Pagi yang biasanya tenang di Jeti Pulau Ketam bertukar menjadi detik paling menyayat hati buat penduduk sekitar apabila dua beranak seorang ibu dan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun ditemui sudah tidak bernyawa, terapung di laut.
Insiden tragis ini berlaku sekitar jam 7.30 pagi, Rabu lalu. Seorang lelaki tempatan yang sedang melalui kawasan jeti terlihat kelibat seorang kanak-kanak kecil terapung di permukaan air. Tanpa berlengah, beliau terus terjun ke laut dibantu beberapa orang awam lain dalam usaha menyelamatkan mangsa. Namun, usaha itu berakhir dengan kesedihan yang tiada tara.
“Kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa sebaik sahaja kami naikkan ke jeti,” kata seorang petugas Klinik Kesihatan Pulau Ketam yang turut berada di lokasi bersama pihak polis.
Ads
Tidak lama kemudian, satu lagi mayat seorang wanita dewasa ditemui tidak jauh dari tempat yang sama. Wanita berkenaan turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Naluri Seorang Ibu Hingga Ke Hujung Nyawa
Lebih meruntun jiwa, apabila identiti kedua-dua mangsa dikenalpasti sebagai ibu dan anak perempuan. Hasil siasatan awal pihak polis menemui sebuah beg berisi dokumen milik mangsa seorang wanita tempatan berusia 41 tahun dan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun.
“Tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa,” ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah.
Ads
Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Polis juga membuka satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) dan menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Ads
Kami di Pa&Ma turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga roh kedua-dua insan ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah buat arwah ibu dan anak kecil ini. Semoga syurga tempatmu, wahai anak… dan syurga juga buatmu, wahai ibu. 🕊️
Luahan ini bukan kata-kata biasa. Ia adalah jeritan hati seorang remaja berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina (bukan nama sebenar), yang kini menjadi tumpuan inkues selepas kematiannya mengejutkan ramai pihak.
Dalam prosiding yang sedang berjalan, dua pelajar tampil memberi keterangan bahawa mereka pernah mendengar arwah mengemukakan soalan-soalan hipotesis yang memilukan hati, termasuk: “Kalau saya terjun dari sini, masih ada orang sayang saya? Apakah rasanya?”
Menurut laporan Harian Metro, peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili salah seorang kanak-kanak terlibat memaklumkan arwah pernah meluahkan lebih daripada 10 kenyataan seumpama itu. Walaupun Mahkamah Koroner belum mengesahkan catatan diari yang dikatakan milik Zara, seorang saksi mendakwa tulisan di dalamnya adalah tulisan arwah.
Diari itu dikatakan memuatkan luahan yang menyayat hati: “Ya Allah, kenapa aku dibenci?” dan “Kenapa aku tidak disukai?” — isyarat jelas bahawa anak ini berasa terasing, sunyi dan memerlukan bantuan.
Seorang saksi turut memberitahu bahawa dua hari sebelum kejadian, Zara pernah dimarahi ibunya. Malah, ketika dihantar semula ke sekolah, salam yang diberi kelihatan seolah-olah tidak ikhlas, menggambarkan ketegangan emosi yang mungkin dialaminya ketika itu.
Namun begitu, peguam menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai punca kematian Zara kerana ramai lagi saksi dijangka tampil memberi keterangan.
Kisah ini menjadi peringatan besar buat ibu ayah. Anak-anak mungkin nampak ceria di luar, tetapi jauh di sudut hati mereka berperang dengan luka yang tidak terlihat. Bila mereka mula bertanya tentang mati, menulis ayat sedih atau menyendiri, itu tanda minta tolong.
Sebagai ibu bapa, jangan cepat memarahi atau menghakimi. Duduklah bersama anak, dengar luahan mereka dengan hati terbuka. Pelukan, kata-kata lembut dan sokongan kecil mampu membuat anak rasa mereka masih disayangi.
Kerap menyendiri dan enggan bergaul seperti biasa.
Ucapan negatif tentang diri sendiri seperti “saya tak disayangi” atau “saya menyusahkan orang”.
Mood berubah mendadak, mudah marah atau menangis tanpa sebab.
Gangguan tidur atau selera makan, sama ada berlebihan atau terlalu sedikit.
Minat menurun, tidak lagi teruja dengan aktiviti yang sebelum ini digemari.
Jika ibu ayah perasan tanda-tanda ini, dapatkan segera bantuan daripada guru, kaunselor atau pakar psikologi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda badai? Diuji dengan pelbagai cabaran sehingga ada masanya terjadi pertelingkahan antara pasangan suami isteri. Sangat penting buat setiap pasangan untuk mengawal diri dan emosi serta segera mencari penyelesaian kepada masalah yang melanda.
Selain sikap menghormati dan toleransi sesama kita, ibadah harian yang dibuat juga dapat membantu mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Selain solat dan berdoa seperti biasa, apa kata anda selitkan sekali doa khas untuk menjaga kesejahteraan perkahwinan? Doa yang Pa&Ma ingin kongsikan ini membantu memberi kebahagiaan dalam hubungan suami isteri serta memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.
AMALKAN DOA HEBAT INI!
Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Doa ini boleh diamalkan untuk mengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Cara untuk mengamalkannya: Setiap kali bersua dengan pasangan, bacalah ayat ini. Untuk kesan yang lebih baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya. Tidak perlu dibaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi ramai orang, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak tiga kali.
Selain berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, suami isteri harus berbaik sesama sendiri dan berkasih sayang selalu. Setiap pasangan perlu saling menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi.
Allah SWT telah menemukan kita dengan pasangan (jodoh) dan berdoalah agar dia yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita dapat terus bersama meniti kebahagian di dunia dan di akhirat bersama beserta anak-anak.
DOA UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI
Jagalah amalan seharian kita dan lindungilah hubungan dengan pasangan dengan saling mendoakan untuk kebaikan bersama.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya sebagai ibu ayah yang bekerjaya, kita memang perlukan ruang untuk berehat dan lari seketika daripada rutin yang memenatkan. Menguruskan anak-anak, kerja, rumah tangga semuanya menuntut tenaga fizikal dan mental. Begitu juga buat suri rumah yang seharian menguruskan rumahtangga tanpa henti.
Salah satu cara paling efektif untuk recharge semula idengan pergi bercuti bersama keluarga. DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut adalah antara staycation popular yang jadi pilihan ramai kerana berkonsepkan kids-friendly dan berdekatan dengan alam semula jadi menjadikan hotel bertaraf lima bintang ini penginapan menarik sesuai untuk anda bersama keluarga.
DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut terletak di kawasan yang dikelilingi oleh alam semula jadi yang hijau menjadi pilihan yang sempurna untuk keluarga yang ingin melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan bandar. Pemanduan yang hanya mengambil masa tiga jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Barat, resort ini bagaikan permata tersembunyi di pesisir pantai Lumut yang menghadap Selat Melaka.
Lebih istimewa, hotel ini memenangi Anugerah Hotel Hijau ASEAN, merupakan resort yang memenuhi keperluan percutian yang mengagumkan buat keluarga yang terdiri daripada warga emas hinggalah kepada si cilik dengan segala kemudahan yang memenuhi keperluan seisi keluarga.
Jadi buat yang impikan sebuah percutian ‘healing’, tenang, tapi penuh aktiviti untuk seisi keluarga. Jom tengok 13 sebab kenapa DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut wajib ada dalam wishlist anda seisi keluarga!
Setibanya di lobi, pengunjung disambut mesra oleh staf hotel dengan senyuman dan layanan yang cekap. Belum sempat penat hilang, tangan dah diberi cookies yang rangup dan sedap signature DoubleTree! Proses daftar masuk pun sangat lancar, tak perlu tunggu lama untuk dapatkan kunci bilik. First impression memang tip top!
Resort ini juga dapat memenuhi keperluan untuk percutian sekeluarga iaitu daripada kategori bilik Family Suite yang luas dan selesa serta kategori bilik lain yang bersesuaian dengan bajet tetamu. Bahkan, untuk keluarga yang besar, mereka boleh menempah bilik dengan pintu penghubung antara bilik, membolehkan ibu bapa mengawasi anak-anak dengan lebih mudah dan selesa. Apa yang pasti, masuk saja bilik, mata terus terpesona dengan dekorasi moden dan suasana tenang.
Bukan itu sahaja, bilik yang luas dan selesa ini dilengkapi dengan balkoni peribadi menghadap Selat Melaka dengan pemandangan laut, bunyi ombak dan angin sepoi-sepoi memang membuatkan kita rasa damai. Sesuai sangat untuk tenangkan fikiran dan bonding time bersama keluarga.
Disebabkan kawasan resort yang luas dan penuh dengan pelbagai fasiliti, pihak hotel menyediakan carta peta di beberapa lokasi strategik. Ini sangat membantu tetamu untuk merancang aktiviti dan tahu arah mana nak dituju dengan mudah. Suasana macam dalam mall semua aktiviti ada dalam satu kawasan, memang memudahkan dan seronok untuk explore.
