Anak yang sedang membesar memang karenah mereka pelbagai, ibu dan ayahlah yang perlu memantau agar apa yang dibuat tidak memudaratkan. Misalnya dari segi pemakanan, bila melihat anak montel ramai yang mengatakan comel namun ia sebenarnya tidak boleh dipandang remeh.

Memberikan anak-anak makanan yang tidak sesuai dengan umur mereka atau secara berlebihan boleh mengundang banyak penyakit dari usia yang muda. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol mengenai satu situasi dimana seorang kanak-kanak yang baru berusia sudah mencapai berat sehingga 23kg.

Umur Baru 2 Tahun Berat Dah Cecah 23KG. Mak Ayah Kena Perhati Jangan Beri Makan Sesuka Hati. Ini Cadangan Doktor Untuk Anak Sebegini!

Dr Redza memberikan beberapa cadangan kepada ibu bapa yang mempunyai anak sebegini supaya dapat mengawal berat badan mereka dan dapat membantu anak-anak kekal sihat.

Saya tak percaya bila ibu ni cakap anaknya baru berumur 2 tahun.

Baru umur 2 tahun tapi berat dah cecah 23 kg. Tinggi dia kalah budak umur 4 tahun.

IKLAN

Bila saya selidik sejarah pemakanan, saya hanya mampu menggeleng kepala.

Umur Baru 2 Tahun Berat Dah Cecah 23KG. Mak Ayah Kena Perhati Jangan Beri Makan Sesuka Hati. Ini Cadangan Doktor Untuk Anak Sebegini!

  • Makan gula-gula dan coklat setiap hari. Datuk bawa ke kedai setiap hari.
  • Minum air kopi yang manis hampir 2 cawan setiap hari. Dapat dari ayah.
  • Makan sebiji burger setiap hari. Mak yang gorengkan.
  • Kerap makan nugget. Seminggu beberapa kali
  • Minum air kotak berperisa setiap hari.
  • Makan pukul 11 malam dan tidur pukul 12 tengah malam setiap hari.

Jika anak ni terus begini, ada 3 perkara yang dia mungkin hadapi:

IKLAN
  • Obesiti yang lebih teruk
  • Karies gigi
  • Darah tinggi pada usia yang muda

Cadangan saya pada mak ayahnya:

  • Elakkan ambil makanan manis di antara hidangan utama atau sebelum tidur.
  • Gantikan bijirin (cereal) atau snek yang manis dengan buah-buahan atau jagung kukus.
  • Minum air putih atau susu tak berperisa.
  • Ambil tak lebih dari 1 sudu kecil gula atau susu pekat setiap hari.
  • Pilih susu, susu soya atau susu kultur yang rendah kandungan gula.
  • Tak boleh berikan makanan atau minuman bergula pada bayi bawah umur setahun.
  • Minta minuman kurang gula jika makan di kedai.
  • Elakkan beri gula-gula, coklat, biskut manis, ais krim sebagai “reward” pada anak.

Umur Baru 2 Tahun Berat Dah Cecah 23KG. Mak Ayah Kena Perhati Jangan Beri Makan Sesuka Hati. Ini Cadangan Doktor Untuk Anak Sebegini!

Mak ayah bantu saya #kongsikan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Trend begini semakin meningkat. Anak tak tahu apa yang baik untuk mereka. Mereka cuma suap apa yang tangan kita berikan.

IKLAN

Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak di Channel Telegram rasmi saya https://t.me/NotaRedzaZainol

Sumber: Redza Zainol

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI