Pelakon Puteri Sarah berkongsi khabar sedih mengenai anak perempuannya iaitu Sumayyah yang telah disahkan positif COVID-19 kali kedua.
Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa Sumayyah telah menjalani kuarantin serta memohon doa orang ramai mendoakan kesembuhan Sumayyah.
“Missing this this little girl so much. Doakan semua ya Sumayyah sembuh dari Covid-19. Ni kali kedua Sumayyah kena. Harini dah hari ke-6 kuarantin.”-kongsi Puteri Sarah di Instagram
Puteri Sarah menitipkan rasa syukur kerana Sumayyah berada di bawah pemantauan ibunya, Paridah Binti Puteh.
Ads
“Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah mama Sarah tolong jagakan Sumayyah .
Tapi everytime video call mesti adik cry nak mama 🙁🙁. Allahu..Allah je tahu luluh hati ni berjauhan dengan anak. Doakan semua ya.”-tulis Puteri Sarah lagi
Ads
Perkongsian Puteri Sarah di Instagram turut dibanjiri dengan komen netizen yang menitipkan doa buat Sumayyah agar cepat sembuh.
Sama-sama kita doakan agar Sumayyah diberikan kesembuhan dengan cepat disebabkan COVID-19. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila terpaksa berjauhan dengan anak kerana tuntutan kerja.
Semasa kelahiran secara vakum, doktor akan menggunakan alat vakum untuk membantu bawa bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?
Alat peranti vakum yang dikenali sebagai pengekstrak vakum, menggunakan cawan lembut yang dilekatkan pada kepala bayi dengan penyedut.
Seperti prosedur bersalin lain, pastinya wujud risiko yang berkaitan dengan kelahiran secara vakum.
Malahan, kaedah bersalin normal juga boleh mengakibatkan komplikasi pada ibu dan bayi.
Umumnya, penggunaan alat bantuan kelahiran pengekstrak vakum ini adalah bagi mengelakkan kelahiran caesarean atau mencegah tekanan pada janin. Jom ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Hello Doktor ini.
Jangan panik. Keadaan tersebut TIDAK akan menjadi bentuk kepala bayi anda selama-lamanya.
Semasa dilahirkan, semua bayi baru lahir mempunyai bentuk kepala yang berubah-ubah.
Namun, anda harus menjangkakan bayi yang lahir secara normal melalui saluran faraj akan mumpunyai bentuk kepala lonjong atau disebut sebagai cone shape.
Hakikatnya, situasi itu adalah perkara biasa. Tubuh manusia adalah ciptaan yang menakjubkan!
Pada tengkorak bayi terdapat dua titik lembut serta mudah lentur.
Untuk membantu kepala bayi masuk ke saluran kelahiran yang ketat dan sempit, bahagian itu akan bertindih dan dimampatkan – dikenali sebagai head molding.
Selalunya, isu kepala bayi lonjong ini jarang berlaku pada kelahiran melalui proses pembedahan C-Sec.
Walau bagaimanapun, tidak kira sama ada anda bersalin secara kelahiran faraj atau caesarean, jika bayi turun ke pelvis untuk tempoh yang lama, maka kemungkinan untuk wujud kepala bayi lonjong adalah lebih ketara.
Merupakan keadaan kulit kepala yang biasa terjadi kesan daripada kelahiran secara vakum.
Bahkan, selepas kelahiran faraj normal, ia bukanlah perkara pelik untuk melihat bengkak pada bahagian kecil kulit kepala si manja.
Seperti yang dijelaskan awal tadi, semasa bersalin, serviks dan saluran kelahiran akan memberikan banyak tekanan pada bahagian kepala bayi yang akan bergerak memasuki saluran tersebut terlebih dahulu.
Ini mengakibatkan pembengkakan yang dapat membuat kepala bayi lonjong.
Pembengkakan mungkin berlaku pada sebelah bahagian kepala bayi jika kepalanya condong ke satu sisi semasa kelahiran.
Pembengkakan ini biasanya hilang dalam 1 hingga 2 hari selepas melahirkan.
Pengekstrak vakum asalnya mempunyai cawan logam, sekali gus meningkatkan risiko untuk bayi mengalami pembengkakan pada kepala yang berbentuk seakan kon – dikenali sebagai chignon.
Adakalanya, tempat bekas cawan logam yang diletakkan pada kepala bayi menyebabkan sedikit perubahan warna kulit serta lebam.
Namun pada hari ini, kebanyakan pengekstrak vakum menggunakan cawan sedutan plastik atau Silastik.
Penggunaan cawan tersebut tidak akan menyebabkan pembentukan kepala bayi lonjong chignon dan kurang mengakibatkan pembengkakan.
Selalunya tengkorak bayi yang mudah lentur itu akan kembali ke tahap perkembangan dalam tempoh 48 jam.
Ini bermaksud, kepala bayi lonjong akan berubah dan kelihatan bulat dalam tempoh 2 hari. Pun begitu, adakalanya ia mungkin memakan masa beberapa minggu.
Tetapi ibu ayah usah bimbang, keadaan kepala yang lonjong itu tidak akan kekal lama.
Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan itu berlanjutan selepas beberapa minggu atau anda mempunyai kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
Keadaan kepala bayi anda akan kembali kepada bentuk bulat yang comel dalam tempoh masa antara 2 hari dan beberapa minggu selepas dilahirkan.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi bentuk kepala si manja. Antaranya:
Jika kepala bayi berada dalam keadaan lonjong untuk tempoh yang lebih lama, ada beberapa tip yang boleh membantu mengurangkannya.
Jika wujud sebarang keraguan mengenai keadaan kepala bayi anda selepas kelahiran secara vakum, rujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian dan jalan penyelesaian terbaik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit perut biasa yang disangkanya hanya kerana mahu datang haid rupanya bertukar menjadi detik kelahiran paling istimewa buat Lucy Jones, 22 tahun.
Lucy pada mulanya mengalami sakit perut biasa serta sakit di bahagian belakangnya namun mengabaikan rasa sakit itu kerana menyangkakan ia adalah simptom biasa sebelum kedatangan haid.
Keesokkan harinya sakit yang sama dialami olehnya sekali lagi diikuti rasa sakit perut yang kuat.
Tanpa berlengah, Lucy kemudiannya terus ke tandas dan tanpa disangka sepasang kaki terjuntai ketika dia membuang air besar.
Bergelar ibu pada usia yang muda, kata ibu muda ini dia langsung tidak tahu dirinya sedang hamil ketika itu.
Malah kata Lucy lagi, dia langsung tidak mengalami simptom seperti ibu hamil yang lain sepanjang mengandung malah turut datang haid seperti biasa.
Dapatkan Pax Moly Sheet Mask Set 80 pcs dengan diskaun RM5, menggunakan kod PNMGSP5 di SINI.
Paling mengejutkan kata Lucy lagi, di ketika usia kandungannya lapan bulan, dia malah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat sebelum diterima bertugas sebagai kru kabin.
“Saya ada buat dua ujian kehamilan dan kedua-duanya negatif ketika melakukan ujian pemeriksaan di tempat kerja baru.
“Saya hamil lapan bulan ketika saya pergi untuk buat pemeriksaan perubatan dan turut melakukan ujian kehamilan.
“Doktor tekan-tekan perut dan badan saya, tapi dia tidak mengesyaki apa-apa,” kongsinya lagi yang masih tidak percaya dia hamil.
Kini bayi perempuan yang diberi nama Ruby itu sudah pun berusia empat bulan dan kata Lucy, dia mahu menjaga anak perempuannya itu sebaik mungkin.
Malah kini Lucy juga sudi berkongsi pelbagai tip bagi memberi motivasi kepada kehamilan tanpa sedar sama seperti yang dialaminya.
Sebagai seorang ibu, tidak dapat menafikan terdapat cabaran dalam membesarkan seorang anak terutamanya apabila berkaitan dengan kesihatan. Nak suruh makan ubat pun susah apatah lagi untuk berjumpa doktor. Macam nak berperang setiap kali nak bawa berjumpa doktor atau nak bagi makan ubat. Anda sendiri pasti pernah berdepan dengan situasi sebegitu, bukan?
Jadi terdapatkah penyelesaian untuk mengatasi masalah anak yang takut jumpa doktor, khususnya doktor gigi? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini. Teruskan membaca perkongsian artikel ini, semoga ia dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Tiada pendedahan awal
Temu bual bersama doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin.
Menurut beliau yang kini bertugas di iCare Dental Damansara Heights, punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Atasi masalah anak takut berjumpa doktor gigi
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
-Mulakan pada awal usia
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
-Atasi Anak Takut Berjumpa Doktor Gigi (2)
Sekadar perjumpaan
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
-Elakkan paksaan
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
-Kuatkan semangat
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!