Taman air khas untuk kanak-kanak di resort ini memang jadi tarikan utama. Terletak berdekatan dengan tempat makan Makan Kitchen, memang mudah lepas kenyang bersarapan atau makan tengah hari, anak-anak boleh terus terjun mandi! Waterpark ini lengkap dengan gelongsor air berwarna-warni dan kolam cetek yang selamat, membolehkan anak-anak bermain sepuas hati.
Banyak kerusi dan ruang duduk disediakan untuk ibu bapa bersantai sambil memerhati anak-anak bermain sambil melihat pemandangan laut yang memukau.
Untuk ibu bapa yang perlukan ‘me time’, Kids Club ialah tempat yang sesuai untuk hantar anak-anak bermain sambil belajar. Aktiviti seperti melukis, bermain permainan interaktif dan sesi bercerita bukan sahaja menyeronokkan, tapi turut membantu perkembangan sosial mereka. Dikelola oleh kakitangan mesra dan terlatih, anak-anak pasti gembira berada di sini. Selain itu, ruang di Kids Club ini juga dihias dengan warna-warni yang ceria dan penuh elemen menarik untuk merangsang imaginasi si kecil. Paling menarik, ada juga ruang menonton bersama keluarga yang dilengkapi dengan skrin TV besar dan bean bag empuk boleh duduk santai satu keluarga sambil layan kartun atau rancangan kegemaran anak-anak. Bukan itu sahaja, disediakan juga PlayStation untuk anak-anak main game!
Selain itu, ‘Room Game’ juga menyediakan ruang untuk ahli keluarga bermain permainan seperti carom, catur dan congkak. Ruang ini disediakan bean beg berwarna warni yang menjadikan bilik ini untuk ahli keluarga berseronok dalam persekitaran yang selamat dan selesa. jadi memang lengkap untuk hiburan anak-anak sepanjang hari!
Aktiviti santai macam kayuhan basikal pun ada kat sini. Kayuh basikal sambil layan angin laut, memang rasa tenang je. Kayuhan basikal sambil hirup udara segar, dengan pemandangan cantik gerenti hilang stress! Sesuai sangat kalau nak spend masa dengan anak-anak atau pasangan sambil recharge minda. Di sini bukan je rileks, tapi penuh memori indah.
Bagi yang suka aktiviti mencabar, jangan lepaskan peluang untuk cuba ATV ride yang membawa anda menjelajah kawasan hutan tropika di sekitar resort. Aktiviti ini bukan saja seronok, tapi juga memberi peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi sambil mengeratkan hubungan bersama keluarga.
Kalau nak ‘upgrade’ percutian, boleh ikut trip ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa singkat dengan bot dari jeti berdekatan. Di sana, anda boleh lawat pantai berpasir putih, pekan nelayan yang unik dan beli hasil laut segar terus dari sumbernya. Ibu-ibu pun mesti suka singgah beli ikan bilis mata biru, ikan kering, sotong kering dan pelbagai makanan laut fresh dari kedai berhampiran memang berbaloi untuk borong dan bawa balik sebagai ole-ole untuk saudara mara dan kawan-kawan. Untuk yang sukakan aktiviti air, boleh juga cuba scuba diving di kawasan laut sekitar Pangkor yang kaya dengan kehidupan marin. Lautan biru, bayu laut yang menenangkan dan pemandangan memukau sepanjang perjalanan ke sana memang boleh buat anda lupa segala tekanan kerja. Memang moment terbaik untuk recharge diri dan reconnect dengan alam. Tapi jangan lupa ya, pakai sunblock sebelum ikut trip ni cuaca panas, tapi pengalaman memang berbaloi!
Bagi yang suka bersenam walaupun tengah bercuti, gym di DoubleTree by Hilton Damai Laut ni memang heaven! Gym ni beroperasi 24 jam dan paling istimewa, ia menghadap terus ke laut. Bayangkan workout sambil tengok matahari naik perlahan-lahan memang tenang dan boost mood pagi-pagi. Kalau siang hari sibuk dengan aktiviti, anda boleh bangun awal untuk bersenam dulu sebelum sarapan. Lagi best, gym ni bersebelahan je dengan Kids Club, jadi kalau nak bersenam waktu siang, anak-anak boleh bermain di situ. Tak perlu risau nak kejar anak, boleh fokus jaga kesihatan sambil anak happy bermain. Win-win!!
