Umrah bersama anak autisme, bapa ini kongsi tip dan pengalaman di Tanah Suci. Bukan mudah untuk membawa anak-anak yang masih kecil pergi bercuti. Terpaksa melalui perjalanan memakan masa yang agak panjang dan mengawal keadaan dan emosi anak memang cukup mencabar apatahlagi melibatkan anak istimewa.
Umrah Bersama Anak Autisme
Usah risau, anda boleh baca pengalaman seorang bapa berkongsi beberapa tip ketika dia dan keluarganya mengerjakan ibadah umrah bersama anak kecilnya yang menghidap autisme, baru-baru ini.
Menurut Mohd Haffiz Supai, dia mengakui pada mulanya perasaan bimbang tetap wujud kerana memikirkan pelbagai perkara memandangkan mereka turut menyertai jemaah lain di dalam rombongan umrah berkenaan.
Kongsi bapa ini, anak keduanya, Fatiha Huwaina yang kini berusia tujuh tahun (ketika umrah anak ini berusia enam tahun), didiagnos dengan ASD (Autism spectrum disorder), ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) dan GDD (Global Delayed Developement).
Kongsinya, “Kami pergi enam orang. Saya, isteri, anak sulung Fathia Humaira dan Fatiha Huwaina, termasuk datuk dan nenek mereka.
“Apa yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa lain menerusi pengalaman ini, hanya kita yang paling faham tentang anak kita.
“Dan cuba berdamai dengan takdir. Don’t be denial. Terima dengan hati yang terbuka. Syurga dah ada di depan mata, tapi ianya tak semudah yang disangka,” ujarnya.
Bapa Ini Kongsi Tip & Pengalaman Di Tanah Suci
Tip Tunaikan Umrah Dengan Anak:
Berikut adalah perkongsian pengalaman dan tip bagi ibu bapa yang bakal menunaikan umrah bersama anak yang berkeperluan khas:
1) Maklumkan kepada agensi pelancongan dan mutawif secara details tentang anak istimewa kita.
Ads
2) Maklumkan juga dalam group jemaah umrah, bimbang ada yang kurang selesa jika anak istimewa membangkitkan situasi kurang menyenangkan
3) Sila apply ‘Butterfly Effect’ di laman sesawang KLIA dua hari sebelum tarikh berlepas. Antara servis yang ditawarkan adalah calm room waktu di lapangan terbang, buggy dan bantuan daripada staf.
Lakukan perkara sama sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
4) Waktu di lapangan terbang di Madinah, boleh cuba minta bantuan mutawif untuk dapatkan fast lane atas pertimbangan staf lapangan terbang.
5) Jika pergi bersama keluarga besar adalah lebih baik. Ahli keluarga boleh bergilir-gilir menjaga anak di hotel atau sama-sama membantu menjaga ketika umrah dan solat di masjid.
6) Jika ada trip ziarah, kaji dahulu sama ada sesuai atau tidak untuk membawa anak istimewa turut serta. Dalam hal ini, informasi daripada mutawif sangat membantu.
7) Buat persediaan mental dan fizikal secukupnya. Sememangnya ia bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga tidak mustahil.
Ads
Jika anda berniat nak pergi ke tanah suci bersama anak-anak, boleh lah buat persediaan awal dengan tip yang dikongsi lelaki ini. Semoga bermanfaat.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Bakal menimang anak keduanya tidak lama lagi, penyanyi Elly Mazleen bangga bila mana melihat gelagat anak sulungnya, Puteri Sara Sefhia kini makin pandai berdikari menguruskan diri meskipun baru berusia lima tahun.
Menerusi Instagramnya, Elly berkongsi perkembangan anak sulungnya itu.
Menerusi perkongsian video kata Elly, anak kesayangannya itu kini sudah pandai berdikari malah sudah ada keinginannya sendiri.
Pun begitu kata Elly, tidak membiarkan anaknya sendirian bahkan dia memantau dan melihat serta memberi arahan untuk melihat anaknya berdikari.
“Sekarang ni dia sorang, tak lama lagi nak jadi kakak dah. Dah mula lah kakak belajar berdikari urus diri sendiri dan sebagainya. Tapi mama tetap tak biarkan manja buat sorang-sorang. Mama tetap tunggu dan tengok cara manja uruskan diri, bagi tau apa yang perlu patut.
“Ye la kadang-kadang anak-anak ni jangan ingat bila sekali kita ajar, dia akan ingat, kita kena sentiasa ingatkan dia supaya pandai uruskan diri dengan betul. Dari gosok gigi dan sebagainya,” kongsi ibu cantik ini lagi.
Kata Elly lagi, dia seorang ibu yang amat mementingkan kebersihan diri. Bukan itu sahaja, kata Elly lagi, kini anaknya itu sudah pandai menunjukkan sifat kakaknya bila mana mahu bersiap dan berdandan di bilik sendiri.
“Ya manja pakai berus gigi Adult jenis soft, gigi bersih dan wangi sebab kena diseluruh permukaan gigi dan berus tu sendiri leboooo.
“Biasalah dapat mak yang over thinking memang macam tu la. Semua nak kena bersih, semua kena perfect.
“Sekarang nak mandi pun nak bilik air dia sendiri, bersiap pun kat bilik dia.
“Alhamdulillah dah #5yearsold anak manja mama yang sorang ni.
“Project Bilik Manja & baby kita hold dulu sepanjang pkpd ni, semuanya ok nnti, baru kita teruskan #babyroomdecor,” kongsi Elly lagi.
Terdahulu Elly mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2020. Hasil perkahwinan terdahulu, Elly dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @iamellymazleen
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekolah merupakan antara tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak, namun, memastikan keselamatan anak di sekolah merupakan kebimbangan bagi sebilangan besar ibu bapa. Penyakit, kemalangan dan kecemasan boleh berlaku, persediaan kecil boleh membantu untuk memastikan anak selamat di sekolah.
Sediakan anak dengan maklumat untuk dihubungi
Ibu bapa perlu memastikan anak dapat mengingati semua makluman individu penting untuk dihubungi, termasuk nama penuh, alamat dan nombor telefon ibu bapa. Ia adalah untuk membantu anak untuk dapat menghubungi ibu bapa apabila berlaku kecemasan. Disarankan juga untuk memberikan pihak sekolah maklumat tersebut dan memaklumkan jika berlaku sebarang perubahan. Maklumat seperti preskripsi ubatan, masalah perubatan, pembedahan yang pernah dijalankan adalah penting untuk dimaklumkan kepada pihak sekolah.
Maklumkan kepada sekolah mengenai keadaan kesihatan anak
Sekiranya anak anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik, seperti asma, diabetes atau alahan yang teruk, anda perlu mempunyai pelan perancangan yang teratur dengan sekolah. Ibu bapa perlu meminta untuk berjumpa dengan individu yang bertanggungjawab terhadap keperluan kesihatan kanak-kanak untuk berbincang mengenai situasi yang dihadapi anak. Untuk melindungi anak anda, adalah sebaiknya untuk melatih mereka untuk bertindak balas jika berlaku sebarang kes kecemasan atau untuk mengendalikan ubatan. Adalah penting untuk kanak-kanak mengetahui cara untuk menyelamatkan diri atau meminta bantuan daripada guru atau rakan.
Ajarkan asas kebersihan dan penjagaan diri
Membasuh tangan merupakan satu rutin kebersihan diri yang membantu melindungi kanak-kanak daripada jangkitan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak mengenai barangan yang mereka tidak boleh kongsikan dengan individu lain seperti berus gigi, tuala, pisau cukur, sapu tangan, penyepit kuku dan barang-barang peribadi lain, kerana berkongsi mungkin menjadi punca kepada jangkitan.
Dapatkan vaksin mengikut ketetapan masa
Sekolah merupakan antara tempat yang penuh dengan banyak individu, menjadikan ia antara sumber penyebaran virus dan penyakit. Oleh itu, mengikuti jadual vaksin yang ditetapkan adalah antara cara penting untuk melindungi anak anda daripada penyakit di sekolah. Setiap dos vaksin adalah penting kerana ia melindungi dan melawan penyakit berjangkit yang menjadi ancaman kepada kesihatan.
