Pengacara TV yang juga merupakan seorang pelakon, Uyaina Arshad memuatnaik sebuah video di laman Instagram untuk mengumumkan jantina bayinya. Selebriti cantik manis ini sudah memasuki trimester ketiga kehamilan dan sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertamanya itu.
Biarpun diuji dengan penyakit apendiks serta keradangan pada dinding rahim pada awal kehamilannya, ternyata Uyaina seorang yang kuat kerana mampu menempuhi detik genting itu. Sepanjang kehamilannya juga, bakal ibu ini juga banyak bersenam untuk mengekalkan kesihatan diri serta kandungannya. Memang satu inspirasi!
Di dalam video tersebut, Uyaina dan suami mengenakan persalinan serba putih dan sedang bersedia untuk memecahkan belon di hadapan mereka. Sebaik sahaja belon dipecahkan, dapat dilihat kertas biru berterbangan menandakan bayi mereka adalah LELAKI!
Jelas kelihatan pasangan dua sejoli ini gembira dan sorakan ahli keluarga serta rakan terdekat juga memeriahkan lagi majlis gender reveal Uyaina dan Raja Syahiran.
Rokok berbahaya pada anda, sama juga lah, berbahaya pada bayi dalam kandungan. Tak kira perokok tegar atau perokok pasif, kesannya sama. Kenapa bahaya tu?
Rokok akan merencat oksigen dan nutrisi penting sampai ke bayi melalui gangguan pada fungsi placenta.
Merokok dapat meningkatkan risiko untuk
Kalau dah lahir pula, baby yang dilahirkan oleh ibu yg merokok berisiko;
Ameera Zaini, pengacara CJ Wow Shop berkongsi amalan yang dilakukan ketika hamil anaknya, Mateen Hasnor yang kini sudah berusia 1 tahun 8 bulan menerusi posting di instagram beliau. Antara 13 amalanya ialah makan tembikai untuk tambah air ketuban.
Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam.
Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu2 yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu2 lain juga.
Masa awal2 pregnant dulu, Meera morning sickness yg teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well.
Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.
1. Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim. 2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk. 3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu 4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi 5. Minum susu kambing 6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya 7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis 8. Banyak makan fruits — sukaaaa sangat fruits masa pregnant and now mateen pun camtu 9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tp kalau banyak sangat takut diabetic pulak. 10. Mibum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester 11. Baca / dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah. 12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa, etc 13. Masa belum ada nama meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan.
Apapun kesimpulannya Every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yg terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua.
Apabila seorang wanita disahkan hamil, perkara pertama yang biasanya ingin diketahui ialah usia kandungan serta tarikh jangkaan bersalin. Atas sebab itu, ramai bakal ibu mencari kaedah terbaik untuk mengira tempoh kehamilan mereka.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat kiraan kehamilan dengan lebih tepat, namun pemilihannya bergantung pada kesesuaian individu.
Antara kaedah utama yang sering digunakan termasuklah pengiraan berdasarkan tarikh haid terakhir (LMP), penggunaan kalkulator bersalin, dan juga tarikh konsepsi.
1. Kaedah tarikh haid terakhir (LMP)
Kaedah LMP adalah antara cara paling biasa digunakan untuk menentukan usia kehamilan dan tarikh jangkaan bersalin.
Lagipun, kebanyakan wanita mengetahui tarikh haid terakhir mereka dengan lebih tepat berbanding tarikh ovulasi atau konsepsi.
Cara kiraan:
* Ambil tarikh hari pertama haid terakhir sebagai rujukan
*Tambahkan 40 minggu (280 hari) daripada tarikh tersebut untuk mendapatkan anggaran tarikh bersalin
* Kaedah ini berasaskan kitaran haid biasa (28 hari), dengan anggapan ovulasi berlaku pada hari ke-14
Contoh:
Jika haid terakhir seorang wanita bermula pada 1 Januari 2025, anggaran tarikh bersalin ialah 8 Oktober 2025.
Kelebihan:
Cara ini mudah digunakan dan tidak memerlukan sebarang peralatan khas. Ia sangat sesuai untuk wanita dengan kitaran haid yang tetap.
Kekurangan:
Bagaimanapun, langkah ini kurang tepat bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur. Ia juga tidak mengambil kira ovulasi yang mungkin berlaku lebih awal atau lebih lewat.
2. Kiraan hamil guna kaedah kalkulator bersalin
Kalkulator kehamilan atau kalkulator bersalin adalah alat digital yang membantu ibu mengira tarikh jangkaan bersalin dengan lebih cepat.
Biasanya, ibu hanya perlu memasukkan tarikh haid terakhir ke dalam kalkulator.
Cara menggunakannya:
* Layari laman web kesihatan yang menyediakan kalkulator kehamilan
* Masukkan tarikh haid terakhir
* Alat ini akan memberikan anggaran usia kehamilan dan tarikh bersalin
Kelebihan:
Ini merupakan langkah termudah dan pantas. Malah, ia lebih tepat jika dibandingkan dengan pengiraan manual. Sesetengah kalkulator turut menyediakan maklumat tentang perubahan badan dan perkembangan bayi.
Kekurangan:
Bagaimanapun, cara kiraan hamil ini bergantung pada ketepatan data yang dimasukkan oleh pengguna.
Ia juga masih berasaskan kaedah LMP, jadi mungkin kurang tepat untuk wanita dengan kitaran haid tidak tetap.
3. Kiraan hamil guna kaedah tarikh konsepsi
Bagi wanita yang tahu tarikh ovulasi atau hari mereka mengadakan hubungan intim, mereka boleh menggunakan tarikh konsepsi untuk menentukan usia kandungan.
Cara kiraan hamil:
* Kenal pasti tarikh ovulasi (biasanya pada hari ke-14 dalam kitaran haid 28 hari)
* Tambahkan 38 minggu (266 hari) dari tarikh konsepsi untuk mendapatkan tarikh jangkaan bersalin
Contoh kiraan hamil:
Jika seorang wanita yakin bahawa dia hamil pada 14 Januari 2025, anggaran tarikh bersalin ialah 7 Oktober 2025.
Kelebihan
Kiraan hamil ini lebih tepat untuk wanita yang memantau ovulasi dengan kaedah suhu basal atau kit ujian ovulasi. Sesuai untuk wanita dengan kitaran haid tidak tetap.
Kekurangan
Bagaimanapun, tidak semua wanita dapat menentukan tarikh konsepsi dengan tepat. Langkah ini juga kurang praktikal bagi wanita yang tidak memantau ovulasi.
Kaedah manakah yang terbaik?
* Jika mempunyai kitaran haid teratur: Kaedah LMP dan kalkulator bersalin boleh memberikan anggaran yang baik.
* Jika kitaran haid tidak tetap: Kaedah tarikh konsepsi atau pemeriksaan ultrasound mungkin lebih tepat.
* Jika tidak pasti tarikh ovulasi atau haid terakhir: Pemeriksaan ultrasound adalah pilihan terbaik untuk menentukan usia kandungan.
Mengetahui usia kehamilan dan tarikh bersalin adalah penting untuk merancang penjagaan prenatal dengan baik.
Kaedah LMP, kalkulator bersalin dan tarikh konsepsi boleh dilakukan sebagai kiraan hamil, namun masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Bagi memastikan ketepatan, pemeriksaan ultrasound oleh doktor boleh menjadi kaedah sokongan yang lebih tepat.
Sentiasalah berunding dengan doktor untuk mendapatkan kepastian tentang kehamilan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!