Ads

Cara Memilih Ubat Gigi Kanak-Kanak Yang Sesuai, Ini 5 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu!tr

Menjaga kesihatan gigi anak bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Pemilihan ubat gigi kanak-kanak yang sesuai serta penjagaan gigi yang baik perlu bermula sejak bayi lagi bagi memastikan anak mempunyai gigi yang sihat dan kuat apabila semakin membesar.

Namun, dalam bab memilih ubat gigi kanak-kanak, masih ramai ibu ayah yang keliru. Perlukah menggunakan ubat gigi sebaik sahaja gigi pertama tumbuh? Adakah ubat gigi berfluorida selamat untuk anak? Berapa banyak kuantiti yang sepatutnya digunakan?

Apatah lagi, terdapat pelbagai pilihan ubat gigi kanak-kanak di pasaran dengan perisa, warna, kandungan dan pembungkusan yang cukup menarik perhatian si kecil.

Jangan hanya kerana anak suka dengan perisa strawberi atau tertarik dengan gambar kartun pada pembungkusan, ibu ayah terus membelinya tanpa meneliti kandungan dan kesesuaiannya dengan usia anak.

Pemilihan ubat gigi yang sesuai serta cara penggunaannya yang betul amat penting dalam membantu mencegah kerosakan gigi dan pembentukan kaviti sejak kecil.

Justeru, sudah tiba masanya ibu ayah mengambil tahu beberapa perkara penting mengenai penggunaan ubat gigi kanak-kanak agar penjagaan kesihatan mulut si kecil lebih terjamin.

5 Tip Menggunakan Ubat Gigi Kanak-Kanak

Cara Memilih Ubat Gigi Kanak-Kanak Yang Sesuai, Ini 5 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu!tr

1. UBAT GIGI: PERLU ATAU TIDAK?

Bagi bayi yang belum ada gigi, boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah bersih.

Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, boleh gunakan berus gigi berbulu lembut yang sesuai dengan usia bayi untuk membersihkan giginya.

Perkenalkan ubat gigi berfluorida sebaik sahaja gigi pertama anak tumbuh dengan menggunakan kuantiti yang bersesuaian dengan usianya.

Sebaik-baiknya, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak selepas gigi pertamanya tumbuh.

2. UBAT GIGI: BANYAK ATAU SIKIT?

Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, gunakan ubat gigi sebesar sebiji beras.

Untuk 3 hingga 6 tahun, sebesar kacang pea.

Cukup. Tak payah lebih-lebih. Tak payah sampai berbuih.

Ads

3. UBAT GIGI: ADA FLUORIDA ATAU TIDAK?

Fluorida adalah penting untuk menguatkan enamel gigi dan mencegah kerosakan. American Dental Association (ADA) mencadangkan penggunaan ubat gigi berfluorida sebaik sahaja gigi pertama tumbuh bagi memberikan perlindungan awal kepada gigi anak.

Di pasaran, ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah mengandungi fluorida. Ibu bapa tak perlu terlalu risau sekiranya kandungan fluorida dan kuantiti ubat gigi yang digunakan bersesuaian dengan usia anak.

4. UBAT GIGI: BOLEH TELAN ATAU TIDAK?

Walaupun ada ubat gigi kanak-kanak dilabel selamat untuk ditelan, tolonglah pastikan dan pantau anak tak telan juga. Makanan pun kita berkira apa yang masuk ke dalam mulut, takkan ubat gigi kita relakan.

Ramai ibu bapa risau untuk gunakan ubat gigi berfluorida kerana anak suka telan ubat gigi. Sebab itu perkara paling penting adalah pemantauan daripada ibu bapa sendiri.

Ibu bapa WAJIB membantu anak menggosok gigi sekurang-kurangnya sehingga dia berumur 6 tahun. Teruskan pemantauan sehingga anak mampu menggosok gigi dengan betul secara sendiri. Mesti bantu anak menggosok gigi atau gosok gigi bersama-sama anak untuk mengurangkan risiko mereka tertelan ubat gigi.

5. UBAT GIGI: PERLU LUDAH ATAU TIDAK?

Secara amnya, penggunaan ubat gigi berfluorida boleh dimulakan walaupun anak belum pandai meludah, asalkan kuantiti yang digunakan bersesuaian dengan usianya.

Ibu bapa mesti ajar anak-anak untuk meludah ubat gigi dan elakkan daripada mereka menelannya.

Banyak cara nak ajar anak meludah ubat gigi. Ibu bapa jadilah contoh kerana ibu bapa adalah role model untuk anak masing-masing. Buat bunyi ‘puh’ ‘puh’.

