Seringkali kebanyakan ibu mengandung menyimpan hasrat untuk menikmati buah durian kerana khuatir dengan sifatnya yang dikatakan panas. Sebenarnya, buah durian tidak salah dan boleh dimakan olh ibu hamil. Pun begitu, pengambilannya bersyarat dan si ibu perlu tahu tahap kesihatan mereka sebelum makan buah ini.
Penjelasan tentang kehamilan dan buah durian ini ada dikongsikan oleh Dr Erna Nadia melalui penulisannya di Facebook. Katanya buah durian boleh dinikmati ibu hamil tetapi perlulah berpada-pada.
18 kali saya ternampak orang jual durian tepi jalan setiap kali pergi balik kerja, tapi kali ke 19 akibat jualan oleh sister jabatan saya, aura keenakkannya tak dapat saya tolak lagi.
Saiaaa taaaakuaddd😩
SIAPA KATA MENGANDUNG TAK BOLEH MAKAN DURIAN?
Haa siap caps lock 😋
Jika anda mengandung dan anda sihat, makna kata semasa hamil, anda tiada masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang, anda boleh sahaja makan durian.
Tapi, berpada pada.
2-3 ulas mencukupi.
Ads
Dan sudah tentu bukan hari hari😊
Buah durian adalah buah-buahan juga.
Janganlah kata buah durian ni panas buah durian ni tak bagus buah durian yada yada yada. Seolah kita menidakkan rezeki nikmat Allah kurnia.
Raja buah ni kita tak galakkan makan segedebuk banyak sebab kalori dia tinggi, kandungan gula tinggi, garam mineral seperti potassium juga tinggi.
Sebab itu berhati-hati.
Dan sebab tu juga lepas makan kita akan rasa badan sedikit panas, bukan sebab buah panas tapi sebab nilai kalori yang tinggi tu😉
Jika anda ada masalah kesihatan, bincanglah dahulu dengan doktor atau dietitian ya.
Sebabnya masa mengandung ni, buah pinggang kita berfungsi lebih dari biasa. Jadi kita tak mahu bebankan lagi buah pinggang kita.
Sebab itulah doktor doktor suka nasihat jangan ambil supplemen atau jus jus atau produk yang membahayakan sebab buah pinggang ni lah nak singkir toksik dari badan kita. Kalau ambil produk sembarangan, ianya membebankan lagi buah pinggang kita.
Kesian buah pinggang kita, kan?😞
Janganlah takut dengan buah-buahan fresh.
Lebih baik kita risau pada makanan proses yang lebih banyak unsur gula garam dan penambah rasa di dalamnya.
Ads
Key point dia adalah : berpada pada😙
Lepas makan durian, minumlah air masak banyak banyak dan bergeraklah atau bersenamlah untuk bakaq balik kalori tadi.
Siapa cakap masa mengandung tak boleh bersenam ni memang nak kena piap telinga😝
Pstt : Baru kenal durian aiskrim harini tapi pada saya D24 tetaplah🤤🤤🤤
Tiada makanan bersifat panas atau sejuk yang ada cuma hati yang mendidih atau membeku🤪
Semoga dengan penjelasan dari Dr Erna ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada ibu mengandung yang mengidam makan durian, tetapi khuatir dengan momokan orang sekeliling yang mengatakan pengambilan durian boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejang kaki ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku terutama dalam trimester kedua dan ketiga. Antara punca yang mengaitkan kejang kaki adalah kekurangan nutrisi dan ibu hamil digalakkan mengambil makanan tambahan secukupnya terutama magnesium dan kalsium.
Kekurangan pergerakan disebabkan perut yang semakin membesar hingga ramai antara mereka banyak berehat dengan berbaring atau tidur. Nak tahu lebih lanjut mengenai keadaan dan bagaimana untuk mengatasinya, Dr Muhammad Izzat berikan tip.
Leg cramps – real in pregnancy ! Hampir 50% pesakit saya mengadu ada leg cramps. Kekadang tengah tidur pun boleh ada kekejangan tetiba. Bukan tu je, ramai mak-mak tetiba dapat cramp masa tengah sibuk meneran masa bersalin. Sian tengok tau.
Tips menghadapi kaki kejang masa mengandung :
1) bengkokkan hujung kaki tu melawan arah cramp
2) angkat tinggi sikit kaki sambil-sambil buat senaman regangan
3) cuba berjalan. Yela tengah cramp mcm mano plak nak jalan. Memang susah, tapi berjalan adalah satu kaedah yang efektif untuk kurangkan cramp
4) buat urutan ringan pada muscle yang cramp
Cara nak elakkan cramp kaki terjadi :
1) sentiasa buat senaman regangan otot kaki – 2/3x sehari
2) sentiasa bergerak aktif dan banyakkan berjalan
3) pastikan kekal terhidrat dengan minum air yang mencukupi
Biasa sangat mak-mak ni cramp masa tengah meneran bersalin. Sempat la juga ajar buat senaman stretching masa tengah cramp tu. Belum sempat settle cramp tu, contraction datang plak. Aduhai
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa pun pasti akan merasa bahagia apabila disahkan bakal menimang cahaya mata. Melalui fasa kehamilan memerlukan bakal papa dan mama mencari ilmu persediaan untuk pengalaman baharu tersebut.
Menyambut kelahiran bayi merupakan fasa baharu dalam kehidupan pasangan suami isteri. Proses kehamilan dan kelahiran bayi bukan sekadar satu pengalaman yang boleh dilalui secara semula jadi.
Ia mestilah disokong dengan ilmu pengetahuan tentang proses tersebut supaya bakal papa dan mama dapat mempersiapkan diri mereka menyambut kelahiran anak sejak dari dalam kandungan lagi.
Justeru, Pa&Ma menerusi komuniti Moms To Be telah menganjurkan webinar khusus untuk bakal ibu bapa secara virtual.
Webinar ini berjaya menhimpunkan seramai hampir 1000 orang peserta terdiri daripada bakal mama dan papa. Barisan panel yang dijemput pun semua hebat-hebat iaitu terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang obstetrik & ginekologi, pediatrik, keibubapaan, motivasi.
Antaranya Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Prince Court Medical Centre, Dr Siti Sarah Aishah, Pensyarah & Pakar Pediatrik USIM, Dr Tengku Putri Zainab, Pakar Pediatrik & Pakar Laktasi IBCLC Sunway Specialist Centre, Damansara, Ustazah Fatimah Syarha, Penceramah bebas, Encik Fhais Salim, Pakar motivasi keibubapaan dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Kupasan Tajuk Menarik
Memenuhi keperluan peserta dalam kalangan bakal papa dan mama, antara topik-topik yang dibincangkan sepanjang sehari webinar yang bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang ini termasuklah Aku Tak Serik Bersalin, Kawal Emosi & Amalan Ibu Waktu Hamil, Jom Kenal Bayi Baharu Lahir Kita, Susu Ibu Rawatan Terbaik Bayi Jaundis, Peranan Suami Support Isteri Hamil & Bersalin dan Cabaran Lahirkan Anak Momen Terindah Seorang Ibu.
Selain panel-panel jemputan, webinar turut menjemput wakil jenama infant carseat untuk bayi iaitu Joie Baby Malaysia yang berkongsi maklumat tentang pemilihan carseat bersesuaian untuk bayi baharu lahir dan membuat demo pemasangan carseat.
Selain itu mereka turut menawarkan promo istimewa harga diskaun pembelian carseat untuk peserta webinar.
Selain pengisian ilmu dan info, peserta webinar turut berpeluang menang hadiah cabutan bertuah dan bermain games teka dan menang yang menguji kecerdasan minda peserta berkaitan webinar.
Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan termasuklah hadiah utama berupa pam payudara, bengkung, set pakaian bayi, beg lampin bayi dan tiket masuk ke taman tema dan zoo.
Rata-rata peserta yang kebanyakannya hamil anak pertama berpuas hati dengan pengisian webinar dan perkongsian ilmu daripada panel jemputan kerana banyak membantu mereka membuat persiapan untuk melahirkan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengidam atau teringin makan sesuatu makanan adalah fenomena biasa untuk wanita hamil, terutama semasa berada dalam trimester pertama atau kedua. Walau bagaimanapun, makanan yang paling menjadi idaman wanita hamil ialah makanan yang manis, masin atau pedas, yang mana jenis-jenis makanan ini adalah tidak berkhasiat untuk bayi anda.
Sudah tentu anda ingin menitikberatkan kesihatan bayi dalam kandungan yang memerlukan nutrisi, tetapi mengidam makan makanan manis dan berlemak pasti mengganggu anda. Tip-tip di bawah boleh membantu anda mengawal rasa mengidam anda menjadi lebih mudah dan sihat.
Campurkan makanan sihat dengan makanan yang tidak berkhasiat
Jika anda begitu teringin makanan manis dan makanan ringan, cuba campurkan makanan ini bersama makanan sihat. Contohnya, anda makan granola manis dan rangup dengan bijirin tinggi-serat. Dengan cara ini, anda boleh memenuhi rasa mengidam anda dan juga menyerap serat untuk mengelakkan sembelit. Contoh lain ialah, anda mahu makan snek masin, yang merupakan makanan paling diingini semasa hamil, jadi anda boleh makan bersama salad.
Jangan melangkau sarapan pagi
Sarapan pagi lengkap dan berkhasiat membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar anda sebelum waktu makan tengah hari. Sarapan pagi untuk ibu hamil perlu mengandungi gandum penuh untuk tenaga, protein untuk pembinaan darah, kalsium untuk tulang yang sihat, vitamin dan bahan lain. Oleh itu, mengikuti jadual makan yang betul adalah langkah bijak untuk cara pemakanan semasa kehamilan.
Makan makanan ringan dengan kuantiti yang lebih kecil
Jika anda benar-benar teringin untuk mengambil makanan yang tidak sihat dan tanpa pengganti makanan sihat, anda boleh teruskan keinginan anda, tetapi ambillah dalam kuantiti yang lebih kecil berbanding biasa. Berbanding makan secawan aiskrim penuh-lemak, anda boleh menukarnya dengan makan separuh cawan aiskrim. Begitu juga dengan snek kurang berkhasiat lain, anda boleh mengambilnya dalam bahagian yang kecil untuk menghilangkan rasa mengidam dan lapar anda.
Cuba untuk tidak makan makanan ringan
Jangan beli makanan yang tidak sihat sehinggalah anda benar-benar terasa ingin makan makanan tersebut. Sebaliknya, anda sediakan makanan yang berkhasiat di rumah anda, jadi, jika tiba-tiba anda teringin untuk makan sesuatu, anda boleh mencapai dahulu makanan berkhasiat yang ada. Anda mungkin akan rasa malas untuk keluar dan membeli makanan kegemaran anda, jadi anda ‘terpaksa’ makan dahulu makanan berkhasiat yang ada di rumah.
Secara umumnya, cara terbaik untuk mengelakkan makanan tidak sihat adalah dengan tidak makan makanan tersebut, kerana makanan ini akan membuatkan anda terlebih berat badan, mendapat dibetes gestasi, dan masalah lain yang boleh mnjejaskan bayi anda. Selain itu, jika anda mengidam bahan bukan makanan seperti rambut, abu, kotoran, atau bahan-bahan lain, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil pica, yang memerlukan anda untuk segera berjumpa dengan doktor. Pica mungkin adalah petanda anda mengalami kekurangan nutrisi kalsium atau zat besi teruk.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.