Tanpa sedar kebanyakan ibu bapa merungut kelas online susah, anak tak fokus atau payah nak bahagi masa. Rungutan kita ini bukan nak cakap pada anak tetapi niatnya untuk berkongsi pada pasangan, saudara mara atau kawan-kawan. Cuma waktu kita cakap tu depan anak-anak.

Mungkin kita ingat anak buat tak tahu apa yang kita cakap tetapi sebaliknya masuk dalam memori dan tersimpan satu yang negatif mengenai proses pembelajarannya untuk tempoh sekarang.

Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down 

“COMPLAIN” KELAS ONLINE DEPAN ANAK AKAN BANTUTKAN PEMBELAJARAN

Seperti yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja dari Gym Academy, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, memang tak dinafikan pembelajaran secara berdepan lebih bagus, dan lebih berkesan.

Saya pun sangat suka pembelajaran secara face to face. Cuma sekarang ni anak-anak kita perlu belajar secara online.

Bagi kita yang boleh provide online learning tu untuk anak-anak, why not kita usahakan sesungguh-sungguhnya.

Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down 

IKLAN

Bila kita complain depan anak (walaupun berborak dengan orang lain, tapi anak dengar)…
Anak akan ada mindset:
1. BELAJAR ONLINE BOSAN
2. BELAJAR ONLINE TAK BAGUS
3. BELAJAR ONLINE SUSAH
4. BELAJAR ONLINE, SEBAB TU SUSAH FOKUS
5. BELAJAR ONLINE TAK SERONOK
6. BELAJAR ONLINE MAKSUDNYA TAK BELAJAR.
7. BELAJAR ONLINE ADALAH ALASAN UNTUK TIDAK CUBA UNTUK FAHAM.

Tak best kan kalau anak kita ada mindset macam ni? Dunia berubah. Masa kita mula-mula belajar guna digital banking. Kita rasa tak selesa. Tapi, lama-lama kita adapt.

Begitulah pembelajaran anak-anak. Lama-lama mereka belajar untuk adapt. Lama-lama mereka akan belajar untuk faham belajar secara online.

Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down 

Lama-lama walaupun suara dalam google meet tu macam tersekat-sekat, anak akan boleh adapt dan gunakan auditory & visual power dia untuk belajar tangkap apa yang cikgu ajar. Kita as parents perlu facilitate mereka untuk belajar dan adapt.

IKLAN

Anak jenis kinestetik memang akan goyang-goyang badan, gerak-gerak kerusi, fidget-fidget jari, lost track sekejap. Kita bantu facilitate supaya mereka on track semula.

Memang kita sibuk, tapi, tu lah. Adaptation kan. Kalau kita tak selesa macam mana pun, jangan patahkan semangat anak dengan complain negatif tentang kelas online depan anak.

Nak complain, complain kat tempat yang anak tak dengar. Complain belakang-belakang.
Sebab memang tak seseronok belajar face to face pun belajar online ni kan.

Tapi, kita usaha demi anak kita. Elak embed mindset-mindset negatif tentang pembelajaran online ni.

Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down 

IKLAN

Support anak kita. Diorang kecil sekejap je tau. Covid ni tak tahu berapa lama begitu curvenya.

Pejam celik, dah setahun ni kita dengan covid. Jadi jom kita usahakan untuk adapt ya, mama ayah sahabat semua.

P/S: kita doakan dan usaha untuk bantu anak-anak tak berkemampuan yang tiada akses untuk online learning ya.

Kredit: Siti ‘Aisyah Rozalli

Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down ARTIKEL MENARIK [Pening Banyak Sangat Grup Telegram Kelas Anak, Ikut Langkah Ni Baru Tak Serabut, Senang Cari]

LAGI ARTIKEL MENARIK [“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI