Ads

Video Comel Fatima ‘Describe’ Mommy Fazura, Jawapan Umur Tu Paling Lucu!

Pelakon jelita dan usahawan terkenal, Nur Fazura, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila video pendek anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, menjadi tular. Fazura yang dikenali bukan sahaja kerana bakat lakonan dan pengaruhnya dalam dunia perniagaan, tetapi juga sering berkongsi momen manis bersama Fatima di media sosial.

Kali ini, kecomelan dan kepetahan Fatima berjaya mencuit hati ramai apabila video tersebut meraih pelbagai reaksi lucu daripada netizen.

Video Comel Fatima Describe Mommy Fazura Jadi Tular

Video Comel Fatima ‘Describe’ Mommy Fazura, Jawapan Umur Tu Paling Lucu!

Dalam video berdurasi satu minit itu, seorang individu bertanya kepada Fatima:

“Kalau mommy hilang, macam mana nak identify mommy? Boleh describe dan bayangkan identiti mommy?”

Tanpa berfikir panjang, Fatima memberikan jawapan spontan yang mengundang senyuman ramai.

Menurut Fatima, ibunya boleh dikenal pasti melalui penampilan:

“Nama dia Fazura, last time dia pakai baju cantik, kasut tinggi, high heel, rambut cantik dan pakai tudung lagi nampak cantik.”

Ads

Jawapan Umur Mommy Paling Lucu

Video Comel Fatima ‘Describe’ Mommy Fazura, Jawapan Umur Tu Paling Lucu!

Namun bahagian paling mencuit hati ramai adalah apabila Fatima ditanya tentang umur mommy.

Dengan mimik muka polos dan seolah-olah sedang berfikir, Fatima menjawab:

“25 tahun!”

Jawapan itu membuatkan ramai terhibur termasuk Fazura sendiri.

Ads

Fazura menulis kapsyen pada video berkenaan:

“Kalau mommy hilang, rasanya boleh identify lah dari description Fatima? 25? Oh my dear child.. 🤣”

Jawapan Spontan Fatima Buat Ramai Terhibur

Selain itu, Fatima turut menjawab beberapa soalan lain dengan penuh spontan:

  • Mommy selalu keluar dengan siapa? → Nyamma
  • Makanan kegemaran mommy? → Cheese!
  • Mak awak cantik tak? → Cantik tapi dia banyak cakap.

Kejujuran dan kepetahan Fatima nyata mencuri perhatian warganet.

Reaksi Warganet Tak Terkawal

Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi lucu dan positif daripada netizen yang terhibur menonton video comel Fatima describe mommy Fazura.

Ads

Antara komen yang mencuit hati:

  • “Fatima! Anak penyejuk hati Mummy 😍”
  • “Oooo Mommy Nyamma 25. Sebaya la dengan auntie 😂”
  • “Bijaknya Fatima ni.. da la comeyyyyy cantik!”

Video Comel Fatima ‘Describe’ Mommy Fazura, Jawapan Umur Tu Paling Lucu!

Nur Fazura Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Fazura, merupakan seorang pelakon, pengacara dan usahawan terkenal di Malaysia. Beliau mula mencipta nama menerusi drama dan filem popular seperti Gol & Gincu dan Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Fazura pernah berkahwin dengan pelakon terkenal, Fattah Amin, pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,Nur Fatima Aisya.

Namun begitu, pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka secara rasmi pada tahun 2024 selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sumber: missfazura

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Suami Isteri Pembawa Thalassemia: Fakta Penting, Risiko Serius & Pilihan Bertanggungjawab

Suami isteri pembawa thalassemia perlu memahami fakta, risiko kepada zuriat dan pilihan yang ada agar keputusan dibuat dengan ilmu dan tanggungjawab.