Besarnya pengorbanan ibu, apatah lagi ketika saat melahirkan anak. Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata apabila dijemput ilahi selepas dua minggu koma akibat komplikasi selepas bersalin.
Arwah Siti Nurfatma Daud, 34, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada pertengahan November lalu selepas melahirkan anak ketiganya namun bayinya juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Selepas dua minggu menerima rawatan di hospital, Fatma atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chik disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi 27 November lalu.
Allahyarham meninggalkan suami, Asri Nawani bersama dua lagi anak yang masih kecil, Habib dan Hafiya.
Ads
Sementara itu, ramai yang mencemburui pemergian arwah selain menyifatkannya sebagai seorang ibu yang baik dan penyayang.
Salah seorang sahabat arwah berkata, wajah arwah juga dalam keadaan berseri-seri dan tersenyum.
“Arwah pergi dengan senyuman yang penuh barakah. Kali pertama di depan matu ku lihat jenazah tersenyum manis sekali. Allahurabbi.. pengakhiran hidupmu husnul khatimah. Aku cemburu,” ujar Aline Rrahim.
Ads
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Kurniakan kepadanya syurgaMu ya Allah,” ujar Wan Nor ZaiHasra.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui walaupun banyak meluangkan masa dengan anak sulungnya, Siti Aafiyah namun ianya tetap tidak mencukupi untuk perkembangan anaknya.
Beliau mengambil inisiatif menggajikan penjaga yang juga mempunyai latar belakang bidang pendidikan untuk membantu perkembangan pembelajaran Aafiyah.
“Sebenarnya bukan mudah untuk memastikan perkembangan anak selari dengan usia pada waktu pandemik ini. Walaupun saya kerap meluangkan masa dengan Aafiyah di rumah, tapi ia tidak mencukupi.”
Tambahnya, membesarkan anak-anak di zaman pandemik memang sangat mencabar kerana anak-anak banyak meluangkan masa di dalam rumah dan sangat jarang keluar dari rumah.
“Pernah sekali saya bawa dia bersiar-siar menaiki kereta, saya terkejut apabila dia begitu teruja melihat kenderaan yang banyak dan lampu jalan. Mungkin terlalu lama duduk di rumah, jadi dia berasa seronok.”
Dato’ Siti atau mesra disapa Tokti mengambil pembantu baru yang juga bergelar seorang guru untuk memastikan Aafiyah dapat melakukan aktiviti sambil belajar pelbagai perkara baru.
“Selepas penjaga Aafiyah iaitu Dayah berhenti, saya kini memanggil pembantu baharu yang juga bergelar guru. Jadi, Aafiyah dapat menghabiskan masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti selain belajar banyak perkara baharu.”
Mengakui terkesan dengan pandemik, namun Tokti bersyukur kerana dapat melihat anak-anak membesar di depan mata dan memberikan sepenuh perhatian kepada dua anak yang masih kecil kerana sebelum ini Tokti sangat sibuk dengan pelbagai urusan kerja.
“Alhamdulillah, bulan ini Afwa genap berusia lima bulan. Walaupun kita terkesan dengan pandemik, namun saya bersyukur dapat melihat dia membesar depan mata.
“Kalau sebelum ini lewat petang baru saya pulang ke rumah dan separuh hari sudah tidak dapat bersama anak-anak, tetapi sekarang saya dapat beri sepenuh perhatian kepada mereka.
“Selalunya, selepas saya selesai mesyuarat virtual, saya sudah boleh menjenguk anak-anak dan melayan mereka,”katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Terima kasih Allah”. Begitu yang dikongsikan oleh pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizman Nordin dalam sebuah video bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Terima kasihnya tanda syukur kerana dianugerahkan seribu kebahagiaan dan kehidupannya kini.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizman memuat naik sebuah video romantis khusus dibingkaskan buat isteri tercintanya, Nurida Suraya yang baru sahaja melahirkan bayi sulung perempuan mereka pada 2 September lalu.
Video berdurasi 3.57 minit itu cukup romantis malah menyentuh hati. Satu bingkisan istimewa daripadanya.
“Happy anniversary sayang @nuridasuraya. Ours,” tulis Rizman ringkas tetapi penuh bermakna.
Dengan alunan muzik yang romantis, satu demi satu momen indah dikongsikan olehnya. Bermula daripada persiapan menjelang majlis pernikahan, majlis perkahwinan dan tidak kurang juga aksi-aksi romantis mereka ketika pasangan ini bulan madu.
Bukan itu sahaja, malah momen di mana Nurida disahkan hamil serta saat kelahiran puteri sulung mereka, Rizqaa turut dikongsikan Rizman. Semuanya momen-momen paling bermakna dan cukup membahagiakan pasangan ini
“Terima kasih menjadi suami yang baik”
Sementara itu, Nurida juga tidak ketinggalan memuat naik sekeping foto ketika hari pernikahannya di laman Instagram miliknya.
“One year ago today. Happy anniversary my sayang. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Saya cinta awak sangat-sangat dan untuk seribu tahun lagi untuk kita insya-Allah,” tulis Nurida untuk suaminya.
Dalam pada itu, perkongsian Rizman itu turut dihujani dengan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan ini. Semoga kasih sayang terus utuh dan berpanjangan hingga ke Jannah.
Sekadar informasi, pasangan romantis ini dinikahkan pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Kini selepas setahun berkahwin, kebahagiaan bertambah sempurna semenjak kehadiran anak perempuan mereka, Rizqaa Rizman yang dilahirkan pada 2 September lalu. Happy anniversary!
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Anak lelaki atau perempuan biasakan mereka melakukan kerja-kerja di rumah. Buang tanggapan dan jangan anggap kerja rumah hanya anak perempuan saja yang bertanggungjawab. Sebenarnya satu bonus buat ibu ayah jika mempunyai anak cemerlang dalam pelajaran dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Percayalah didikan dan suasana positif di rumah itu akan membuahkan hasil yang baik pada anak-anak dan mereka lebih memahami erti hidup sehinggalah dewasa kelak.
Seperti anak lelaki kepada pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, mampu melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak walaupun masih bersekolah rendah.
Menurusi video yang dikongsikan, anak sulungnya Hafiy Altamis Haniffa, 11, bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang.
Kebolehannya itu meraih lebih 2.7 juta tontonan dan menerima hampir 100,000 tanda suka.
Ajar berdikari sejak usia 5 tahun
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.
“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.
“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.
“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.
“Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
Anak-anak banyak bantu masa berpantang
Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.
“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.
Matang dari usia
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.
“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.
“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.
“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.
“Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.
“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.
“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.
“Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!