Ada kanak-kanak mengalami masalah kesukaran untuk tidur tak kira sama ada siang atau pun malam. Biasanya kanak-kanak sangat aktif dan ceria terutama waktu siang.
Oleh kerana terlalu aktif dan asyik hendak bermain sepanjang masa, mereka menolak untuk tidur siang.
Sebagai ibu ayah tentu anda risau sekiranya anak mempunyai masalah sukar tidur. Adakah ia boleh mengganggu perkembangan diri mereka?
Menurut Pakar Pediatrik, Dr.Mohamed Nazir Abu Bakar, ibu bapa perlu tahu sama ada anak mereka cukup tidur atau tidak. Bagaimana caranya?
Kanak-kanak dalam peringkat umur yang sama mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Satu cara mudah ialah dengan meneliti kelakuannya pada siang hari.
Jika dia nampak kurang ceria, moody dan sering mengantuk, itu adalah indikasi mungkin mereka tidak cukup tidur. Sebagai panduan, kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun memerlukan tidur antara 12 hingga 14 jam dalam tempuh masa 24 jam sehari.
Ads
Jika ibu bapa risau adakah anak-anak mereka tidur dengan cukup, ada beberapa soalan yang ibu bapa perlu tanya diri sendiri:
1. Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit?
2. Bolehkah anak bangun pagi dengan senang?
3. Adakah anak nampak tenang dan ceria pada siang hari?
Ads
4. Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika dalam kereta?
Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakna anak anda cukup tidur.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Ads
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua hormon ini boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti di kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill (kemahiran motor kasar dan halus).
Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Selepas membaca maklumat ini, sebaiknya pantau kualiti tidur anak anda kerana tidur yang cukup dan berkualiti membantu tumbesaran sihat dan cerdas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mak ayah tentu gembira kalau anak-anak yang dah semakin membesar suka belajar dan sangat cintakan ilmu.
Ada bermacam tip dan kaedah yang ramai ibu bapa kongsikan untuk merangsang anak suka belajar.
Kalau anda sedang usahakan untuk mendidik anak gemar buku dan minat belajar bolehlah ikut tip yang dikongsi oleh Dr Roslin Muhammad Taha
7 TIPS DIDIK ANAK CINTAKAN ILMU & MINAT BELAJAR
1.Anak-anak seringkali memerhatikan perlakuan kita sebagai ibubapa. Berikan mereka contoh yang terbaik, “lead by example”. Sediakan waktu khas untuk membaca bersama seperti amalan membaca “bedtime story” dan sediakan banyak bahan bacaan ilmiah di dalam rumah mahupun di dalam kereta.
2. Pada hari minggu, bawa anak bersiar-siar. Perkenalkan mereka kepada dunia luar dan ajar mereka ilmu tentang alam sekitar. Sekiranya menghala ke pusat membeli belah, jangan lupa singgah ke kedai buku dan hadiahkan mereka sebuah buku setiap seorang.
3.Mulakan pada usia muda. Apabila mereka berumur setahun, berikanlah buku sebagai hadiah harijadi. Mulakan dengan memperkenalkan warna, abjad dan nombor. Kelazimannya, saya akan pastikan anak-anak saya sudah mengenal nombor dan abjad sebelum memulakan persekolahan di tadika. Dengan cara ini, guru-guru mudah mengajar phonics apabila mereka mula bersekolah.
4. Apabila mereka telah mula membaca, bawa mereka ke perpustakaan awam dan perkenalkan mereka kepada dunia buku. Anak-anak yang berusia 3-4 tahun sangat gemarkan cerita-cerita haiwan.
Anak-anak yang berusia 5-6 tahun sudah boleh diperkenalkan kepada ilmu sains. Bila subjek sains diperkenalkan dalam keadaan santai sebegini, mereka akan merasa mudah apabila ianya dipelajari di sekolah nanti.
Yang telah saya nyatakan di atas hanyalah contoh, perlu ditekankan bahawa setiap anak adalah berbeza. Sebagai ibubapa kita hanya perlu memupuk dan membimbing minat mereka.
5. Catatkan tahap pembelajaran setiap anak-anak, syllabus tidak perlu mengikut apa yang diajar disekolah, setiap anak mempunyai kemampuan dan bakat yang tersendiri.
Sebagai contoh;
Anak saya Jada yang berusia 3 tahun masih memerlukan bantuan dengan nombor 1-20. Umar yang berusia 6 tahun pula sangat meminati bidang astronomi dan memerlukan latihan tambah tolak dalam matematik. Apabila saya memberikannya hadiah buku latihan matematik Star Wars, dia sangat teruja.
Jad yang berusia 13 tahun pula perlukan bimbingan dalam bidang penulisan dan rekacipta. Alyssa yang berusia 15 tahun pula perlu bimbingan dari segi opsyen dan pemilihan kerjaya yang bakal diceburinya nanti.
Catatan sebegini memudahkan kita untuk membimbing anak-anak mengikut tahap mereka masing-masing. Setiap anak mempunyai keperluan tersendiri dan catatan ini dapat memastikan kita lebih sistematik dalam merancang pembelajaran mereka.
6. Minat anak-anak boleh dipupuk dan dibimbing. Walau bagaimanapun, penggunaan gajet dan televisyen perlu dikawal agar tidak berlebihan sehingga membantutkan proses pembelajaran dan menyekat potensi mereka.
7. Terdapat pelbagai jenis ilmu di dunia dan telah ada banyak ilmu yang dibukukan dalam pelbagai jenis bahasa. Sebaiknya sebelum kita menuntut ilmu dunia, kita mulakan dengan menuntut ilmu akhirat.
Sebelum membaca buku-buku karangan manusia, kita mulakan setiap hari dengan membaca kalam Allah, ayat-ayat suci Al-Quran. Sebagaimana kita perlu membaca, memahami, mentadabbur dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran, begitu juga kita perlu mempelajari dan memahami ilmu-ilmu dunia dengan lebih mendalam.
Proses ini merangkumi satu lagi cabang ilmu yang dinamakan “Critical Thinking”, iaitu satu kemahiran yang saya rasakan amat penting buat anak-anak kita.
Anak usia 1-2 tahun suka memanjat? Skil ini bagus untuk perkembangan tumbesaran. Anak kecil pantang tengok tangga, grill pintu atau sofa suka sangat memanjat? Jika tak perasan, tahu-tahu sudah selamat memanjatnya. Kita pula yang risau.
Anak Usia 1-2 Tahun Suka Memanjat? Skil Yang Bagus Untuk Perkembangan Tumbesaran
Ingat kalau anak kita sudah masuk umur 1 hingga 2 tahun, jangan terkejut mereka sudah mula suka memanjat sofa, pintu grill, baby cot dan tangga rumah. Kadang-kadang di tempat awam dan rumah orang pun anak tak boleh duduk diam. Mereka lasak memanjat sana sini. Ini yang buat kita rasa malu sangat.
Menurut Dr Rahim, pada waktu ini anak suka memanjat bukannya kerana hyperaktif, bukan anak bermasalah atau nakal. Ini perspektif fikiran ibu bapa yang silap! Tapi ia adalah salah satu skill penting dan baru dalam perkembangan motor kasar pada diri dan perkembangan otak anak tu ketika pembesaran dirinya.
Saya nak anda fikir sejenak:
i) Anak yang baru lahir terus menyusu dari Kita tak pernah mengajarnya. Skill itu ANUGERAH ALLAH cara automatik dalam proses perkembangan bayi yang normal. Bagitu jua belajar MENIARAP, BERANGKAK, DUDUK, BERDIRI dan BERJALAN. Anda tak perlu bagi tuisyen kepada anak, bukan?
ii) Anda tak payah ajar anak anda macam mana nak MEMANJAT. Tapi SKILL SPECIAL MEMANJAT ini ANUGERAH ALLAH terjelma bila tahap perkembangan bayi itu tiba waktunya dalam perkembangan otak yang normal. Sebabnya ketika ini mereka sudah mula ada Deria Vestibular (deria pergerakan & keseimbangan). Ini yang menyebabkan mereka suka memanjat dan cuba deria tersebut lalu kelamaan dapat pupuk SKILL tu dalam dirinya dengan baik dan berguna pada masa depan mereka.
Memanjat memang normal dan adalah satu KEPERLUAN dalam perkembangan anak-anak. Masa kecil dulu kita pun bebas panjat pokok dan main-main panjat tangga dan papan gelonsor.
Tapi sekarang ini, mak ayah sibuk dengan karier hingga balik larut malam cari DUIT. NO TIME dengan anak-anak di taman permainan. Sebab tu anak-anak zaman sekarang suka memanjat dalam rumah untuk dapat skill daripada Deria Vestibular yang sedang berkembang dalam dirinya.
Nasihat doktor:
– Biar saja anak anda nak naik turun tangga di rumah. JANGAN halang mereka menguatkan skill ini. Hanya waspada mereka daripada jatuh dan cedera diri mereka saja.
– Anak nak panjat grill rumah, bagi je. JANGAN marah atau rotankan mereka. . JANGAN KATA MEREKA NAKAL! HYPERAKTIF! Patut kata GOOD…KEEP IT UP!!. Mak ayah kena faham ini ye.
– Anak panjat sofa, RELAK saja. Kalau rosak sofa itu beli yang baru. Maklumlah nak bagi anak develop skill. Jaga saja baik-baik supaya JANGAN ada injury/ cedera.
– Ramai mak ayah buka tv dan beri gajet untuk UBAH ATTENTION anak daripada memanjat. Ini tindakan yang TAK BETUL DAN MEROSAKAN MINDA DAN DEVELOPMENT anak dengan media tersebut tanpa aktiviti lasak.
-Memanjat boleh membuatkan otot, tulang, sendi serta deria saraf Vestibular anak berkembang cepat dan lagi matang.
Banyak perkongsian tips keibubapaan mengajar ibu ayah supaya kurangkan rasa marah pada anak kecil. Tapi majoriti yang bergelar ibu bapa mesti akan marah pada anak-anak bila mereka buat nakal. Itu memang tindakan normal kan?
Biasanya lepas marahkan anak, ibu dan ayah akan rasa menyesal terutama kalau marah diikuti dengan tengking atau pukulan.
Tapi macam mana cara terbaik untuk elakkan daripada cepat marah si kecil? Masing-masing mesti ada cara tersendiri yang diamalkan tetapi tak salah untuk mencontohi kaedah ibu bapa lain kalau ianya bagus untuk kita dan anak.
Kaedah mengawal rasa nak marah anak yang dikongsi oleh Puan Maznah Ibrahim ini mungkin boleh kita contohi supaya sama-sama kita menjadi ibu bapa yang hebat untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia akhirat.
Teknik kawan saya: bila nak marah je ingat kalau la anak ni tak ada esok macam mana hidup kita. Pernah orang kematian anak kecil kan, minta dijauhkan. Anak ni ahli syurga. Tak wajar dimarahi atas kesalahan kecil walau diingat berulang kali.
Teknik Ibu Rose: sama, pandang wajah anak, ingat balik. Nanti kita tua adakah kita nak dimarah oleh anak pula? Sekarang tangan kecil anak tidak kuat memegang gelas dan jatuh tumpah pecah, esok kita tua, tangan tua kita tak larat pegang dan cawan pecah. Nak ke anak pula balas macam apa kita buat kat dia masa kecik. Walau dia tak berniat balas, namun sub concious mind dia terikut apa kita treat dia masa kecil-kecil dulu.
Teknik saya: saya tarik nafas, dan terus buat je apa yang saya perlu buat. Contoh lap lantai ke, angkat barang ke dapur ke dan lain-lain, then come back kepada anak dan beritau apa yang kita nak dia buat dengan betul. Teknik Nabi tunjukkan cara yang betul, elak marah, kemudian anak akan cuba buat seperti apa kita tunjukkan. So lepas tu puji terus. Anak akan belajar lebih baik begitu untuk tidak silap.
Nak uji ibu ayah
Kadangkala anak sengaja buat silap sebab suka tengok reaksi kita (hormon stress keluar kan, ia kelihatan sangat menarik perhatian), or sebab anak nakkan perhatian, terutama yang dah beradik. Buat baik dan betul, ibu biasa-biasa aja tak heran. Tapi bila aku buat salah ibu beri perhatian laa… so dia tends to buat yang kita confirm akan marah.
Caranya gantikan dengan pujian apabila dia buat sesuatu yang baik walau kebaikan kecil. Puji melambung nada tinggi excited sama macam marah tu, insyaAllah anak akan pilih untuk bertingkahlaku baik sebab dapat reaksi menarik ibu malah jauh lebih positif perasaan yang dia alami, insyaAllah.
Muhasabah dan refleksi diri. Aku ni marah sebab apa sebenarnya lebih kepada penat nak mengelap lantai dan frust sebab dia tak dengar kata or memang marah sebab perlakuan silap anak kecil? Biasanya ia adalah kerana perasaan sendiri iaitu penat dan frust jadi marah, bukan kerana kesalahan si kecil. Maka ia bermakna emosi kita diapi-apikan lagi oleh iblis syaitan.
Ingat yang iblis ni sangat sistematik dan berperancangan. Mereka suka bila kita lemah dengan emosi marah dan marah anak kecil Islam kita. Mereka suka tengok generasi Islam kita ni dikuasai emosi negatif, agar generasi kita lemah dan kalah dengan emosi dan gagal bangkitkan islam dengan aman, toleransi dan berhemah kerana kanak-kanak hari ini adalah leader kepada dunia akan datang, ingat tu.
Bermaksud apabila marah, ia lebih kepada marah dan kecewa terhadap diri sendiri, bukan kerana anak silap. Ia lebih kepada silap diri sendiri atau kelukaan semasa kecil yang masih berbuku dan tertanam dalam diri belum terubat dan diubati. Maka healing process terbaik ialah kaedah spiritual, mohon pada Allah untuk memaafkan individu pernah marah kita dan individu yang kita marah kepadanya.
Let go. Lepaskan, insyaAllah bila beban dalam jiwa dah lepas, kita akan sangat ringan dan mudah nak curahkan kasih sayang dan layanan baik kepada si kecil. Bermaksud mudah nak apply teknik baru selain teknik marah yang dah ter ‘register’ lama dalam brain kita sejak 0-6 tahun usia kita. Bukankah 90% otak dewasa sudah terbentuk semasa mereka kanak-kanak berusia 0-5 thun dan 80% ialah 0-2 tahun?
Maka segala gaya cara sikap kita, dah terbentuk dalam brain semasa kecil yang masih belum mampu memahami dengan kognitif rasional lagi. Ia jadi spontan gayanya bila dah besar sebab dah spontan rakam dalam otak kita sejak awal lagi jadi image dan tonjolkan semula. Rakam dan play semula.
Kadangkala ibu marah dengan suami yang meninggalkan or buat salah, tanpa sedar terlepas pada anak walau kesalahan kecil dia lakukan.
Kadangkala ibu marah kerana pernah dimarahi ibunya or kakaknya or abgnya semasa kecil, jadi anger itu ter project kepada anak kecil yang di bawah pengaruh kuasa ibu kerana anak kecil itu sahaja yang dia boleh terkam/cengkam, ibu or kakak nya itu besar, lebih tua dan dah jauh, segan je nak balas balik sekarang, kan.
Jadi proses kaunseling terapi kadangkala membantu untuk bab healing , proses dan let go ini. Boleh jumpa mana-mana individu yang berkemahiran jika perlu seseorang untuk guide diri. Jika segan tak mengapa. Niat, doakan, cari bahan bacaan lagi, boleh buat proses sendiri. Doa semula agar dipermudahkan Allah, insyaAllah boleh sesangat sebab kita sangat berkehendak nak berubah ke arah lebih baik, Allah mudahkan. Buangkan yang buruk dah telah tertanam tanpa kita sedar.
Kecoh di media sosial isu “sos cili punca lelaki curang” tengah hangat dibincangkan. Thread itu berkongsi di mana suami boleh berubah hati apabila rakan...