Wajib periksa beg anak. Selain itu guru ini kongsi 6 perkara ibu ayah mesti buat lepas anak balik sekolah. Nampak remeh tapi penting untuk kepentingan semua.

Bila anak ke sekolah, si kecil di luar kawalan ibu ayah dan ada guru yang memantau. Perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini amat berguna untuk ibu bapa.

Ini kerana apabila di sekolah, guru-guru yang melihat pelbagai masalah yang boleh timbul dan pemantauan ibu bapa boleh mengelakkan ia berlaku pada peringkat awal lagi.

Menurut Mohd Fadli, penting untuk memantau apa yang anak makan di sekolah, apa yang dibeli di sekolah, apa yang dipelajari di sekolah, bertanyakan tentang kerja rumah (homework) dan ambil masa memeriksa beg sekolah anak.

Katanya keprihatinan ibu bapa boleh mengelakkan berlakukan pelbagai masalah seperti buli, tidak membuat kerja rumah dan mengambil barang rakan-rakan di sekolah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Wajib Periksa Beg! Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

BILA ANAK PULANG DARI SEKOLAH, APA YANG PERLU IBUBAPA TANYA?

1. Tanya makan apa di sekolah?

– Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab ; bekal makanan tumpah, duit hilang atau duit kena pau.

– Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.

– Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.

IKLAN

Wajib Periksa Beg! Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

2. Tanya beli apa disekolah?

– Ibubapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!

– Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam/meminta duit kawan.

– Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya ‘diminta’ oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibubapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?

Wajib Periksa Beg! Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

IKLAN

3. Tanya belajar apa hari ini?

– Penting soalan ini agar murid ‘recall’ balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian ‘dipanaskan’ oleh ibubapa dirumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanyalah!

4. Tanya ada kerja rumah atau tidak?

– Soalan ini biasanya hampir semua ibubapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.

– Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Wajib Periksa Beg! Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

5. Tolong periksa beg anak. Tolong?

– Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.

IKLAN

– Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.

– Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.

Wajib Periksa Beg! Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

6. Barang ini milik siapa?

– Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu.

– Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, ‘kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan’.

– Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI