Biarpun banyak cabaran yang melanda dirinya, namun Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Binti Awang Astillah terus bangkit untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak dan keluarga tercinta. Wanita hebat ini tidak mahu tewas dalam ‘peperangan’ dalam hidup dan kini terus kuat dengan sokongan dari indan-insan yang menghargai dan menyayanginya.
Bukan mudah untuk membesarkan dua orang cahaya mata yang sedang membesar sendiri namun Bella kini membuktikan dirinya mampu dan terus mengorak langkah dalma kerjaya seninya.
Ibu kepada Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini kini semakin rancak dengan pelbagai tawaran lakonan, nyanyian serta banyak diberikan kepercayaan untuk mewakili jenama-jenam terkenal. Bercerita tentang kehidupannya sekarang, menurut Bella yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome, dia bersyukur dengan kehadiran banyak insan baik yang banyak membantu untuk menjaga Ayden dan Ara.
Ayden & Ara Penyeri Hidup Bella
Ketika ditanyakan tentang perwatakan anak sulungnya, Bella memberitahu Ayden seorang anak yang mudah dijaga dan sangat bertanggungjawab. Ada masanya Ayden yang banyak mengingatkan dirinya tentang sesuatu perkara. Ayden juga anak yang mudah kasihankan orang lain serta penyabar dan sangat menyayangi orang lain. Turut mengakui anak sulungnya seorang yang sangat sensitif dan mudah menangis.
“Ayden ni anak yang yang tak perlu dirusuh-suruh. Dia tahu apa yang perlu dia buat, bila perlu buat kerja sekolah atau tidur tanpa perlu Bella tanya-tanya. Bella tak pernah susah nak kejutkan dia bangun pagi untuk ke sekolah, tak pernah rasa terbeban.
Bella rasa Ayden tak nak susahkan Bella, kadang-kadang tu Bella rasa macam dia dah besar sangat. Kadang-kadang kalau Bella sibuk bekerja, nak baca skrip atau buat posting waktu malam, dia yang akan datang untuk ingatkan Bella dah sampai masa untuk tidur.”
Wanita kelahiran Sandakan, Sabah, ini juga turut melahirkan rasa syukur kerana tidak pernah merasa susah untuk menjaga anak-anaknya sendiri kerana Ayden dan Ara sangat pandai membawa diri.
Dia juga tidak menafikan, anak sulungnya itu kini umpama penjaga buat dirinya dan Ara. Tambah Bella lagi, dia bukanlah ibu yang garang tetapi cuba untuk menjadi tegas supaya kedua-dua anaknya akan lebih berdisiplin dan mendengar kata.
Ads
Bercerita tentang anak keduanya, Ara, dia seorang yang kuat merajuk. Selain itu, sebagai anak kedua Ara juga sering menyakat abangnya. Apabila bercerita tentang perangai mereka berdua jika dibawa berjalan, anak-anaknya banyak perangai.
“Bella nak kongsikan bila mana Bella bawa mereka keluar, mereka cerewet. Ada saja perangai, tapi kalau keluar bertiga hanya Bella, Ayden dan Ara, they will listen to me. Sangat behave dan tak susah. Mungkin sebab mereka manja dengan datuk dan nenek kan, jadi macam-macam perangai.
Bella selalu bawa mereka berjalan luar negara, hanya bertiga saja memang tak ada masalah. Sebab tu Bella percaya mereka ni faham dan tak nak susahkan Mummy mereka. Jadi Bella anggap itu satu achievement.”
Mama Penguat Semangat Bella
Sempat bertanya tentang burn out kepada ibu cantik ini, Bella memberitahu dia pernah mengalami situasi begitu tetapi tidak teruk. Untuk mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi, Bella akan menangis dan keluar bersama ibunya.
“Bella akan menangis dan keluar dengan Mama. Bila bersama Mama tu, Bella akan luahkan semua apa yang Bella rasakan tapi Bella sebenarnya orang sangat mudah. Bila dah berkongsi perasaan dengan Mama, Bella akan move on.”
Ads
Mengambil kekuatan semangat dari ibunya, Bella memberita yang dia sudah melihat kesusahan wanita cekal itu sejak masih kecil. Tambah Bella, kehadiran ibu memberi impak yang besar dalam kehidupannya.
“Kenapa Bella sabar, kuat. Semuanya sebab Mama. Dari kecil tengok Mama kerja kuat dan boleh buat semua benda sendiri sebab waktu tu Ayah bekerja di Kuala Lumpur. Jadi Bella nampak kesusahan dia, tanpa harapkan bantuan orang lain. Selagi mana dia mampu, dia akan buat sendiri.
