
Sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei lalu memperlihatkan daya kreativiti ibu bapa yang meluahkan penghargaan buat guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.
Jika ada yang memilih untuk memberikan hadiah berupa alat tulis, namun lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak ini yang menghadiahkan gurunya dengan seekor ayam.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun Tik Tok, Nazmi Azeri, dapat dilihat gelagat seorang budak lelaki memakai baju melayu berwarna hijau memeluk kotak yang berupa hadiah untuk gurunya.
![[VIDEO] "Hadiah Paling Rare" Bukan Biasa-Biasa, Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup! 7 [VIDEO] “Hadiah Paling Rare” Bukan Biasa-Biasa, Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup!](https://cdn.majalahpama.my/2023/05/iwp0B3XL-A.jpg)
Bukan hadiah biasa-biasa, rupa-rupanya, di dalam kotak itu berisi seekor ayam hutan hidup yang dijadikan hadiah untuk diberikan kepada cikgu kesayangannya.
Kreatif betul dan memang lain daripada yang lain. Pemberian ikhlas buat guru tersayangnya.
![[VIDEO] "Hadiah Paling Rare" Bukan Biasa-Biasa, Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup! 8 [VIDEO] “Hadiah Paling Rare” Bukan Biasa-Biasa, Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup!](https://cdn.majalahpama.my/2023/05/1r8HGiPc-A1.jpg)
“Bagi ayam hutan, hadiah paling rare,” luah cikgu di bahagian kapsyen.
Video berdurasi hanya 12 saat itu mendapat 1.2 juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh warganet yang turut terhibur dan meninggalkan pelbagai komen dengan idea hadiah tersebut.
@nazmiazeri Just a throwback.Hadiah paling RARE. #hariguru #sekolah ♬ original sound – nazmiazeri
![[VIDEO] "Hadiah Paling Rare" Bukan Biasa-Biasa, Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup! 10 [VIDEO] “Hadiah Paling Rare” Bukan Biasa-Biasa, Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup!](https://cdn.majalahpama.my/2023/05/PUimhpae-1.jpg)
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Sumber: TikTok Nazmi Azeri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Intoleransi Gluten: Ibu Terkejut, Anak Tiba-Tiba Sakit Lepas Makan Roti, Perut Kembung & Bengkak

Hati seorang ibu mana yang mampu bertahan bila melihat anak yang sebelum ini sihat dan ceria, tiba-tiba jatuh sakit tanpa amaran. Itulah situasi mencemaskan yang dilalui oleh Myra Ali, seorang ibu yang berkongsi pengalaman penuh sebak apabila anak lelakinya, Aidan, mengalami perut kembung teruk selepas makan roti hingga muntah berulang kali dan akhirnya terpaksa dimasukkan ke wad. Kisah ini turut mengingatkan ibu bapa tentang kemungkinan intoleransi gluten kanak-kanak yang sering tidak disedari.
Ibu ini berkongsi kisahnya menerusi laman TikTok miliknya, tulisnya segalanya bermula pada pagi 29 Oktober lalu apabila Myra menerima panggilan daripada guru Aidan yang memaklumkan anaknya muntah dua kali di sekolah. Pada masa itu, Aidan belum makan apa-apa. Bimbang anaknya lapar, si ibu segera ke sekolah untuk menjemputnya.

“Guru bagitahu Aidan belum makan, jadi saya bagi dia susu. Tapi dalam perjalanan balik, Aidan muntah lagi banyak susu dalam kereta. Saya terus bawa dia ke klinik sebab rasa tak sedap hati,” cerita Myra.
Di klinik, doktor memeriksa Aidan dan memberinya ubat kerana pada mulanya disyaki influenza. Namun, doktor juga menyebut kemungkinan Aidan “salah makan” kerana terdapat sedikit bengkak pada tonsilnya. Setelah diberi ubat, muntahnya berhenti seketika, tetapi tak lama kemudian, Aidan mula cirit-birit dan mengadu sakit perut.
“Tengah hari tu Aidan menangis kuat, perut dia nampak kembung dan keras. Saya terus bawa dia ke hospital sebab rasa macam ada yang tak kena,” tambahnya.
Perut Kembung dan Bengkak: Simptom Yang Serius
Di ruang kecemasan, doktor segera melakukan pemeriksaan lanjut termasuk x-ray. Keputusan menunjukkan saluran usus Aidan membengkak dan dipenuhi angin. Itulah punca dia muntah setiap kali makan atau minum perutnya tidak dapat memproses dengan baik kerana tekanan dari angin yang terperangkap.
Doktor kemudian mencadangkan penggunaan tiub melalui hidung untuk mengeluarkan angin, tetapi selepas berbincang dengan pakar, mereka memutuskan untuk memantau dahulu tanpa melakukan prosedur menyakitkan. Myra hanya mampu berdoa agar anaknya pulih.

“Petang tu perut Aidan keras semula. Doktor bagi ubat untuk bantu dia buang air besar pun tak menjadi. Kentut pun tak keluar. Saya cuma mampu urut perut dia perlahan-lahan dengan minyak angin, sambil berdoa. Masa ni saya tak tahu lagi yang roti atau tepung boleh jadi punca,” luahnya sebak.
Malam itu, Aidan akhirnya mula kentut dan cirit sedikit, memberi sedikit kelegaan buat si ibu. Namun, keesokan paginya, keadaan kembali teruk selepas Aidan makan roti untuk sarapan.
“Lepas dia makan roti, petang tu perut Aidan terus naik balik besar dan keras macam batu. Masa tu baru saya sedar, dua kali jadi macam ni lepas makan roti. Mungkin dia tak boleh makan tepung,” jelas Myra.
Selepas beberapa hari di hospital, Aidan akhirnya dibenarkan pulang pada 6 November. Myra dan suaminya kini memantau pemakanan anak dengan lebih ketat dan membuat keputusan untuk elakkan semua makanan berasaskan tepung buat sementara waktu.
INFO TAMBAHAN
Kemungkinan Intoleransi Gluten Kanak-Kanak atau Alergi Gandum
Menurut pakar pemakanan, simptom seperti perut kembung, muntah dan cirit-birit selepas makan roti boleh jadi tanda intoleransi gluten kanak-kanak atau alergi gandum. Dalam kes kanak-kanak, keadaan ini biasanya dikenali sebagai wheat sensitivity, di mana sistem pencernaan mereka tidak dapat hadam protein tertentu dalam tepung gandum.
Walaupun tidak semua kanak-kanak sensitif terhadap gluten, ada juga yang menunjukkan reaksi yang sangat kuat antaranya perut menjadi keras, bengkak, dan rasa tidak selesa yang ketara selepas makan roti, biskut atau kek.
Kes seperti ini semakin banyak berlaku. Anak kecil yang sensitif terhadap gluten biasanya akan muntah atau kembung teruk selepas makan produk berasaskan tepung. Ibu bapa perlu perhatikan corak makanan dan simptom supaya boleh dikesan awal.
Tanda-Tanda Anak Alami Alergi atau Intoleransi Makanan
Antara tanda yang ibu bapa perlu awasi termasuklah:
- Perut kembung atau keras selepas makan makanan tertentu.
- Kerap muntah atau cirit-birit walaupun sudah diberi ubat.
- Kehilangan selera makan atau lemah badan.
- Ruam kulit atau gatal-gatal selepas makan.
- Nafas berbunyi atau sukar bernafas (jika alergi serius).
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segera bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Doktor biasanya akan jalankan food allergy test atau elimination diet bagi mengenal pasti makanan yang mencetuskan reaksi tersebut.
Tip Untuk Ibu Bapa Elak Anak Alami Situasi Sama
1. Catat ‘food diary’ anak.
Catat setiap makanan yang anak ambil dan tindak balas selepas itu. Ini bantu kesan corak alergi lebih cepat.
2. Elakkan makanan berasaskan tepung sementara waktu.
Jika anak kerap muntah atau kembung selepas makan roti, kek, atau biskut, hentikan dahulu pengambilan makanan tersebut untuk beberapa minggu dan lihat perubahannya.
3. Perkenalkan makanan baru secara berperingkat.
Jangan beri banyak jenis makanan baru dalam satu masa. Cuba satu jenis dulu selama 3 hari, baru tukar kepada makanan lain.
4. Pantau produk tenusu dan gluten.
Ada kanak-kanak sensitif kepada susu lembu atau gluten tanpa kita sedar. Cuba gantikan dengan gluten-free bread atau susu tumbuhan jika perlu. Ini penting terutamanya jika ada risiko intoleransi gluten kanak-kanak.
5. Berunding dengan doktor atau pakar pemakanan.
Jangan sesekali buat andaian sendiri. Dapatkan nasihat pakar untuk tahu sama ada anak benar-benar ada intoleransi gluten atau sekadar masalah pencernaan sementara.
Sumber: TikTok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Cedera Disamun, Ibu Bapa Perlu Lebih Waspada!

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami detik cemas apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Putra Perdana, Sepang, pada Khamis. Lebih menyayat hati, senjata yang digunakan dalam kejadian ini dipercayai diambil dari rumah mangsa sendiri.
Menurut laporan Sinar Harian , Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa sekitar jam 5.03 petang selepas dimaklumkan oleh jiran yang menyedari insiden tersebut. Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan kepala telah dihantar ke hospital oleh jiran berkenaan untuk rawatan segera.

