Hati ibu mana yang tak luluh bila kehilangan anak sekecil itu. Baru berusia sembilan bulan, bayi malang ini menemui ajal selepas diserang oleh anjing peliharaan di rumah sendiri. Kejadian tragis ini bukan berlaku di Malaysia, namun seperti kata pepatah  malang tidak berbau  ia wajar dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa agar lebih berhati-hati, walau di mana pun berada.

Menurut laporan The Sun, insiden ngeri itu berlaku di Rogiet, kawasan tenggara Wales, sekitar jam 6 petang pada Ahad lalu. Pihak polis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada kediaman di Crossway.

Tragedi Menyayat Hati, Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia Akibat Serangan Anjing Peliharaan
GAMBAR: Bayi berusia sembilan bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian secara tragis. (Kredit: WNS)

Suasana bertukar panik apabila puluhan kenderaan polis, termasuk unit bersenjata dan sembilan buah ambulans, tiba di tempat kejadian. Namun, segalanya sudah terlambat  bayi berusia sembilan bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi.

Jurucakap Gwent Police berkata, “Pegawai hadir bersama pasukan paramedik dari Welsh Ambulance Service. Seorang bayi berusia sembilan bulan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Anjing tersebut telah dirampas dan dibawa keluar dari rumah berkenaan.”

Ketua Superintenden, John Davies, dalam kenyataannya menambah:

Ads

“Kami faham orang ramai mungkin bimbang tentang insiden ini. Namun, pegawai kami masih berada di lokasi dan siasatan sedang dijalankan. Jika ada sebarang maklumat atau kebimbangan, orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak kami.”

Tragedi Menyayat Hati, Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia Akibat Serangan Anjing Peliharaan

Ads

Insiden ini mencetuskan kesedaran besar tentang bahaya yang boleh timbul walaupun daripada haiwan peliharaan sendiri. Ramai netizen menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa, sambil mengingatkan bahawa keselamatan anak kecil perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Ads

Buat semua ibu ayah, biarlah kisah ini menjadi peringatan. Kadang-kadang, walaupun kita yakin haiwan peliharaan jinak dan tidak berbahaya, naluri binatang boleh berubah dalam sekelip mata. Dalam rumah sekalipun, risiko tetap ada.

Semoga roh si kecil ini tenang di sana, dan keluarganya diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini.

Sumber: The Sun

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads