Lembutkan hati anak sangat mudah jika ibu bapa tahu cara nak tackle mereka. Kena ingat apa yang anda lakukan, itulah salah satu senjata untuk anak lebih memahami dan mendengar kata.
Jika dari kecil anak dibiasakan dengan kelantangan suara ibu bapa, selalu dipukul sampai besar pun anak akan ingat ye. Sebenarnya banyak cara yang boleh kita buat dengan menggunakan pendekatan lebih rasional dan seterusnya menyentuh hati anak-anak.
Apa yang dikongsikan oleh Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim boleh dimanfaatkan bersama. Somga kita dapat jadi ibu bapa terbaik buat anak-anak.
Ads
Ads
Senjata melembutkan hati anak
Ads
Sabar, solat & doa – Inilah perisai kita bila kita lemah. Inilah kekuatan kita bila kita sedih. Allah sebaik-baik tempat meminta dan mengadu. Berkomunikasilah dengan DIA.
Mata – Senjata mata sangat bermakna. Pandanglah matanya ketika kita bercakap dan berbual dengannya. Dari situlah dia mendapat tahu bahawa kita mengambil tahu akan perihal dirinya. Dari situlah juga dia melihat akan kasih sayang dari kita. Ketika dia mengadu dan ingin benar bercerita dengan kita, maka pandanglah matanya.
Sentuhan & pelukan – Senjata ini sangat perlu untuk mengembalikan kekuatan dalaman anak. Anak yang tidak mendengar kata, anak yang sukar dibentuk, anak yang dipinggir – ubatnya adalah dengan mendekati mereka. Sentuh dan peluklah mereka. Itu yang mereka mahukan.
Sekeping nota – Sekeping nota seperti ucapan Terima Kasih atau Ummi Sayang Wafi, dan diselit di dalam poket baju sekolahnya sudah cukup untuk mengetuk pintu hati seorang anak. Percayalah, mereka sebenarnya sangat mudah didekati.
Hobi – Apa kesukaan mereka? Bola? Basikal? Mewarna? Raikan. Main bersama-sama. Jikalah kita ada konflik dengan anak, cuba ‘tackle’ mereka ketika mereka sedang gembira. InshaAllah, pasti mudah memenangi hati mereka.
30 minit waktu bersama sebelum tidur – 30 minit sebelum anak mendapat deep sleep (tidur lena) adalah saat paling mudah memberikan mereka nasihat. Manfaatkan waktu ini.
‘Anak saya tak suka dipeluk’ kata seorang ibu. Bila ditanya berapa kali dia memeluk anak, jawapanya sekali-sekala. Anak-anak yang selalu dipeluk, dicium akan selalu memeluk dan mencium ibu bapa mereka. Perbuatan yang dilakukan kepada anak-anak akhirnya akan berbalik kepada ibu bapa, jika baik perbuatan maka baiklah balasanya.
Ramai yang menyesal bila anak dah tak suka di peluk, tak suka di cium dan tak suka dekat dengan mak ayah mereka.
Salah kita tak bina connection yang kuat masa anak masih kecil. Salah kita tak hargai peluang yang ada untuk tambat hati anak anak. Salah kita juga sebab tak cakna pada keperluan emosi anak anak.
Sehari kita sepatutnya kena peluk anak paling kurang pun 8 kali sehari supaya anak rasa Connected dengan kita.
Sehari kita sepatutnya kena buat Eye Contact paling kurang 1 kali masa bercakap dengan anak anak untuk buat dia rasa di hargai.
Bagaimana kita layan anak anak hari ini akan beri impak besar pada bagaimana anak anak pula akan layan kita kemudian hari.
Ingatlah, dunia ni berputar macam roda… Wallahu A’lam,
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak-anak memang mempunyai perwatakan dan sikap yang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa pastinya anda lebih mengenali mereka berbanding orang luar. Ada yang perangainya lain macam, keinginan dan keazamannya luar dari kebiasaan dan anak sebegini sememangnya lebih menguji kesabaran mak ayah.
Namun itu semua bukan tiket untuk ibu ayah marahkan mereka secara membuta-tuli. Respon yang tepat dapat menghindarkan anak-anak daripada membesar menjadi seorang anak yang bermasalah.
Jika anda ingin kenali apakah antara anak anda merupakan si kecil yang mempunyai keazaman tinggi, boleh lihat tanda-tanda seperti yang dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi ini. Turut disertakan solusi untuk ibu ayah berdepan dengan anak-anak sebegini.
5 Tanda-tanda Anak Kita Seorang Yang Berazam Tinggi.
Anak yang berazam tinggi ni, selalu disalah-ertikan sebagai DEGIL. Mana tak nya. Mereka selalu buat kita pening dengan tingkah laku mereka yang tak selari dengan kehendak kita. Samalah seperti seketul Spongebob ini. Beliau adalah anak sulung saya.
Kalau dia nakkan sesuatu, ia harus sebijik macam yang dia expect dalam kepala.
Hanya kerana tayar kereta mainan senget sikit dari sportrim, dia akan gigih membetulkan. Kalau tak dapat betulkan, bukan mood dia je boleh hilang. Kepala mak dia yang sedang menolong pun boleh nyut-nyut .
Melarang dia buat sesuatu yang dia nak, hanya membuatkan momen indah mak dan anak berakhir drama.
Kita perlu BERHATI-HATI untuk beri respon kepada mereka. Kalau kita hilang sabar, kita mudah bertindak kasar dan melabel mereka sebagai degil dan jahat. Hasilnya, mereka BERISIKO MENJADI SEORANG ANAK YANG BERMASALAH.
Mencabar kan!
Tapi, kalau betul caranya, keazaman mereka yang kuat ini akan menjadikan mereka seorang DEWASA YANG TAK MUDAH MENGALAH.
Tanda-tanda anak yang strong-willed :
1. MUDAH MARAH Terutamanya bila mereka tak berjaya buat sesuatu. Expectation mereka tinggi. Segalanya nak perfect. Kadang-kadang tak logik. Dan tak selari dengan kemampuan orang nak membantu. Kalau tak berjaya, mereka jadi mudah mengamuk. Solusi : – Validate feeling dengan cara menyebut emosi yang mereka rasakan. ️“Mama tau, Ammar FRUST tak dapat betulkan benda ni.” “Benda kecik tu pun nak nangis.”
– Elak menidakkan emosi mereka. Ia tidak membantu perkembangan emosi yang sihat.
– Untuk yang dah dewasa, ajar anak untuk ber”Terima kasih” sebelum memberi komen.
2. SUKAR MENDAPATKAN KERJASAMA. Sebelum meminta atau melarang, kita perlu rajin untuk explain SEBAB-MUSABAB & KENAPA.
Selagi tidak dapat penerangan yang memuaskan hati, merka akan argue dan sukar untuk memberi kerjasama. Solusi : – Jelaskan kepada mereka secara ringkas
“Kita tak boleh pergi ke taman sebab cuaca panas. Bahaya panas ni. Kita boleh demam dan sakit kepala.”
– Instead of menyuruh, beri mereka pilihan,
“Nak letak mainan ni kat dalam bekas ni, atau bekas tu.”
3. BOSSY Anak yang strong-willed ini tau apa yang perlu dilakukan. Mereka mempunyai visi yang jelas dan tak teragak-agak menyuruh sesiapa saja. Geram je kan bila kita maknya pun disuruh sekali. Solusi : Ajar mereka meminta tolong dengan cara yang beradab.
“Bukan macam tu cara nak minta tolong. Try again in a nicer way.”
4. TEGAS DENGAN PENDIRIAN Saya pernah pening dengan perangai Ammar yang suka pakai swimming suit dalam rumah. Selesa katanya. Dia sanggup tak pergi ke taman, asalkan saya tak minta dia tanggalkan simming suit tu. Solusi : -Oleh kerana mereka jenis suka menang, kaedah reward berkesan untuk mereka.
Mereka puas apabila mereka dapat sesuatu hasil dari mendengar cakap kita.
– Kaedah ini boleh dilakukan dengan sistem star chart atau pun reward kecil seperti PUJIAN dan PERHATIAN.
“Lepas abang pergi buang sampah, datang kat mama untuk dapatkan cium dan peluk.”
5. TAK TAKUT DENGAN AMARAN Mereka tak mudah didominasi dengan amaran dan ugutan. Terutama sekali bila dia tau yang kita takkan sampai hati buat apa yang kita warningkan tu. Solusi :
– Jangan ugut dengan perkara yang kita takkan buat.
“Gaduh lagi, ayah turunkan korang kat tepi jalan ni.”
“Mama call polis nanti.”
– Stick to your word. Cakap serupa bikin.
Kalau kita cakap, “Kalau taknak berbincang, ayah akan ambil mainan tu. Tak ada sesiapa boleh main benda tu selama seminggu.”
– Berjaga-jaga ketika memberi amaran. Jangan sehingga ia berbentuk UGUTAN.
Ini kerana, anak-anak akan belajar untuk mendominasi orang lain dengan cara ugutan juga.
Sabar ya ibu dan ayah. Walaupun membesarkan anak strong-willed ini amat mencabar, tapi dengan didikan dan kesabaran kita, mereka berpotensi besar menjadi seseorang yang sangat berjaya.
Kuncinya adalah, meraikan sifatnya dan salurkan dengan cara yang betul. Bukan mengikut rasa geram kita sehingga menghancurkan semangatnya.
Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air? Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut?
Wujudnya masalah fobia air
Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air. Tetapi setibanya di pantai, mereka langsung tidak mahu mencelup kaki ke dalam air laut.