Bila tengok Mama susah dan kuta macam tu dulu, Bella rasa itulah yang membentuk diri Bella hari ini. Orang kata kalau nak anak-anak baik, kita sendiri kena jadi contoh yang baik. Jadi, itulah yang Bella belajar dari Mama. Bella nak jadi macam dia.”
Jatuh Air Mata Seorang Ibu
Ketika melihat video throwback yang Pa&Ma sediakan untuk dirinya, Bella tidak dapat menahan air mata dari jatuh berguguran. Betapa dia tersentuh melihat bagaimana begitu cepat masa berlalu dan anak-anaknya kini semakin membesar. Mengakui tidak mudah untuk melalui kehidupan baharu terutama untuk Ayden dan Ara yang masih kecil, namun dirinya perlu kuat untuk memastikan yang terbaik buat anak-anak.
Ads
“Baru-baru ni Ayden ada hari sukan sekolah, dia mungkin lihat orang lain bersama parents mereka tapi berbalik kepada apa yang bella katakan, syukur Bella masih ada Mama dan Ayah. Jadi kalau Bella hadir ke majlis sekolah, Bella pastikan bawa Ayah. Jadi Ayden masih ada figura seorang yang akan bersama-sama dengannya.”
“Jadi dia takkan rasa ‘kosong’ dan Ayden pun dah biasa dengan Bella. Mana-mana pun akan bawa dia. Pergi meniaga laksa ke, shooting ke, recording ke, memang akan bawa dia. Alhamdulillah, bila dia memang rapat dengan Bella jadi Ayden tak terlalu rasa perbezaan itu.”
Mengakui dirinya manusia biasa yang ada buat kesilapan tetapi Bella merasakan semua ibu adalah insan hebat. Semua ibu ada banyak tanggungjawab untuk membesarkan serta mendidik anak-anak.
“Bella ada peluang merasai semua pengalaman sebagai ibu, biarpun tak sempurna tapi Bella cuba yang terbaik untuk anak-anak. Untuk Ayden dan Ara, Mommy doakan supaya membesar jadi insan yang baik, hormatkan orang tua dan percayalah kena belajar rajin-rajin, ilmu tak pernah habis.
Fokus pada benda-benda penting dan selalu ada dengan Mommy. Mommy doakan kita terus bahagia dan dipermudahkan segala urusan dan terus sayangkan Mommy macam mana Mommy sayangkan Ayden dan Ara.”
Jom tonton video Bella di sini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut isteri mengidam, si suami dah mula susah hati. Apa yang selalu suami cakap, janganlah minta yang pelik-pelik dan diluar kemampuan. Sebabnya hormon orang mengandung ni tak boleh nak jangka.
Jika isteri kata nak, tapi tak dapat memang boleh menangis macam sakit-sakit. Bab mengidam ni mungkin orang kata mengada-ngada tetapi sebenarnya ia berlaku tanpa dibuat-buat.
Kadang tu beriya nak makan, bila dapat makan satu mulut je. Selebihnya suami kena habiskan. Itu ok lagi kan, tapi jika teringin nak makan sesuatu, pergi kedai tutup atau dah habis, ada juga yang menangis teresak-esak. Masa ni suami pun jadi serba salah.
Jadi waktu ini, apa salahnya suami cuba tunaikan permintaan isteri kerana isteri nak lalui tempoh 9 bulan sehingga proses kelahiran bukan mudah ye. Masa nilah isteri boleh manja lebih sikit dengan suami.
Seperti perkongsian seorang suami ini, dia memberitahu isterinya mengidam nak bau jalan tar yang tengah dalam proses turap ataupun bau cat!
Menerusi perkongsian di Tiktok atas akaun @nazirrkatimon ini, dia berkongsi video mengenai isterinya yang sedang hamil mengidam untuk bau jalan tar. Dalam video tersebut, dia juga bertanya kepada orang ramai apakah lagi gelagat isteri apabila sedang mengandung.
Kebetulan ketika naik kereta, isteri minta nak bau jalan tar yang sedang diturap. Sampai satu lokasi memang ada kawasan jalan yang sedang diturap dan isterinya dapat bau tar tersebut dari dalam kereta.
Paling melucukan, siap buka cermin kereta luas-luas dan menghalakan muka ke luar semata-mata nak bau tar tersebut.
Video yang mendapat tontonan lebih dari 300 ribu dalam masa beberapa jam dimuat naik itu mendapat pelbagai respons dan rata-rata menganggap pengalaman ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Nasib bukan minta yang pelik-pelik, kalau tak pening juga suami nak tunaikan lagi-lagi jika tak dapat. Selain itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman sendiri dengan macam-macam gelagat yang kadang kala bila difikirkan macam tak logik.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar ibu dan bapa sebenarnya bukan mudah. Bukan hanya melihat setiap perkembangan anak bahkan pelbagai perkara perlu diberikan perhatian. Berdepan dengan masalah anak tidak sihat, demam dan sebagainya menjadi salah satu cabaran terawal bagi ibu dan bapa. Semuanya perlu dilakukan dengan baik agar anak terus selesa walau ketika sakit.
