Tya & Asyraf Sedia Tambah Cahaya Mata. Amalkan Petua Orang Dahulu Untuk Dapat Anak Perempuan

Share

Jika Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimpikan untuk memiliki anak lelaki, menantunya pula  Tya Ariffin mengharapkan untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.

Menurut Tya, 23, dia dan suami Asyraf Khalid ada cuba mengamalkan beberapa petua selain berdoa agar impian mereka itu dimakbulkan.

“Kami sentiasa menanti rezeki itu dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua, kalau boleh nak dapat baby perempuan pula.

“Sejujurnya, kami ada berikhtiar dan ikut petua-petua dahulu yang mungkin boleh membantu untuk dapat anak perempuan, tak salah untuk kami cuba.

“Namun, jika ditakdirkan dapat anak lelaki lagi, saya tak kisah dan terima dengar hati terbuka!,” katanya.

Tya dan Asyraf, 26, berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Arif Jiwa Asyraf pada 31 Mac tahun lalu.

Sumber: mstar

IKLAN