Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting ya. Berapa banyak kes-kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan!
Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba. Akhirnya terjebak.
Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.
Ia sangat berkait dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).
Jaga dan didik anak-anak kita dari sekarang. Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom cakna ye mak ayah!
Berikut infografik yang boleh bantu ibu ayah asingkan tempat tidur anak untuk kebaikan bersama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)
Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
(Artikel ini yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar juga boleh dilihat di MyHealth Portal)
Dalam berumah tangga, pentingnya kesefahaman antara pasangan. Suami tak boleh expect isteri hari-hari senyum, hari-hari ceria. Kadang ada ketikanya moodnya tak berapa ok atas sebab tertentu.
Namun, sebagai orang yang paling dekat dengan isteri, suami harus faham kenapa ada ketikanya seperti ada sesuatu tak kena pada isteri. Pernah tak suami tanya dan cuba faham isteri? Kadang orang perempuan ni dia cuma mahu sedikit perhatian.
Sebab itu, dalam rumah tangga, pegang kunci ini. Suami harus faham isteri dan isteri pula mesti tahu apa keperluan yang suami mahukan. Moga perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini boleh buatkan rumah tangga kekal harmoni.
Mental isteri tak tertekan…Jika setiap bulan suami peka dengan keperluan harian…apa yg dah habis, apa yg kena tambah, apa nak kena beli…
Mental isteri tak tertekan jika setiap minggu suami mampu duduk rumah, menghabiskan masa dengan keluarga, buat aktiviti bersama-sama…
Mental isteri tak tertekan jika setiap hari suami tanya keadaan dia, perasaan dia, apa yang dia lalui, apa yang dia alami…
Mental isteri tak tertekan jika bebanan kewajipan dan urusan rumah itu digalas sama rata, dilakukan bersama-sama…
Mental isteri tak tertekan jika suami jaga pergaulan, dgn siapa dia berhubung, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia bergaul…
Mental isteri tak tertekan jika suami solat on time…tak perlu disuruh, tak perlu ditegur, tak perlu dinasihatkan…
Mental isteri tak tertekan jika suami sedar status hubungan, bersifat setia terhadap pasangan dan tak mengkhianati kepercayaan.
Mental isteri tak tertekan jika suami dengar apa yang isteri mahukan dan tak buat apa yang dah dilarang…
Mental isteri tak tertekan jika suami selalu bawa keluar makan, selalu ajak jalan-jalan.
Mental isteri tak tertekan jika suami buat semua yang dinyatakan.
Tanpa sedar kebanyakan ibu bapa merungut kelas online susah, anak tak fokus atau payah nak bahagi masa. Rungutan kita ini bukan nak cakap pada anak tetapi niatnya untuk berkongsi pada pasangan, saudara mara atau kawan-kawan. Cuma waktu kita cakap tu depan anak-anak.
Mungkin kita ingat anak buat tak tahu apa yang kita cakap tetapi sebaliknya masuk dalam memori dan tersimpan satu yang negatif mengenai proses pembelajarannya untuk tempoh sekarang.
“COMPLAIN” KELAS ONLINE DEPAN ANAK AKAN BANTUTKAN PEMBELAJARAN
Seperti yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja dari Gym Academy, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, memang tak dinafikan pembelajaran secara berdepan lebih bagus, dan lebih berkesan.
Saya pun sangat suka pembelajaran secara face to face. Cuma sekarang ni anak-anak kita perlu belajar secara online.
Bagi kita yang boleh provide online learning tu untuk anak-anak, why not kita usahakan sesungguh-sungguhnya.
Bila kita complain depan anak (walaupun berborak dengan orang lain, tapi anak dengar)…
Anak akan ada mindset: 1. BELAJAR ONLINE BOSAN 2. BELAJAR ONLINE TAK BAGUS 3. BELAJAR ONLINE SUSAH 4. BELAJAR ONLINE, SEBAB TU SUSAH FOKUS 5. BELAJAR ONLINE TAK SERONOK 6. BELAJAR ONLINE MAKSUDNYA TAK BELAJAR. 7. BELAJAR ONLINE ADALAH ALASAN UNTUK TIDAK CUBA UNTUK FAHAM.
Tak best kan kalau anak kita ada mindset macam ni? Dunia berubah. Masa kita mula-mula belajar guna digital banking. Kita rasa tak selesa. Tapi, lama-lama kita adapt.
Begitulah pembelajaran anak-anak. Lama-lama mereka belajar untuk adapt. Lama-lama mereka akan belajar untuk faham belajar secara online.
Lama-lama walaupun suara dalam google meet tu macam tersekat-sekat, anak akan boleh adapt dan gunakan auditory & visual power dia untuk belajar tangkap apa yang cikgu ajar. Kita as parents perlu facilitate mereka untuk belajar dan adapt.
Anak jenis kinestetik memang akan goyang-goyang badan, gerak-gerak kerusi, fidget-fidget jari, lost track sekejap. Kita bantu facilitate supaya mereka on track semula.
Memang kita sibuk, tapi, tu lah. Adaptation kan. Kalau kita tak selesa macam mana pun, jangan patahkan semangat anak dengan complain negatif tentang kelas online depan anak.
Nak complain, complain kat tempat yang anak tak dengar. Complain belakang-belakang.
Sebab memang tak seseronok belajar face to face pun belajar online ni kan.
Tapi, kita usaha demi anak kita. Elak embed mindset-mindset negatif tentang pembelajaran online ni.
Support anak kita. Diorang kecil sekejap je tau. Covid ni tak tahu berapa lama begitu curvenya.
Pejam celik, dah setahun ni kita dengan covid. Jadi jom kita usahakan untuk adapt ya, mama ayah sahabat semua.
P/S: kita doakan dan usaha untuk bantu anak-anak tak berkemampuan yang tiada akses untuk online learning ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!