Pelakon Wawa Zainal yang kini sedang hamil anak ketiga meluahkan rasa bimbang apabila berat bayi di dalam kandungannya baru mencecah 1.4 kg walaupun kandungan dah masuk 7 bulan.
Wawa mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram(IG)nya beberapa hari lalu.
Menurut Wawa, kandungan kali ini doktor beritahu sebagai kecil kerana sekarang dah masuk usia tujuh bulan.
Menerusi kapsyen, isteri kepada aktor Aeril Zafrel ini juga meminta pandangan dan tips daripada pengikutnya mengenai perkara itu untuk menaikkan berat bayi dan tidak memberi kesan apa-apa pada kedua-duanya.
Ads
Bagaimanapun, Wawa jelaskan jika ikutkan dia tiada masalah pun sebab berat badannya naik 11 kilogram sehingga sekarang.
“Ada tak tips nak tambahkan berat baby dalam perut tu? Tujuh bulan lebih dah, baby baru 1.4 kg. Berat badan Wawa naik je 11 kg. Tapi baby kecil, mommies ada pengalaman macam ni?” tulisnya..
Ads
Normal, dekat bersalin nanti ok
Lebihkan minum susu dan makanan berkhasiat
Tip Meningkatkan Berat Janin Dalam Kandungan
Bagi ibu yang runsing berat baby dalam kandungan kurang dengan kata lain baby kecik tak mengikut perkembangan yang normal berikut adalah cara menambah berat badan bayi dalam kandungan:
Pengambilan supplemen asid folik akan mengurangkan risiko spina bifida dan beberapa penyakit neural tubal defect.
Mengambil sarapan pagi yang lengkap dengan nutrisi. Apabila seorang wanita tidak bersarapan, ini akan menyebabkan tubuh badannya mempunyai kurang nutrien yang sepatutnya. Waktu antara pagi dan tengahari yang ‘kosong’ ini akan menyebabkan bayi tidak mendapat nutrien yang cukup untuk pertumbuhan fizikalnya. Nutrien adalah penting untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Jika keadaan ini berterusan, risiko untuk kelahiran pramatang dan beberapa kecacatan lagi adalah tinggi.
Minumlah susu untuk setiap hari secara rutin pagi dan petang atau malam sebelum tidur.
Perbanyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Pengambilan daging ayam atau lembu yang sihat untuk memenuhi keperluan protein tubuh sepanjang tempoh kehamilan.
Perbanyakkan mengambil ikan laut sepeti ikan salmon, ikan tenggiri dan lain sebagainya.
Minum suplemen atau multivitamin untuk ibu hamil atas nasihat doktor.
Perbanyak minum air putih serta senaman yang seimbang.
Perkara yang perlu dielakkan adalah:
Merokok menyebabkan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah apabila beratnya kurang dari 2500gm.
Alkohol (arak) meninggikan risiko untuk pertumbuhan fizikal yang negatif pada bayi. ”Fetal Alcohol Syndrome” adalah keadaan yang menyebabkan bayi mengalami mental yang terencat.
Hindari minuman bersoda dan berkafein
Hindari makanan yang pedas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, debaran makin terasa. Bagi bakal ibu buat kali pertama, pelakon & pengacara Elfira Loy mula membuat persiapan.
Elfira yang kini sedang sarat hamil berkongsi menerusi Instagram meminta tip daripada follower tentang pengalaman membuat persiapan menyambut kelahiran bayi.
Elfira yang diijabkabulkan dengan suaminya, Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 lalu juga menyatakan ingin membaca lebih lanjut tentang fasa selepas bersalin, penyusuan susu ibu dan penjagaan bayi.
TERUJA MEMBUAT PERSIAPAN
Two months to go and i haven’t really start doing anything yet , but I’m excited ! Im excited to start doing the nursery room , buying essentials for the baby , for myself & keeping things organized.But i need plans. So that i dont missed anything or nanti el stress ini tak okay itu tak muat , haha .
LENGKAPKAN BILIK BAYI & MEMBACA
My plan is to start with the room then labeling the compartments, buy the stuff & put them in & read everything about post pregnancy , breastfeeding & about the baby.
“ OHH I FORGET ABOUT THIS , I FORGET ABOUT THAT”
But what was your experience ? apa benda yang rasa dah lengkap but lepas dah beranak baru mcm “ ohh i forget about this , i forget about that “ share with me so that i dont do the same mistakes. Hehe . Thank you!
