“Umpama Beranak Setahun Seorang.” 4 Tahun Tunggu, 2 Kali Gugur, Allah Bagi Kembar 4!

Share

Selepas lafaz akad nikah dan janji hidup bersama, tiada apa yang diharapkan oleh pasangan suami isteri melainkan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang dan penyeri dalam rumah tangga.

Bagi pasangan yang berkahwin terus diberikan rezeki menimang cahaya mata, pastinya rasa gembira dan bersyukur. Namun bagi pasangan yang perlu menunggu beberapa tahun, penantian ini mungkin ada juga detik mengalirkan air mata.

Semua yang berlaku adalah ketentuan ilahi. Jika kita bersabar, doa yang tak putus, diakhirnya nanti mesti ada kemanisannya. Seperti perkongsian di Instagram Dr Thokha, kelahiran kembar empat begitu bermakna sekali buat pasangan suami isteri ini yang menanti selama empat tahun menimang cahaya mata.

4 Tahun Tunggu, Allah Bagi Terus Kembar Empat!

Menerusi video yang dimuat naik oleh Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Thokha Muhammad, menunjukkan persediaan rapi oleh petugas perubatan dalam bilik pembedahan untuk menyambut kelahiran bayi kembar empat.

Kongsi Dr Thokha, ibu yang berusia 29 tahun ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan selepas itu bertekad untuk melakukan rawatan In Vitro Fertilization (IVF).

Ibu muda ini mengalami mild premature contraction selamat melahirkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki secara pembedahan.

Difahamkan, tiga daripada empat bayi itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan berat mereka adalah lebih daripada 2kg. Manakala seorang lagi bayi yang memiliki berat 1.3kg diletakkan bawah pemantauan rapi sehingga betul-betul stabil.

Umpama beranak setahun seorang

Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dengan kehadiran kembar empat kepada pasangan suami isteri ini. Kuasa Allah tiada siapa dapat menandinginya.

“4 tahun tunggu terus dapat 4 orang anak. Umpama setahun beranak sorang. Bestnya rezeki kembar.”

“Ya Allah..mulut Doc mengalun ayat quran sepanjang menjalankan operasi…masyaAllah Tabarakallah ..tahniah puan…”

“MasyaAllah.. tak tahu kenapa sebak tengok.. tahniah buat ibu ayah dan Dr & team. Doakan saya menimang zuriat dalam masa terdekat juga amin”

“Alhamdulillah MasyaAllah 4 years of penantian yg sangat luar biasa di kurniakan 4 sekali… Amazing.. tq Dr for sharing..”

“Saya mengalir air mata tengok…saya doakan bayi ini jadi anak solehah dan soleh…semoga berjaya dunia akhirat..”

Moga dengan kelahiran kembar empat ini akan memberi rezeki tak putus buat pasangan suami isteri dan si kembar dapat membesar menjadi anak soleh dan solehah serta penyejuk mata hati ibu ayahnya. Amin.

Kredit: Dr. Thoka

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN