Bertanggungjawab, bertolak ansur, saling mempercayai, jujur dan amanah antara kunci kebahagiaan sesebuah organisasi kekeluargaan terutama bagi pasangan suami isteri. Apabila terlafaznya akad nikah, disaat itu jugalah tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan. 

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”, dalam rumah tangga pastinya ada saat-saat kita dan pasangan tidak bersatu pendapat. Disitulah diuji toleransi kita dalam menyelesaikan masalah rumah tangga seperti yang dikongsi wanita ini.

Saja akak nak share dengan kawan akak kat sini. Pengalaman selama 22 tahun melayari alam rumahtangga 💕.

Gambar kiri tu, 2 minggu selepas kahwin dan masa tu baby dah ada dalam perut tapi akak tak tau lagi. Patut la masa jalan-jalan tu akak tak larat, tapi tabahkan juga sebab taknak rosakkan plan abang yang “excited” nak tunjukkan bandar Melaka kat akak.

“Tumpu Pada Rumah Tangga Sendiri” 22 Tahun Usia Perkahwinan, Wanita Ini Kongsi Tip Berguna

IKLAN

Gambar kanan tu selepas 5 orang anak soleh dan solehah dah keluar dari perut akak. 2 orang keluar secara normal dan 3 orang secara pembedahan. Dan harini akak nak share beberapa tips buat adik-adik akak yang baru kahwin atau bakal berkahwin. Semoga bermanfaat.

Pertama, benda paling penting dalam kehidupan dan rumahtangga ni sebenarnya ialah solat. Kalau kehidupan kita tak berharta, tak berapa baik, tak berapa teratur, tak mengapa. Tapi berusahalah untuk solat 5 waktu. Walau terasa payah nak tunaikan solat tapi tolonglah paksa diri, keep fighting 💪🏼, solatlah jugak walau tak berapa khusyuk atau solat di akhir waktu.

Kalau kehidupan kita sempurna sekalipun, jika kita abaikan solat, maka Allah akan abaikan kita. Janganlah pelik kenapa masalah kita belum selesai, malah bertimpa-timpa pula. Kita perkecilkan solat, jangan merungut kenapa kita nampak kecil di mata dunia.

IKLAN

Kedua, ialah “mindset”. Ramai yang kata pasangan berubah selepas berkahwin. Ya, memang betul. Sebab masa bercinta, hubungan tu cuma bersandarkan emosi. Tapi selepas kahwin, hubungan tu datang dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Nasihat akak, rendahkan “expectation”. Kita bakal berkahwin (atau berkahwin) dengan orang yang tak sempurna. Lengkapilah dia.

“Tumpu Pada Rumah Tangga Sendiri” 22 Tahun Usia Perkahwinan, Wanita Ini Kongsi Tip Berguna

Ketiga, bagi tumpuan kepada rumahtangga sendiri. Jangan tengok langsung rumahtangga orang lain. Jangan dok “compare” suami orang lain atau isteri orang lain macam mana. Perisaikan diri kita dari tengok apa yang orang lain ada. Bukan sebab “jealous”, atau iri hati. Cuma berpijak di bumi yang nyata. Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada.

IKLAN

Last but not least, kurangkan menuntut hak. Banyakkan memberi dan menunaikan hak. Percayalah, Allah akan balas dengan macam-macam jenis bahagia dan kesenangan di masa depan. Perkahwinan adalah ibadah. Gunakan perkahwinan untuk cari jalan-jalan mudah ke syurga, melalui ‘harga’ sabar dan memberi yang tinggi. Perkahwinan juga adalah lubuk pahala, dan “investment” yang takkan rugi kerana Allah janjikan pelbagai ganjaran terhadap segala penat lelah yang suami isteri lakukan. Tiada satu pun perbuatan kita yang sia-sia.

Kadang-kadang dari pengalaman kita orang lain akan dapat pengajaran. Sama-sama kita belajar. Akak pun masih belajar. Ambillah jika ada sisi yang baik dan “ignore the rest”.
Salam sayang dari akak.

🥰♥️
#22yearsandcounting
#tilljannahinshaAllah

Credit: Muhaszlina Sanip

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI