Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak-anak juga boleh menjadikan anak-anak lebih bijak. Luangkan masa anda untuk mendidik dan mengambil tahu tentang anak-anak setiap hari.
Mudah-mudahan ada kebaikan sesama kita sebagai ibu bapa. Aameen.
Sedikit petua untuk rapatkan hubungan dengan anak yang masih kecil.
1) Makan bersuap
Saya dan ratu hati amalkan walaupun anakanda Umar kini sudah menganjak usia 6 tahun. Bagi kami, timbul rasa kepuasan bila anak- anak disuap makan. Ada yang mengatakan, sampai bila anak hendak disuap? Biarkan mereka makan dengan sendiri. Lagi cepat mereka berdikari. Lagi cepat mereka matang. Ini jawapan saya. Anak- anak bukan selamanya kecil. Mereka akan dewasa. Lambat laun mereka tak akan pedulikan suapan tangan kita. Sambil bersuap sambil berzikir. Selagi mana suapan kita diperlukan untuk anak-anak, teruskan. PERCAYALAH, anak kita tak akan selamanya mahu di suap.
Ads
2) Baby carrier
Ada 3 biji di rumah saya. Namun, saya jarang menggunakannya. Ada yang mengatakan anak- anak akan selesa bila memakaikannya. Iya, mungkin benar. Tapi saya sendiri lebih selesa dukung anak walaupun berat anak makin bertambah. Bagi saya satu je, takpelah. Waktu ini kita bersusah payah mendukung mereka. Terasa rapat dakapan kita untuk anak- anak. Akan tiba saat jika kita panjang umur, waktu kita sudah uzur mudah- mudahan perkara yang sama akan berulang dengan anak akan dukung kita.
3) Basuh berak
Saya tak akan benarkan ratu hati saya membasuh berak anak- anak. Melainkan jika saya tiada di rumah. Anak- anak akan berlari mendapatkan saya jika mereka berak. Amalkan perkara ini. Nampak simple, tapi kesan saya dapat rasakan sekarang. Anak- anak sangat rapat dengan kita.
Ads
4) Jangan biarkan anak- anak tidur dengan jiwa yang kosong
Pastikan mereka mendapat halwa telinga yang bermanfaat. Dendangkan anak- anak dengan ayat- ayat yang melembutkan hati dan jiwa. Bukan sahaja mempercepatkan masa tidur anak- anak, tetapi untuk kesan jangka yang panjang akan merubah sikap dan perwatakan anak- anak. Pastikan Al-Fatihah (الفاتحة), surah Toha (طه), ayat Kursi dan ayat- ayat Al-Quran yang lain tidak dilupakan. Khasiatnya amat besar untuk makanan jiwa anak- anak.
Ambillah seberapa banyak masa dengan anak- anak. Di waktu mereka masih memerlukan kita. Tataplah wajah. Tenunglah mereka sepuasnya sebelum akan datang waktu mereka dewasa. Sebelum sampai masa mereka sibuk untuk mengisi keperluan duniawi mereka.
Ads
Kepada ibu dan bapa. Tak akan selamanya kita akan lelah. Anak- anak akan membesar. Berlelah- lelahlah kita untuk amanah Allah ini. Kerana tiada pengorbanan yang sia- sia disisi Allah Maha ESA.
*Saya minta maaf andai perkongsian ini ada merencatkan pembacaan sahabat. Moga apa yang baik boleh kita kongsikan bersama. Segalanya milik Allah. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Moga kita tergolong ke arah kebaikan yang berpanjangan.
Abi Umar, Al Fateh dan Anas Menyayangi untuk disayangi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak-anak.
Apa yang jelas, setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Jika diperhatian setiap kali nak menghantar anak-anak ke tadika, perkara wajib mak ayah lakukan ialah memberi ciuman pada anak-anak.
Namun,mak ayah perlu tahu adab memberi ciuman kepada anak-anak terutama bila memberi ciuman pada mulut anak. Kurang manis memberi ciuman pada mulut bagi anak-anak pra sekolah yang berusia lima dan enam tahun.
Perkongsian dari Dr Taufiq Razifini boleh memberi manfaat buat semua ibu bapa.
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan (sentuhan) yang kita kena hafal.
