Hati mana yang tak luluh bila dengar khabar begini sekali lagi dalam minggu. Seorang lagi anak syurga pergi terlalu awal Muhammad Syeikhu Azrin, murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Meru, Jalan Tap, meninggal dunia awal pagi tadi akibat Influenza A. Baru berusia 8 tahun, namun takdir Allah lebih dahulu menjemputnya pulang.
Pihak sekolah turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian arwah, yang disifatkan sebagai anak istimewa yang ceria dan disenangi ramai. Seluruh warga sekolah kini berduka, dan doa terus dipanjatkan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kematian Disebabkan Influenza A di SK Meru
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, seluruh ahli keluarga arwah turut disahkan dijangkiti wabak yang sama.
Ads
“Mangsa yang juga murid pendidikan khas berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi.
Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Tindakan Kementerian Kesihatan
Vijaya Rao berkata pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.
Ads
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kes Influenza A Bukan Isu Terpencil
Ads
Lebih membimbangkan, ini bukanlah kes terpencil. Sebelum ini, dua lagi kematian akibat Influenza A melibatkan kanak-kanak lelaki berusia empat dan 11 tahun turut direkodkan masing-masing di Sabah dan Terengganu.
Langkah Pencegahan Influenza A Untuk Ibu Bapa dan Guru
Untuk kurangkan risiko jangkitan Influenza A, ibu bapa dan guru perlu lebih peka dengan langkah pencegahan harian:
Pastikan anak-anak pakai mask bila ke sekolah, terutamanya bila ada simptom selesema, batuk atau demam.
Galakkan basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer sebelum makan dan selepas batuk atau bersin.
Rehat di rumah kalau anak tak sihat — jangan hantar ke tadika atau sekolah dulu supaya tak menjangkiti kawan lain.
Tindakan memberikan bayi bijirin yang dicampurkan dengan susu menerusi botol boleh menyebabkan tersedak susu. Ini juga boleh meningkatkan risiko terjadinya jangkitan pada paru-parunya.
Keadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biruadalah tanda-tanda dia sedang tersedak susu. Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik.
BAYI BERISIKO UNTUK MENGALAMI TERSEDAK MAKANAN & MINUMAN
Bagi mama dan papa yang mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati-hati.
Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak seperti berikut;
BOLEH AKIBATKAN PNEUMONIA
Antara risiko yang berlaku apabila bayi atau kanak-kanak tersedak ialah jangkitan pada paru-paru atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap.
KEMAHIRAN MENGHISAP
Kemahiran menghisap adalah satu kemahiran yang wujud pada bayi sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun.
Perkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.
Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.
Bayi akan menunjukkan refleks gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pepejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak.
JANGAN CAMPUR SUSU BAYI DENGAN BIJIRIN
Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan selain cecair selepas mencapai usia 6 bulan.
Oleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.
SISTEM PENGHADAMAN BAYI MASIH BELUM MATANG
Tambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal/ pelengkap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian anak secara mengejut ketika bangun dari tidur ibarat satu keadaan yang tak dijangka. Tiada apa-apa tanda dan kesakitan namun semua itu Allah ambil dengan mudah.
Walaupun pahit nak melalui pengalaman ini, ternyata semua itu rahsia Allah yang kita sendiri tak boleh nak halang ketentuan-Nya.
Begitulah yang dilalui oleh Puan Nor Aini Azizan yang kehilangan anaknya, Muhammad Rayyan Ramadan secara mengejut ketika bangun tidur sedangkan tiada apa-apa tanda ditunjukkan sebelum itu.
Tak pernah terfikir semua ini berlaku pada diriku…selama mengandung aku sihat je loya2 tu biasa la.kandungan ke4 ni aku rasa happy sgt sb zara ank ke3 ku yang beria2 nak kan adik.so aku harap die dpt jaga adik die.yer mmg betul.sejak bby dlm perut die selalu tnaya mama bila bby nk keluar ni mama?adik nk jaga bby.nak dukung bby!masih terngiang2 kata2 nya….
Pada 10/7 lahirlah bby ku yg aku rs sgt comel berbanding kakak dan abg2 die yg lain.sejak bby lahir die(zara)lah yg paling teruja.setiap masa g tgok bby.die la yg bantu aku jaga bby awal2 nya.
Hari demi hari aku lalui dengan mudah kali ni.xsakit sgt mcm ank2 lain.bergerak pon xde masalah.semuanya mudah la bagiku.bby pon x buat hal.ngis nk susu tu biasa bagi ku…alhamdulillah rezeki die susu byk samp boleh buat stok.mmg niat ku dari awal nk susukan die samp umur 2tahun.aku usaha kumpul stok demi die.
Hari ke-20 balik dari klinik kuning dh 9.8 aku happy sgt turun byk dah so aku x perlu ulang alik ke klinik.esoknya aku nk ke hukm tuk check darah sb bby ku ni dikira prolong jaudis…
Malam tu aku last susukan die dalam 9.30 mlm die ok mcm biasa.lps susu die tdo.so aku pon mula lah bertungku mcm hari2 sblmnya..tp pada mlm tu mcm lain je.aku langsung x kejutkan die masa aku nk tdo.aku cuma bawa die masuk bilik dan tdo sebelahnya.aku x cium die mcm selalu..aku x pegang pp die mcm selalu aku x pggil nama die mcm selalu.harapan aku nanti tgh malam biasanya die akan ngis nk susu.aku pon tdo….kuasa allah menentu segalanya…..
Aku tdo begitu lena semua org dalam rumah pon begitu.selalu aku mesti terjaga walaupon bby ku tdo nyenyak.aku akan kacau2 die supaya bgun tuk nyusu.tp malam tu aku seolah2 ditidurkan samp pagi.
Alarm bunyi jam 5.15pagi aku terus bngun dan tgok bby ku… Allahuakhbar! Itulah yg mampu aku ucapkan.terkejut bila bibir dah biru semua badan die pucat kekuningan.aku tergamam.aku terus kejutkan suamiku tuk call ambulan.dalam masa tunggu tu aku cuba buat cpr pada die.aku amat berharap die sedar.tp hati kecilku rs die dah x ada.aku kuatkan semangat doa supaya berlaku keajaiban dari allah tuk hidupkan die kembali. allahuakhbar!!!masa tu xtau nak ckp apa lg.aku dan adik ku naik ambulan ke hospital serdang.aku doa lagi moga ada keajaiban.tp mcm xde respon apa2 allahuakhbar!!! Air mata mula mengalir…aku cuba kawal perasaan ni.(sb masih dlm pntang)
Samp di zon kritikal: Aku hanya duduk tunggu apa doc nk ckp.dlm 20min doc dtg cakap pn sy minta maaf….km dh cuba.so aku dh thu apa berlaku dok tu peluk aku. maaf pn ank pn dah x de masa pn bawa ke sini. aku hnya angguk terima kenyataan.
Aku duduk sambil istiqfar sahaja….sambil pikir apa yg berlaku smlm kenapa aku x sdr kenapa aku x cium die mcm selalu.kenapa kenapa kenapa itu ini.rs diri aku bersalah sgt….
Aku x berdaya nk tunggu lama di hospital.susu dah bengkak.aku balik rumah dulu tggal suami dan bapa aku tunggu pos mortem dan urusan mandikan jenazah selesai.
Dirumah ramai rakan2 sek ku dtg ziarah.saudara mara pon ada yg datang.kakak adik dari penang semua datang.hampir 4jam jgk la tunggu semua selesai.