Ketika si manja masih kecil, amat mudah membawa mereka ke pantai atau mandi kolam. Tetapi apabila meningkat usia, mereka seperti seolah-olah takut dengan air.
Jika anda berdepan dengan senario di atas, percayalah anda tidak keseorangan. Bahkan terdapat ramai ibu bapa lain turut mengalami situasi yang sama.
Tetapi kenapa ya?
Ia sesuatu keadaan yang biasa untuk wujud rasa takut atau fobia air dalam kalangan kanak-kanak.
Sudah tentu, keadaan ini mengakibatkan ada ibu bapa berasa kecewa dan runsing memikirkan cara untuk mengatasi ketakutan itu.
Punca fobia air
Ketidakmatangan perkembangan pada kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya ketakutan dengan air pada si manja.
Berbeza dengan bayi, mereka masih tidak mempunyai kesedaran atau kewaspadaan terhadap air sebagai sesuatu yang menakutkan.
Malahan mereka akan berasa gembira dengan percikan air ketika dalam tab mandi, tasik, lautan atau kolam renang.
Tetapi saat anak anda semakin membesar, ia perkara yang normal jika mereka mula berasa takut dengan air.
Tahap perkembangan untuk kanak-kanak dalam usia tadika untuk mengalami fobia air adalah biasa. Ini sebabnya:
Sesetengah kanak-kanak mungkin akan dapat melawan ketakutan yang dialami dengan mudah berbanding mereka yang lain.
Namun sekiranya anak anda mempunyai pengalaman yang menakutkan dengan air, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengatasi ketakutan dan fobia berkaitan air tersebut.
Cara mengatasi ketakutan dan fobia air
Perkara paling penting yang perlu ada pada ibu bapa adalah untuk sentiasa bersabar kerana rasa takut terhadap air itu normal.
Mungkin anda tidak tahu apakah perkara yang menjadi pencetus ketakutan dalam diri anak anda.
Ia berkemungkinan wujud apabila melihat anak patung kesayangannya tenggelam ke dasar kolam atau apabila melihat individu lain terjun ke dalam kolam.
Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba dan perlu diingat sewaktu membantu mengatasi ketakutan si manja terhadap air:
Jangan memaksa
Pastikan anak tahu bahawa ia sesuatu yang normal untuk berasa takut. Biarkan anak membiasakan diri dengan air laut atau kolam secara beransur-ansur. Usah memaksa.
Sesetengah anak memerlukan masa untuk berasa yakin dan selesa.
Jika si kecil mengikuti kelas berenang, pastikan jurulatih memahami keadaan mereka dan tidak memaksanya untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga dia benar-benar bersedia.
Peralatan lengkap dan menyeronokkan
Berikan si manja goggle dan pelampung dengan warna kegemarannya serta pakaian jaket keselamatan.
Sesetengah kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan selesa apabila diberikan peralatan yang lengkap. Ini boleh membantu mengatasi ketakutan terhadap air.
Walaupun anda memberikan si manja dengan pakaian keselamatan, tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu memantau anak-anak, okay?
Menguji air
Jika waktu mandi biasa, langkah mencuci dan mengeringkan badan dilakukan dengan segera, apa kata ketika mandi laut atau kolam, berikan masa berendam yang lebih lama.
Ini boleh membantu mereka untuk berasa lebih selesa dan mempraktikkan apa yang gemar dilakukannya di dalam tab mandi seperti merendam wajah ke dalam air.
Jangan kedekut untuk memberikan pujian setiap kali mereka melakukan sesuatu dengan yakin.
Sertai mereka
Anak anda mungkin akan lebih berasa yakin dan mampu mengurangkan fobia air apabila anda turut menyertainya mandi di laut atau kolam.
Anak mungkin takut untuk mandi secara sendirian, tetapi ia sekurang-kurangnya membuatkan mereka sedar bahawa penting untuk dia berasa selamat di dalam air walau di mana pun dia berada.
Berbincang
Ia sesuatu yang baik jika anda boleh memahami punca yang menyebabkan wujudnya ketakutan terhadap air.
Ini kerana, jika anda mengetahui apa yang sedang mereka lalui, mungkin lebih mudah untuk anda membantu mengatasi ketakutan tersebut dan membuatkan anak berasa lebih selesa bermain dengan air.
Perlahan-lahan…
Sebagai ibu bapa, anda perlu menghormati bahawa ketakutan yang dialami si manja bukan sesuatu yang dibuat-buat dan elakkan daripada memaksa mereka untuk melupakan rasa takut itu.
Dengan sabar, perlahan-lahan, dedahkan anak dengan air. Walaupun hasilnya mungkin kecil, tetapi lama-kelamaan, dia pasti akan berjaya mengatasi ketakutan itu.
Paling penting, jangan merendah-rendahkan atau mengejek rasa takut yang dialami mereka, okay?
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.