Anak usia 2 tahun dah boleh baca dan hafaz al-Quran? Tak mustahil jika ibu ayah ada kemahuan ke arah itu.
Alhamdulillah sudah ramai ibu bapa yang mampu mendidik anak mereka sehingga menghafaz surah-surah pendek pada usia antara 2 hingga 5 tahun. Anak-anak yang masih kecil mampu menghafaz al-Quran bermula usia 2 tahun, percaya tak? Ia bukan suatu yang mustahil!
Tip yang dikongsikan oleh Ustazah Fhadilah Abdul Jamil dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak cintakan al-Quran.
1- Ibu bapa perlu perbetulkan niat dalam diri kerana Allah. Sebab didik/ajar anak kerana mereka amanah dari Allah. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya.
2- Disiplinkan masa mengajar anak-anak.
(Saya akan mengambil satu waktu dalam tempoh setengah jam- 1 jam ke atas untuk ajar anak-anak mengaji/menghafaz al-Quran setiap hari@ 5 @ 4 kali seminggu secara disiplin).Waktu yang paling sesuai adalah selepas Maghrib atau Zohor.
3- Untuk permulaan ajar mereka mendengar/menghafaz huruf hijaiyyah.
(Setiap hari saya sendiri akan membaca untuk anak-anak huruf alif, ba’,ta’ hingga ya’ menggunakan flash card atau buku)
Ads
4- Apabila anak-anak sudah lancar hafaz dan kenal alif -ya’. Bolehlah mulakan membaca surah-surah dari juz ‘amma.
(Saya akan mula ajarkan anak-anak menghafaz surah Al -Fatihah, seterusnya an-Nas dan seterusnya dengan menggunakan sekeping kertas yang ditaip sendiri untuk permulaan)
5- Seterusnya, saya akan ajar anak-anak membaca dengan Muqaddam dihadapan mereka dan saya akan baca satu kalimah atau potong-potong ayat untuk anak-anak ikut saya. Ulang beberapa kali..Sampai jelas sebutannya.
Contoh :
Alham (الحمد)
Dulillah
hi rabbil
‘alamin
Ads
6- Apabila anak-anak sudah dapat sebut dengan fasih kalimah tersebut, saya akan baca satu ayat terus tanpa potong dan begitulah ayat seterusnya.
Contoh : Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
7- Cara saya menguji tahap ingatan/hafazan mereka adalah ketika mereka sedang membuat kerja mereka/bermain barang mainan atau ketika saya di dapur atau saya mengemas atau melakukan kerja rumah atau ketika mereka bersama saya. Suami juga turut membantu untuk mendengar/membetulkan hafazan mereka.Saya akan mulakan ayat pertama/kalimah pertama dari surah-surah tertentu.
Contoh : Surah Al-Masad
Saya baca : Tabbat yada..
Anak ulang dan sambung ayat
dan anak sambung sampai selesai satu surah.
Ads
8- Setiap kali anak-anak selesai membaca berikan pujian, doa dan ganjaran buat mereka.
9- Sebagai ibu bapa lazimi membaca al-Quran hari-hari kerana kita adalah idola dan contoh buat anak-anak. Biar sampai anak-anak kecil mampu memberi ingatan pada kita untuk baca al-Quran jika mereka tidak nampak kita baca. Anak-anak saya sendiri kalau tak nampak ummi mereka baca, mereka akan kata, “ummi tak baca quran pun”. Sedangkan saya baca cumanya ketika mereka asyik bermain jadi tak perasan saya baca lepas solat.
10- No gadget, No iPad, no handphone. Saya tak berikan anak-anak bermain atau guna semua ni maksudnya mereka tak boleh pegang. Saya akan kawal sepenuhnya kerana bimbang bila mereka mula bergadget tumpuan mereka untuk belajar akan berkurang. Jangan risau, anak-anak ni cepat je belajar bergadget. Tak rugi pun tak bagi masa mereka kecil. Tapi yang ruginya tak ajar mereka ilmu yang bermanfaat terutamanya membaca dan mengenal al-Quran.
Apa yang penting, sebagai ibu bapa jaga hubungan kita dengan Allah. Selain itu jangan lupa setiap kali berdoa selitkan doa mohon dari Allah supaya jadikan anak-anak dikalangan yang cintakan al-Quran, jadikan anak-anak fasih dan dapat hafaz al-Quran. Yakin dengan doa kita sebagai ibu bapa. Kita berusaha, selebihnya kita tawakal pada Allah.
Sumber: joysofummi.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidur berdiri banyak berlaku, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Mungkin kerana tahan mata tak mahu tidur atau badan terlalu letih.
Anak comel Shukri Yahya & Tya Adnan ini selalu beraksi comel. Baru berusia 2 tahun, Ameena nampak pintar dan ceria.
Terbaru, Aaira Ameena tertidur di kerusi dalam keadaan berdiri dengan bersandar kepada sebuah kerusi lengan. Video ini telah dimuat naik ke Instagram si cilik ini dengan kapsyen;
Dah bosan tidur baring…. tidur berdiri pulak lah ?
Tidur dalam keadaan berdiri memang banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Aksi cute dan comel Ameena ini menarik perhatian para netizen. Ramai yang kata ia lucu dan menghiburkan.
Perancangan Allah semuanya rahsia yang tak pernah pun terfikir oleh kita sebagai manusia. Namun itulah kekuasaanNya. Bila DIA berkehendakkan sesuatu perkara, pasti ada hikmah disebaliknya.
