Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain.
Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Ads
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak.
Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!).
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, pelakon dan usahawan Rafidah Ibrahim memaklumkan dirinya sedang hamil dan usia kandungannya kini sudah tiga bulan. Bagaimanapun, Rafidah mohon doa daripada orang ramai agar dirinya dan kandungan terus kuat selepas dia disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Menurut Rafidah, suaminya Shahzemir Shahzulkarib terlebih dulu dijangkiti virus berkenaan selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
Sekadar berkongsi.. Pada hari Rabu lepas, saya hubungi pihak hospital unit wanita & kanak-kanak untuk bertanya.. Saya sedang pregnant 3 bulan dan berlaku sedikit pendarahan, dalam masa yg sama saya juga positif covid kerana suami saya baru pulang dari umrah dan didapati positif covid.
Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk pemeriksaan. Pemeriksaan jantung dan darah saya dalam keadaan normal dan tidak kritikal. Paling saya risaukan adalah keadaan baby.
Alhamdulillah denyut nadi baby masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding kandungan yg lepas (tiada denyutan). Itupun saya dah bersyukur sangat kerana ada progress berbanding dengan yang lepas. Terima kasih Dr Norliza Abdul Manap, Dr Khoo Er Hau & misi-misi (nurses) yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh melakukan pemeriksaan ke atas saya & kandungan.
Alhamdulillah semuanya ok, cuma kerana yang lepas saya ada record keguguran, Dr kata chances ni 50-50 bergantung pada keadaan baby. Dan jika pendarahan semakin banyak, terus datang ke hospital.
“Tak semestinya yang tak baik tu tak baik, dan tak semestinya yang kita rasakan baik tu baik untuk kita” – Ustazah Asma Harun. Semoga segala perancangan dan yang terbaik itu sentiasa daripada Allah s.w.t.
Pada November tahun lalu, hasrat Rafidah untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran ketika kandungan berusia lebih 10 minggu.
Kredit: IG Rafidah Ibrahim
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Bukan senang nak kekalkan bekalan susu yang mencukupi buat bayi kita. Bukan hanya makan makanan sihat dan minum air secukupnya sahaja bahkan kena usaha lebih untuk dapatkan susu yang meriah buat anak kita.
Bagi mama yang baru pertama kali merasa menyusukan anak pasti rasa tertekan untuk hasilkan susu yang banyak dan kalau mengepam rasa puas hati berganda bila lihat hasil susu penuh satu botol. Rasa satu kepuasan dan semangat untuk terus mengepam setiap hari. Tak gitu?
Bagi Dr Afifah Hidayah Tawfek, isteri kepada penyanyi Nubhan, amalan pemakanan yang sihat menjadi amalan sejak dulu lagi. Bukan itu sahaja bahkan dia juga mengamalkan beberapa petua untuk pastikan susunya melimpah ruah buat si comel Aaffan yang kini berusia 3 bulan.
Rutin pam susu pula, memang kalau boleh saya ikut jadual tepat tapi bergantung pada kesibukkan kerja. Pam susu like my bestfriends.
Alhamdulillah setakat ni stock susu saya cukup sebab anak dah no 2 kan, saya mula start buat stock seawal seminggu lepas beranak demi nak cukupkan stok susu buat Aaffan.
“Vaksin Ni Mesti”
Dalam pada itu, doktor cantik ini juga sempat berkongsi mengenai pengambilan vaksin pada anak-anaknya.Tidak akan melepaskan peluang sebaliknya menjadikan vaksin sebagai aktiviti wajib bukan hanya untuk anak-anaknya, bahkan untuk anak-anak lain juga.
Baru je lepas vaccine baby Aaffan 3 bulan. Bagi saya vaksin ni mesti. Wajib. Sebabnya kita sekarang tak macam dulu, perhubungan kita dengan orang lain meluas, malah kita jumpa macam-macam orang setiap hari.
Kita bawa anak kemana saja kita pergi. Mak-mak sekarang pula suka pergi mall kalau hujung minggu, bawak anak pergi main indoor playground. Not like the old days, main dekat luar, where toys kene panas matahari.
Anak-anak saya, selain vaksin, Aaffan dan Aafiya juga minum susu ibu. Malah saya pun makan vitamins. Susu ibu antara pelindung terbaik untuk anak. Jadi ibulah kena lebih prihatin tentang pengambilan makanan lebih sihat.
Kalau Aaffan dan Aafiya demam, memang saya akan makan vitamins lebih… selain makan ubat doktor.
Jadi mama papa kena lebih alert mengenai vaksin ini. Jangan terlepas pandang vaksinkan anak-anak kita. Ikut jadual yang ditetapkan oleh klinik kerajaan dan jangan culas untuk mendapatkan rawatan setiap kali tiba waktunya. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan.
