Setiap kali kalau nampak anak nangis je, ngamuk je mesti kita ingat dia tantrum. Sebenarnya ada dua perkara kalau anak tu menangis. Sama ada dia tantrum atau meltdown je.
Jom kita tengok perbezaan tantrum dan meltdown ni dan tips untuk berdepan dengan anak tantrum okay!
Tahukah anda, kanak-kanak yang menghidap autisme sebenarnya lambat didiagnosis? Tapi sebenarnya ada beberapa ciri-ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok kat anak-anak.
Statistik baru-baru ini bagitahu 1 daripada 68 kanak-kanak telah didiagnosis dengan gangguan autisme dan ia hanya dikesan pakar apabila mereka berusia 2 tahun.
1: Perkembangan motor yang lambat
Contohnya macam berguling, merangkak, berjalan atau bercakap? So gangguan autisme biasanya melibatkan perkembangan anak-anak yang jadi lambat. Jadi, ibu bapa perlu peka dgn perkembangan anak.
Antara perkembangan motor yang lambat seperti:
1- Baby umur 6 bulan: tak boleh senyum atau menunjukkan reaksi riang 2- Baby umur 9 bulan: tak keluarkan bunyi dan ekpresi muka 3- Baby umur 12 bulan: tak nak “baby talk“, lambat bercakap, tak nak melambai dan lain-lain.
2: Nak perhatian anda secara berlebihan
Anda boleh tengok tanda dgn simptom autisme yang satu ini bila anak selalu tidak selesa dengan orang lain. Mereka nak memeluk dan mendapatkan perhatian anda je.
Ini bermakna mereka susah untuk berhubung dengan budak-budak lain. Bahkan, anak juga mungkin tak sedar dan tak minat dengan persekitarannya.
3: Kurang pergerakan
Anak autisme akan kurang tunjuk pergerakan seperti menonjol. Dia akan keras mcm “robot”.
Mereka juga tak akan melambai, tunjuk sesuatu atau cuba mencapai benda yang dia nak.
Biasanya, perkembangan ini akan dicapai oleh baby masa mereka berusia 9 hingga 10 bulan.
4: Perbuatan berulang
Anda perasan anak ada menunjukkan tanda autisme yang satu ini?
Anak selalu buat perbuatan berulang mcm mengibas-ngibas tangannya, atau melakukan pergerakan abnormal seperti memusing tangan?
Anak autistik suka dengan perbuatan atau aktiviti berulang seperti menepuk tangan, mencampak barang, memusingkan barang, memetik jari, memandang siling dan sebagainya. Merekapun mungkin akan meniru bunyi dan perkataan yang didengar berulang-ulang kali.
5: Tiada ‘baby talk’
Baby talk atau babbling adalah perbuatan bercakap yang biasa dilakukan oleh bayi apabila mereka mencapai umur 12 bulan. Walaupun ibu bapatak faham apa yang anak “bebelkan”, anak autistik lebih focus untuk tidak melakukannya.
Malah, jika mereka sudah semakin besar, mereka mungkin akan menghadapi kesukaran untuk bercakap mcm tak mampu jawab soalan, sering ulang perkataan sama, tak faham arahan dan susah menyatakan kehendak mereka.
6: Tak respon kalau dipanggil
Walaupun bayi sudah masuk usia 6 hingga 12 bulan, tapi mereka masih tak bagi respon kalau namanya dipanggil? Itu mungkin satu lagi tanda autisme.
Ini sebab kebiasaannya, anak autistik memang susah nak bina hubungan sosial dengan orang lain.Sebab itu juga mereka susah untuk disentuh, tak bermain mainan “olok-olok” dan suka meniru orang lain.
Ciri-ciri autisme yang paling utama adalah rasa untuk menyendiri. Mereka seakan tak dengar apa yang orang lain cakap kat dia. Malah, mereka tak nak terlibat dengan aktiviti yang libatkan ramai orang.
7: Tiada ‘eye contact’
Ibu bapa, perhatikan tanda yang penting ini: Adakah anak anda jarang bagi eye contact? Mcm mana dengan penglihatannya?
Adakah dia akan mengikut kalau kita tunjukkan objek kat dia? Takde eye contact adalah salah satu tanda awal autisme yang kita boleh kenalpasti.
Jika nak kepastian, masa tengah beri baby makan, try senyum lepastu pandang mata dia. Tengok macam mana dia respon.
8: Kurang senyum!
Pada umur 6 bulan ke atas, baby biasanya dah mula bagi senyuman gusi first kat ibu bapa dan orang di sekelilingnya.
Tapi jika anak anda tak nak senyum atau jarang senyum, hati-hati! Lihat dengan lebih peka tentang perkembangannya.
