Gelagat dan keletah Aaisyah anak Che Ta memang menghiburkan. Jawapan “undi Aaisyah rahsia” membuatkan ramai terhibur dengan si comel yang petah bercakap ini.
Sesiapa yang mengikuti Instagram Che Ta mesti seronok tengok gelagat Aaisyah yang ‘becok’ dan banyak ‘akal’.
Sehari sebelum hari mengundi sempena Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) Che Ta berkongsi video aksi spontan Aaisyah yang memberi reaksi ketika ditanya tentang mengundi.
Jawapan spontannya “undi Aaisyah rahsia” dengan senyuman comel yang cheeky jelas membuktikan si kecil ni memang ambil tahu hal-hal yang tengah trending dalam negara.
Ramai peminat si cilik ini berasa terhibur melihat gelagat Aaisyah yang selamba berkata undinya rahsia.
Ads
Rata-rata memuji kecomelan dan kecerdikan Aaisyah. Aksi lucu Aaisyah tersebut nyata menghiburkan ramai yang melihat video tersebut.
Ads
Bagaimanapun pada hari mengundi, si comel ni tak ikut pun mummy dan daddy nya pergi mengundi. Cuaca yang panas dan masa menunggu yang lama memang tak sesuai nak bawa kanak-kanak ikut ke lokasi mengundi.
Aaisyah sememangnya seorang kanak-kanak yang petah bercakap dan bijak. Mungkin persekitarannya yang sering bercampur gaul denga orang dewasa iaitu kawan-kawan mummy dan daddy nya membuatkan dia petah berbual dan bijak memberi pendapat sendiri.
Selain itu kekerapan Aaisyah mengikut Che Ta ke luar negara untuk bercuti dan dan pelbagai aktiviti perniagaan mummy nya menyebabkan si cilik ini tidak takut dengan orang yang baru ditemui dan juga pandai bergaya!
Sebak dan luluh hati seorang ibu apabila anak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang pada petang Sabtu ditemukan lemas di sebuah anak sungai di Kampung Kuridak Gerama, Beaufort, Sabah pada Ahad.
Jumpa 500 meter dari rumah
Mohd Qyis Azhar Abdul Halim ditemukan pada jam 10.20 pagi oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada jam 5.45 petang Sabtu.
Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 24 kilometer dari BBP Beaufort.
“Menurut ibu mangsa, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan kenduri dan mangsa didapati telah hilang selain pintu rumah berada dalam keadaan terbuka.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan pada hari yang sama dengan menyelusuri sungai dan kawasan kebun kelapa sawit namun operasi ditangguhkan apabila mangsa tidak ditemui.
“Operasi kemudian disambung semula pada pagi Ahad sebelum jasadnya ditemui di anak sungai dalam keadaan terapung di celah daun keladi dan kangkung,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan seterusnya dibawa ke Hospital Beaufort untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohammad Hasbullah berkata, SAR mengesan seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang di Kampung Batu 66, dan SAR masih sedang dilakukan.
“Operasi mencari mangsa menggunakan bantuan dua anjing pengesan dari unit K9 bagi pencarian di darat dan satu lagi di sungai.
“Keluasan kawasan pencarian sejauh dua radius kilometer dan setakat ini mangsa belum ditemui. Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Jude Angel berusia 18 bulan hilang dipercayai tersesat di hutan atau terjatuh ke sungai berikutan kawasan rumahnya berhampiran dengan sungai.
Varian baharu Covid-19 yang mula menular di Britain membawa gen mutasi yang membolehkan golongan kanak-kanak lebih mudah dijangkiti virus tersebut berbanding varian terdahulu yang menyasarkan orang dewasa.
Dalam sesi taklimat kepada media mengenai isu berkenaan, para saintis Britain dan Kumpulan Penasihat Ancaman Virus Sistem Pernafasan (NERVTAG) yang berjaya mengesan kemunculan varian tersebut memaklumkan virus mutasi itu sudah dominan di selatan Britain dan boleh ‘melumpuhkan negara ini’ jika tidak dikawal segera.