Rakan selebriti dan peminat berkongsi pelbagai tips dan panduan. Antaranya tentang penyusuan susu ibu, persediaan selepas bersalin, penjagaan bayi dan sebagainya.
Surah ini boleh dijadikan sebagai doa untuk ibu mengandung dibacakan kepada anak yang dikandung. Semoga ayat-ayat daripada surah ini menjadi penyejuk hati dan juga permintaan yang dimakbulkan, insya-Allah.
Surah Al-Fatihah
Surah ini boleh dijadikan sebagai doa penerang hati kepada ibu yang mengandung. Juga boleh menjadi penyejuk hati anak yang sedang dikandung
Surah Maryam
Latar belakang surah ini adalah tentang Maryam yang hamil sehingga melahirkan anaknya, Nabi Isa AS. Insya-Allah surah ini boleh dijadikan ikhtiar kepada ibu yang ingin bersalin untuk dimudahkan urusan.
Surah Al-Kahfi
Surah ini sememangnya sunat untuk dibaca pada setiap hari Jumaat. Jika sudah biasa dilazimi sejak ibu mengandung, boleh disambung sunnah ini apabila anak itu telah dilahirkan kelak. Semoga surah ini akan melindungi ibu dan anak yang dikandung dari fitnah dajjal.
Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
Surah-surah ini boleh dibacakan kepada ibu atau ibu itu sendiri boleh membacanya sebagai perlindungan ketika tidur. Insya-Allah malam dan mimpi akan dilindungi daripada gangguan syaitan.
Ayatul Kursi
Fadhilat ayat ini dibaca setelah selesai solat fardhu sangat besar. Ayatul kursi ini adalah ayat yang sangat berkuasa dan boleh melindungi diri dari kejahatan dan syaitan, insya-Allah.
Doa Dimudahkan Untuk Bersalin
Selain daripada surah-surah yang dinyatakan sebagai doa untuk membantu sepanjang perjalanan kehamilan, para ibu atau sesiapa sahaja boleh membacakan doa dalam bahasa yang mereka selesa sebagai permintaan kepada Allah untuk kesejahteraan ibu dan bayi. Doa untuk ibu mengandung tidak terhad kepada doa yang di dalam surah sahaja.
Doa yang dibacakan sendiri seperti, “Ya Allah, permudahkanlah kelahiran anakku ini, sihatkanlah kami berdua” juga memadai.
Semoga Allah memudahkan ibu untuk bersalin secara normal atau c-sec tanpa kesakitan yang melampau dan diberikan kemudahan sepanjang proses itu.
Para ibu juga boleh mendoakan dengan potongan ayat daripada surah Ibrahim, ayat 40;
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Ingatlah Allah tidak akan menolak doa hambanya kerana Dia memahami kemahuan dan apa yang baik untuk hambanya. Berdoalah seperti anda tahu doa akan dimakbulkan.
Riwayat oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa.
Riwayat al-Tirmizi (3479)
Doa Untuk Anak Dalam Kandungan Dan Yang Dilahirkan
Imam al-Nawawi dalam al-Adzkar (hlm. 289) ada menyebut pada bahagian Bab Sunatnya Mengucapkan Tahniah dan Menjawabnya:
“Disunatkan untuk mengucapkan tahniah kepada orang yang menerima kelahiran. Berkata para Ashab kami (Syafieyyah): Disunatkan bagi seseorang untuk mengucapkan tahniah, berdasarkan riwayat yang datang daripada al-Husain RA (sebahagian ulama mengatakan al-Hassan bin Ali manakala sebahagian lain mengatakan dia al-Hassan al-Basri – Wallahua`lam – Pent.) bahawa beliau mengajar seseorang untuk mengucapkan tahniah dengan katanya: “Ucapkanlah!:
Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”
Jika bayi itu perempuan ucapkanlah:
وبَلَغَ أَشُدَّهَا، وَرُزِقْتَ بِرَّهَا
Kemudian, disunatkan orang yang diucapkan tahniah itu untuk membalas ucapan itu dengan:
بَارَكَ الله لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَزَاكَ الله خَيْرًا، وَرَزَقَكَ اللهُ مِثْلَهُ، أَوْ أَجْزَلَ اللهُ ثَوَابَك
Maksudnya: “Semoga Allah memberkati keluargamu, memberkatimu kerana menjaga mereka, membalasmu dengan ganjaran kebaikan, dan memberikanmu rezeki seumpamanya.”
