Artis cilik ini tidak mensia-siakan bakat yang ada padanya. Setiap peluang yang ada untuk menunjukkan bakatnya akan direbut untuk membina nama dalam industri seni di Malaysia. Aryanna Alyssa Dezek lebih dikenali di Youtube kerana banyak membuat video lagu ‘cover’ sejak usianya empat tahun.
Memetik sebuah artikel dari laman web Harian Metro, Alyssa memberitahu yang dia tidak menyangka video yang dimuatnaik di saluran Youtube miliknya membolehkan dia memiliki sebuah kereta pada usianya 12 tahun.
Katanya, Toyota Vellfire yang dibelinya ini sebagai tanda penghargaan kepada dirinya atas usaha kerasnya selama ini. Tambah pula, kereta tersebut merupakan kereta idamannya. Alyssa turut mengatakan kereta ini dibeli untuk tujuan bekerja dan berkongsi kesenangannya bersama keluarga.
Ads
Alyssa juga melahirkan rasa terima kasih kepada peminat-peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Artis cilik ini boleh berbangga dengan jumlah langganan sebanyak 3 juta dan menggunakan platform Youtube untuk menghubungkannya dengan para peminatnya di beberapa negara Asia.
Sumber: alyssa_dezek_official
Tambahnya lagi, single terbaharunya yang berjudul Lagu Untuk Kamu telah mendapat sebanyak 56 juta tontonan. Video-videonya yang lain yang juga mendapat jutaan tontonan.
Ads
Kereta Toyota Vellfire itu dibelinya dengan anggaran harga lebih RM250,000.Dia turut mengharapkan kejayaannya ini dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain. Tambahnya lagi, setiap yang dimilikinya bukan untuk menunjuk tetapi memberi semangat kepada semua orang bahawa setiap keinginan boleh dicapai sekiranya berusaha.
Sumber: Harian Metro
Kejayaannya hari ini adalah atas dorongan ibunya, Suzanne Dezek yang telah mendaftar saluran itu sejak lapan tahun lalu. Asalnya atas tujuan untuk dijadikan kenangan dan banyak video yang telah dimuatnaik ke saluran Youtube Alyssa.
Namun pada tahun 2012, salah satu videonya menjadi tular iaitu cover lagu Kun Anta apabila penyanyi asalnya sendiri mahu bertemu dengan Alyssa. Selain video nyanyiannya, ramai peminat turut sukakan videonya bermain ukelele seawal usianya empat tahun.
Sumber: alyssa_dezek_official
Difahamkan Alyssa merupakan selebriti pertama yang menduduki carta tertinggi dilanggan di Youtube Malaysia berbanding selebriti solo lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah mengejutkan dari Assam, India membuka mata ramai ibu bapa apabila seorang pakar sakit puan kanan, Dr Kantheswar Bordoloi, disiasat selepas dilaporkan melakukan 21 pembedahan Caesarean kecemasan hanya dalam satu syif di Hospital Awam Morigaon.
Menurut laporan Harian Metro, prosedur itu dilakukan dalam tempoh kurang 10 jam, bermula dari jam 3.40 petang pada 5 September hingga 1.50 pagi keesokan harinya. Perkara ini mencetuskan kebimbangan tentang tahap keselamatan dan kesejahteraan ibu serta bayi yang terbabit.
Pihak pentadbiran tempatan telah mengeluarkan notis tunjuk sebab serta menuntut penjelasan terperinci mengapa tindakan tatatertib tidak wajar dikenakan terhadap beliau.
Antara maklumat yang diminta ialah:
Prosedur pensterilan bilik pembedahan.
Rekod tekanan janin sebelum pembedahan.
Rawatan bayi di Unit Rawatan Neonatal Sakit (SNCU).
Peranan kakitangan perubatan yang membantu sepanjang prosedur.
Pegawai kesihatan turut mendapati rekod sebelum dan selepas pembedahan tidak diselenggara dengan baik, sekali gus boleh menjejaskan kawalan jangkitan serta meningkatkan risiko komplikasi.
Walaupun berdepan siasatan, Dr Bordoloi, 61 tahun, mempertahankan tindakannya. Menurut beliau, prosedur Caesarean di hospital awam yang sibuk boleh dilakukan sepantas 15 minit untuk kes tanpa komplikasi. Tambahan pula, hospital berkenaan mempunyai dua meja pembedahan yang membolehkan proses pensterilan dijalankan secara berterusan.
“Saya mengendalikan kes kecemasan satu demi satu, jumlahnya meningkat secara tidak dijangka. Walaupun pantas, semua prosedur perubatan tetap dipatuhi,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa 19 daripada 21 ibu dan bayi telah dibenarkan pulang dalam keadaan stabil, manakala dua lagi masih dirawat, termasuk seorang yang dipindahkan ke Hospital dan Kolej Perubatan Gauhati.
Kisah ini memberi peringatan penting kepada ibu hamil di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Pembedahan Caesarean memang menyelamatkan nyawa dalam keadaan tertentu, namun ia tetap satu prosedur besar yang tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.
Ibu hamil digalakkan untuk:
Bertanya dengan jelas mengapa Czer diperlukan.
Memahami risiko jangka panjang seperti parut rahim, pendarahan dan kesukaran hamil semula.
Memilih hospital yang mempunyai kemudahan lengkap, terutama jika berisiko tinggi.
Setiap kelahiran adalah unik dan melibatkan nyawa ibu serta anak. Kes di India ini seharusnya menjadi pengajaran bahawa pembedahan Czer bukan sekadar pilihan mudah, sebaliknya memerlukan kawalan yang ketat, persekitaran selamat dan rekod perubatan yang rapi.
Yang paling penting, ibu dan bapa berhak mendapat penerangan jelas serta sokongan penuh sepanjang proses kelahiran. Ingatlah, keselamatan dua nyawa berada di tangan pasukan perubatan yang merawat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tipu dan fitnah”, itulah kata-kata tegas yang diluahkan oleh keluarga arwah Zara Qairina Mahathir, pelajar berusia 13 tahun yang pemergiannya mengundang sebak seluruh negara. Ibu arwah, Noraidah Lamat, bersama seorang lagi waris tampil menafikan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri berhubung isu bedah siasat terhadap anak syurganya itu.
Sebelum ini, Datuk Seri Dr Saifuddin Nasution dalam satu perbahasan di Parlimen mendakwa bahawa ibu Zara telah menolak sebanyak dua kali cadangan untuk menjalankan prosedur bedah siasat. Menurut dakwaan tersebut, ibu arwah dikatakan mahu menyegerakan urusan pengebumian anak tercinta.
Namun, kenyataan itu disangkal keras oleh pihak keluarga. Melalui hantaran di media sosial, waris kedua arwah, Syira Leizel Janice Abdullah, menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar.
“Kenyataan bahawa ibu arwah menolak post-mortem dua kali adalah tidak benar. Saya saksi sendiri bahawa tiada sebarang penerangan diberikan kepada waris, hanya borang ditolak untuk ditandatangani. Malah, IO dan doktor tidak pernah menandatangani di hadapan waris sebagaimana sepatutnya. Maka kenyataan rasmi ini mengelirukan dan cuba menutup ketidakpatuhan prosedur yang berlaku,” jelas Syira.
Bagi keluarga Zara, tuduhan yang tidak tepat hanya menambah kesedihan mereka yang masih berduka. Apa yang diharapkan hanyalah agar arwah dikenang dengan penuh kasih sayang, bukan dijadikan bahan fitnah atau percaturan politik.
Dalam masa yang sama, Jabatan Peguam Negara (AGC) turut mengesahkan bahawa beberapa suspek telah dituduh dalam kes buli membabitkan Zara. Walaupun identiti mereka tidak didedahkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, menegaskan bahawa siasatan tetap diteruskan termasuk prosiding inkues bagi menentukan punca sebenar kematian.
Kisah ini mengingatkan kita semua betapa besarnya ujian seorang ibu. Kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila berdepan tuduhan yang boleh mengguris hati keluarga. Sebagai masyarakat, marilah kita lebih berhati-hati, tidak cepat menyebarkan cerita yang belum sahih, dan sama-sama mendoakan agar keluarga arwah terus tabah.
Semoga Zara Qairina ditempatkan di kalangan anak syurga, dan semoga ibunya serta keluarga yang ditinggalkan terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila bergelar ibu ayah, hidup kita pastinya berubah 360 darjah selepas kehadiran cahaya mata. Segala cara hidup berubah sama sekali. Ia memberi peluang untuk belajar mengutamakan keluarga. Apa-apa mesti anak didahulukan dan jadi keutamaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak-anak, kadang-kadang kita perlukan masa untuk “pause” dan ketawa bersama. Kena jaga juga ‘mental health’ untuk elak sebarang tekanan pada diri ibu ayah malah juga anak!
Dengan tema unik Clash of Empire, setiap kumpulan membawa watak seperti pahlawan, raja, maharani dan legenda dunia menjadikan persembahan bukan sahaja lucu, tetapi kreatif dan penuh nilai cerita. Anak-anak pasti teruja melihat kostum, props dan muzik yang digunakan.
Musim ini juga menampilkan ramai wajah yang dekat dengan penonton Malaysia seperti Achey, Zulin Aziz, Joey Daud, Fad, Man Raja Lawak dan ramai lagi, membuatkan program ini senang dicerna oleh seisi keluarga.
Menjelang Final MLS5 pada 29 November, hanya empat kumpulan terbaik akan berentap:
• Nanas
• Kimbab
• Roda
• Puteh
Setiap persembahan disajikan dengan karya muzikal yang disusun rapi, lengkap dengan lagu, naratif dan mesej yang anak-anak pun boleh faham.
Jadi hujung minggu ini, apa kata jadikan MLS5 sebagai agenda family time? Bersama-sama ketawa, berehat dan raikan detik ringan bersama keluarga. Strim secara langsung di Astro Prima, Astro GO & sooka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak sering disalah anggap sebagai penyakit biasa. Ketahui simptom penting, punca leukemia dan rawatan yang perlu ibu bapa fahami.