Namun pelawaan itu ditolak secara baik oleh ibu berkenaan.
“Aku pun masuk balik dalam kereta dengan perasaan sedih tak dapat tolong akak tu..
“Bila dia gerak aku follow belakang sambil-sambil nak balik rumah. Ingatkn dia nak balik dekat area situ je sekali dia turun highway dari Educity menghala ke Perling.
“Aku follow dari jauh tak nak dia takut sebab highway tu banyak motor & lori yang balik kerja dari Singapore.
“Lebih kurang 10-15 minit aku follow dia sampai tol Perling banyak lori & motor hon dekat akak tu sebab bawak motor kejap tengah kejap tepi,” katanya lagi.
Situasi sebegini membuatkan kita tersedar bahawa ada insan lain yang mengalami kesulitan yang lebih hebat.
“Kadang-kadang kalau rasa diri kita susah & ingatlah ada orang yang lagi susah dari kita,”katanya lagi.
Semoga urusan ibu ini dan dua anaknya dipermudahkan.
Rumah seorang pempengaruh gadjet terbakar dijilat api selepas ‘powerbank’ lama miliknya meletup dan menyambar kain langsir di bilik tidur utama di rumahnya.
Menerusi akaun Tik Toknya, pempengaruh yang juga pemilik Tiktok Amad Zahry mendakwa ‘power bank’ yang meletup itu sudah lama dan tidak lagi digunakan.
Tambah cemas bila letupan itu menyambar kain langsir di bilik tidur utama mereka.
“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, Amad memberitahu beliau tidak sempat membasahkan kain bagi menghentikan penyebaran api namun berpeluang mengambil telefon bimbit sebelum menyelamatkan diri ke jalan utama hadapan rumah,” ujarnya berkongsi.
Tambahnya lagi kesemuanya berlaku dengan begitu pantas malah proses memadamkan api menjadi sukar. Dia juga hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya sebelum pihak bomba datang menyelamatkan keadaan.
“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan.
Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi itu telah menyebabkan kerugian mencecah RM20,000.
Kejadian yang berlaku di kejiranan Cheng, Melaka itu bagaimanapun tidak menjejaskan perumahan lain dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Nama Muhammad, Abdul, Siti, Nur jadi pilihan ibu bapa namakan anak. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti, dan Nurul merupakan antara yang paling kerap digunakan dalam pendaftaran nama rakyat Malaysia setakat ini.
Beliau menjelaskan bahawa nama-nama tersebut sering menjadi pilihan kerana ia mencerminkan identiti Islam serta budaya Melayu. Biasanya, nama-nama ini akan digabungkan dengan nama kedua untuk melengkapkan nama penuh seseorang.
“Ramai ibu bapa membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku nama bayi, laman web keibubapaan, al-Quran, hadis dan juga pakar bahasa bagi memilih nama terbaik untuk anak mereka,” ujar beliau kepada Bernama.
Badrul Hisham turut menyatakan bahawa terdapat kecenderungan dalam kalangan ibu bapa masa kini untuk memilih nama yang sedap didengar, senang diingati, serta membawa maksud yang baik dan positif.
Nama-nama berunsur Arab dan Islam seperti Aisyah, Maryam, serta Rayyan kekal menjadi pilihan popular kerana makna indah yang terkandung dalamnya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mendedahkan bahawa terdapat perubahan dalam cara ejaan nama, di mana sesetengah ibu bapa memilih versi yang lebih moden. Sebagai contoh, nama klasik seperti “Amir” diubah kepada “Ameer”, manakala “Zahra” menjadi “Zara”.
Tambahnya lagi, berdasarkan data JPN, terdapat nama yang sepanjang 15 perkataan dan juga nama paling ringkas yang hanya terdiri daripada dua huruf.
Walau bagaimanapun, Badrul Hisham mengingatkan ibu bapa agar mendapatkan nasihat dan penjelasan daripada JPN sekiranya terdapat kekeliruan dalam memilih nama untuk didaftarkan.
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 16, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Pendaftar Besar mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pendaftaran sesuatu nama.
JPN turut menyediakan satu garis panduan yang dinamakan “Arahan Jabatan mengenai Prosedur Penamaan Kanak-Kanak Semasa Pendaftaran Kelahiran” untuk dijadikan panduan oleh para pendaftar.
Arahan ini menggariskan tiga kategori penamaan yang perlu diberi perhatian, iaitu: nama yang dilarang seperti pangkat dan gelaran; nama yang dianggap tidak sesuai; serta penamaan berdasarkan keturunan.
Antara gelaran yang tidak dibenarkan digunakan sebagai nama anak termasuklah Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Tun, Haji, Nabi, Gabenor, Dr, dan Mahaguru.
Selain itu, nama yang merujuk kepada haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan peralatan juga tidak digalakkan. Penggunaan singkatan seperti D, Mohd, Abd, M dan seumpamanya juga tidak dibenarkan.
Bagi nama berasaskan keturunan, pertimbangan akan dibuat berdasarkan bukti sama ada gelaran tersebut benar-benar diwarisi daripada keluarga, contohnya seperti Tengku, Megat dan Puteri.
Untuk masyarakat bukan Islam, mereka juga perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan, termasuk larangan menamakan anak dengan nama-nama yang merujuk kepada Tuhan.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...