Syukur alhamdulillah, keadaan kanak-kanak itu kini stabil dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Namun, insiden ini tetap memberi tamparan hebat, bukan saja kepada keluarga mangsa, malah kepada kita semua sebagai ibu bapa.
Jenayah Boleh Berlaku Di Mana-Mana
Bayangkan, anak yang sepatutnya selamat di rumah sendiri pun boleh menjadi mangsa samun. Ini jelas menunjukkan penjenayah sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri walaupun hingga mencederakan seorang anak kecil yang tidak mampu melawan.
Lebih membimbangkan, suspek berusia 40-an itu dikatakan menggunakan pisau dari rumah mangsa sendiri untuk melakukan serangan. Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dan pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat.
Ibu Bapa, Ini Tanggungjawab Kita
Sebagai ibu bapa, insiden seperti ini harus membuka mata kita. Jangan pernah rasa terlalu selesa walaupun berada di rumah sendiri. Keselamatan anak-anak mestilah sentiasa menjadi keutamaan.
Berikut beberapa langkah penting yang boleh kita amalkan:
✔️ Pastikan pintu rumah sentiasa berkunci, walaupun pada waktu siang.
✔️ Didik anak untuk tidak membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
✔️ Kenali jiran tetangga. Mereka mungkin menjadi penyelamat dalam situasi kecemasan.
✔️ Simpan alat tajam atau berbahaya seperti pisau di tempat yang selamat, jauh dari capaian luar.
✔️ Pasang sistem keselamatan seperti CCTV sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.
Kejadian ini menjadi satu peringatan tegas buat kita semua. Jangan ambil mudah soal keselamatan anak di rumah. Dalam dunia yang makin mencabar ini, langkah berjaga-jaga perlu sentiasa diutamakan.
Semoga adik yang tercedera segera pulih, dan semoga ibu bapa di luar sana sentiasa dilindungi serta diberikan kekuatan untuk menjaga amanah paling berharga ini anak-anak kita. 💔🧕👧
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mimpi Jadi Kenyataan: Redza Rosli & Bella Hana Bakal Timang Anak Sulung Lelaki

Pelakon popular Redza Rosli dan isterinya Bella Hana meluahkan rasa bagaikan mimpi apabila bakal menimang cahaya mata sulung lelaki tidak lama lagi. Berita gembira ini mengundang pelbagai reaksi positif daripada rakan selebriti dan para peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Redza Rosli & Bella Hana Luah Rasa Syukur
Menerusi perkongsian di Instagram, pasangan ini meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak ternilai selepas mereka mengumumkan jantina bayi menerusi majlis gender reveal. Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini!

“Bismillahi MasyaAllah… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat terbesar ini. Syukur atas anugerah kecil yang sedang membesar dalam diri ini. Saat yang kami impikan kini menjadi nyata hati kami sudah pun penuh dengan kasih untukmu. Kepada anak kami, kami tak sabar nak jumpa kamu tidak lama lagi,” kongsi mereka seraya menyertakan emoji bayi lelaki.
Reaksi Peminat & Rakan Selebriti
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat turut menzahirkan ucapan tahniah serta doa agar Bella Hana dipermudahkan urusan kehamilan hingga selamat bersalin. Keikhlasan doa dan ucapan itu menggambarkan kasih sayang peminat terhadap pasangan selebriti ini.
Majlis Gender Reveal Serba Putih

Di Instagram Story, pasangan ini turut memaparkan video suasana majlis yang diadakan secara tertutup, hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat. Majlis tersebut berkonsepkan serba putih dengan dekorasi yang ringkas namun elegan, menjadikan suasana tampak indah dan eksklusif.
Detik paling mencuri perhatian apabila gimik utama majlis itu mendedahkan kepulan asap berwarna biru, menandakan bayi yang bakal lahir ialah bayi lelaki. Sewaktu Redza Rosli dan Bella Hana berdiri di hadapan tetamu, kepulan asap biru itu dikeluarkan sekali gus menandakan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.
Detik Penuh Emosi & Kasih Sayang

Suasana bertukar penuh emosi dan kegembiraan, jelas terpancar wajah teruja kedua-dua bakal ibu dan bapa ini yang tidak mampu menahan senyuman. Detik itu menjadi kenangan bermakna buat mereka yang bakal menempuh fasa baharu sebagai ibu bapa.
Perjalanan Cinta Redza & Bella
Untuk rekod, Redza Rosli dan Bella Hana diijab kabulkan pada 21 Jun 2024. Kedua-duanya pernah berlakon bersama menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta musim pertama. Kini, berita kehamilan ini menjadi momen manis yang paling dinanti dalam perjalanan hidup pasangan bahagia tersebut.
Moga segalanya dipermudahkan buat Redza Rosli dan Bella Hana yang kini menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Tahniah sekali lagi atas berita gembira ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


