Menjaga anak bukan hanya tanggungjawab isteri malah sebenarnya menjadi tanggungjawab bersama suami dan isteri. Namun ada sesetengah pasangan meletakkan tugas menjaga anak di bahu isteri semata-mata.
Semuanya tentang anak, isteri uruskan. Dari mula lahir, sampailah anak tu dah besar panjang, semua hal terletak atas bahu isteri. Kemudian, tiba-tiba pula si suami cakap,
“Hahhh! Itulah anak tu ikut je perangai awak.”
Isteri sudah penat-penat buat sendirian, yang suami nampak perangai anak jadi kurang cerdik, nakal, memberontak dan macam kurang kasih sayang.
Terus ditudingnya jari ke isterinya sahaja.
Anak cucu dan para suami di luar sana,
Kena ingat satu hal ini. Satu jari yang kamu tuding ke isteri, ada 4 jari menuju ke arah kamu.
Maka, para suami yang bergelar bapa, kena muhasabah diri. Kena ingat bahawa anak itu tanggungjawab bersama. Jangan biar isteri urus seorang diri.
Sebenarnya, peranan ayah itu sama besar dengan seorang ibu. Dan dalam pengurusan anak perlu bergilir-gilir.
Kena selalu tukar pampers anak. Kena selalu mandikan anak. Kena selalu didik anak mengaji. Kena selalu bantu anak siapkan kerja sekolah.
Dan banyak lagi.
Semuanya kena buat silih berganti dan juga bersama-sama isteri. Anak akan lebih cemerlang, hebat sahsiah dan jati dirinya jika kedua-dua ibu bapanya ambil perhatian sepenuhnya padanya.
Memang benar, para suami sibuk cari rezeki. Dengan penat keluar bekerja dan balik pula ada yang sampai lewat malam.
Cuma kita perlu ingat, dari segi fizikal, Allah kurniakan kita para lelaki ini kekuatannya berganda. Maka gunakan baki tenaga itu juga untuk bantu isteri dan tetap fokus membesarkan anak.
Serapat mana ibu dan anak-anak, tetap juga mereka inginkan sentuhan dan didikan teristimewa dari insan yang mereka gelarkan ayah.
Moga pesan ini sampai kepada mereka yang bergelar ketua keluarga.
Manjakan isteri, rezeki manja dengan kita. Percaya tak? Tak mungkin dengan berkahwin orang boleh jadi papa kedana sebab kahwin tu sendiri adalah pembuka pintu rezeki. Bukan penyempit.
Malah kahwin melipat gandakan rezeki kita sebenarnya.
Kalau lepas kahwin rezeki jadi sempit tu mesti ada silapnya dalam rumahtangga. Salah satunya ialah bila si suami tidak betul-betul menjaga amanah isteri.
Berikut 5 perkara penting suami kena buat kepada isteri yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang juga banyak menulis mengenai tip keibubapaan dan ilmu rumah tangga.
1. Ambil tahu kisah dia
Ambil tahu apa yang isteri kita lalui setiap hari. Kena prihatin, empati dan sokong setiap yang isteri ngadu. Isteri dah tolong kita banyak sangat, ini masa untuk balas jasa dia.
Kalau nak tahu, menurut kajian saintifik minda wanita ni berfikir 10 kali ganda lebih laju dari lelaki. Sebab itulah terapi wanita ni ialah dengan bercakap. Semakin banyak dia bercakap semakin lega minda dia.
Jadinya, kita balas jasa isteri dengan rendahkan diri dan tadah telinga bila isteri bercerita. Boleh hilang stress dia.
2. Bantu buat kerja rumah
Wanita ni hebat. Dia boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi itu bukan lesen untuk kita lepas tangan. Alah, dah memang kerja isteri, isteri la kena buat.
Silap tu bang.
Kalau ikut budaya ye isteri buat semua kerja untuk suami tapi kalau ikut agama suami yang kena buat semua kerja untuk isteri. Mana satu betul, Budaya ke Agama?
3. Beri pujian
Telinga wanita ni sangat sensitif. Walau sekali pun kita cakap kasar dengan diorang, sampai ke tua dia akan ingat. Begitu juga pujian.
