Comel sangat Baby AA yang dimuat naik di Instagram Ummi Nazeera dan suami di Instagram. Ramai yang terpesona dengan kecomelan si kecil ini. Ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan rakan artis.
Gambar Baby AA memakai suit bayi berlengan panjang itu dimuat naik dengan kapsyen yang amat ringkas, membuatkan ramai yang tidak percaya aktres kesayangan mereka sudah selamat melahirkan bayinya.
Komen daripada ahli keluarga dan rakan artis mengukuhkan berita gembira ini. Antaranya seperti berikut;
Ads
Ummi yang sebelum ini pernah memaklumkan yang kandungan mengalami placenta previa tahap 2. Posting Baby AA menerima ucapan tahniah, kesyukuran dan pujian atas kecomelan bayi ini.
Dalam dunia sekarang, apa saja boleh “di-deliver” sampai depan pintu rumah. Termasuklah rawatan fototerapi untuk bayi jaundis. Di media sosial, makin banyak pihak tawarkan servis sewa mesin kononnya lebih mudah, lebih cepat, lebih selesa untuk ibu yang baru bersalin.
Tapi sebagai mak-ayah, especially bila kita jaga bayi yang baru beberapa hari melihat dunia, kita kena berhati-hati. Ada benda yang boleh buat sendiri dan ada benda yang langsung tak patut dibuat tanpa pemantauan pakar.
Menurut Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga, di media sosial mula kelihatan pihak-pihak tertentu yang menawarkan perkhidmatan fototerapi di rumah. Rawatan ini katanya untuk merawat penyakit kuning (jaundis) bayi.
KKM memandang serius isu membuka premis persendirian bagi rawatan fototerapi jaundis bayi ini. Ia dikawal selia secara ketat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang dikuatkuasakan pada 1 Mei 2006.
Sehubungan dengan itu, Arahan Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 1 Tahun 2018 menetapkan garis panduan khusus untuk perkhidmatan ini. Di bawah undang-undang ini, tiada pihak boleh menyediakan perkhidmatan fototerapi di rumah tanpa kelulusan dan lesen yang sah, dan pelanggar boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda atau penjara.
Dari aspek tatacara dan etika perubatan, perkhidmatan fototerapi di rumah hanya boleh disediakan oleh hospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, atau klinik perubatan swasta pakar pediatrik/neonatologi yang berlesen. Maknanya ia perlu diuruskan oleh pihak yang mahir serta berpengetahuan.
Walaupun mungkin ianya dilihat selamat untuk kegunaan dan tidak ada komplikasi yang teruk, tetapi dari sudut perubatan terdapat beberapa isu “red flag” yang perlu diketahui dan bagaimana untuk menguruskannya.
Ramai ibu bapa memilih fototerapi di rumah kerana ingin lebih selesa dan mengurangkan pergerakan bayi. Namun, tanpa pemantauan profesional, rawatan ini boleh mendatangkan risiko besar. Dalam banyak kes, ibu bapa tidak sedar bahawa jaundis tertentu memerlukan rawatan intensif yang hanya boleh dilakukan di hospital.
Bagi mengelakkan kekeliruan, ibu bapa wajar mendapatkan pemeriksaan pakar sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan fototerapi di rumah. Bertanya dan memahami risiko adalah langkah penting untuk keselamatan bayi.
Adalah diharap masyarakat dapat mengelakkan membuat rawatan fototerapi yang tidak bertauliah. Kesedaran awam sangat penting supaya bayi tidak terdedah kepada bahaya yang boleh dielakkan.
Perkara yang terindah pastinya menanti detik untuk menyambut kehadiran cahaya mata tersayang. Persediaan menyambut kehadiran cahaya mata sangat penting buat setiap yang bergelar ibu bapa.
Semakin awal persediaan dilakukan, semakin mudah proses kelahiran kelak! Untuk memastikan barangan bayi disediakan selengkapnya sebelum kelahiran, anda perlu bersedia dengan senarai barangan lengkap yang perlu dibeli.
Pa&Ma senaraikan beberapa barang penting untuk di bawa ke hospital dan ketika berpantang yang diperlukan oleh bayi dan juga si ibu:
Untuk Bayi:
Setelah kembalinya dari hospital, antara barang keperluan bayi yang perlu mama papa baru sediakan adalah seperti berikut:
Untuk Ibu:
Semua barangan keperluan ibu dan bayi akan berubah mengikut keperluan semasa. Lebih memudahkan papa dan mama membuat pembelian sekiranya barang kelengkapan ibu dan anak di bawah satu jenama!
PRODUK KELENGKAPAN IBU DAN BAYI
Arley merupakan jenama kelengkapan barangan ibu dan bayi yang ditubuhkan pada tahun 2021 dan mendapat sentuhan peribadi dari para ibu bapa tempatan kepada para ibu bapa lain di Malaysia.
Dari permulaan sekecil pam susu ‘handsfree’, jenama homegrown tempatan ini telah melebarkan lagi pengaruh di Malaysia pada tahun 2022.