Pengerusi NERVTAG dan pakar penyakit berjangkit Universiti Oxford, Peter Horby berkata, pihaknya yakin varian baharu yang ditemukan itu mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi berbanding varian virus sedia ada di United Kingdom (UK).
Anggota NERVTAG dan pakar epidemilogi penyakit berjangkit di Kolej Imperial London, Neil Ferguson menyatakan berdasarkan data yang dikaji, varian baharu tersebut lebih mudah menjangkiti kanak-kanak berbanding orang dewasa.
“Terdapat petunjuk bahawa kanak-kanak lebih mudah dijangkiti varian baharu itu. Biarpun belum melibatkan sebarang kes, namun kita boleh jangkakan berdasarkan data yang dikaji.
“Kami perlu mengumpul lebih banyak data untuk melihat corak penularan varian tersebut,” katanya.
Kenyataan Ferguson turut disokong oleh seorang lagi anggota NERVTAG, Wendy Barclay yang merupakan pakar virologi.
Jelas beliau, antara mutasi varian baharu tersebut termasuk cara ia memasuki sel dalam badan manusia dan golongan kanak-kanak tidak terkecuali untuk dijangkiti sama seperti dewasa.
“Kita jangkakan lebih banyak kanak-kanak akan dijangkiti Covid-19 selepas ini,” ujarnya.
Cetus kekecohan
Penduduk Britain berdepan dengan ‘pengasingan’ selepas kebanyakan negara menutup pintu sempadan dengan negara ini susulan kemunculan varian baharu tersebut. Keadaan itu secara tidak langsung mencetuskan kekecohan termasuk banyak penduduk bimbang mereka akan mengalami kekurangan bekalan makanan.
Puluhan trak terkandas di lebuh raya Britain selepas Eropah menutup pintu sempadannya.
Pemandu trak dari Poland, Stanislaw Olbrich, 55, yang terkandas kira-kira 40 kilometer ke utara Dover memberitahu dia kesal dengan keputusan mengejut yang dilakukan oleh pemimpin Eropah untuk menutup sempadan dengan Britain.
Amaran kekurangan bekalan makanan
Ketika lebuh raya dipenuhi dengan kenderaan yang cuba ‘melarikan diri’ daripada sekatan baharu Covid-19 di Britain, penduduk sudah mula berpusu-pusu ke pasar raya untuk mendapatkan stok makanan.
Rangkaian pasar raya Sainsbury dan Tesco menyatakan kekurangan bekalan makanan dijangka berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang jika trak bekalan terkandas di lebuh raya.
“Antara stok makanan yang bakal mengalami kekurangan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan yang kebanyakannya diimport dari Eropah,” kata jurucakap Sainsbury.
Pasaran saham juga terjejas
Kekecohan yang berlaku turut memberi kesan kepada pasaran saham dunia termasuk saham syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan British Airways turun sebanyak tujuh peratus manakala Air France KLM kerugian kira-kira tiga peratus, selain mata wang Britain juga turun sehingga 2.5 peratus berbanding dolar.
WHO gesa jangan panik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan penduduk dunia tidak perlu panik dengan situasi yang berlaku ketika ini dengan menjelaskan varian virus adalah perkara biasa dalam evolusi pandemik.
“Adalah penting untuk kita bersikap telus dengan masyarakat dengan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku, terutamanya melibatkan pandemik Covid-19.
“Kejayaan mengesan varian baharu ini adalah satu perkembangan positif dalam sektor kesihatan umum dan usaha Britain untuk menyampaikan penemuan ini kepada penduduk global harus dipuji,” kata Ketua Kecemasan WHO, Mike Ryan. – AGENSI,
Runtun hati seorang ibu apabila anak bongsu yang ditunggu selama 6 tahun, pergi meninggalkannya dalam sekelip mata pergi buat selamanya.
Siapa sangka pada awalnya suasana seronok mandi-manda bersama keluarga berakhir dengan tragedi sedih. Muhammad Aqil hamidi yang lagi lebih kurang dua minggu lagi genap 5 tahun meninggal dunia akibat lemas dalam kolam di sebuah hotel.
Ikuti perkongsian oleh ibu saudara Aqil di laman Facebook miliknya, Siti Azlina Lynn tentang perjalanan detik-detik akhir Aqil menemui ajalnya.
PERGINYA TAK KAN KEMBALI, PERJALAN AQIL ANAK SYURGA. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG.
Acik rindu aqil, Aqil tinggalkan kami sekelip mata je. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua semalam. Tak sangka semalam hari terakhir aqil sayang. Ceritanya begini. Kami bukan pergi holiday atau suka suka sebenarnya.
Tinggal Di Hotel Berhampiran Hospital
Abah masuk wad, jadinya aku ambil keputusan untuk stay hotel dekat dengan hospital abah. Mula mula aku cuma nak ambil 1 bilik sahaja. Disebabkan aku nak mudahkan urusan mak, adik, kakak nak tengok abah kat hospital tanpa ulang alik ke rumah aku ambil 2 bilik untuk kami stay di the shore melaka. Malam tu sebelum check in hotel, Kami semua tengok abah. Aqil pun ada tu, aqil jumpa atok malam tu. Salam atok, ada sedikit perbualan aqil dengan atok malam last jumpa atok. ?
Aqil, mama, papa, aleesya, cu dengan abang qimie datang hotel yang aku check in. Mama dia bagitahu dia paling suka sangat nak ke hotel, mama dah janji nanti boleh mandi kolam renang pagi esok. Aqil suka bila semua saudara sebaya dengan dia ada sekali. Malam tu aqil tido dengan family aqil, sebelum ni memang jarang nak tengok semua family aqil kumpul semua. Abang selalu takda. Malam tu, semua sibuk nak tido hotel. Tido ramai ramai.
Bila sampai je bilik, pertama sekali dah excited tunjuk kolam renang yang permandangannya dari bilik hotel. Dalam hati aku, esok mesti dorang semua suka nak mandi kolam renang sebelum tengok atok. Aqil dalam bilik hotel dengan keadaan sangat suka bila dapat berkumpul ramai ramai.
Aqil Tak Lalu Makan Beberapa Hari Sebelum Kejadian
Pagi sebelum turun ke kolam renang, aqil tengok atok kat hospital jalan Kaki dengan mama. Nak ambil opah sarapan, sebab opah tak tido hotel. Jaga atok malam tu. Sebelum ni pun mama aqil selalu cakap, aqil tak makan dah banyak hari. Selalu aqil paling suka makan. Kalau tengok aqil makan, selera bukan main lagi. Pagi tu nak sarapan aqil jumpa atok. Atok cakap dengan aqil
“Aqil duduk sini dengan atok eh”. Aqil bawak opah sarapan. Pagi Tu aqil makan roti canai suku je. Mama tanya
“aqil nak makan tak?”
“Taknak mama”
“Aqil nak minum ais kosong je”
Selalu aqil minum Milo ais, pagi tu Minta ais kosong je.
Mandi Bersama-sama Seperti Tiada Apa Yang Berlaku
Semua dah excited tunggu Aqil balik hotel balik lepas sarapan. Sebab nak mandi kolam renang sama sama. Aqil balik hotel, rizqi, rifai, rafanda aleesya semua dah turun bawah dulu. Cuma aqil dengan papa je lambat. Aqil cakap dengan papa nak buang air besar dulu, baru turun mandi. Lepastu aqil turun bawah dalam keadaan sangat gembira tak sabar nak mandi dan bermain. Aku pun join sama mandi. Aqil memang sentiasa di jaga oleh papa aqil. Mana saja aqil pergi papa dia akan ikut.
Lepas je kami semua main di kolam kanak kanak yang ada playground. Kami dah tak nampak aqil dengan papa aqil. Aqil pergi bermain jauh sikit dari kami. Masatu papa aqil masih lagi ikut aqil. Lebih kurang sejam kami mandi. Dan masatu tiba tiba pulak kami semua pergi ke kolam sebelah. Yang takda cuma aqil dengan papa aqil je. Aqil masih bermain dengan papa aqil.
Dijumpai Terapung, bantuan CPR Oleh 2 Orang Doktor
Lebih kurang 20minit tu, bibik aku datang dan terus bagitahu.
“puan aqil lemas, ada disana”
Aku dalam keadaan tergesa gesa terus berlari ke arah yang bibik tunjuk. Sambil aku jerit panggil nama aqil.
Lebih kurang pukul 11.30 pagi sampai aku ketempat aqil, aku tengok ramai orang keliling aqil sambil aqil terbaring lembik tanpa sedar dan badan aqil serta merta biru. Orang semua sibuk beri bantuan pada aqil. Kebetulan masatu ada sorang hamba Allah ni nampak aqil terapung dan dia yang tolong tarik aqil ke tepi untuk tolong aqil sambil tanya “anak siapa ni? “anak siapa ni?”
Lepastu kebetulan yang tolong buat cpr pada aqil adalah 2 orang doktor yang memang bercuti di hotel yang sama. Doranglah yang bantu aqil sebelum sampainya ambulans dan paramedik lain. Aku lihat, mereka bersungguh sungguh tolong aqil. Ramai orang menjerit dan cuba bacakan ayat ayat al quran dikeliling aqil. Semua orang bersungguh tolong aqil sayang?. Mulut kami semua tak henti semoga Allah beri keajaiban kepada aqil. Tengok pada gambar 11, itulah tempat kolam aqil lemas. Aqil lemas di kolam orang bewasa. Tak sampai beberapa minit pun sebenarnya.
Aqil Disahkan Tiada, Tenang Dengan Senyuman
Aqil dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan kritikal, dokter cuba sedaya upaya untuk selamanya aqil. Dokter bagitahu keadaan aqil masih tidak beri respond. Aqil masih bergantung pada mesin sebenarnya. Tepat jam 12 malam doktor bagitahu mama dengan mama aqil, kalau terjadi apa apa kena tabah dan redha.
Mama dengan papa aqil dah mula redha kalau terjadi apa apa. Jam 12.30 pagi doktor dah bagitahu aqil masih tak respond dan terpaksa habiskan ubat dan cabut segala wayar pada badan aqil. Aqil disahkan tiada, Kami redha dengan pemergian aqil. Aqil pergi dengan keadaan sangat tenang. Muka aqil Indah, senyum, wangi nya ya Allah!
“mama, Aqil nak pergi syurga tau” Aqil Selamat Dikebumikan
Jam 3 pagi aqil sampai rumah opah dengan atok. Sedihnya, atok sambut aqil sayang. Kebetulan atok discharge semalam juga. Atok singgah tengok aqil pulak kat hospital sebelum atok balik rumah. Sebelum tu atok bacakan yaasin untuk aqil dirumah lepas atok sampai rumah. Atok dengan harapan aqil sedar. Allah maha menentukan segalanya rupanya.
Betul jadi kenyataan untuk Aqil. Perjalanan Aqil ke syurga semua orang cemburu qil. Indahnya hidup Aqil sekarang. Kami semua rindu aqil tau. Aqil tunggu acik dan semua datang sana ya. Takda dah nak dengar aqil gado dengan rifai, rizqi rafanda?.
Semoga tenang disana anak syurga, kamu dah di syurga sayang. Indah sangat tempat aqil. Aqil pergi buat selamanya. Baru je kita gembira semalam. Atok yang sakit, tapi aqil yang pergi. Aqil ganti atok ya sayang. Sentiasa rindukan aqil tau.
Aqil yang montel, last semalam acik mandi dengan aqil. Acik peluk aqil, acik picit badan badan aqil sebab aqil montel sangat. Dah tak dapat nak tepuk tepuk badan aqil lagi lepasni. Allah kuat kan mental Kami semua. Terima kasih bagi pinjam aqil 5tahun. Minggu depan harijadi aqil. Video harijadi aqil tu tahun lepas. Rindunya ya Allah.
Terima kasih ramai mendoakan aqil sejak semalam. Moga Allah SWT balas kebaikan pada semua. Marilah kita semua sedekah Al fatihah kepada Aqil anak syurga.
Al fatihah aqil sayang?
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...