Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.
Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.
Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.
Bagaimana anda membacuh susu formula❓❓
Selalunya cara di bawah ini bukan❓❓
1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.
Ads
Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!
Kenapa❓❓
✔️✔️ Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.
✔️✔️ Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
Ads
✔️✔️ Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.
Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
Ads
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
3)Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Tahap perkembangan dan tumbesaran bayi tidak cukup bulan adalah berbeza. Jom ambil tahu mengenai pelarasan usia dan cara kira umur bayi pramatang yang sebenar bagi memudahkan ibu bapa menilai perkembangan mereka.
Apa itu pelarasan usia bayi pramatang?
Pelarasan usia atau corrected age (umur yang diperbetulkan), merupakan usia untuk bayi pramatang jika mereka dilahirkan pada tarikh jangkaan bersalin – due date.
Doktor menggunakan umur yang diselaraskan ini untuk menilai saiz dan perkembangan bayi pramatang. Usia kronologi tidak digunakan sebagai penanda aras untuk bayi tak cukup bulan kerana mereka mungkin tidak mengembangkan lagi fungsi biasa yang dimiliki bayi lahir cukup bulan seperti bernafas sendiri dan kemampuan mengekalkan haba tubuh. Jadi disebabkan itulah setiap ibu bapa anak tak cukup bulan perlu mengetahui cara kira umur bayi pramatang ini.
Kepentingan pelarasan usia bayi
Umur yang diselaraskan ini boleh membantu jika anda cuba menentukan sama ada perkembangan bayi pramatang mengikut cara penilaian biasa. Sebagai contoh, jika ada individu yang menyedari si kecil masih belum boleh duduk walaupun sudah berusia 6 bulan, anda boleh menjelaskan bahawa mereka dilahirkan 3 bulan lebih awal.
Berdasarkan pelarasan usia, si kecil baru berusia 3 bulan, maka perkembangannya harus selari dengan bayi pada umur 3 bulan. Penyelarasan usia ini amat relevan pada tahun awal si manja untuk menjelaskan keadaan yang memperlihatkan anak seperti mengalami masalah lewat perkembangan.
Cara kira umur bayi tidak cukup usia
Untuk menentukan pelarasan usia si manja, mulakan dengan kiraan berapa minggu atau bulan lebih awal bayi dilahirkan. Kemudian tolak jumlah tersebut dengan usia sebenar mereka.
Contohnya: Bayi yang berusia 8 bulan tetapi dilahirkan sebulan lebih awal, selepas pelarasan, umur sebenarnya adalah 7 bulan.
Penolakan bulan atau usia ini memberikan bayi garis masa lebih sesuai untuk mencapai titik perkembangan tertentu. Ini kerana bayi berumur 4 bulan tetapi dilahirkan 2 bulan lebih awal mungkin berada pada berat dan tahap perkembangan dengan bayi berusia 2 bulan. Maka, pelarasan usianya adalah 2 bulan.
Kira umur bayi pramatang dan impak perbezaan usia dalam perkembangan & tumbesaran
Amnya, setiap anak akan mempunyai variasi dalam pertumbuhan dan perkembangan, tidak kira bayi tidak cukup bulan atau cukup bulan.
Dilahirkan pramatang boleh menjejaskan setiap aspek pertumbuhan dan perkembangan secara berbeza. Sesetengah aspek mungkin tidak terjejas sama sekali, manakala ada isu tertentu lain yang mungkin terjejas teruk. Menggunakan usia yang telah diselaraskan untuk mengukur pertumbuhan adalah sangat penting.
Siapa perlu mengetahui mengenai pelarasan usia ini?
Sebaik-baiknya, ibu bapa amat digalakkan untuk memaklumkan kepada pusat penjagaan, guru prasekolah, kakitangan perubatan dan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menjaga anak bahawa mereka dilahirkan secara pramatang.
Jika anda bimbang mengenai pembelajaran atau perkembangan anak selepas mereka mula bersekolah, ia amat membantu jika guru sekolah mengetahui mengenai pelarasan usia dan cara kira umur bayi pramatang ini.
Pelarasan usia bayi dan tempoh memulakan persekolahan
Anak mungkin dapat memulakan prasekolah dan persekolahan berdasarkan umur kronologi dan bukannya usia yang diselaraskan. Namun usia awal beberapa bulan ini boleh menyebabkan wujud perbezaan berkaitan perkara boleh dilakukan oleh kanak-kanak lain dan jangkaan yang boleh anak anda lakukan, terutamanya ketika di prasekolah.
Disebabkan itu, ada sesetengah ibu bapa bayi pramatang, menangguhkan sesi persekolahan anak sehingga setahun, terutamanya jika pelarasan usia anak berada di bawah umur untuk bersekolah.
Jika anak dinilai untuk sebarang kelewatan perkembangan, anda boleh meminta penilaian keputusan mengikut usia diselaraskan dan bukannya umur kronologi.
Kira umur bayi pramatang dan suntikan vaksinasi
Bayi pramatang biasanya mendapat imunisasi yang sama mengikut usia kronologi seperti bayi cukup bulan. Ini kerana bayi tidak cukup bulan memerlukan perlindungan imunisasi kerana mereka lebih terdedah kepada risiko mendapat jangkitan tertentu.
Sekiranya si manja anda sangat pramatang, mereka mungkin mendapatkan suntikan imunisasi pertamanya semasa masih di hospital. Bahkan, si manja juga mungkin memerlukan dos tambahan beberapa vaksin apabila meningkat usia. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pediatrik untuk lebih kepastian mengenai keperluan imunisasi anak.
Tempoh untuk menggunakan pelarasan usia bayi pramatang
Tiada sebarang peraturan menentukan berapa lama pelarasan usia ini perlu digunakan untuk perkembangan anak. Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar kesihatan mengesyorkan melakukan pelarasan ini sehingga anak mencapai usia 2 tahun atau sehingga saiz dan perkembangan mereka mencapai tahap yang sepatutnya jika mereka dilahirkan cukup bulan.
Sekiranya si manja sudah dapat melakukan semua perkara yang boleh dibuat oleh bayi cukup bulan, maka mungkin anda boleh berhenti menggunakan umur pelarasan ini.
Setiap bayi berbeza
Walaupun selepas melakukan pelarasan usia bayi, perkara penting untuk anda ingat adalah setiap anak adalah berbeza. Maka amat penting untuk melihat mereka secara individu. Kebimbangan dalam diri ibu bapa berkaitan perkembangan dan tumbesaran bayi adalah situasi biasa. Namun percayalah, kebanyakan bayi walaupun dilahirkan pramatang akan dapat mencapai titik perkembangan mereka apabila tiba masanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan ahli perniagaan, Hairi Safwan yang menyambut kelahiran puteri sulung, pada jam 2.52 13 Ogos yang lalu.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
menurut laporan Berita Harian, Hairi bersyukur bayi yang dinantikan seisi keluarga, selamat dilahirkan isteri, Fara Afiza Azman.
“Alhamdulillah, anak perempuan ini dinantikan keluarga saya sejak sekian lama. Ini kerana dalam keluarga saya, lebih ramai lelaki berbanding wanita.
“Jadi kehadiran bayi ini cukup dinantikan. Alhamdulillah, anak ketiga saya cukup sifat dan sihat. Ibunya stabil dan menjalani proses berpantang…. Semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Sebelum ini, Hairi mempunyai dua anak lelaki iaitu Arif Haikal dan Azad Hakim.
“Jadi, lengkaplah keluarga kami. Namun, jika ada rezeki pada masa depan, saya tidak menolak. Apa-apapun tanya isteri saya dahulu. Kalau dia okay, saya lagilah okay,” katanya.
Hairi dilihat turut memuat naik posting di Instagram miliknya dengan kapsyen yang pendek tetapi amat bermakna.
Menanti kehadiran cahaya mata memang sesuatu yang menyeronokkan. Tak sabar rasanya nak peluk dan cium si kecil yang dah 9 bulan dalam perut mama kan? Pasti pelbagai persediaan telah disiapkan sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
Menerusi perkongsian Puan Syarifah Nur Maisarah, dia sudah 2 kali mempunyai pengalaman bersalin dan ibu yang bakal bersalin perlu pandai membezakan antara kehendak dan keperluan yang perlu di bawa ke hospital. Tak perlu diangkut semua barang ke hospital, cukup lah membawa keperluan sahaja.
BELAJAR DARI PENGALAMAN.. CHECKLIST BARANG KEPERLUAN BABY DAN IBU SEBELUM KE HOSPITAL
Bila dah dekat2 due ni macam biasalah kene buat persiapan supaya tak kelam kabut nanti. Dulu takde pengalaman sangat, sekarang bila dah lalui 2x pengalaman bersalin, dah tau serba sedikit apa yang perlu dan apa yang kehendak! haha. Ade kemajuan gitu.. Hihihi
Penah waktu anak first bawak barang banyak jugak.. Baju baby semua masuk satu beg x asing untuk hospital dan dalam pantang.. Sbb pikir nanti balik hospital angkut semua jgk balik kampung hihi.. Tapi masih lagi cukup la loker hospital tu nak simpan barang yg dibawa tu hihihi…
Tapi sekarang kita dah pandai bajet.. Sebab dah de pengalaman… Belajaq dari yang seblom2 ni… so Harini saja ja nak kongsi persiapan termasuk lah bag si ibu nak bawak ke hospital, dan barang2 keperluan baby mana tau kot berguna untuk bakal2 ibu di luar sanun tu nanti.
Tak banyak pon sebenarnya kene bawak.. 1 beg ibu, 1 lagi beg baby beg purple ni barang baby tp nanti ibu masuk kan sekali dalm beg ibu so 2 beg je angkut.. Tak yah bawak banyak2 mcm nak p tido terus kat wad tu hihihi
Barangan ibu
✔ tuala mandi
✔ kain batik
✔ skirt
✔ tshirt lengan panjang 2 helai
✔ tudung 2 helai
✔ stoking
✔ maternity pad
✔ toiletrities
(ubat gigi, berus gigi, sabun mandi.)
✔ mommy care
( lotion,nivea, sikat )
✔ ssb wajib bawak..
– breast pump (in case nk guna, mommy boleh spare jer)
Set barangan baby ni kita letak 1 beg senang semua ade dalam tu.. Dan tak besepah2..
BARANG BAYI
Kali ni siap packing macam ni so senang tak payah nak meraba-raba dalam beg cari baju la, seluar la. Beg plastik ni tak beli pon dapat yg free gift so kita gunakan aje jimat. Nanti boleh refill balik baju-baju yang dah kotor.
✔️Dalam beg plastik ada :
– sepasang baju
– mitten&booties
– hat
– bedung
– barut
✔ pempes
✔ nipkin
✔ wipes tissue
✔ set mandi baby
✔ set balm baby
✔ powerbank phone
(sebab kat hospital tak leh cas fon)
✔ Buku rekod kehamilan
Lain2 yang penting (tiada dalam gambar)
✔ Kad pengenalan
✔ Kurma dan air zam-zam
✔ Makanan dan minuman
(bawak biskut dan milo 3 in 1 untuk tambah tenaga )
✔ duit secukupnya untuk bayar bill kelua hospital nanti
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.