Begitu juga dengan kisah perjalanan si comel Ainul Mardhiah yang sangat-sangat istmewa dan sering mendapat perhatian ramai. Walaupun perjalanannya menjalani pembedahan dah berjaya, rakyat Malaysia tetap nak ambil tahu mengenai perkembangan Ainul dari semasa ke semasa.
Dah off oksigen, bebas bergerak
Setiap kali ada perkembangan terbaru, pasti ramai yang sentiasa mengirimkan doa buatnya. Mungkin juga doa yang tak putus diterima Ainul buatkan dia makin sihat dan sangat-sangat aktif.
Terbaru menerusi perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul kini dah off oksigen dan dia sudah bebas untuk bergerak ke mana-mana. Ini maknanya tiub dilehernya itu sebagai persediaan saja jika saat kecemasan.
“Melalui pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pakar minggu lalu, setelah X-ray dilakukan semuanya dalam keadaan baik dan nampak clear.
“Cuma sekarang ni jururawat nak naikkan berat badan Ainul je. Nampak susut sikit sejak dah dapat kaki,” katanya.
Jika sebelum ni rutin Ainul ke hospital sebulan sekali, sekarang doktor dah beri 3 bulan sekali untuk buat pemeriksaan berkala. Alhamdulillah!
Ainul buat mama dan walid kuat!
Sementara itu, melalui perkongsian mama Ainul pula, Nurul Erwani, dia sangat-sangat bersyukur dengan perkembangan anak sulungnya itu sejak dari lahir hingga sekarang.
Jika di awal kelahiran, hanya air mata sebagai peneman dan doa tak putus buat bidadari kecilnya itu, kini Allah hadirkan satu kurniaan kegembiraan dalam hati ini.
Terima kasih Ainul sebab selalu jadi penguat mama untuk sentiasa bersyukur hidup di dunia ni. Mama harap Ainul sentiasa ada di depan mata mama di setiap hari-hari yang bakal kita lalui bersama
Mama sedang berusaha untuk pastikan Ainul akan sembuh secara keseluruhan, dapat bebas dari apa-apa bantuan yang Ainul sedang pakai sekarang. Sikit lagi Ainul!
Moga Ainul terus menjadi kebanggaan ramai dan sentiasa dikurniakan kesihatan baik berpanjangan. Insya-Allah.
Kredit: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak sukar untuk kita berkata ‘jangan’ atau ‘tidak’ kepada anak. Bimbang jika sering mengucapkan kata-kata ini, anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif. Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan.
Namun dua kata “ajaib” inilah yang selama ini terbukti paling mujarab untuk menghentikan kenakalan anak.
Tapi bukan bererti kedua kata ini tidak boleh digunakan sama sekali. Asalkan penggunaannya pada tempat dan situasi yang tepat, kata-kata tersebut boleh digunakan untuk mendidik anak menjadi seorang yang positif.
MENGAPA TIDAK BOLEH KERAP MENGGUNAKAN JANGAN DAN TIDAK?
1.Anak yang sering mendengarkan kata tersebut cenderung takut, serta hanya melakukan sesuatu jika diminta, termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan kelak anak ini akan menjadi anak pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif.
2.Anak ini mengalami pertumbuhan menjadi individu yang tidak berdikari dan selalu bergantung pada orangtua atau saudaranya.
3.Anak tidak terlatih untuk membuat keputusan yang baik untuk dirinya, kerana berasa takut akan salah dan rendah diri.
4.Perkembangan motorik halus dan kasar anak terlambat.
5.Anak jadi malas melakukan penerokaan dan mengenal hal-hal baru dalam hidupnya.
APA YANG HARUS DILAKUKAN IBU BAPA LAKUKAN?
Ada beberapa hal yang boleh dilakukan agar anda tidak terlalu sering mengucapkan “jangan” dan “tidak”pada anak. Kuncinya, berikan alasan dan solusi agar anak memahami alasan anda melarangnya. Lakukanlah hal tersebut mulai sekarang! Caranya ialah:
1.Anak aktif
Biasanya anak gemar menyentuh barang yang menarik perhatiannya. Jadi, sebaiknya anda simpan atau menjauhkan barang-barang tersebut dari jangkauan anak. Barang tersebut antaranya hiasan yang diletakkan di lantai atau meja yang rendah, barang pecah belah serta alat-alat elektronik.
Sediakan ruangan bermain khusus untuk anak.
Jelaskan dan berikan alternatif lain sebagai pengganti dengan menyediakan ruang bermain untuknya. Jelaskan kepadanya ini adalah ruang untuknye bermain. Selepas bermain didik anak untuk menyimpan kembali barang permainannya.
3.Penuhi keperluan stimulasi anak
Bila keperluan bermain terpenuhi, maka anak dapat belajar tentang cara bertindak atau bersikap sabar menghadapi sesuatu. Berikan mainan yang memberi pengalaman baru bagi anak sehingga mampu memuaskan rasa ingin tahunya. Biarkan anak bermaina dengan barang permainannya.
Waktu yang tepat
Tetapi jika si kecil mendekati api yang sedang menyala, maka kata “jangan” dan “tidak” boleh diucapkan. Setelah itu, berikan penjelasan bahaya dan alihkan perhatiannya pada hal lain yang lebih menyenangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.