Aktiviti yang mak-mak kena cuba adalah di Spa Eforea. Spa yang yang terkenal dengan rawatan mewah menggunakan produk Kerstin Florian dan teknik tradisional Asia Tenggara. Spa ini juga tersenarai antara 100 spa terbaik dunia!
Bagi pasangan atau adik-beradik yang ingin menikmati rawatan urutan satu badan bersama, terdapat bilik khas dengan suasana yang tenang.
Selain itu, jika memilih untuk urutan kaki dan bahu sahaja ada ruang bilik denan kerusi empuk yang menghadap laut. Bayangkan, sambil diurut, anda dapat melihat pemandangan laut yang memukau. Memang tempat ‘healing’ yang sempurna! Tetamu juga akan dihidangkan dengan teh herba yang dan biskut halia di sini. Ini adalah pengalaman yang wajib cuba bagi mereka yang ingin benar-benar ‘recharge’ dan hilangkan segala stres
Untuk ruangan makanan di resort ni memang terbaik! Di Makan Kitchen, anda boleh nikmati pelbagai sajian Melayu, Cina dan India yang dimasak secara langsung di stesen interaktif. Selain ruang makan berhawa dingin yang selesa, pengunjung juga boleh pilih untuk sarapan di kawasan luar yang menghadap laut.
Suasana nyaman dengan angin laut, bunyi ombak dan pemandangan yang tenang memang buat rasa makanan jadi lebih sedap. Ruang makan bahagian luar juga cantik untuk bergambar kenangan bersama keluarga, terutama waktu pagi dengan cahaya semula jadi.
Jika hendak rasa makanan laut segar Perak, boleh pula ke Hot Pot juga menawarkan pengalaman makan steamboat dengan pemandangan laut dalam suasana santai dan cozy yang memang tak boleh lupa. Memang kena dengan mood bercuti!
Akhiri hari dengan duduk santai di Executive Lounge sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau. Di sini, boleh menikmati koktel atau minuman kegemaran sambil melihat suasana laut yang tenang. Lebih menarik, Executive Lounge ini adalah ruang khas dan santai, khas untuk tetamu yang menempah bilik bagi kategori Executive dan ke atas.
Suasana di sini memang tenang dan elegan sangat sesuai untuk mak ayah refleksi, berbual dari hati ke hati dan mensyukuri momen percutian indah bersama keluarga tercinta. Tempat ini juga jadi spot wajib untuk pasangan yang nak nikmati masa berkualiti bersama atau sekadar melayan view sunset yang romantik dan healing.
Untuk yang suka bergambar, resort ini memang penuh dengan port OOTD yang cantik-cantik semuanya. Melangkah masuk sahaja, pasti terpukau dengan dekorasi kawasan lobi pendaftaran pun sangat menawan. Lampu tergantung yang bergaya, kerusi moden di kaunter pendaftaran, serta rekaan dalaman yang elegan menjadikan setiap ruang tampak mewah tapi tetap mesra keluarga.
Bahkan landskap hijau tropika yang tersusun rapi, kolam berlatarbelakangkan laut, sudut tepi pantai yang tenang, hingga ke langit jingga waktu matahari terbenam setiap sudut resort ni memang sangat aesthetic. Bukan itu saja, Sepanjang laluan dalam resort pun dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang menyegarkan mata. Memang wajib abadikan memori sebagai kenangan percutian indah seisi keluarga.
Satu lagi tarikan utama di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort ialah pantai persendirian yang terbentang luas, bersih dan sangat tenang. Petang-petang sebelum makan malam, boleh ajak seisi keluarga duduk santai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau.
Angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, bunyi ombak yang menenangkan, memang ‘healing’ habis terutamanya buat mak-mak yang nak rehatkan minda dari rutin harian. Bukan itu sahaja, pantai kat sini sangat cantik dengan pasir putih yang halus. Momen manis untuk keluarga!
Dah baca semua 13 aktiviti best kat DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut. Jawab soalan satu soalan ini pemenang akan berpeluang memenangi baucar penginapan DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut. Siapa tahu, rezeki anda menang hadiah best dari kami!
Soalan 1:
Apa nama spa mewah yang tersenarai antara 100 spa terbaik dunia di DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut?
Jawapan: …………………………………………
DM kami untuk dengan jawapan yang betul.
Nyatakan maklumat peribadi dengan lengkap:
Nama:
No Kad Pengenalan:
Alamat:
No Tel:
Tarikh Tutup: 21/5/2025
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!