Lelaki ni minda dia 6.5 kali lebih tinggi “Gray Matter” dari wanita itu sebab dia cakap main lepas je. Apa yang dia cakap 5 minit lepas pun dia tak ingat dah.
Tapi wanita sekali dengar boleh ingat sampai 50 tahun, “White Matter” diorang 10 kali lebih tinggi daripada lelaki jadi memori dia kuat.
Jadi bang, hati-hatilah bila cakap dengan isteri tu.
4. Beri hadiah atau buat suprise
Ya, sekali sekala tu buat suprise kat isteri tu besar manfaatnya. Baru ni saya ada buat suprise masa harijadi isteri, beri bunga yang berharga rm60 tapi dia punya gembira macam dapat emas harga rm600.
Nak buat suprise atau beri hadiah ni tak perlu tanya. Ada niat, terus beli lepas tu bagi.
Walaupun hadiah tu bunga tak boleh di makan, tak boleh simpan lama-lama bunga layu tapi percayalah kalau isteri dapat bunga dari suami hati dia akan terus berbunga-bunga dan ingat sampai mati kenangan ni.
5. Jadi kawan baik
Wanita berkahwin dengan lelaki asing bukan untuk cari penganti bapa dia tapi dia mahukan seorang teman yang boleh memikul tanggungjawab bapanya.
Boleh beri perhatian penuh bila dia nak mengadu dan meminta bantuan.
Teman yang tidak gelak bila dia di timpa musibah, teman yang tidak sampai hati peluk tubuh melihat dia buat kerja seorang diri dan teman yang membimbing dia ke syurga. Itulah peranan suami sebenar!
Tak ada istilah isteri tak boleh di manjakan nanti dia pijak kepala. Itu khurafat!
Isteri la orang paling wajib dimanjakan sebab isteri jambatan rezeki si suami.
Tak percaya?
Balik nanti terus je buat 5 perkara ni kat isteri. Tengok macam mana mood isteri tu berubah dan jangan terkejut tiba-tiba rezeki melimpah ruah.
Sumber: Mohd Fhais
Suami kaya ialah suami yang rajin manjakan isteri dia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon kacak yang juga seorang bapa kepada sepasang cahayamata, Aeril Zafrel sering tunjukkan kasih sayang pada isteri depan anak-anaknya.
Anak-anak yang dibesarkan yang bahagia dan selalu melihat ayahnya sangat mencintai dan sayang isteri (ibunya), maka dia akan membesar sebagai orang hebat bila besar nanti.
Anak-anak yang dilimpahi kasih sayang secukupnya serta melihat layanan baik dan mesra ayah pada ibu akan menjadi individu yang berjiwa besar dan juga penuh dengan kasih sayang pada semua orang di sekelilingnya.
Melihat pada perkembangan anak Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sentiasa gembira dan ceria memang tepatlah teori yang seorang bapa memainkan peranan penting membentuk karektor positif anak.
Nampak simple tapi kesannya amat besar. Mencintai dan menyayangi ibu kepada Attar dan Hayfa adalah perkara terhebat yang Aeril lakukan untuk perkembangan positif anak-anak.
Cara Aeril layan dan tunjukkan kasih sayang pada Wawa sangat penting kepada anak-anak. Apabila anak melihat ayah sangat menyayangi ibu, mereka akan faham erti kasih sayang.
Anak lelaki belajar bagaimana cara betul menyayangi dan menghormati wanita bila mereka besar nanti.
Anak perempuan pula belajar bagaimana sepatutnya seorang lelaki patut melayan wanita yang dia cintai.
Rumah yang bahagia dan penuh rasa cinta akan melahirkan anak-anak yang gembira dan ceria. Ia penting untuk membantu perkembangan dan tumbesaran positif anak.
Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan dilimpahi kasih sayang yang cukup akan membesar sebagai anak yang hebat.
Apabila ayah dan ibu sentiasa berkasih sayang dan tak bergaduh depan anak-anak, tentu impian untuk mempunyai anak yang berakhlak dan mendengar kata akan terlaksana.
Kerjasama dua belah pihak sangat penting untuk melahirkan anak yang positif tingkah lakunya.