Bukan semua orang bernasib baik dan mampu menyambut hari lahir serba mewah apatah lagi di sambut di destinasi pelancongan yang terkemuka, serba mewah di dunia iaitu Dubai.
Namun memang rezeki si anak, Luth Akbar yang lahir dalam ‘dulang emas’ diberi rezeki untuk menyambut kelahiranya yang ke-5 pada tahun ini di Dubai.
Menurut perkongsian pengasas momilabeauty iaitu Sheilanan, ibu kepada Luth Akbar, percutian ke Dubai bersama keluarga adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya dan ianya merupakan kejutan hari jadi yang dirancang oleh dia dan suami.
“Surprise birthday trip for Muhammad Luth Akbar.” tulisnya di instagram
Semasa dalam perjalanan ke Dubai, anak kecil yang comel ini menaiki penerbangan business class, makan dan bertemu Saltbae (Nusret Gökçe) di restorannya dan menaiki helikopter untuk melihat Dubai dari pandangan udara.
Bukan itu sahaja!
Ads
Dia juga membeli-belah barangan sekolah di kedai-kedai berjenama mewah, dia juga berpeluang mendekati dan bermain dengan burung helang serta menunggang unta di safari padang pasir, bilik hotel dengan pemandangan Burj Khalifa yang paling menakjubkan.
Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Berbeza dengan festival kanak-kanak yang dibawakan Pa&Ma sebelum ini, Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 cukup meriah dengan penyertaan dari lebih 50 buah tadika serta menghimpunkan lebih daripada 2,000 pengunjung.
Mari Mewarna Merdeka! Sebagai pembuka tirai festival, kesemua murid-murid dari taska dan tadika ini terlebih dahulu menyemarakkan acara dengan Perbarisan Cilik Mega yang menghimpunkan lebih 1,000 kanak-kanak sebelum berarak masuk ke ruang pentas utama untuk acara Mari Mewarna Saya Anak Merdeka!
Kesemua anak-anak cilik ini tampil cukup segak dan cantik dengan pakaian bertemakan kemerdekaan. Masing-masing memilih warna bendera Malaysia iaitu merah, biru, putih dan kuning.
Anak-anak kecil ini ternyata menunjukkan kepakaran masing-masing dan begitu leka mewarna bertemakan Saya Anak Merdeka!
Perasmian Edutainment Fest 2024 Meriah Sementara anak-anak mewarna, acara yang ditunggu-tunggu iaitu Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 dilancarkan di pentas utama. Pengacara cantik manis, Uyaina Arshad mengemudikan majlis perasmian ini sambil disaksikan oleh ribuan pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa yang turut sama menyokong anak-anak.
Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh En. Syamil Fahim, Ketua Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, En. Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan YM Tengku Khairil Azwan Pegawai Pemantau Operasi DatumCorp International Sdn Bhd/Ketua Pelaburan PKNS.
Lima anak-anak comel diiringi ke pentas utama untuk sama-sama memecahkan kek sebagai acara simbolik pelancaran majlis. Lima orang kanak-kanak yang mempunyai masa depan gemilang turut dilantik sebagai Hero Cilik Simpan SSPN 2024 yang memulakan perjalanan pendidikan mereka melalui simpanan di Simpan SSPN.
Majlis perasmian cukup meriah ini juga turut dihiburkan dengan persembahan Umai, anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang turut membawakan beberapa buah lagu bagi menghiburkan semua.
Merdeka Marathon Catwalk, Meriah Dengan Warna Pada sebelah petangnya pula, kanak-kanak tadika ini berpeluang beraksi comel di pentas utama untuk Merdeka Marathon Catwalk. Lengkap dengan baju dan busana bertemakan Hari Merdeka, kesemuanya tampil cukup berwarna-warni.
Masing-masing mempamerkan aksi catwalk yang pelbagai dan comel disamping rekaan baju yang cukup cantik-cantik belaka.
Pertandingan Mewarna Saya Anak Merdeka! Acara pada hari Ahad pula dimulakan dengan pertandingan Mewarna, Saya Anak Merdeka yang mengumpulkan lebih 200 orang kanak-kanak.
Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemerdekaan yang unik.
Borak Pa&Ma, Syamel & Ika Nabella Kongsi Tip Menyimpan
Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Puan Suhailin Sharul Anuar yang merupakan Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Koporat PTPTN serta tidak ketinggalan dua orang selebriti popular, Syamel dan Ika Nabella yang turut berkongsi tip menyimpan masa depan untuk anak-anak mereka.
Bayi Marathon Latih Fizikal Anak Kecil Berbeza dengan Pertandingan Bayi Merangkak sebelum ini, Pa&Ma kali ini membawakan Baby Marathon yang mana melibatkan tiga ujian fizikal buat anak-anak comel ini seperti melalui terowong kecil, mendaki landasan tinggi serta mencari barang tersembunyi.
Konsert Meletop Bintang Kecil Meriah Potensi dan bakat anak-anak kecil di tadika ini sekali lagi dicungkil bila mana kesemuanya tampil beraksi comel di pentas utama.
Masing-masing membawakan nyanyian, lakonan dan puisi serta sajak bertemakan hari merdeka. Anak kecil ini tampil dengan pelbagai busana comel dan menyerlahkan bakat dan keberanian mereka di pentas.
Konsert penuh meriah dan mendapat sorakan pengunjung ini diadili oleh tiga juri iaitu En. Ahmad Shahril Ghazali, Pengurus PTPTN cawangan Kuala Lumpur, Dr. Tengku Asmadi, Pakar Motivasi & Perkembangan Kanak-Kanak serta selebriti Mark Adam.
Gerai Jualan Pelbagai Acara dua hari ini juga turut meriah dengan penyertaan pelbagai jenama kanak-kanak yang sama-sama berjualan. Antaranya termasuklah Jungle Gym, Little Gym, Klinik Dr Anitawaty, Joie serta yang pastinya booth dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menarik perhatian ramai ibu bapa.
Acara petang Ahad diakhiri dengan Putaran Mega yang menyenaraikan hadiah cabutan yang cukup lumayan kepada semua pengunjung.
Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Journey seorang ibu memang tidak mudah. Selain mendidik anak setiap masa, sabar adalah kunci kepada segala kematangan menjadi seorang ibu.
Pelakon, Emma Maembong dilihat sebagai ibu moden yang cukup bijak dan tenang mengendalikan cahaya mata sulungnya, Shariq Arshan Gabriel yang kini sudah pun berusia satu tahun dua bulan.
Menerusi satu perkongsian video pelakon handalan ini Insta Story dan juga Instagram anak kecil itu, Emma dilihat cukup enjoy meluangkan masa bersama anak kecilnya ketika sambutan tahun baru baru-baru ini di Singapura.
Walaupun padat dengan orang ramai yang mahu menonton pertunjukkan bunga api, namun Emma dilihat cukup tenang dan bijak mengendalikan anak kecilnya itu yang mula gelisah dengan suasana.
Semuanya demi memastikan anak kecil kesayangannya itu turut sama merasai dan melihat sendiri pertunjukkan api yang mengagumkan itu.
“Ending 2022 with love ones” tulis Emma menerusi kapsyennya di Instagram.
Malah Emma juga turut memuat naik beberapa keping gambar kenangan sepanjang berada di Singapura.
Bukan itu sahaja, bahkan Emma juga dilihat begitu santai dengan hanya berkemeja T sepanjang berada di sana. Simple tapi cukup cantik dan bersahaja.
Apa yang menarik perhatian pastinya aura keibubuan Emma yang dilihat cukup bersahaja demi memastikan Arshan selesa. Emma juga dilihat sentiasa mengendong anak kecilnya demi memastikan anak kecilnya sentiasa dekat dan selamat.
Paling menarik perhatian pastinya gaya sempoi Emma yang melayan karenah Arshan tanpa jemu malah dilihat cukup enjoy bila mengendalikan anaknya.
Menerusi satu video yang dikongsikan Emma di Instagram anaknya, Arshan dilihat sedang berbaring di lantai dan Emma turut berbaring di sebelahnya sebagai tanda sokongan.
“Bila dia tak nak dukung, tak nak jalan, tak nak buat apa just nak baring.
“Cakap kotor angkat dia nangis, jadi kita baring sekali,” tulis Emma di kapsyen.
Tidak langsung merungut atau tertekan dengan emosi Arshan yang mungkin kepenatan, Emma dilihat tenang mengendalikan situasi itu. Memang hebat!
Rata-rata wargamaya turut memuji gaya santai Emma dan begitu ‘cool’ dan sempoi mengendalikan anak kecilnya. Memang supermom!
“Assalamualaikum minta jasa baik rakan-rakan doakan anak saya, dia sekarang dalam keadaan kritikal,” demikian luahan Eyka Rohmat dalam Facebooknya, Selasa lalu.
Eyka mengharapkan anak lelakinya, Naufal Nabil Fikri yang berusia 10 bulan itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sedia kala.
“Jasa dan doa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Ummi rindu Naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat… Naufal nyawa ummi,” katanya.
Terdahulu menerusi muat naik di Facebooknya juga, Eyka mengesahkan tempurung kepala Naufal retak, tisu kepala bengkak dan pendarahan dalam kepala serta di selaput mata.
“Allah SWT, sesungguhnya kami insan yang terpilih kau redakan aku terima segala ketentuanMu,” katanya.
Sementara itu menurut laporan media, bayi berusia 10 bulan itu kritikal selepas dipercayai terjatuh dari buaian ketika berada dalam pengawasan pengasuhnya.
Kini Naufal dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sejak Selasa lalu, selepas dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.
“Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.
“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan maklumat serta keterangan daripada ibu bapa mangsa, ahli keluarga dan jiran,” katanya.
Mohad Idris berkata, polis juga telah menahan pengasuh terbabit dan mendapat kebenaran menahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Eyka Rohmat’s & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.