Ads

Uyaina Arshad Kongsi Nama Anak Ketiga, Inspirasi Daripada Nama Cucu Nabi Muhammad SAW!

Genap sebulan kelahiran cahaya mata ketiganya, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi nama dan wajah anak lelakinya kepada umum.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran memilih nama Raja Uzayn buat putera ketiganya itu.

Uyaina Arshad Kongsi Nama Anak Ketiga, Inspirasi Daripada Nama Cucu Nabi Muhammad SAW!

Raja Uzayn Diilhamkan Daripada Nama Cucu Nabi Muhammad SAW

Kongsi Uyaina lagi, nama indah itu diambil bersempena nama cucu kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW iaitu Husayn ibn Ali.

“Hari ini, genap sebulan usia anakanda ketiga kami, Raja Uzayn bin Raja Syahiran ♥️

“Nama Uzayn diinspirasikan daripada nama cucu Nabi Muhammad SAW; Husayn ibn Ali, seorang insan yang cukup dihormati dan disanjung tinggi, dan nama yang membawa maksud ‘kebaikan’ dan ‘keindahan.’,” katanya berkongsi.

Ads

Pemilihan nama Raja Uzayn jelas mempunyai nilai sejarah dan makna yang cukup mendalam. Dalam tradisi Islam, nama yang baik membawa doa dan harapan buat seorang anak. Tidak hairanlah pasangan ini memilih nama yang bukan sahaja indah disebut, malah sarat dengan nilai spiritual.

Uyaina Arshad Kongsi Nama Anak Ketiga, Inspirasi Daripada Nama Cucu Nabi Muhammad SAW!

Doa Buat Raja Uzayn Sempena Usia Sebulan

Ibu kepada tiga cahaya mata lelaki itu turut mendoakan agar perjalanan anak ketiganya itu sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ads

“Semoga Raja Uzayn menjadi seorang insan yang mempunyai hati yang baik, akhlak yang memuliakan namanya, dan peribadi yang dihormati, disayangi serta disenangi.

“Selamat sebulan, anakandaku Raja Uzayn.

“Minta doa yang baik2 dari kalian semua untuk keluarga kecil kami,” tulisnya lagi.

Ads

Ucapan tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada para pengikutnya yang turut menzahirkan doa dan kasih sayang buat Raja Uzayn serta seluruh keluarga kecil mereka.

Uyaina Arshad Kongsi Nama Anak Ketiga, Inspirasi Daripada Nama Cucu Nabi Muhammad SAW!

 

Uyaina Arshad Kini Ibu Tiga Anak Lelaki

Terdahulu, Uyaina dan Raja Syahiran berkahwin pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.

Kehadiran Raja Uzayn melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka. Semoga Raja Uzayn membesar menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia dan sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Diuji Kanser Darah Sejak Umur 2 Tahun, Perjuangan Hidup Kanak-Kanak 10...

Kanser darah yang dihidapi sejak usia dua tahun tidak mematahkan semangat seorang kanak-kanak ini. Kini berusia 10 tahun, perjuangannya melawan kanser darah menjadi inspirasi dan bukti bahawa harapan sentiasa ada.