Kehamilan

“Tujuh Bulan Lebih, Baby Baru 1.4kg”. Wawa Risau Bayi Kecil, Minta Tip Sebelum Due

Share

Pelakon Wawa Zainal yang kini sedang hamil anak ketiga meluahkan rasa bimbang apabila berat bayi di dalam kandungannya baru mencecah 1.4 kg walaupun kandungan dah masuk 7 bulan.

Wawa mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram(IG)nya beberapa hari lalu.

Menurut Wawa, kandungan kali ini doktor beritahu sebagai kecil kerana sekarang dah masuk usia tujuh bulan.

ARTIKEL LAIN [Sejak Hamil Amalkan Air Barli Suam, Kapsul Minyak Ikan. Terkejut Bayi Keluar Lebih 4 kg]

Menerusi kapsyen, isteri kepada aktor Aeril Zafrel ini juga meminta pandangan dan tips daripada pengikutnya mengenai perkara itu untuk menaikkan berat bayi dan tidak memberi kesan apa-apa pada kedua-duanya.

Bagaimanapun, Wawa jelaskan jika ikutkan dia tiada masalah pun sebab berat badannya naik 11 kilogram sehingga sekarang.

“Ada tak tips nak tambahkan berat baby dalam perut tu? Tujuh bulan lebih dah, baby baru 1.4 kg. Berat badan Wawa naik je 11 kg. Tapi baby kecil, mommies ada pengalaman macam ni?” tulisnya..

Normal, dekat bersalin nanti ok

Lebihkan minum susu dan makanan berkhasiat

Tip Meningkatkan Berat Janin Dalam Kandungan
Bagi ibu yang runsing berat baby dalam kandungan kurang dengan kata lain baby kecik tak mengikut perkembangan yang normal berikut adalah cara menambah berat badan bayi dalam kandungan:

  • Pengambilan supplemen asid folik akan mengurangkan risiko spina bifida dan beberapa penyakit neural tubal defect.
  • Mengambil sarapan pagi yang lengkap dengan nutrisi. Apabila seorang wanita tidak bersarapan, ini akan menyebabkan tubuh badannya mempunyai kurang nutrien yang sepatutnya. Waktu antara pagi dan tengahari yang ‘kosong’ ini akan menyebabkan bayi tidak mendapat nutrien yang cukup untuk pertumbuhan fizikalnya. Nutrien adalah penting untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Jika keadaan ini berterusan, risiko untuk kelahiran pramatang dan beberapa kecacatan lagi adalah tinggi.
  • Minumlah susu untuk setiap hari secara rutin pagi dan petang atau malam sebelum tidur.
  • Perbanyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Pengambilan daging ayam atau lembu yang sihat untuk memenuhi keperluan protein tubuh sepanjang tempoh kehamilan.
  • Perbanyakkan mengambil ikan laut sepeti ikan salmon, ikan tenggiri dan lain sebagainya.
  • Minum suplemen atau multivitamin untuk ibu hamil atas nasihat doktor.
  • Perbanyak minum air putih serta senaman yang seimbang.

Perkara yang perlu dielakkan adalah:

  • Merokok menyebabkan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah apabila beratnya kurang dari 2500gm.
  • Alkohol (arak) meninggikan risiko untuk pertumbuhan fizikal yang negatif pada bayi. ”Fetal Alcohol Syndrome” adalah keadaan yang menyebabkan bayi mengalami mental yang terencat.
  • Hindari minuman bersoda dan berkafein
  • Hindari makanan yang pedas.

 

IKLAN