Malah, perhati gak kalau anak susah nak tunjukkan expression muka yang sepatutnya. Ini merupakan antara “kesukaran” yang sentiasa dihadapi anak autistik.
Memberi arahan kepada anak -anak juga merupakan satu bentuk komunikasi atau percakapan yang sangat perlu diberi perhatian oleh ibu bapa malah juga guru di tadika.
Selalu terdengar rungutan ibu bapa atau guru-guru bagi kes kanak-kanak tidak mengikut dan mendengar arahan.
Sebenarnya bercakap dengan anak-anak terutamanya memberi arahan memerlukan teknik komunikasi yang tertentu.
Terdapat beberapa peraturan mudah yang perlu diberi perhatian oleh orang dewasa apabila bercakap dengan kanak-kanak supaya boleh mengikut arahan yang diberikan. Ikuti teknik yang dikongsi oleh Konsultan Pedidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali
Sebelum memberi arahan, dapatkan perhatian kanak-kanak tersebut sepenuhnya terlebih dahulu. Semasa bercakap cuba minimakan gangguan daripada persekitaran. Jika sedang bermain, minta berhenti bermain beberapa minit atau seketika. Elakkan memberi arahan di depan televisyen dan duduklah secara berhadapan dengannya. Lihat matanya dan sentuh atau pegang bahunya dan lihat terus ke dalam matanya semasa memberi arahan. Sebut namamya seperti “ Maryam, ibu nak maryam susun kasut apabila masuk dalam rumah ya!”
2. Berterus terang dalam setiap arahan
Jangan berkias dengan kanak-kanak. Buat ayat pernyataan dan bukannya ayat pertanyaan. Misalnya “tolong duduk” dan bukannya “Kenapa tak duduk” atau “kenapa tak simpan mainan tu” tapi berilah arahan “tolong simpan mainan tu”.Pastikan kita lebih banyak menggunakan ayat “Do’s Than Don’ts”. Sentiasa bercakap dalam bentuk memberitahu kanak-kanak apa yang patut dibuat dan bukannya apa yang tidak patut dibuat.
3. Berada dekat apabila memberi arahan
Bila memberi arahan pastikan kita berada hampir atau berdekatan dengan anak. Elakkan memberi arahan dari jauh. Juga jangan memberi arahan dengan cara menjerit atau meninggikan suara dari jauh. Kebiasaan memberikan arahan dengan suara yang tinggi atau kuat atau secara menjerit ini lama kelamaan menyebabkan anak menggagap menjerit atau bercakap dengan nada yang adalah dibolehkan dan akan membentuk satu tingkah laku pada kanak–kanak tersebut.
4.Berilah arahan yang jelas dan khusus
Jangan sekadar berkata “pergi duduk sana” tapi bercakaplah dengan lebih jelas seperti” pergi duduk di meja tersebut dan siapkan kerja sekolah”. Berilah arahan mengikut tahap umur kanak-kanak tersebut. Bagi anak yang masih kecil misanya bawah tiga tahun, berilah arahan dengan menggunakan perkataan yang kita tahu dia faham perkataan tersebut seperti “Adik, tangkap bola ni”. Bagi kanak-kanak yang lebih besar gunalah perkataan yang lebih tegas dan jelas.
5. Gaya Bahasa
Gaya bahasa untuk anak tiga tahun ke bawah adalah berbeza daripada gaya bahawa untuk anak yang berusia enam tahun. Ini adalah kerana tahap pemikiran dan kefahaman mereka adalah lebih berbeza. Bagi anak yang berusia 3 tahun ke bawah, elok memberi arahan dengan nada suara yang pelbagai, tidak bercakap dengan cepat dan dibuat pengulangan terhadap arahan tersebut. Sebenarnya pengulangan dalam arahan sangat perlu bila arahan tersebut ditujukan kepada anak. Penggunaan laras bahasa yang mudah, ringkas serta penuh dengan perasaan kasih sayang menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa dirinya berharga dan memudahkan mereka mendengar dan mengikut arahan.
6. Satu arahan pada satu satu masa
Anak-anak memerlukan masa untuk memproses maklumat yang masuk ke dalam mindanya. Maklumatnya yang mudah akan membantu anak cepat memproses dan memahaminya. Misal jika arahan tersebut meminta anak makan dan kemudian meletakkan pinggan dalam sink, berilah arahan seperti berikut “ Adik, makan nasi tu” Biar dia selesaikan dulu tugasan yang pertama sebelum memberi arahan yang kedua seperti “Adik letak pinggan dalam sink ya”. Bukannya “adik, makan nasi tu kemudian angkat pinggan dan letak dalam sink dan kemudian bersih meja tempat makan tu”. Kemampuan minda kanak-kanak memproses pelbagai maklumat secara serentak sangat terhad.
7. Beri masa untuk memproses arahan
Setelah memberi arahan, berilah masa pada anak untuk memproses arahan yang diberikan. Tunggu dulu beberapa saat tanpa mengulang semula arahan tersebut. Dengan cara ini anak belajar bahawa mereka perlu mendengar arahan yang diberikan pada kali pertama dan tidak menganggap bahawa arahan akan diulang sekali lagi. Ibu bapa atau guru digalakkan meminta anak mengulang semula arahan yang telah diberikan bagi memastikan mereka mendengar dan faham arahan. Selain dari itu ia memberi peluang kepada ibu bapa atau guru-guru membetulkan salah faham terhadap arahan sekiranya ada.
8. Jangan menidakkan perasaan kanak-kanak
Bila bercakap dengan anak, sebagai orang dewasa, jangan menidakkan perasaan mereka. Dalami perasaan mereka. Bila mereka bersedih, kita juga turut bersedih dan bercakap dengan mereka dalam nada sedih bagi memberitahu mereka bahawa kita faham perasaan mereka. Sebaliknya kalau anak berada dalam situasi marah, cuba fahami dan cari punca kenapa dia marah. Elakkan dari mendesaknya untuk mengubah emosinya dengan serta merta misalnya dari emosi sedih kepada emosi gembira.
9. Berikan pujian
Jangan lupa memberi ganjaran dalam bentuk pujian kepada tingkah laku positif yang telah ditunjukkan daripada arahan yang diterima. Pastikan kita menyebut tingkah laku positif yang telah di tunjukkan seperti “Pandainya adik susun buku tu, terima kasih”.
10. Beri pilihan
Sekali sekala berilah pilihan dan bukan sekadar arahan pada anak nakal kecil. Beri pilihan kepada anak “bagaimana” atau “bila” mereka akan mengikut arahan yang diberikan. Dengan anak lima tahun misalnya kita boleh memberi arahan seperti berikut “Adik, tolong simpan semua mainan tersebut. Adik nak simpan sekarang atau lagi 10 minit?” Bagaimana pun berhati-hati dengan ayat yang kita gunakan supaya tidak menampakkan pada anak bahawa tidak me
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan penat nak jawab soalan anak. Ibu ayah kena faham masa inilah otak anak sedang belajar sesuatu yang baru.
Anak yang lahir dibekalkan dengan sifat ingin tahu secara semula jadi. Sifat ini yang mendorong mereka untuk meneroka dan belajar tentang apa-apa saja yang ada di sekeliling mereka.
Apabila mereka sudah pandai bercakap dan berkomunikasi, anak-anak akan menjadi manusia yang banyak bertanya. Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak bertanya 288 soalan sehari. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada usia kanak-kanak dan jantina. Kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun adalah yang paling banyak sekali bertanya iaitu 390 soalan sehari.
Dalam keadaan kita yang sibuk dan kepenatan sudah tentu kita rasa rimas dengan soalan-soalan tersebut lebih-lebih lagi soalan yang sama berulang kali. Jika tidak dijawab, mereka tidak akan berhenti bertanya. Sedangkan apabila sudah dijawab pun, kadang-kadang mereka akan berulang tanya soalan yang sama. Jika diherdik, kita tahu bahawa itu tidak bagus kerana boleh membunuh sifat ingin tahu mereka.
Sesungguhnya anak-anak yang banyak bertanya menunjukkan mereka berkembang dengan sihat. Itu menunjukkan mereka berminat untuk mengetahui tentang persekitaran dan dunia di sekeliling mereka dan adalah penting untuk kita tidak menyekat rasa ingin tahu tersebut.
Cuma kadang-kadang anak bertanya bertalu-talu semata-mata untuk tagih perhatian daripada ibu bapa. Soalan yang sama ditanya, jawapan telah diberi berkali-kali tapi mereka masih tidak berpuas hati. Untuk situasi begini, ada dua cara layanan yang boleh kita berikan.
“Mama, kenapa Along tak boleh makan gula-gula?”
“Along fikir kenapa mama tak benarkan along makan gula-gula?”
Selagi mampu, layanlah pertanyaan anak dengan baik. Jika kita betul-betul tidak berkemampuan untuk menjawab samada kerana kita keletihan, sibuk atau kita tidak mempunyai jawapan kepada soalan mereka, terangkan kepada mereka dengan jelas.
Beritahu mereka bahawa kita akan menjawab soalan mereka apabila kita bertenaga semula atau apabila selesai kerja atau apabila kita sudah ada jawapan untuk soalan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!