Bukan senang kita hendak mengajar anak-anak di rumah, ada sahaja cabaran dan kesulitannya yang tersendiri. Apatah lagi bila diajar berkali-kali anak masih tidak mampu mengingati pelajaran yang diajar. Ketika itu, mulalah kita hilang sabar dan marah-marah kononnya kita merasakan anak tidak beri tumpuan apa yang telah kita ajarkan kepadanya.
Tapi tahukah anda, selain marah-marah adalah lebih baik kita belajar untuk mengurus emosi diri dan amalkan mengulang baca sepotong ayat yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff. Semoga bermanfaat.
Cara Uruskan Emosi Ibu Ayah Ketika Bantu Anak Belajar
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Manjaku Holdings Sdn. Bhd. dan rakan Kerjasama, Enfagrow A+ Mindpro dengan bangganya mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Fazura di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Majlis eksklusif ini diadakan untuk menghargai kerjasama erat antara Manjaku Baby Mall dan Enfagrow A+ Mindpro, serta untuk meraikan pemenang PeraduanFoto Mama, Papa, Anak Seiras.
Majlis Hi-Tea Bersama Fazura dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Manjaku Holdings Sdn. Bhd, Mr Daniel Looi untuk mengalu-alukan kehadiran ibu Enfagrow A+ Malaysia dan selebriti terkenal, Nur Fazura, serta rakan kerjasama dan rakan-rakan media yang turut hadir.
“Saya ingin merakamkan penghargaan buat rakan kerjasama kami, Enfagrow A+ Mindpro kerana sudi bersama-sama Manjaku pada petang ini dalam majlis Hi-Tea Bersama Fazura yang saya anggap suatu majlis untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dan pelanggan,” kata Mr. Daniel Looi.
Mr. Daniel Looi turut berterima kasih kepada rakan media serta para pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras kerana sudi hadir ke Majlis Hi-Tea bersama Fazura bersama pada hari minggu. Kehadiran mereka dianggap sangat bermakna dan memberi semangat kepada kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama.
Manjaku Baby Mall, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia bagi barangan ibu dan anak, telah berada dalam pasaran selama 30 tahun. Bulan Jun lalu, Manjaku telah meraikan ulang tahun ke-30 mereka. Sepanjang tempoh ini, Manjaku telah menjalinkan kerjasama erat bersama Enfagrow A+ Malaysia sekaligus menjadikan produk Enfagrow A+ antara ‘Top of Mind Milk Powder Category’.
“Pelbagai acara dan aktiviti telah dilakukan bersama Enfagrow A+ dan yang paling istimewa bagi saya adalah Majlis Hi-Tea bersama Fazura yang diadakan hari ini bersempena dengan kempen ‘Celebration of Parenthood’,” tambah Mr. Daniel Looi.
Majlis Hi-Tea bersama Fazura ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pemenang PeraduanFoto Mama, Papa, Anak Seiras bertemu dengan selebriti kesayangan mereka, Fazura, secara eksklusif. Selain itu, majlis ini juga memberi pendedahan serta pengalaman berharga buat ibu bapa baru menerusi perkongsian perjalanan keibubapaan daripada selebriti terkenal tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Mekyun bukan asing lagi dalam dunia media sosial tanah air. Influencer media sosial dan pelakon ini cukup dikenali dengan wataknya yang lucu, bersahaja, tapi sentiasa menyentuh isu yang dekat dengan hati masyarakat.
Di sebalik wajah comel dan gaya humor yang mencuit hati, Mekyun juga aktif berkongsi mesej positif terutamanya tentang kesihatan mental, self-love dan isu-isu sosial yang sering dipandang remeh.
Baru-baru ini, Mekyun sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dia tampil lantang mengulas isu kumpulan Facebook bertemakan pedofilia yang tular. Apa yang menyedihkan bukan hanya kewujudan grup tersebut yang mempunyai sehingga 12,000 ahli, tetapi juga bagaimana ada individu yang menyalahkan mangsa iaitu kanak-kanak perempuan, kononnya berpakaian ‘menggoda’ hingga mencetuskan nafsu si pelaku.
Mekyun dalam satu hantaran tegas menyuarakan kemarahan dan kekesalannya terhadap mentaliti sebegitu. “Mereka bukan bahan lelaki yang tak boleh kawal nafsu,” katanya, menyifatkan tuduhan terhadap mangsa sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan sangat merbahaya.
Katanya lagi, budaya menyalahkan mangsa adalah punca kenapa kes-kes sebegini terus berulang dan tidak dibendung.
Menurut Mekyun, perbuatan menyalahkan kanak-kanak atas tindakan pedofilia hanyalah cara mudah untuk mengalihkan kesalahan daripada pelaku sebenar. “Siapa lagi yang nak lindungi kanak-kanak tu kalau bukan kita?” ujarnya lagi. Mekyun juga menyeru ibu bapa agar lebih berani bersuara dan tidak normalisasikan kelakuan mencurigakan terhadap anak-anak.
Walaupun sudah banyak kes tular berkaitan eksploitasi seksual kanak-kanak, realitinya masih ramai masyarakat yang memandang ringan isu pedofilia. Bagi Mekyun, ini bukan masa untuk diam. “Hari ni saya bersuara sebab kita tak boleh diam, kena jadi suara untuk kanak-kanak yang tak boleh bersuara,” tegasnya.
Mekyun mengajak orang ramai untuk bersama-sama melaporkan mana-mana kandungan atau grup yang mempromosikan seksualisasi kanak-kanak dan tidak menormalisasi kelakuan pelik atas nama hiburan atau content.
Melalui posting tersebut Mekyun turut melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana berjaya ‘melenyapkan’ grup tersebut dalam masa sehari.
“Mekyun bangga sebab kita berjaya lenyapkan group Facebook tu lebih 12 ribu pengikut, dalam masa tak sampai satu hari. You all did something powerful with me. Thank you from the bottom of my heart,” tulisnya.
Pedofilia ialah gangguan psikoseksual di mana seseorang dewasa atau remaja lebih tua mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak yang belum baligh. Ia bukan sahaja salah dari sudut moral dan agama, tetapi juga merupakan jenayah serius di sisi undang-undang.
Pelaku pedofilia boleh berada di mana-mana sama ada dalam komuniti, di media sosial, bahkan dalam lingkungan terdekat. Sebab itulah, kesedaran dan pencegahan adalah tanggungjawab semua pihak, bukan hanya ibu bapa atau pihak berkuasa semata-mata.
Mendapat berita ‘anda telah hamil’ adalah satu momen yang sangat indah. Namun, bagi yang telah lama menunggu berita gembira ini, ianya akan mengganggu emosi dan menjadi isu yang sensitif jika ingin berbual tentang Trying To Conceive (TTC).
Sememangnya rezeki untuk memiliki zuriat adalah bergantung kepada perancangan Tuhan, tetapi sebagai manusia biasa, anda perlu berusaha dan berikhtiar sebagai cara agar cepat hamil.
Mempunyai zuriat sendiri setelah melayari bahtera perkahwinan merupakan idaman setiap pasangan. Namun, tidak semua dalam kalangan kita yang dikurniakan rezeki zuriat dengan mudah dan menggunakan cara TTC untuk hamil.
TTC atau ‘trying to conceive’ merupakan ikhtiar dalam kalangan pasangan berkahwin bagi mendapatkan anak dengan cepat. Namun, terdapat beberapa petua ketika menjalani proses TTC ini yang tidak diketahui sama ada betul ataupun tidak.
Menurut Dr Yatikasim, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan TTC. Jom lihat video perkongsian mengenai kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan TTC.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...