Tidak hanya memfokuskan kepada produk-produk berasaskan susu ibu, Arley kini mengorak langkah dengan kehadiran produk-produk baru yang lain seperti Ergo Bath Tub, Vegan Leather Changing Mat, Nest Electric Swing dan Tuala Ultra Soft Coral Fleece jadi tidak hairanlah jika Arley dianugerahkan sebagai PRODUK KELENGKAPAN TERBAIK IBU & BAYI PILIHAN PA&MA bagi Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
PAM SUSU (HANDSFREE) Z10
Dengan pemahaman yang mendalam tentang permasalahan ibu bapa zaman kini, terutamanya kepentingan susu ibu dan kekangan masa ibu bekerjaya, Arley bermula dengan produk pertama pada 2020, iaitu pam susu ‘handsfree’ Z10. Dengan mode ‘massage’ dan ‘expression’ beserta 9 aras kekuatan sedutan, para ibu dapat mengepam susu di mana-mana dengan mudah kerana rekaannya yang boleh dipakai serta ‘handsfree’. Berbekalkan produk sulung ini, jenama homegrown tempatan ini mula menempa nama di laman web e-dagang dan juga di ekspo barangan bayi.
ARLEY Z10 PLUS
Mengambil cakna maklum balas para ibu di Malaysia, Arley dengan penuh iltizam, telah menambah baik pam susu yang sedia ada kepada generasi kedua, iaitu ‘Arley Z10 Plus’ pada tahun berikutnya.
Dengan penambahan kepada 12 aras sedutan, para ibu dapat mencari aras kesesuaian yang paling selesa dari sedutan yang paling lembut, sehinggalah yang paling kuat. Selain itu pam susu Z10 Plus mempunyai 3 mod (Massage, Expression dan Auto), mod Auto memudahkan ibu-ibu kembali bekerja dengan mod campuran massage dan expression dalam satu tekanan butang sahaja. Z10 Plus juga didatangi dengan saiz corong 15mm sehinggalah 27mm, untuk memastikan ada saiz untuk setiap para ibu di Malaysia. Umum tahu, dengan saiz yang tepat, proses penyusuan akan menjadi lebih lancar serta penghasilan susu yang lebih optimum
ARLEY Z10 ULTRA
Kini Arley telah mengeluarkan pam susu terbaharu iaitu Arley Z10 Ultra. Ia bukan sekadar pam susu malah berfungsi sebagai “nasal aspirator”, menjadikan pam susu pertama di dunia mempunyai ciri tersebut. Dengan bateri yang lebih besar (1200mAh) dan 15 aras sedutan, para ibu di dapat menikmati penggunaan yang lebih lama dan juga aras sedutan yang lebih lembut dan perbezaan aras yang lebih ‘gradual’. Ia juga didatangi dengan 5 mod; 2 mod baharu iaitu “Lactation” untuk membantu para ibu yang kekurangan bekalan susu untuk meningkatkan bekalan, serta mod “Nasal Aspiration” untuk menyedut mukus dan kahak dari si manja ketika dilanda selesema dan flu. Tambahan lagi, pam susu Arley Z10 Ultra didatangi dengan ‘dust cover’ untuk memastikan kebersihan terjamin.
UV STERILIZER ARLEY X3
Di samping itu Arley juga mengeluarkan produk UV Sterilizer iaitu ‘Arley X3’ untuk memudahkan para ibu bapa mengering dan mensterilisasi barangan bayi dan ibu.
Rangkaian produk dengan reka bentuk yang ‘trendy’ dan ‘sleek’ ini berjaya memenangi hati dan kepercayaan para ibu-bapa di malaysia sehingga diberikan penganugerahan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021.
Pihak Arley berharap untuk menemani setiap langkah ibu-bapa dalam menempuh fasa kekeluargaan dengan pelbagai produk-produk baru yang akan menjelang nanti.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Arley Baby boleh ke laman sesawang https://arleybaby.com/, facebook dan Instagram: arley_baby.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Baru bergelar ibu dan masih kurang pengalaman membuatkan selebriti media sosial, Syifa Melvin pernah menangis menguruskan anaknya, Saif Sulaiman.
Tambah isteri kesayangan Safawi Rashid itu lagi, kehidupannya berubah selepas kelahiran anak sulung mereka pada 30 September yang lalu.
Bahkan kata Syifa, sehingga kini dia masih lagi cuba menyesuaikan dirinya dengan rutin baru bergelar ibu.
Akui Syifa lagi, sepanjang dua bulan menjadi ibu, dia juga pernah menitiskan airmata kerana berasa tertekan menguruskan anaknya.
“Perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang kekok dan stress, menitik air mata berapa kali, badan penat, tidur memang tak kenal dah.
“Tapi lama kelamaan bila dah dah rentak, jadi seronok bergelar ibu. Bila tengok anak, timbul perasaan bahagia,” luahnya berkongsi.
Malah akui Syifa lagi, hidupnya juga kembali ceria dan bahagia bila mana berjaya mengawal perubahan hidup itu secara baik.
Syifa juga turut menitipkan ucapan buat yang masih menanti zuriat supaya dapat melalui pengalaman indah itu suatu hari nanti.
“Syifa doakan yang masih menanti, penantian tu bakal berakhir tak lama lagi. Rahim korang akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat korang, Aamin ❤️,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Syifa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada 30 September lalu.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.