Usai Bersalin, Isteri Aril Pilus Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim Pula!

Share

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua, penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memberitahu hatinya masih bimbang memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.

“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan Allah swt, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20pagi, alhamdulillah, walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum stabil, kesan daripada pendarahan yg tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yg melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.. setelah mendapat nasihat daripada Dr, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam OT untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.. doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala.. amin

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu”

Walau bagaimanapun, Airil memaklumkan bahawa isterinya, terpaksa dimasukkan ke dalam bilik pembedahan sekali lagi bagi menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan (fibroid) yang melekat di bahagian servik dan rahim.

Di akhir hantarannya itu, Aril memohon doa orang ramai agar segala urusan isterinya selepas menjalani pembedahan dipermudah.

Sekadar info, Aril dan Puteri Erma mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Disember 2013 yang lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8.

 

IKLAN