Berwaspada dengan pembuli
Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa buli jarang berkongsi cerita dengan individu lain terutamanya ibu bapa mereka. Dan sebagai ibu bapa, anda harus sentiasa mengambil berat dan berbual dengan anak anda serta mengenal pasti sebarang tanda amaran, seperti kemerosotan gred, merayu untuk tidak hadir ke sekolah atau menyendiri daripada sosial. Mengenali rakan kepada anak anda juga boleh membantu anda untuk memahami anak anda, situasi mereka dan mencari jalan untuk membantu.
Peraturan keselamatan lain
Jika anak anda mengambil bahagian dalam acara sukan sekolah, pastikan mereka memakai pakaian yang betul semasa bermain. Ibu bapa perlu mengenal pasti simptom gegaran dan memerhatikan keadaan anak selepas mereka pulang daripada aktiviti sukan.
Ajarkan kepada anak anda tentang peraturan keselamatan jalan raya. Jika ibu bapa membenarkan anak untuk berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah, ajarkan mereka cara untuk menyeberangi jalan menggunakan lintasan jalan yang disediakan. Jika mereka menaiki bas, ajar mereka untuk melihat pemandu bas sebelum melintasi bahagian hadapan bas dan elakkan untuk berjalan di belakang bas.
Mark Adam pernah mengambil anak angkat. Bagaimanapun ibu kandungnya telah mengambilnya semula sehingga isterinya menangis dan trauma. Pengalaman pahit anak angkat diambil semula ibu kandungnya meninggalkan kesedihan dan kesan trauma buat penyanyi Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan.
Mark Adam Pernah Ambil Anak Angkat Tapi Ibu Kandung Ambil Semula
Bagi pasangan yang berkahwin tentulah inginkan anak sebagai penyambung zuriat. Memetik kosmo, Mark enggan lagi memikirkan soal mengambil anak angkat. Pelantun lagu ‘Pencuri’ ini tidak sanggup lagi melihat isterinya menanggung impak emosi memikirkan peristiwa tersebut.
Katanya, biarlah perkara tersebut menjadi urusan Tuhan dan dia tidak mahu terlalu berharap bimbang peristiwa lampau berulang kembali.
“Selepas enam tahun berkahwin, kami pernah mengambil seorang anak perempuan yang sangat comel berusia lapan bulan ketika itu.
Isteri Menangis, Trauma
“Bagaimanapun setahun kemudian kami terpaksa menyerahkan semula anak itu sehingga isteri kerap menangis dan menanggung kesedihan yang mengambil masa untuk sembuh.
“Namun kami tidak pernah menutup pintu sekiranya ada rezeki untuk ambil anak angkat tetapi kami akan lebih hati-hati dan pastikan ada hitam putih serta mengikut undang-undang,” katanya.
Enggan bercerita panjang bimbang perasaan isteri terguris, pelakon dan pelawak itu mendedahkan sempat meraikan hari jadi pertama anak itu, sekali gus menjadi kenangan terindah mereka.
Menurut Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 45, mereka hanya menyimpan kemas segala memori selain menyibukkan diri dengan belajar berniaga dan menyertai karnival jualan.
“Selain sibuk dengan pusat latihan vokal Akademi dan menguruskan karier seni saya, Izan (isteri) suka berniaga dan rajin belajar asas bisnes dengan mengikuti banyak festival jualan.
“Ikutkan perancangan jangka panjang kami memang nak serius dalam bisnes sebab dapat bantu famili serta buka peluang pekerjaan kepada orang lain.
“Buat masa ini kami berniaga ikut musim, macam biskut ketika bulan puasa serta barangan lain termasuk baju-baju ‘preloved’,” katanya ketika ditemui di Bazar Hujung Minggu Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya, semalam.
Penyanyi lagu Pencuri itu bersama pasangan selebriti, Nad Zainal dan Ungku Ismail menyertai pasar komuniti anjuran hotel terbabit sebagai antara cara menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan jualan pada harga rendah.
Terdahulu perkahwinan Mark dan Norazah atau dipanggil Izan yang kini sudah memasuki tahun ke-20 belum dikurniakan cahaya mata.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.