Usahawan dan pelawak popular, Shuib Sepahtu sukar membuang perasaan sedih atas pemergian arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah genap setahun meninggal dunia mengikut kalendar Islam.
“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik.”
Sebak saat soalan diajukan, Shuib tidak dapat mengawal diri mengimbas kembali detik pemergian arwah pada 9 Ogos lalu.
Bagaimanapun, kata Shuib, 37, atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, dia harus reda dengan pemergian arwah dan percaya dengan setiap aturan ditentukan Allah.
“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik. Kadang-kadang, saya tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan perasaan setiap hari tidak sama.
“Saya berikan satu contoh. Pernah tak teringat sesuatu perkara tanpa gagal, setiap hari? Saya melaluinya setiap hari dalam masa setahun ini.
“Tiada satu hari pun saya tidak ingat atau memikirkan arwah.
“Saya akan selalu bersedih, tetapi insya-Allah, saya reda dengan ketentuan ini. Saya bersyukur segala yang Allah beri dan aturkan untuk saya.
“Dengan apa yang dilalui, saya yakin Allah mahu berikan lebih baik untuk saya dan anak-anak, insya-Allah,” katanya.
Ads
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi pada 9 Ogos, tahun lalu.
Tarikh 29 Julai 2022, genap setahun pemergiannya mengikut kalendar Islam, di mana arwah Siti Sarah meninggal dunia sehari sebelum Awal Muharam yang jatuh pada esok.
Berharap dapat bertemu arwah dalam mimpi
Bagi Shuib, meskipun sudah setahun, dia masih merasakan baru semalam arwah meninggalkannya dan anak-anak.
Namun, dalam tempoh setahun ini, Shuib berkata, arwah tak pernah hadir dalam mimpinya.
“Saya sangat berharap dapat bertemu arwah dalam mimpi. Setahu saya, anak-anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin pernah bermimpikan arwah.
Ads
“Cuma, saya dan bapa mentua belum lagi. Saya hanya pernah bermimpi saya mencari-cari arwah, tetapi tidak berjumpa.
“Mimpi dapat melihatnya depan mata, belum lagi hadir. Saya berharap sangat dapat mimpikan arwah,” katanya.
Berkongsi mengenai anak-anak, Shuib berkata, anak-anak masih bertanya mengenai arwah, namun semuanya dalam keadaan terkawal.
“Mereka masih bertanya dan kalau rindu, mereka beritahu. Contohnya, Talita. Saya kenal anak-anak dan tahu bila masa mereka merindui ibu mereka.
“Bila saya tanya, mereka akan jawab sangat merinduinya. Boleh tengok riak wajah mereka menangis.
Ads
“Namun, anak-anak tetap menerima pemergian arwah dengan baik, cuma, mereka memerlukan lebih perhatian daripada saya. Sayalah bertanggungjawab memenuhi apa yang mereka ingini, insyaAllah mereka okay,” katanya.
Arwah Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1.
Ayash dilahirkan pada 6 Ogos, tahun lalu melalui kaedah pembedahan di HCTM, UKM iaitu tiga hari sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.
Bayangkan rasa rindu yang tidak terucap selama dua dekad. Seorang wanita, Nor Hazimah Abdullah, dengan harapan dan air mata, memohon bantuan warga maya untuk mencari ibunya, Norhayati Mohamed, yang sudah terpisah sejak 20 tahun lalu.
Nor Hazimah, kini berusia 23 tahun, dihantar ke pangkuan keluarga angkat di Melaka ketika dia hanya berusia tiga tahun.
Sejak saat itu, hubungan mereka terputus. Hanya alamat terakhir yang diingati di Sungai Ayer Hitam, Tanjong Minyak, Melaka – menjadi satu-satunya harapan untuk kembali bersatu.
Menerusi petikan laporan Sinar Harian, dia terlalu ingin berjumpa dengan ibu kandungnua dan berusaha untuk mendapatkan alamat terkini ibunya.
Ketika Nor Hazimah berumur tiga tahun, dia diserahkan kepada keluarga angkat di Melaka
“Saya terlalu ingin mengenali dan berjumpa ibu. Saya berusaha mendapatkan alamat terkininya dan ada pihak memberitahu dia kini berada di Geting, Tumpat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurutnya yang kini menetap di Petaling Jaya, Selangor, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki ibunya namun menemui jalan buntu.
Nor Hazimah (depan, kanan) bersama keluarga angkatnya.
Nor Hazimah yang bekerja sebagai pembantu klinik berkata, dia tidak mengetahui umur dan tidak memiliki foto ibunya.
Ujarnya, orang ramai yang mengenali ibunya diharap dapat menghubunginya di talian 013-6663937.
Usahawan popular, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadza Anuar telah menyumbangkan penghawa dingin mudah alih (portable) kepada pihak hospital yang memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.
Menurut Vivy, dia sendiri telah menghubungi beberapa hospital untuk bertanya tentang keperluan mereka.
Perkara itu dikongsi Vivy menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
“Selepas pihak hospital dan sukarela melakukan pelbagai perkara yang menakjubkan, saya dan Fadza merasakan kami harus lakukan sesuatu.
“Saya hubungi pihak hospital dan bertanya tentang keperluan mereka, kami membuat keputusan untuk menyumbang beberapa penghawa dingin mudah alih dari pihak semua individu di Fashion Valet.
“Beberapa penghawa dingin telah dihantar ke Hospital Serdang, Insya-Allah lebih banyak peralatan menyusul selepas ini,” kongsi Vivy.
Dalam pada itu, Vivy turut menulis kata-kata penghargaan buat semua kakitangan hospital yang terlibat dalam usaha merawat pesakit COVID-19.
“Kita berada di luar rumah selama dua minit pun boleh merungut, bayangkan mereka kepanasan memakai sut hospital yang menutupi tubuh dari kepala ke kaki.
“Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana telah berbakti kepada masyarakat, saya rasa bangga menjadi sebahagian dari masyarakat yang mengambil berat antara satu sama lain,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Vivy juga turut berkongsi sumbangan dari orang ramai yang ingin sama-sama membantu misinya itu dan kini telah mencecah lebih RM100,000.
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang baik hati dan sentiasa bersedia untuk membantu! Sebelum ini kami dah menyumbangkan komputer riba dan bekalan makanan sekarang dengan sumbangan anda, kami dapat menyalurkan lebih banyak lagi bantuan ke beberapa buah hospital.
Saya gembira denagn maklum balas positif dan bangga menjadi sebahagian daripada komuniti anda, anda semua hebat! Dan kepada barisan hadapan kami, anda adalah hero kami. Jika sesiapa yang ingin memberi sumbangan, boleh hubungi saya di link bio saya! # covid19
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Vivy, rata-rata meninggalkan respon positif dengan memuji usaha murni usahawan tersebut.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: ig Vivy Yusof & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan RM10 ribu kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Namun pencarum disaran agar membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pengeluaran khas yang dibenarkan.
“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Dalam satu laporan yang lain, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu dana persaraan ahlinya yang telah berkurangan.
Butiran mengenai pengeluaran khas simpana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini akan dieprincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik itu melanda negara dua tahun lepas.
Tiga program pengeluaran khas KWSP itu adalah pengeluaran prapersaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!