Kesian anak-anak kita. Susu ibu pun kena diteruskan dan kalau nak stok cantik dan meriah, bolehlah usahakan cara doktor kita ni. Anak kita juga yang dapat kebaikannya nanti. Vaksin dan susu ibu kena seiring, barulah anak sihat. Hati itu pun makin senang.
Kredit Foto: @nubhan.ahamad & @fia_tawfek
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan menyambut orang baru dalam keluarga bertukar sedih apabila anak yang dikandung selama 9 bulan akhirnya dijemput ilahi selepas sebulan dilahirkan. Lagi sedih, selama sebulan dilahirkan, setitik susu ibu tak dapat dirasai anak syurga ini.
Walaupun reda dengan pemergian anak sulung, namun dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati pasangan suami isteri ini. Kisah anak syurga yang diberi nama Nur Medina Safiyya ini telah dikongsikan oleh ibunya di Facebook Nabiela Bella.
Al-Fatihah anak syurga mama dan baba
ALFATIHAH. Diberikan kekuatan untuk malam ini untuk bercerita tentang bidadari kecil kami. Allah pinjamkan bidadari kecil dalam rahim mama 9 bulan. Adik aktif sangat dalam rahim mama. Adik kuat sebab sampai perut 9 bulan mama bawak adik naik motor ja dari Baling ke Penang hari-hari sebab kerja. Kereta adik tak sampai lambat sebab covid. Adik kuat dalam rahim mama syg.
Di tahan dalam wad
5/10/2020 pada pukul 11.57 pagi lahir lah NUR MEDINA SAFIYYA ke dunia ini. Mama happy tengok adik sihat. Nurse mintak mama susukan adik tapi mama masih tak dak susu. Tapi nurse cakap biasa la sebab anak sulung. Tak sabar mama tunggu baba ambil kita. Pukul 3 petang sebelum tolak masuk wad doc cakap adik hypo sebab adik ketar. Kurang gula. Adik dimasukkan ke nicu untuk diberi rawatan. Mama masuk wad. Orang lain semua anak di sisi tapi mama berpisah dengan adik.
6/10/2020 mama boleh discharge. Mama tunggu baba datang ambil mama untuk tengok adik. Mama tengok adik dah sihat. Mama tengok anak mama special sebab cuping telinga terbelah. Doc cakap petang adik boleh balik tapi kena tunggu keputusan darah untuk tengok kuning. Mama pun pergi makan. Pukul 4 mama naik untuk ambil adik tapi doc cakap kuning adik tinggi 120. So depa terpaksa tahan adik. Doc sedapkan hati mama. Esok boleh dah balik kalau kuning turun. Mama balik dengan baba dengan harapan esok mama boleh bawak adik balik.
Usus bermasalah, dijangkiti kuman
7/10/2020 bermulalah kisah sedih dalam hidop mama baba. Keesokan hari adik kekurangan darah. Darah putih. So adik kena tambah darah putih tapi still tak boleh balik.
8/10/2020 adik kekurangan darah lagi. Mama pun tak pasti tapi darah pamplet apa tah. So adik masih tak boleh balik dalam masa yang sama usus adik bermasalah. Kata doc dijangkiti kuman. Allahu dugaan yang bertimpa-timpa.
9/10/2020 doc telefon pukul 2 pagi suruh datang hospital sebab oksigen adik menurun. Adik kena tambah darah merah. So diorang perlu darah ibu untuk cari darah sesuai untuk adik. Adik dah start pakai intubet di mulut. Sedihnya hati mama syg.
10/10/2020 doc cakap kamu kritikal syg. Doc cakap usus kamu makin teruk. Perut pun makin bengkak. Adik kena buat pembedahan dengan segera di Hospital Alor Star tapi oksigen adik pun tak elok. Doc takut kamu meninggal dalam ambulans. Dalam masa yang sama kalau tak hantar kamu akan meninggal sebab jangkitan kuman di usus kamu akan merebak ke paru-paru. Allah ..pilihan apa yang mama ada syg. Doc sarankan biarkan adik smpai stabil baru boleh hantar.
“Adik macam nak bagitahu adik sakit”
12/10/2020 doc cakap adik dah tak dak harapan. Kita kena berdoa untuk adik. Allahu hancur berkecai hati mama syg. Mama macam dah nak gila bila dengar macam tu. Mama pergi kat adik mama mintak adik bangun. Mama kocak adik sampai adik bangun. Ya allah keajaiban tuhan adik bgun. Adik tengok mama baba. Adik kuat sangat. Mama mintak adik kuat jangan tinggal mama. Adik macam nak bagitahu yang adik sakit. Mama tahu adik sakit tapi mama tak sanggup kehilangan adik.