Tidak mahu kerap kali berdepan dengan masalah sebegini, ada baiknya ibu dan bapa menitik beratkan pelbagai aspek di rumah agar anak sentiasa sihat dan mengikuti perkembangannya seiring dengan usia.
Sebenarnya dalam menentukan kesihatan anak yang berpanjangan, persekitaran sekeliling anak-anak haruslah diberikan keutamaan selain pemakanan dan penjagaan lain yang perlu diberikan perhatian. Apa ibu ayah perlu lebih berikan perhatian?
Kerap demam dan masalah hidung tersumbat
Masalah seumpama ini paling kerap terjadi kepada anak kecil kita. Bukan hanya demam, bahkan hidung turut tersumbat dan berhingus. Anak-anak pastinya sentiasa berasa tidak selesa malah kadangkala menangis dek kerana tidak selesa sepanjang malam.
Pemakanan sihat dan suplemen tambahan
Bila anak kerap kali demam, periksalah pemakanan anak-anak. Adakah anak kita cukup nutrisi malah dibekalkan nutrisi yang sihat sepanjang hari. Jika anak kurang makan, bekalkanlah susu yang mencukupi untuknya agar terus dibekalkan dengan khasiat. Cari solusi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dalam pelbagai bentuk agar dapat menarik perhatian anak. Jangan dilupakan karbohidrat dan protein yang cukup penting untuk anak.
Sumber: Shuttlestock
Pengudaraan bersih
Kita beranggapan bahawa rumah kita adalah tempat paling selamat namun hakikatnya tanpa mengutamakan aspek kebersihan lebih-lebih lagi ruang udara yang bersih, rumah kita menjadi ruang paling tercemar dengan pelbagai virus dan bakteria yang tidak sihat untuk perkembangan anak.
Menurut Society for General Microbiology, bakteria dalam rumah boleh membiak setiap 20 minit pada suhu yang tepat. Malah sebuah kajian pada 2016 turut mendapati lebih daripada 340 jenis bakteria ditemui pada 30 objek berbeza yang telah tercemar di dalam rumah. Bahaya untuk anak!
Dua ruang utama iaitu dapur dan bilik air menjadi penyumbang bakteria utama. Namun jangan dilupakan ruang tamu dan bilik tidur yang menjadi tempat tumpuan utama di dalam rumah. Kesemua ruangan ini dicemari bakteria tanpa kita sedar. Jadi bagaimana ruang-ruang ini selamat untuk anak kita di rumah?
Bila berada di rumah bukan hanya selesa, paling utama pastikan ruang udara disetiap rumah kita bersih. Segala habuk perlu dibersihkan untuk memastikan anak-anak kecil dan seisi keluarga menyedut udara yang lebih bersih.
Pengudaraan yang lebih bersih dan terjamin serta bebas daripada pencemaran, terhindar dari virus bawaan udara yang tidak diketahui sudah semestinya membuatkan anak kita lebih sihat dalamannya.
Malah menurut Dr Amanda Elli, Pegawai Perubatan Perkhidmatan Penjagaan Utama, menghirup udara bersih adalah amat penting lebih-lebih bagi bayi dan anak-anak kecil. Udara yang bersih ini membekalkan oksigen yang lebih baik ke paru-paru dan seluruh anggota tubuh.
Dr Amanda Elli, Pegawai Perubatan Perkhidmatan Penjagaan Utama
Malah menurut Dr Amanda, pencemaran dari dalam rumah boleh menjadi lebih parah kerana kita menghabiskan lebih 80% masa setiap hari di rumah. Malah kajian dari WHO turut membuktikan pengudaraan dalam rumah adalah lima hingga sepuluh kali ganda lebih teruk daripada udara luar!
Sementara rakyat Malaysia bersiap sedia untuk fasa endemik, langkah keselamatan dan kebersihan tetap harus diutamakan. Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, langkah berjaga-jaga di rumah seperti kualiti udara dalam rumah juga wajar dititikberatkan. Justeru, penting untuk kita membuat pilihan bijak bagi memastikan udara yang kita hirup di rumah adalah bersih dan segar.
Pemasangan penulen udara antara yang boleh diusahakan oleh ibu bapa untuk memastikan anak kekal sihat malah terhindar dari virus yang tidak diketahui. Bukan hanya membersihkan segala habuk dan kotoran di dalam rumah bahkan penulen udara juga bertindak membebaskan kuman di udara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Anak lebih selamat!