CIUMAN
Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
SENTUHAN/GOSOK
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
p/s : Tolong ajar pasangan kita ilmu ni ye. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni disebar luaskan.
Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar. Malangnya, kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran, jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan dengan botol.
Lebih sukar lagi bagi para ibu yang menghadapi bayi yang tidak suka botol susu. Jika bayi anda mengalami masalah yang sama, berikut adalah beberapa tip untuk membuat peralihan lebih mudah untuk anda dan si manja anda:
Jadikan botol susu terasa seperti penyusuan badan
Penyelidik percaya bahawa bayi akan lebih cenderung menerima susu daripada botol jika ia mempunyai persamaan dengan susu daripada payudara ibunya. Sekiranya bayi anda cerewet tentang suhu, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi anda dengan serta-merta atau memanaskan botol susu. Jika bayi masih menolak botol, cari botol dengan puting puting yang sama dengan puting payudara anda. Bayi anda mungkin hanya mencari rasa dan suhu yang menyerupai payudara ibunya.
Jauhkan diri
Sesetengah pakar pediatrik mencadangkan anda menjauhkan diri daripada bayi anda, contohnya dengan tidak menyusukannya, sebaliknya tugaskan suami anda atau orang lain. Anda masih boleh berada di rumah yang sama tetapi di dalam bilik yang berbeza.
Menggunakan cawan
Jika bayi anda masih menolak, tinggalkan kaedah botol dan teruskan kepada penggunaan cawan. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda. Selain itu, cuba belajar cara yang betul untuk memberi makan anak anda dengan cawan kerana melakukannya dengan cara yang salah boleh menyebabkan bayi anda tercekik.
Bersabarlah
Membantu bayi anda minum dari botol susu mungkin mengambil masa berhari, minggu atau bulan. Sesetengah ibu perlu melalui 10 jenis botol berbeza dalam masa dua bulan untuk mencari yang disukai bayi mereka. Teruskan mencuba dan bersabar dengan bayi anda.
Pilih masa yang sesuai
Pemilihan masa adalah sangat penting dalam percubaan dengan botol susu. Mulakan perlahan-lahan dan galakkan secara positif, jangan memaksa atau mendesak bayi anda. Waktu yang sesuai ialah apabila bayi anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang, dan tidak letih atau meragam. Mungkin 30 – 60 minit selepas menyusu atau makan. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan, hentikan segera dan cuba lagi. Kuncinya ialah untuk membiasakan bayi anda dengan botol susu supaya dia gembira menerimanya sebagai sumber makanan alternatif.
–
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila duduk rumah, tak dapat nak ke mana-mana, macam-macam idea datang secara spontan. Mencuba menu baru, nak hias rumah atau berkebun antara aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa lapang.
Bagi rumah yang ada banyak barang tetapi ruang agak terhad, kadang tu sakit mata lihat barang tak tersusun dengan elok. Nak beli almari agak mahal juga, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni.
Jadi apa kata, anda DIY sendiri rak menggunakan frame RM2.10 dan cantumkan menjadi sebuah rak yang cantik dan besar. Dengan bajet yang murah, kira berbaloilah untuk rumah nampak kemas.
Berikut perkongsian dari Puan Syamimi Lyana. Ini lah hasilnya! Encik suami DIY rak sendiri pakai frame ECO je. Jimat, kemas dan kukuh
Edit : Ramai tanya berapa modal. Saya share sini ye. Modal tak sampai RM50.
Bahan-bahan:
Frame 18 pcs
Skru
Paku
Kayu saiz 1×1 beli kat kedai kayu
Cara membuatnya:
1) Susun frame ikut saiz rak yang dikehendaki. Jika nak buat seperti dalam gambar, perlu 18 keping.
2) Selepas susun boleh mula cantumkan. Lapik kayu saiz 1×1 lepas tu paku antara frame dan kayu.
3) Dah siap dan boleh letak barang-barang. Nak letak di dapur boleh, bilik tidur pun boleh.
p/s: Jika anda nak buat saiz rak yang lebih kecil pun boleh. Ikut pada keadaan ruang rumah. Sekurangnya barang-barang boleh diletakkan secara lebih tersusun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.