Jenazah dibawa ke rumah sblm disolatkan di masjid sri petaling.masa aku cium bby ku tu aku sempat berkata maafkan mama syggg mama x jaga ramadan elok2!!! Mama redha syg pergi(menitis lagi air mata ni).along angh zara semua cium die.ciuman terakhir…aku tgok sejuk je wajah die(ank syurga kan)aku tahan air mata aku x nak die tgok aku ngis)
Samp di masjid ramai kawan2 ku kawan suami dan rakan yg kenal aku tunggu ctu.aku x sangka seramai tu. Alhamdulillah allah mudahkan urusan ku.rmai yg solat jenazah.kawn2 saudara yg dtg semua bg aku kata2 semangat..(syukur sgt dikurniakan rakan2 yg baik)
Selesai perkebumian semua…aku pulang ke rumah.malam tu mata ni x boleh nak lelap masih terbayang2 bby ku itu.redha mmg redha nk gambarkan xtau mcm ne.
Hari2 seterusnya aku lalui dgn rs sunyi…habiskan pantang tanpa bby disisi…begitu berat rsnya.begitu lama masa berlalu.aku nk cpt2 abis pantang.aku nk ke sek jumpa kawan2 supaya aku x pikir mcm2.
Now aku terima yg memang ajal die.allah pinjamkan dia utk ku sementara je….aku redha.
Ya allah kuatkan aku tuk hadapi hari2 mendatang dgn sabar.aku masih ada ank2 lain yg perlukan aku…amin
>tq semua yg bagi sokongan dan bantuan pelbagai segi.hanya allah yg dpt balas jasa kalian.
“Berapa berat baby masa lahir ya?” Itulah antara soalan popular untuk diajukan ketika melawat bayi baru lahir atau setiap kali berbual tentang perihal bayi.
Isu berat badan bayi juga ada kala menimbulkan kebimbangan apabila ia tidak selari dengan perkembangannya. Berat badan bayi bukannya merujuk semata-mata berapa berat bayi tu semata-mata, ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.
Berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.
Berat bayi bergantung kepada beratnya semasa dilahirkan. Menjelang umur lima hingga enam bulan, kebanyakan bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda daripada berat badan ketika dilahirkan. Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat.
Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
Apabila anda menyedari bahawa berat bayi menurun, jangan panik! Ia perkara biasa bagi bayi selepas dilahirkan. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari, berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20% daripada berat badan asal. Dapatkan pemantauan kesihatan bayi untuk mengesan sebarang ciri abnormal jika berat badannya semakin menurun!
Sebelum lahir, bayi mendapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya. Selepas dua minggu berat bayi akan mula bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.
Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sehingga bayi kenyang (pemberian susu foremilk dan hindmilk kepada bayi).
Ibu yang mempunyai saiz badan yang besar maka bayinya juga besar atau ibu mempunyai saiz badan kecil? fakta ini tidak benar! Namun, jika berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, bayi yang dilahirkan adalah sihat. Ada juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu semasa hamil.
Misalnya kencing manis tidak terkawal semasa hamil akan mengakibatkan bayi dilahirkan bersaiz besar dan badannya mengalami masalah kurang gula. Masalah lain pula ialah bayi yang dilahirkan mungkin tidak aktif dan mudah mendapat sawan.
Bayi akan ditimbang selepas dilahirkan dan berat badannya akan direkodkan dan perkembangannya dicatitkan setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunisasi anak di klinik. Maklumat tumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.
Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.
Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun ke paras yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.
Bayi pramatang selalunya dilahirkan kurang berat badan dan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang mempunyai carta perkembangan khas sendiri.
Selalunya bayi pramatang mempunyai jadual penyusuan untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badannya. berbanding permintaan penyusuan bayiz
Kembar selalunya dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Jadi setiap mereka mempunyai carta dan perkembangan masing-masing.
Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat dalam carta kesihatan pertumbuhan bayi. Carta ini dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui sama ada bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan.Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda. Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.
Menurut carta pertumbuhan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya. Rujuk jadual berikut bagi berat tinggi badan bayi ideal dan lingkaran kepala menurut WHO (WorldHealth Organization) bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!