Syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur terkenal, Tupperware Brands (Tupperware), yang telah diisytiharkan muflis semalam, kini bersetuju menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman dengan nilai AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai, serta lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk ‘diskaun hutang’.
Ia sekali gus membatalkan rancangan syarikat itu untuk melelong asetnya secara terbuka.
Tupperware mengumumkan perjanjian terbabit sewaktu sesi pendengaran mahkamah kebankrapan di Wilmington, Delaware.
Hakim kebankrapan Amerika Syarikat (AS), Brendan Shannon, berkata beliau akan segera menjadualkan sesi pendengaran mahkamah berasingan untuk mempertimbang kelulusan penjualan aset syarikat terbabit.
Jelasnya, ia langkah terbaik mengambil kira situasi sukar dan mencabar syarikat Tupperware.
Ads
Tupperware, syarikat yang berpangkalan di Orlando, Florida, memfailkan perlindungan kebankrapan bulan lalu, dengan tanggungan hutang sebanyak AS$818 juta dan mengemukakan rancangannya untuk mencari pembali dalam tempoh 30 hari.
Bagaimanapun, terdapat satu kumpulan pemberi pinjaman kepada Tupperware yang menentang rancangan penjualan syarikat terbabit, termasuk menyuarakan keinginan untuk menuntut aset.
Dengan perjanjian baharu ini, ia akan membolehkan pemberi pinjaman membeli nama jenama dan operasi Tupperware di beberapa pasaran utama, kata peguam syarikat itu, Spencer Winters, dalam pendengaran mahkamah.
Ads
Tupperware memaklumkan mereka akan memberi tumpuan awal terhadap pasaran termasuk AS, Kanada, Mexico, Brazil, China, Kore, India dan Malaysia, disusuli pasaran lain antaranya di Eropah dan Asia lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat akan menamatkan operasi di pasaran yang mempunyai liabiliti yang tinggi.
Ads
Semasa pendengaran mahkamah minggu lalu, Tupperware berhujah bahawa pemberi pinjaman iaitu pihak membeli Tupperware dengan diskaun tinggi tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan pemiutang lain.
Selain itu, mereka juga dihalang daripada mendapat manfaat daripada hasil jualan.
Di pihak pemberi pinjaman yang turut berhujah dalam sesi sama berkata, lelongan yang dicadangkan oleh Tupperware akan menghalang mereka daripada menggunakan pertukaran hutang sebagai sebahagian tawaran untuk mendapatkan aset Tupperware.
Syarikat pemberi pinjaman yang kini bersedia mengambil alih Tupperware termasuk Alden Global Capital, Stonehill Institutional Partners dan Bank of America.
Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.
Melalui satu akaun Tik Tok aznia.razizan, kesemua anak-anak murid merasai pengalaman paling manis bila di bawa oleh guru mereka menaiki penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian, kos yang dianggarkan adalah sekitar RM300 hingga RM350 termasuk kesemua perjalanan untuk menaiki kapal terbang, ERL, lawatan ke Petrosains serta makan dan minum.
Pun begitu dimaklumkan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM170 hingga RM180 sahaja untuk kesemua perjalanan itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji usaha cikgu untuk memberi pengalaman paling bermakna buat anak-anak.
Tidak hanya satu pengalaman baru bahkan keseronokkan terbang di udara bersama kawan-kawan pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Bukan hanya kemewahan wang ringgit dan harta benda dapat menyuburkan sesebuah hubungan rumah tangga tetapi bagaimana kita dan pasangan berusaha untuk ‘mencantikkan’ keharmonian itu. Dengan hanya menyerah diri dan tawakal kepada Allah SWT, hubungan suami isteri akan jadi lebih mesra dan bermakna.
Solatlah bersama. Tidak lama, hanya perlu 5-10 minit sahaja untuk setiap waktu. Selesai solat, berceritalah sesama anda supaya kita masing-masing dapat berkongsi segala susah senang dengan si dia. Impaknya mungkin tidak nampak terus, tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagialah anda dan si dia.
Tidak susah, ambil wuduk dan kemudian bentanglah sejadah. Solatlah dengan penuh kusyuk dan kesungguhan, kemudian panjatkan doa kepada Allah SWT untuk melindungi perkahwinan anda.
Mungkin untuk solat lima waktu sehari agak sukar kerana masing-masing bekerja dan sebagainya. Pun begitu, sekurang-kurangnya ambillah dua waktu terbaik ini, maghrib dan isyak. Secara zahir tidak terlihat manfaatnya tetapi percayalah ia akan tersemat dalam jiwa kalian berdua. Suami isteri yang mengamalkan solat berjemaah akan merasai nikmat rumah tangga yang harmoni.
Sebenarnya jalinan kasih sayang yang dibina ketika anda solat bersama terbit sewaktu lepas solat. Sudah menjadi kemestiaan selepas bersolat, isteri akan bersalaman serta mencium tangan suami. Pada waktu ini, isteri akan belajar untuk menghormati pasangan. Suami pula akan terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri. Ketika memohon ampun kepada satu sama lain, hati akan merasa tenang dan jauh dari sebarang anasir jahat.
Ke Jannah Bersama..
Sudah kita ketahui, solat berjemaah berganda kali baik daripada sembahyang sendirian. Apabila solat berjemaah, anda sebenarnya membina jalan pintas untuk ke syurga. Yakinlah kepada Allah SWT yang akan memberi ganjaran pahala kepada anda.
Ketika bersolat, suami akan menjadi imam (ketua). Isteri akan patuh dan menghormati peranan suam. Cara ini dapat mendidik isteri untuk menghormati peranan suami dalam rumah tangga. Suami pula terdidik untuk sentiasa di hadapan dan membimbing isteri serta keluarga. Dengan menjadi imam, sekaligus melatih si suami untuk menjadi ketua yang bertanggung jawab.
Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin.”
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Sebelum berdoa, tetapkan dalam hati bahawa niatnya untuk tujuan yang baik. Jangan salah gunakan doa ini untuk mengorat pasangan orang lain pula ya!
Seorang suami yang baik akan sentiasa peka dengan keperluan isteri. Tidak perlu isteri meminta-minta atau mengarah, sudah tahu apa yang perlu dibuat. Begitulah perkongisan seorang suami, Mohd Fhais melalui akaun Facebooknya. Katanya ada lima perkara yang jangan dibiarkan isteri lakukan sendiri tanpa dibantu.
Jangan biar isteri penat sorang diri buat 5 perkara ini walau dengan alasan mencari rezeki sekalipun.
1. Penat mengurus rumah ?Sesibuk macam mana pun keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja duduk goyang kaki tengok berita. ? Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah lagi. ? Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. ” Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing “ 2. Penat melayan kerenah anak-anak ? Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke.. ? Dah sepanjang hari isteri “handle” anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk isteri tu “release” stress. ? Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak. 3. Penat mendidik anak-anak ? Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua. ? Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan hal didikan anak. ? Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita. 4. Penat runsing keperluan rumah ? Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari. Nak masak bawang habis. Anak berak pampers habis. Serabut tau kalau kena gini. ? Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh. ? Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil. 5. Penat melayani diri sendiri ? Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Penat dengan kerja, penat dengan rumah dan penat dengan anak-anak lagi. ? Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan. Dapat bahu untuk bersandar dah cukup bersyukur bagi diorang. ? Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri. Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama. Jika ikut budaya memang suami kena pandai layan isteri tapi jika ikut agama suami yang kena pandai layan isteri. Dua dua penting, dua dua berguna. Mohd Fhais suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.