Jika orang yang diucapkan tahniah itu perempuan ucapkanlah:
Maksudnya: “Sesungguhnya moyang kalian (yakni Nabi Ibrahim) pernah memohon perlindungan untuk (anaknya) Ismail dan Ishak (alaihimussalam): “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
Riwayat al-Bukhari (no.3371); dan Ibn Hibban (no.1012) dalam Sahih-nya
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
Doa-doa dan surah-surah ini adalah antara yang disarankan untuk dibaca sebagai doa untuk ibu mengandung. Ada juga yang sememangnya sunnah untuk dijadikan amalan seperti surah al-Kahfi dan juga Ayatul Kursi. Jika dalam kehidupan seharian disarankan untuk dibaca, apatah lagi ketika mendapat berita begini.
Selain itu ayat-ayat ini juga adalah sebagai penyejuk hati dan penyedap hati gelisah ibu yang mengandung. Jika dia tidak mampu untuk membacanya, sesiapa sahaja boleh membacakan bagi pihaknya. Semoga dengan bacaan kerap, urusan ibu hamil dimudahkan.
Masa kini, sering kedengaran pasangan suami isteri menghadapi masalah ketidaksuburan. Tidak kira jika pasangan itu baru berkahwin ataupun pernah memiliki anak sebelum ini. Hal ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab.
Bagi anda yang cuba merancang kehamilan, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan. Seboleh-bolehnya elakan atau cuba perbaiki terlebih dahulu perkara-perkara ini sebelum cuba hamil.
1. Menghidu asap rokok
Di Malaysia, tidak ramai wanita merokok namun kebanyakannya adalah perokok sekunder. Mungkin anda pun terlibat sama. Anda dikatakan sebagai perokok sekunder apabila kerap terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh suami atau sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan anda. Menurut kajian, kekerapan pendedahan diri kepada asap rokok boleh menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita!
2. Obes
Masalah obesiti boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan kerana ia mungkin menjadi boleh punca kitaran haid tidak teratur. Oleh yang demikian, lakukan senaman secara berkala. Dalam masa yang dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet yang ekstrem.
3. Senaman atau diet ekstrem
Rutin harian yang aktif dan pemakanan yang sihat sememangnya boleh membantu anda untuk lebih sihat. Malah, ia secara tidak langsung meningkatkan keupayaan anda untuk hamil.
Namun begitu, pastikan diet dan senaman yang dilakukan tidak terlalu ekstrem. Perubahan mendadak boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan mempengaruhi kitaran haid. Jadi, lakukan secara perlahan-lahan dan sihat.
4. Terlalu kurus
Selain obesiti, tubuh yang terlalu kurus juga boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan wanita. Oleh itu, cuba capai berat badan ideal mengikut ketinggian dengan melakukan amalan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
5. Mengabaikan kesihatan mulut
Jika selama ini anda kurang mengambil perhatian terhadap kesihatan mulut, inilah masanya untuk anda membuat temujanji dengan doktor gigi.
Dikatakan, pengabaian diri terhadap kesihatan mulut dengan membiarkan gigi rosak dan gusi bermasalah boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan menurunkan kadar kesuburan wanita.
6. Makanan rapu
Sesungguhnya, menjaga pemakanan amat penting jika anda berdua mahukan anak. Lebih-lebih lagi suami. Ada kajian mendapati lelaki perlu memberi lebih penekanan tentang hal pemakanan yang diambilnya saban hari.
Hal ini kerana pengambilan makanan rapu yang banyak lemak trans dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah.
7. Stres
Cabaran kerja masa kini membuatkan semua orang perlu menghadapi tekanan. Tidak dinafikan keadaan ini turut memberi tekanan kepada anda yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Stres bukan sahaja mempengaruhi tahap kesihatan mental malah fizikal juga. Ini termasuklah tahap kesuburan anda.
8. Malu berjumpa doktor
Sekiranya mengalami masalah berkaitan haid atau apa jua hal-hal berkaitan hubungan seksual, anda perlu dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar. Dilaporkan, 1/3 daripada masalah ketidaksuburan berpunca daripada isu yang dihadapi oleh lelaki, 1/3 daripada wanita, manakala 1/3 tidak diketahui sebabnya.
Oleh yang demikian, jika ada masalah dapatkan pemeriksaan segera. Jika benar ada masalah yang perlu dirawat, buat rawatan yang sewajarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!