Pengambilan ubat tanpa saranan doktor atau ahli farmasi sangat berbahaya. Tidak boleh suka-suka makan ubat atau pil hanya kerana ia viral dan dikatakan mempunyai fungsi tertentu seperti membesarkan payudara, menegangkan punggung, melangsingkan badan dan sebagainya.
Sekiranya anda mahu mengambil sebarang pil, sangat penting untuk bertanya dahulu tentang dos serta kesannya terhadap tubuh. Jangan sesekali beli ubat dari penjual atas talian hanya kerana terpedaya dengan strategi pemasaran mereka.
Melalui perkongsian di Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar menerangkan tentang pil Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara. Ikuti penjelasan ini.
PIL PEMBESAR PAYUDARA (wajib baca sampai habis kalau nak guna)
Tular baru-baru ini perkongsian netizen berkaitan sejenis pil bernama Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara penggunanya. Kata netizen ini, pil tersebut mengandungi hormon estrogen yang membantu meningkatkan saiz payudara sekiranya diambil dua kali seminggu.
Perkongsian ini bukan sahaja SALAH malah berpotensi MEMUDARATKAN.
Postinor adalah pil hormon levornogestrel (sejenis hormon progestogen, BUKAN estrogen) yang mana berfungsi sebagai pencegah kehamilan dalam keadaan kecemasan (emergency contraception). Ianya adalah Racun Kategori C, bermakna boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor, tetapi perlu dijual dengan kehadiran ahli farmasi bertauliah.
Pil ini tidak disarankan diambil secara berterusan. Oleh itu, penjualan pil ini di internet atau media sosial adalah SALAH dan melanggar undang-undang.
Pil ini berpotensi menyebabkan beberapa kesan sampingan serius, antaranya: 1) risiko interaksi bersama ubatan lain 2) risiko membebankan fungsi hati 3) risiko kitaran haid tidak teratur sekiranya digunakan dengan kerap 4) risiko peningkatan tekanan darah 5) risiko kemandulan sekiranya digunakan tanpa kawalan
Oleh itu, pengambilan Postinor secara berterusan dengan bertujuan membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, malah ianya boleh memudaratkan. Ianya TIDAK MENGANDUNGI estrogen.
Saiz payudara dipengaruhi secara amnya oleh faktor genetik. Wanita asia secara umumnya mempunyai saiz payudara yang kecil berbanding wanita barat. Selain itu, secara amnya bentuk payudara dipengaruhi oleh jenis tisu yang membentuknya. Payudara dibentuk oleh 2 jenis tisu utama iaitu lemak dan juga kelenjar.
Ads
Wanita di peringkat umur subur mempunyai lebih tisu kelenjar berbanding lemak. Kelenjar ini berfungsi dalam penghasilan susu selepas bersalin. Oleh itu wanita yang mengandung mempunyai saiz payudara yang lebih besar. Apabila wanita berumur, tisu kelenjar akan berkurang dan lebih banyak tisu lemak menjadikan payudara kurang anjal.
Ada kajian yang menunjukkan payudara akan lebih menarik sekiranya seseorang itu tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Kajian yang dijalankan dalam kalangan saudara kembar ini juga menunjukkan berat badan berlebihan juga menjadikan payudara tidak menarik.
Oleh itu, jikalau mahukan payudara yang menarik, berhenti merokok, jangan minum alkohol dan dapatkan berat badan ideal. Bukan dengan makan pil hormon yang merbahaya dan tidak berkesan.
Ads
Dan terakhir, wanita yang mempunyai saiz payudara yang besar akan lebih berisiko mempunyai masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu berbanding mereka yang berpayudara kecil. Maka bersyukurlah dengan kurniaan semulajadi.
Baru sahaja bergelar ibu pada Selasa lalu, kini peminat sudah mula tidak sabar menantikan Mira Filzah dan suaminya berkongsi wajah anak kesayangan mereka di Instagram.
Pun begitu, menerusi Insta Story Mira malam tadi, akui Mira dia dan suami masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru malah masih kepenatan melalui rutin baru itu.
Malah kongsi Mira lagi yang kini masih berada di hospital, dia memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap kiriman mesej di aplikasi Whatappsnya kerana masih kepenatan dan memberi keutamaan kepada bayinya.
“Dua-dua penat. Will keep on updating from time to time (Inshallah) bila everything dah slowly on track.
“Mira tak dapat lagi nak reply WhatApps and DMs satu persatu. Sorry tau.
“Thanks you for all the duas. Good night everyone,” tulis Mira berkongsi.
Meninjau di Instagram Wan Emir, suami kesayangan Mira yang kini sudah pun bergelar bapa turut meluahkan penghargaan kepada semua yang turut mendoakan isteri dan anaknya.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai pastinya perkongsian gambar Emir yang sedang memangku anak lelaki mereka di samping gambar Mira yang tersenyum riang.
“Emir & Mira (dan 👶🏻❣️) ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan🌷
“And an endless love and thanks to Ibu Papa & Mak Abah for showing us what it means to become a good parent — nilai pengorbanan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya.
“Moga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb. Bismillah,” kongsinya lagi.
Selamat berpantang dan semoga Mira cepat-cepat sihat.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menantikan si kecil dalam kehidupan sebagai suami isteri sangat diharap-harapkan. Bukan hanya sebagai pengikat kasih sayang keluarga malah anak juga rezeki yang tidak ternilai daripada tuhan.
Namun tak semua yang bernasib baik. Mungkin ada yang baru berkahwin terus dikurniakan rezeki untuk hamil. Ada yang berusaha bertahun-tahun lamanya tetapi langsung tidak pernah mendapat keputusan “positif” apabila ujian kehamilan dilakukan. Ada pula disahkan hamil namun diuji dengan keguguran. Ini semua bergantung atas rezeki masing-masing.
Begitulah situasi yang dialami oleh suami isteri ini apabila sabar bertahun-tahun lamanya menantikan cahaya mata sebagai penyeri hidup. Mereka akhirnya dikurniakan sepasang cahaya mata kembar dan berita gembira ini telah dikongsi oleh adiknya di laman twitter.
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR? SERONOKKAN DAPAT ANAK KEMBAR?
Dr Hamid Arshat iaitu pakar sakit puan telah berkongsi 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di akaun Facebook miliknya.
Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar
1. Orang Asia 1-2%
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %. Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 % Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %. Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Ke Atas
Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.
Pemakanan, supplements tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan
4. Amalkan supplement Vitamins dan Folic Asid
Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Makan Keladi Dan Ubi
Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI Dan IVF
Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ummi Nazeera tidak menunda aktiviti luar rumah untuk kecergasan diri. Peminat pula tidak mengecam sebaliknya memberikannya sokongan agar melakukannya dengan perlahan-lahan.
Ummi yang bersalin pada 22 Ogos lalu memuat naik gambarnya di luar rumah dengan kapsyen yang dia sedang berjalan perlahan sehinggakan seorang makcik lebih laju berjalan dan memotongnya.
It feels good to see the sun again . Alhamdulillah . But I’m walking so slow . Women twice my age walked pass me . u go aunties !
Para peminat Ummi memberikan sokongan padu kepada Ummi untuk melakukan aktiviti. Sementelah Ummi telah bersalin secara caesarean, maka aktiviti fizikal membantu untuk mengelakkan pembekuan darah dan menggalakkan pemulihan luka.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.