Satu lagi, gunakan kuantiti yang betul. Bila tidak ada ubat gigi berlebihan, risiko anak tertelan fluorida dalam kuantiti yang berlebihan dapat dikurangkan.

Ads

Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Berapa Banyak Ubat Gigi Yang Perlu Digunakan Oleh Anak?

Ibu ayah perlu tahu bahawa penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak mestilah mengikut sukatan yang bersesuaian dengan usia mereka. Tidak perlu memicit ubat gigi sehingga memenuhi keseluruhan permukaan berus gigi.

Bagi kanak-kanak di bawah usia tiga tahun, memadai dengan menggunakan ubat gigi dalam kuantiti yang sangat sedikit, iaitu sekadar lapisan nipis atau sebesar sebutir beras.

Manakala bagi kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, kuantiti ubat gigi yang disarankan adalah sebesar sebiji kacang pea.

Ibu ayah juga boleh menggunakan hujung jari anak sebagai panduan untuk menganggarkan saiz ubat gigi bagi kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.

Ingat, penggunaan ubat gigi yang banyak tidak bermakna gigi anak akan menjadi lebih bersih. Apa yang penting adalah sukatan yang betul, teknik memberus gigi yang tepat serta pemantauan ibu ayah ketika anak memberus gigi bagi mengelakkan mereka menelan ubat gigi secara berlebihan.

Ads

Cara Memilih Ubat Gigi Kanak-Kanak Yang Sesuai, Ini 5 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu!tr

Tip Ekstra Pa&Ma: Jangan Salah Pilih Ubat Gigi Kanak-Kanak!

Cara Memilih Ubat Gigi Kanak-Kanak Yang Sesuai, Ini 5 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu!tr

Selain panduan di atas, ada beberapa perkara penting yang perlu ibu ayah ambil perhatian ketika membeli dan menggunakan ubat gigi anak.

1. Semak Kandungan Fluorida Pada Label

Pilih ubat gigi dengan kandungan fluorida yang sesuai. Ubat gigi yang mengandungi 1,000 hingga 1,500 ppm fluorida lazimnya disarankan untuk membantu mencegah karies gigi, dengan kuantiti penggunaan mengikut usia serta panduan profesional pergigian.

2. Tak Perlu Tunggu Anak Pandai Meludah

Menurut American Dental Association (ADA), penggunaan ubat gigi berfluorida boleh dimulakan sebaik sahaja gigi pertama tumbuh, walaupun anak belum pandai meludah. Apa yang penting adalah kuantiti yang betul serta pemantauan ibu bapa.

3. Jangan Pilih Berdasarkan Perisa Semata-Mata

Perisa buah-buahan boleh menarik minat anak untuk menggosok gigi. Namun, pastikan anak memahami bahawa ubat gigi bukan makanan atau gula-gula yang boleh ditelan sesuka hati.

4. Gunakan Berus Gigi Yang Sesuai

Pilih berus gigi berbulu lembut dengan kepala berus yang kecil dan bersesuaian dengan saiz mulut anak. Ini memudahkan ibu ayah membersihkan setiap bahagian gigi si kecil.

5. Biasakan Anak Menggosok Gigi Dua Kali Sehari

Jadikan rutin menggosok gigi pada waktu pagi dan sebelum tidur sebagai amalan wajib setiap hari. Galakkan anak yang sudah pandai meludah untuk meludah lebihan ubat gigi tanpa berkumur dengan banyak air supaya fluorida dapat terus memberikan perlindungan kepada gigi.

Ingatlah ibu ayah, walaupun gigi susu akhirnya akan tanggal dan digantikan dengan gigi kekal, kesihatannya tetap perlu dijaga. Gigi susu memainkan peranan penting dalam membantu anak mengunyah makanan, bercakap dan menyediakan ruang untuk pertumbuhan gigi kekal.

Jangan tunggu sehingga anak mengadu sakit gigi atau menangis tidak boleh tidur, barulah kita mula mengambil berat tentang kesihatan giginya.

Ibu ayah juga digalakkan membawa anak menjalani pemeriksaan pergigian seawal usia satu tahun bagi mendapatkan panduan penjagaan gigi yang bersesuaian dengan keperluan si kecil.

Gigi anak yang sihat bermula daripada keprihatinan ibu ayah sejak kecil!

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Bengkak Susu Sampai Demam, Ini Punca, Risiko Dan Cara Berkesan Mengatasinya

Bengkak susu sampai demam bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Ketahui punca, komplikasi, 7 cara mengatasinya serta pengalaman perkongsian Papa Qute.