Penulen udara All Clean Virus Fit Sebagai Solusi
Apa solusi yang perlu ibu bapa lakukan? Penulen udara All Clean Virus Fit dari syarikat peralatan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic yang baru dilancarkan pada 1 Oktober lalu antara pilihan terbaik untuk anda.
All Clean Virus Fit bukan sahaja dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup, bahkan lebih penting, ia dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Koronavirus Manusia dan virus H1N1 menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti, serta sistem penapisan 8 langkah yang menerapkan kecanggihan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus. Bagi menjamin liputan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah. Memang hebat!
Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan bolong ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, sekali gus memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Penulen Udara All Clean Virus Fit berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) sebagai peralatan kesihatan dan perubatan. Teknologi ini berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, bagi membantu mereka bernafas lebih baik di tempat tertutup, di samping meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.
Penulen Udara All Clean dapat disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati pada cuma RM99 setiap bulan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari SK laman web rasmi magic Malaysia di https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook di https://www.facebook.com/myskmagic.
Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi nak didik anak-anak memang perlu dari kecil lagi. Kalau ibu ayah nak anak-anak membesar menjadi anak yang bijak dan hebat, jadi dari kecil kena terapkan amalan atau rutin yang boleh membuatkan mereka menjadi bijak contohnya seperti membaca.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. menurutnya untuk menanam minat anak sukakan buku perlu bermula sejak dari awal usia. Doktor ini juga turut berkongsi 5 tip untuk ibu ayah amalkan supaya anak-anak dapat tanam minat membaca sejak dari kecil
Kena mula dari awal
Sekarang ni tiap kali suruh masuk tidur, mesti si Maimunah Solehah beria tarik tangan saya sekali.
“Daddy, bacakanlah buku dulu.”
Kalau saya tak ada, mesti umminya yang jadi sasaran.
Suka benar budak berdua tu kalau dapat dengar cerita sebelum lelapkan mata.
Tak apalah. Memang masa kecil ni lah sebenarnya waktu paling bagus nak ‘seeding’ dan tanam minat anak pada buku.
Kalau dah besar nanti susah sikit sebab masa tu dia orang ni mungkin lebih minat kat benda lain.
Sebenarnya ada je cara kita boleh amalkan kat rumah supaya anak kita terbiasa dengan buku tanpa perlu dipaksa:
#1. Jadikan tabiat membaca ni rutin kat rumah kita seawal mungkin.
Actually masa baby kat dalam kandungan lagi, kita semua patutnya dah selalu mengaji, bacakan buku dan berbual-bual dengan si kecik tu.
Sense of hearing ni antara yang paling awal terbentuk pada bayi tau. Dia dah boleh dengar apa je yang kita sebutkan kat dia.
#2. Kita sendiri kena jadi model kat rumah.
Children see, children do. Tunjukkan kat budak-budak tu yang membaca ni aktiviti yang sangat seronok. Nanti perlahan-lahan dia orang akan follow tabiat tu.
#3. Make sure guna buku yang sesuai.
Sediakan buku yang seiring dengan umur si kecil tu.
Kalau baby atau anak kecil yang bawah umur 2 tahun, paling bagus kita gunakan buku yang ada banyak gambar menarik, berwarna warni dan ayatnya ringkas-ringkas saja.
#4. Sibuk macam mana pun hari kita, luangkan masa untuk baca buku bersama.
Kalau dapat 10 minit sehari pun, okaylah berbanding tak ada langsung. Lagi bagus kalau ada waktu yang dijadikan sesi rutin sekeluarga.
Kami sendiri selalunya pilih waktu sebelum tidur sebab waktu tu si kecil berdua tu dah berada dalam mood tenang.
#5. Bunyikanlah nada suara yang kreatif sikit.
Masa bacakan buku, cubalah pelbagaikan nada suara kita. Kalau mendatar je, kesian kat budak tu. Nanti tak pasal-pasal cepat bosan.
Bila ada bunyi yang berbeza-beza, barulah semangat dia orang nak dengar cerita sampai habis.
Bab minat membaca ni memang kena pupuk betul-betul sebab kita nak brain power dan memory anak kita tu makin meningkat.
Otak anak kita sebenarnya sama je macam otot kat lengan ni.
Kalau nak sado dan padu, of course lah kena latih dengan konsisten.
Sebab tu bila anak saya minat nak membaca, saya pun jadi senang hati sebab saya yakin yang keupayaan otak dan minda dia untuk berfikir pun nanti akan jadi makin hebat dan tajam.
Kehamilan datang dengan banyak perubahan, dan kadang-kadang badan pun mula rasa tak selesa dan asyik lenguh-lenguh badan. Sesekali bantu diri ibu hamil untuk lebih relaks dan legakan badan yang tak selesa.