13/10/2020 doc call cakap adik stabil. Dah nak hantar adik ke Hopital Alor Star untuk operation. Happynya mama syg. Adik kuat sangat. 14/10/2020 adik selamat operation buang usus adik yang mati tu tapi doc cakap still kena buat operation yang ke-2 untuk betul-betul tengok kuman dah tak dak baru diorang sambung usus tu. Ya adik kuat ja time tu.
17/10/2020 adik selamat operation kali ke-2 untuk sambungkan usus adik. Alhmdulillah adik kuat. Kalau adik dah ok adik dah boleh minum susu. Mama lega dengar syg. Dari hari ke-4 kamu dilahirkn setitik susu belum masuk dalam perut adik. Hari-hari doc call suruh mama pi Hopital Alor Star. Ulang alik mama dari Baling ke Alor Star sebab mama tak boleh ada dengan syg sebab covid. Setiap kali mama pegi mama merayu untuk tengok kamu tapi tak boleh. Hanya kecemasan saja mama boleh tengok adik.
25/10/2020 doc call urgent nak darah mama untuk adik. Hari tu doc bagi kesempatan untuk tengok anak mama. Adik bukak mata happynya mama tapi mama sedih tengok keadaan adik. Tapi mama kuatkan hati mama bukan senang nak jumpa bidadari mama kan.
Ada kuman di paru-paru
1/11/2020 doc call nak darah mama. Mama pergi dekat adik tapi doc tak bagi masuk. Mama merayu syg untuk jumpa kamu. So doc tu hanya bagi tengok sekejap saja. Mama tengok kamu. Kamu dah nampak sihat. Comel ja alhmdulillah.
2/11/2020 doc call suruh mama baba datang hospital sebab adik kritikal. Ada kuman baru dekat paru-paru adik. Mama pun tak tahu dari mana kuman-kuman ni ada. Doc cakap adik makin merosot, adik start pakai oksigen yang tinggi sebab tiba-tiba drop bnyak. Darah adik pun drop. Doc tu bagi mama baba tengok adik. Mama baba baca surah-surah untuk adik Mama baba suruh adik kuat. Adik mema g kuat dalam sakit adik tetap bukak mata untuk mama baba. Mama babatak tahu tu la kali terakhir kita jumpa syg.
4/11/2020 pukul 12 tengahari doc call adik makin merosot. Suruh segera datang hospital. Mama terus call baba suruh balik dari kerja. Ambil cuti, prepare barang untuk tidur sana. Pukul 3 mama bertolak dari Baling. Dalam pukul 3.50 doc call tanya ada di mana. Dia cakap cepat nak amik darah. Anak tengah buat cpr. Menangis mama syg. Mama harap sangat kamu kuat. Mama sampai pukul 5.
Mama baba tak sempat jumpa buat kali terakhir
Kali ni mama rasa lain. Rasa yang adik dak tak dak tapi mama sedapkan hati yang adik tetap ada. Tapi bila mama tengok dekat katil adik ada tirai, machine pun dah off. Ya mama tahu adik dah tinggal mama baba syg. Kaki mama lemah. Mama terduduk syg. Baba papah mama untuk kuatkan diri untuk tengok adik. Doc cakap adik dah tak dak. Dalam pukul 4.15. Mama lambat syg. Mama berulang kali minta maaf dengan kamu sebab mama baba lambat. Mama riba kamu puas-puas. Mama cium kamu puas-puas. Sebulan kamu lahir baru mama riba kamu syg. Setitik susu mama kamu tak minum sebab kena puasa. Sayu hati mama syg. Hati mama sakit sangat tapi mama redha. Adik dah tak rasa sakit.
Kamu dah lama bertahan. 9 bulan dalam perut mama adik kuat. Sebulan kamu berjuang seorang diri lawan sakit tanpa mama baba di sisi. Mama baba puas hati dari awal adik tak dak. Allah berikan kekuatan untuk kami uruskan adik dari mandi sampai ke liang lahad.
4/11/2020 pukul 10.45 malam adik selamat dikebumikan. Specialnya NUR MEDINA SAFIYYA orang tak pernah kenal adik tapi rezeki adik murah. Ramai orang beri sumbangan untuk adik. Ramai orang mendoakn adik. Adik dah pergi dengan tenang. Adik rehat la puas-puas ya. Mama baba sentiasa rindukan adik walaupon perit tapi mama redha syg. Nanti kita jumpa di syurga ya syg. NUR MEDINA SAFIYYA penghuni pertama rahim mama, anak syurga mama baba.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!